BAB 30 - PROVOKASI

Romance Completed 85459

Setelah pulang ke Shah Alam beberapa hari lepas, Puan Sri Tengku Noris mengajak kedua-dua anak kembarnya itu untuk makan tengahari di Villa Bahagia mereka. Ini kerana baru semalam Haiqal pulang dari trip bantuan kemanusiannya ke Negeri Pantai Timur beberapa hari yang lepas.
“Assalamualaikum....Bonda sihat sapa Haiqal yang berdiri dilorong masuk ke dapur basah itu.
“Walaikumusalam...sampai pun, susah benar Bonda nak jumpa Qal ni mengalahkan YB.” Sela Bondanya sambil menoleh ke arahnya.
“Ayahanda dan Tuan CEO mana Bonda?” Kata Haiqal sambil memeluk bahu Bondanya itu.
“Ayahanda dibilik kerjanya tadi. Tuan CEO keluar ler. Jap lagi balik la tu.” Ujur Bondanya pula.
“Qal naik jumpa Ayahanda jap ya.” Katanya sambil menghadiahkan ciuman manja dipipi Bondanya itu. Begitulah sikap anak bongsunya itu. Nampak seperti tidak peduli tapi sesekali beraksi diluar jangkaannya. Sukar sekali membaca isi hatinya. Hanya Haris yang tahu segala isi hatinya. Kedua kembarnya itu memang saling berkongsi apa saja.
“Ayahanda...” Haiqal menjengah ke bilik Ayahandanya.
“Hahh dah sampai pun Qal?” Toleh Ayahanda padanya dipintu.
“Macam mana trip Ayahanda ke Alor Setar hari tu. Cantik tak menantu anak sepupu baru Ayahanda tu?” Gurau Haiqal padanya.
“Cuba teka siapa Ayahanda jumpa selain anak sepupu menantu Ayahanda yang cantik tu.” Kata Ayahandanya pula penuh persoalan.
“Siapa.” Tanya Haiqal kehairanan.
“Calon Mertua Qal la. Sekejap lagi tanya Bonda dia tunggu green light Qal aje tu” Jawab Ayahandanya dengan teka-teki juga.
Ketika Haiqal menolong menyibuk konon membantu Bondanya menghidang juadah tengahari itu. Haris kembarnya yang baru tiba ke rumah itu turut sama menempel disebelah Bondanya.
“Bonda Qal dah tahu tentang pertemuan Bonda dengan Ibu Dila dan Ayah Di.” Haris memecah bicara antara mereka.
“Apa Bonda, Bonda jumpa Ibu Dila dan Ayah Di dimana?” Tanya Haiqal teruja ke hulu ke hilir megikut jejak Bonda keluar masuk dapur membawa hidangan. Naik rimas Puan Sri Tengku Noris dengan gelagat kedua anaknya itu. Seorang sengaja menyakat tak menyempat-yempat dan sorang lagi tak boleh berkompromi kalau mahukan sesuatu itu.
“Apa riuh rendah anak berana ni.” Tegur Ayahandanya yang baru turun dari tingkat atas.
“Ini Ayahanda ada orang tak sabar nak jumpa calon mertua.” Ujur Haris sambil menarik kerusi kepada Ayahandanya.
Selepas memulakan makan tengahri itu, Puan Sri Tengku Noris menceritakan segala yang terjadi ketika dia di Negeri Jelapang Padi itu. Namun dia tetap rahsiakan siapa Doktor Puteri yang mereka telah lama kenali dengan keluarga angkat anak-anaknya itu. Puan Sri Tengku Noris menyuarakan yang dia berkenanan sangat untuk bermenantukan Puteri Ayuni anak bongsu Ibu Dila dan Ayah Di itu.
Semua mata di meja makan itu memandang tunak padanya. Haiqal buat-buat berdehem kecil. Berjumpa dengan keluarga angkat itu memang salah satu agendanya, namun menjadikan anak bongsu Ibu Dila dan Ayah Di bukan agenda utamanya sekarang. Kalau dulu memang dia ingin sekali berjumpa gadis itu. Gadis yang selalu hadir dalam mimpi-mimpinya. Namun sejak dia mengenali Puteri dan semenjak tiada lagi mimpi-mimpi itu dari mengganggu tidurnya. Hatinya sudah nekad memilih Doktor Muda yang mengubah diri dan hidupnya itu.
“Tak mengapa, Bonda pun tidak memaksa. Kamu berdua pergi dulu temui Ibu Dila dan Ayah Di rapatkan semua hubungan kekeluargaan kita. Ayuni pun mungkin sudah berpunya. Bonda tidak pula bertanya pada Ibu Dila dan Ayah Di kalau-kalau Ayuni telah menpunyai teman lelaki. Tapi kalau Aris atau Qal berjodoh dengan gadis itu, Bonda bersyukur sangat.” Kata Bondanya sambil menoleh suami disisinya.
Haris yang sudah tahu cerita sebenarnya hanya tersenyum. Dia tahu kalau Haiqal tahu siapa gadis itu hari ini juga dia akan paksa Bonda menghantar rombongan meminang,
“Bonda nak Aris atau Qal jadi calon menantu Ayah Di tu. Aris on jer, Ayuni sekarang pun boleh tahan. Packge lengkap untuk jadi menantu Bonda.” Ujurnya memprovok adik kembarnya.
“Terserahlah, Pergi dulu temui keluarga itu.” Sela Bondanya tersenyum.
“Esok hari ahad jom kita sama-sama turun ke sana.” Kata Haiqal kepada Abangnya itu.
“Esok mana boleh, Aris kena ke Jakarta flight malam ni. Next week la kita pergi sama-sama.” Ujur Haris memberi cadangan. Namun dia tahu perangai Haiqal kalau dia hendak melakukan sesuatu tiadanya ditangguh walau sesaat pun.
“Kalau begitu Qal pergi dulu la, Nak juga tengok bakal calon menantu Bonda tu.” Usiknya pada Haris pula.
“Alaa Bonda lepaslah peluang Aris kalau Qal yang pergi dulu. Ataupun Aris tak payah jumpa-jumpa la. Bonda terus hantar rombongan meminang jer. Elok kata Bonda eloklah bagi Aris.” Pancing Aris pada adiknya itu.
“Mana boleh be gentleman la Tuan CEO.” Marah Haiqal dengan provokasi Abangnya itu.
Kedua Ayahanda dan Bondanya hanya tersenyum. Melihat gelagat ke dua anak kembarnya itu. Kalau berjumpa begitulah lagaknya. Namun dihati Puan Sri Tengku Noris berdoa semoga anak bongsunya itu berjodoh dengan wanita yang diimpikannya itu. Jangan pula hati Puteri telah dimiliki oleh orang lain sudahlah. Dia pun turut sama akan kehilangan bakal menantu yang sangat diharapkannya itu.

"Thank All.... Sorry updated agak slowly....busy event ofis la plak..... Enjoy reading.....smile....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience