BAB 12 -KERETA

Romance Completed 85469

Setelah menghabiskan syif malamnya pada hari itu. Puteri agak tergesa-gesa mahu meninggalkan Hospital perutnya yang berkerongcong minta diisi lagi memanjangkan langkahnya. Sejak tengahri dia hanya mengalas perut dengan nasi goreng cili api yang dibungkus sebelum datang ke Hospital tengahri tadi. Badanya juga terasa letih benar hari ini. Dalam fikiranya hanya mahu balik makan dan tidur saja.
Sampai dipersimpangan jalan masuk ke kawasan perumahannya dia berhenti seketika untuk membungkus Burger Abang Lok. Cukuplah untuk mengalas perutnya pada malam itu.
“Abang Lok macam biasa ya.” Katanya sambil menoleh sekumpulan lelaki bermotor besar Yang sedang melepak di meja hujung gerai milik Abang Lok itu.
“Syif malam ke hari ni Puteri.” Tanya Abang Lok pula.
“Iya minggu ni Syif malam plak, itu yang Puteri lemau ni.” Aduhnya pada lelaki itu.
Abang Lok adalah pemilik rumah sewa yang dia huni selama ini. Abang Lok dan Kak Hani hanya membeli rumah itu untuk aset keluarga. Mereka tinggal bersama dengan Ibu Kak Hani bersebelahan dengan rumah yang disewakan oleh Puteri. Oleh kerana Kak Hani adalah anak tunggal, tugas memjaga Ibunya selepas kematian ayahnya adalah terpikul dibahunya.
“ok dah siap.” Huluran bungkus yang dipesan telah bertukar tangan.
“Duit dah masuk dalam tu, ok la Puteri chau chin chau dulu ya.” Tau benar Abang Lok dengan perangai Puteri sengaja dia letak duit disitu kerana tidak mahu mengambil bakinya.
“Ok hati-hati.” Pesan lelaki itu pula.
Puteri menapak semula ke keretanya, masuk saja ke kereta beberapa minit kemudian dia keluar semula meninjau-ninjau keretanya. Apa plak ragam kereta dia kali ini. Time-time macam ni pula nak buat perangai. Dahlah badan dia kelemauan dan lapar ni. Adoiiilah.
“Kenapa dengan kereta.” Tegur lelaki yang berdiri disebelah keretanya.
“Tengku...” Puteri memandang lelaki didepannya tepat.
Sebelum ini bertemunya di Hospital lelaki itu nampak tidak pedulikan dirinya. Ketika bertembung hanya memasan muka bajet-bajet CEO sangat. Hari ini baik hati pula siap nak menolongnya. Hishh melalut la ko ni Puteri orang nak tolong iyakan jer la.
“Entah apa ragamnya, tak boleh dihidupkan. Minyak ada jer.” Jawabnya.
“Boleh buka bahagian enjin ni, saya cuba tengokkan.” Katanya pula.
“Kenapa Puteri?” Abang Lok datang menghampir kereta Puteri setelah melihat gadis itu masih belum bergerak dari situ.
“Qal, mengapa kereta Puteri.” Tanya Abang Lok pada lelaki disebelahnya. Cara Abang Lok menegurnya seolah kedua lelaki itu sudah lama saling kenal.
“Abang Lok kenal...” Belum sempat Puteri menyebut nama penuh lelaki di depannya itu. Lelaki itu memberi isyarat jari dibibir. Mungkin dia tidak mahu Abang Lok tahu siapa dirinya. Puteri kemudian mengunci mulut. Mengundurkan diri ketepi memberi laluan Abang Lok dan lelaki itu memeriksa keretanya.
“Rasanya enjin ok jer. Bateri sudah berapa lama tidak tukar?” Tanya lelaki itu kepadanya.
“Eemm...entah la plak.” Puteri memasang muka blur.
“Bateri kot, kejap Abang Lok ambilkan kereta kita cuba jamperkan baterinya dulu.” Abang Lok melangkah ke keretanya.
“Tengku macam mana boleh nampak saya disini?” Puteri memulakan pembualan yang dari tadi bertukar sunyi sepi selepas Abang Lok ke keretanya.
“Itu... saya selalu lepas dekat gerai Abang Lok ni.” Tengku Adam Haiqal menunjukkan sekumpulan geng-geng mat motor yang sedang lepak-lepak di meja hujung gerai Abang Lok tadi.
“Oooo... dah lama kenal Abang Lok?” Tanya Puteri lagi. Bukan dia nak menyibuk, tapi dia lebih rasa seram sejuk jika membisu dan jeling menjeling begitu saja.
“Abang Lok geng Motobike saya juga. Inilah port lepak saya. Jap sebelum ni tak pernah nampak awak pun.” Sela lelaki disebelahnya itu.
Kedatangan kereta Abang Lok mematikan perbualan kami. Tengku Adam Haiqal memberi laluan pada Abang Lok untuk memasang peralatan untuk Jamper itu.
“Haah ok kita cuba jamperkan dulu. Harap ok la.” Ujur Abang Lok setelah menghampiri kami berdua.
“Puteri cuba hidupkan enjim.” Arah Abang Lok pula.
“Alhamdulliah...dah boleh.” Puteri bertepuk tangan mengambarkan kegirangannya.
Tengku Adam Haiqal tersenyum memandang gadis di dalam kereta itu. Kepalanya seperti Dejevu dengan reaksi spontan yang di tunjukkan oleh gadis itu. Kenapa bersama gadis itu selalu menarik-narik hatinya untuk terus berlama-lama.

"Thank You wakkkk.... Enjoy Reading ya.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience