BAB 21 - BIDADARI MR HARITH

Romance Completed 85459

Setelah melangkah masuk ke Hallroom Hotel yang dihias dengan Gah itu. Mata Puteri terkaku melihat susunatur dan hiasan diHallroom yang dibuat ala buffet dan free dan easy. Harith di sebelahnya hanya tersenyum melihat bidadari yang berdiri di sebelahnya. Pertemuan dengan rakan niaganya diluar Hallroom sebentar tadi masih bermain dimindanya. Kenapa lelaki bernama Tengku Adam Haris itu seolah tidak mengenalinya. Ataupun sikap orang-orang kenamaan adalah seperti itu. Tapi dia perasaan akan pandangan lelaki itu pada Puteri disebelahnya sebentar tadi. Mereka seolah saling mengenali namun seperti ada sesuatu yang hanya mereka yang tahu.
Bertahun dia menjejaki wanita yang menjadi impiannya itu. Apapun terjadi dia akan pastikan hati Puteri kali ini akan menjadi miliknya nanti. Dia bukan Harith yang dulu, Dia sudah ada keberanian untuk berjuang memiliki satu-satunya gadis impiannya itu. Masih dia ingat sewaktu memandang Puteri ketika menjemput Puteri dari rumahnya tadi.
Tepat jam 8 malam, dia sudah terpacak didepan rumah Puteri. Hari ini hatinya berdebar lain macam akhirnya dia dapat juga menjadikan Puteri sebagai pasangannya. Bila melihat Puteri keluar dari rumahnya tadi mata Harith seakan sukar untuk berkelip. Terlalu sempurna gadis itu dengan persalinan yang disewa khas untuk gadis itu. Awalnya Puteri hampir membatalkan ajakannya kerana pelbagai alasan. Tak tahu nak pakai apa, tak biasa dengan golongan VVIP yang pastinya ada disitu nanti. Namun demi memujuk gadis itu Harith siap-siap sewakan sepasang gaun berwarna purple dengan hiasan manik sarkortis yang menghiasi persalinan tersebut. Tudung kepada yang bertahta manik yang sama turut di sewa sekali. Persalinan itu nampak mewah dan sofistikated.Terapan nilai wanita muslimah turut di ambil berat melalui persalinan itu. Puteri nampak anggun sekali dipandangan matanya. Hati Harith betul-betul berbunga riang bila bergandingan dengan wanita itu.
“Lamanya you ke Washroom.” Tanya Harith yang mengelamun sebentar tadi.
“Saja Puteri keluar ke lobi tadi, jawab call dari my mum.” Puteri memberi alasan yang dia kira Harith tidak akan mensyaki apa-apa padanya.
Dari jauh Puteri melurut pandang pada meja VVIP ditengah-tengah dewan itu. Lelaki itu hanya memandang luruh ke depan. Langsung tidak mengalih pandangan padanya.
Setelah selesai ucapan aluan dari Pengarah badan amal yang menganjurkan program pada malam itu. Acara penyerahan Sponsor yang telah bersetuju untuk berkerjasama dengan badan amal tersebut.
Dijemput Tengku Adam Haris untuk menyampaikan sumbangan sebagai penyumbang terbanyak projek ini, beliau akan turut serta dalam kerja amal ini yang akan mengadakan route tour ke beberapa kawasan agihan sumbangan yang telah diputuskan oleh pihak NGO. Sila Tengku Adam Haris untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Assalamualaikum... Saya adalah wakil kepada Tengku Adam Haris yang tidak dapat datang pada malam ini kerana ada urusan mendesak di Jakarta. Saya mewakilkan beliau dengan kiriman salam darinya dan Sumbang ini diharap dapat membantu badan-badan amal seperti ini untuk terus membantu golongan yang tidak bernasib baik. Terima Kasih.
Selepas sumbang cek bertukar tangan Tengku Adam Haiqal turun kepentas diikut dengan beberapa suara yang meneka-neka siapakah lelaki yang memiliki wajah seiras CEO JnZ Copration itu.
Namun Puteri perasaan akan pandangan lelaki itu yang tepat ke arahnya ketika dia menyampaikan ucapan itu tadi. Apakah sengaja Tengku Adam Haiqal mendedahkan dirinya untuk memaklumkan padanya apa yang menjadi persoalan antara mereka tadi.
Harith yang juga perasaan akan pandangan lelaki itu terhadap Puteri turut melirik pandang pada wanita anggun disebelahnya.
Setelah selesai acara penyerahan sumbangan dari semua penyumbang pada malam itu. Semua hadiri dijemput menjamu selera.
“Puteri boleh I duduk disini.” Tegur Tengku Edora sambil meletakkan air oren dan sepotong kek dimeja disebelah Puteri.
“Harith mana?” tanyanya memulakan bicara.
“Entah mungkin berbincang dengan rakan niaganya kot.” Jawab Puteri.
“Sorry kalau menyibuk, boleh Rara tanya Puteri dan Harith ada apa-apa ke?” Tanya tengku Edora pula.
“Hishh kesitu plak, tak adalah dia kawan Universiti Puteri, kebetulan kami selalu terlibat dengan badan amal yang sama itu yang kami sedikit akrab.” Jawab Puteri panjang lebar.
“Oooo...ingatkan...” Belum habis Tengku Edora menyatakan ayat Puteri sudah memotong bicaranya.
“Kenapa...berkenaan ke, single dan availlable lagi tu. Puteri boleh tolong.” Usiknya pula.
“Hish ke situ plak... Abang kita tu nampak macam frust menonggeng aje.” Usik Tengku Edora pula. Bukan dia tidak perasaan akan pandangan tajam abang sepupunya pada gadis itu. Antara mereka seperti ada sesuatu yang tersembunyi. Walaupun nampak abang sepupunya seperti buat tak tahu, namun sorok pandangnya hanya kepada gadis itu dari tadi. Yang paling menbuatkan Tengku Edora terkejut Tengku Adam Haiqal sendiri mendedahkan siapa dirinya tadi. Iya-iya aje bagi warning kat dia awal-awal tadi.Poyoo.

"Thank You All...Happy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience