Selepas syifnya malam tadi Doktor Puteri terus bergerak balik ke rumah sewanya. Dia akan bercuti selama tiga hari. Selepas membersihkan diri dan bersolat Doktor Puteri mengemas segala pakaian yang ingin dibawa balik ke kampung esok. Pagi-pagi esok dia akan pulang ke kampung menumpang abang ngahnya. Kebetulan abang ngahnya sekeluarga akan pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti Maulidur Rasul yang jatuh pada hari ahad dan sekaligus cuti dapat dipanjangkan sehingga ke hari isnin.
Memulakan perjalanan mereka pada pagi seperti ada sesuatu yang diluar pengetahuan Doktor Puteri bila melihat kereta kak longnya juga turut ada belakang kereta abang ngahnya. Dah macam konvoi menghantar pengantin pun iya juga. Entah kenapa mereka semua balik dan berkumpul dikampung pula pada minggu ini. Walaupun sudah terbayang akan kemeriahan suasana dikampung atuk nanti. Namun dihati Doktor Puteri tetap terdetik sesuatu yang sukar ditaksirkan olehnya.
“Kakak long pun balik juga.” Ujurnya sambil bersalam dan memeluk kakaknya itu. Kemudian mencium kedua anak sedaranya yang sudah tersengih-sengih minta didukung itu.
“Atuk suruh semua balik... sudah lama tidak berkumpul katanya. Kebetulan abang long pun free minggu ni. Kebetulan Angah ajak balik sekali kami on jer la.” Ujur kakak longnya tersenyum.
Selepas selesai memasukkan bagnya, Doktor Puteri masuk ke kerata abang ngahnya sambil bersalam dengan kakak ngah yang sedang meriba si kecil Dahlia yang baru berusia tiga bulan itu. Mengeliat sedikit sikecil bila dicium dengan mak sunya itu.
Lebih kurang dua lebih jam perjalanan mereka sampai di hentian rehat dan rawat. Kami berhenti untuk bersarapan pagi dan merehatkan badan dulu. Melangkah ke ruang makan yang menjual pelbagai juadah sarapan pagi itu membuatkan perut Doktor Puteri berkerongcong minta diisi. Dari jauh dia melihat abang ngah sedang bersalam dan berborak dengan sekumpulan geng motobike yang kebetulan juga berhenti untuk bersarapan pagi disitu. Doktor Puteri mengalihkan pandangannya bila kak long mengajaknya mencari sarapan digerai hujung sekali. Abang long dan kak ngah sudah duduk dihujung meja kosong berdekatan gerai air. Kami membuat pesanan makanan yang ingin dimakan oleh semua.
“Adik tanyakan Angah dia nak makan apa?” Ujur Kak long yang berdiri disebelahnya.
“Angah masih dengan kawan dia tu. Order jer la nasi lemak.” Ujur Doktor Puteri pula. Malas dia nak menapak ke arah abang ngahnya yang masih rancak bersembang dengan kumpulan geng motobike tu.
“Pergilah... mana tahu Angah nak makan benda lain.” Marah kak longnya pula.
“Iya...iyalah. Kak long ni kan.” Rungutnya sambil berjalan ke arah abangnya berdiri sambil berborak dengan kawan-kawannya.
“Angah... Along tanya nak makan apa?” Ujurnya bila telah berdiri disebelahh abang ngahnya itu.
Sepasang mata yang cukup dikenalinya menoleh pandang padanya.
“Tengku Adam Haiqal.” Bisik Doktor Puteri sendiri.
Lelaki itu kemudian menunduk pandang ke bawah seolah melarikan pandangan dari bertentang mata dengannya. Doktor Puteri cepat-cepat mengorak langkah meninggalkan mereka. Beberapa minit kemudian abang ngahnya bersalam dengan mereka dan geng-geng motobike itu mula keluar meninggalkan kawasan rehat dan rawat itu.
Hati Doktor Puteri bagai tercalar pedih dengan tindakan lelaki yang bertingkah pandang dengannya sebentar tadi. Lelaki itu benar-benar tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengannya. Saat mata mereka bertentangan juga lelaki itu mengalih pandangan darinnya. Kini apa yang menjadi teka teki di hati Doktor Puteri telah terjawab semuanya. Biarlah dia perlu melepaskan apa yang berserabut dibenaknya. Sia-sia saja segala yang dilakukan saat memutuskan untuk kembali kepada lelaki itu. Rupanya gerak hatinya bukanlah didorong oleh apa yang dia rasa. Tapi lebih kepada rasa bersalah dan rasa ingin menyintai lelaki itu sahaja.
Hampir pukul dua petang mereka sampai ke rumah Atuk. Ibu telah menunggu mereka di beranda rumah. Kegembiraan seorang ibu disaat melihat anak-anak, menantu dan cucu-cucunya didepan mata. Itulah yang terpancar diwajah seorang bergelar ibu.
“Assalamualaikum... ibu sihat, rindunya ibu.” Pelukkan itu seakan tidak mahu dilepaskan, kesedihan hatinya dengan kejadian tidak diperdulikan lelaki itu tadi seolah hilang saat dia dipelukkan ibunya walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata.
“Sihat... anak ibu ni ok ke?lain macam jer...” Sela ibu sambil menatap matanya.
“Ayah dan atuk mana ibu?” Tanya Doktor Puteri mengalih tanda tanya diwajah ibunya.
“Ayah dan atuk ke surau... sekejap lagi sampai la tu... Haah itupun mereka.” Ujur ibu sambil memandang ke arah motor ayah dan atuknya yang memasuki perkarangan rumah.
Selepas sesi bersalaman dan mengangkat semua barang ke rumah. Ibu mencuit Doktor Puteri untuk ke dapur membantunya menghidangkan makan tengahari mereka yang agak lewat juga hari itu. Suasana makan tengahari itu bergitu gamat sekali. Masing-masing tak cukup kata untuk mengusik satu sama lain. Jelas terbayang senyuman kegembiran di wajah atuk bila dapat berkumpul begitu. Biasanya hanya di hari raya mereka dapat berkumpul begitu. Itupun bukan setiap tahun kerana kak long dan abang ngahnya juga ada keluarga disebelah suami dan isteri masing-masing.
Kami semua bertambah dua tiga kali, masakan ibu memang terbaik. Selepas membantu ibu mengemas dapur makan tengahari itu. Semua masuk ke bilik masing-masing mungkin merehatkan badan tambahpula perut masing-masing sudah kekenyangan. Doktor Puteri juga tidak terkecuali, laju jer masuk bilik mencari bantal. Macam ular sawa itulah usikkan atuk selalu padanya.
Doktor puteri menapak masuk ke biliknya. Kenapa bilik ni seperti ada bau laki-laki. Tualanya juga seolah digunakan seseorang. Rasanya semua sudah dibasuh dan disimpan dalam almari sebelum dia kembali ke Kuala Lumpur dulu. Doktor Puteri mengambil dan memcium sedikit bau dari tuala itu. Bau lelaki dan seperti baru digunakan. Siapa agaknya menumpang tidur dibiliknya. Bantal dan semua dikatilnya seperti terletak elok jer. Lantaklah...nantilah dia tanyakan ibu... matanya yang mengantuk diletakkan dibantal yang sudah sedia memanggil-manggilnya untuk merehatkan diri. Aduhhh nyamannya.
Alhamdulilah.... dapat updated lagi satu chapter....Enjoy reading semua....InsyaAllah next chapter jumaat ya......
Share this novel