BAB 57 – BERHENTI BERHARAP

Romance Completed 85459

Setelah bersolat maghrib pada malam itu telefonnya berbunyi nyaring. Harith menelefonnya untuk berjumpa dengannya. Lelaki itu sudah ada didepan rumah. Kalau ikutkan hati yang dalam keadaan masih terluka dengan apa yang belaku tengahari tadi dia hanya mahu sendirian pada malam ini. Namun demi membetulkan keadaan dan tidak mahu menampakkan yang dia sedikit terkesan dengan pertemuan mereka pagi tadi. Doktor Puteri bersiap ala kadar untuk menemui lelaki itu.
“Harith... sorry tunggu lama. Puteri bersolat tadi.” Ujurnya menceriakan keadaan.
“Ok masuklah...” Selanya tersenyum tapi macam sesuatu sangat diwajahnya.
“Kita pergi dekat-dekat saja ya... esok Puteri masuk syif awal pagi.” Kata Doktor Puteri menutup kejanggalan antara mereka.
Sesampai direstoran makanan segera, mereka menapak masuk kedalamnya. Doktor Puteri mencari tempat duduk manakala Harith terus ke kaunter. Harith cuma memesan kudapan ringan buat mereka berdua. Itulah juga yang dipesan oleh Doktor Puteri padanya tadi. Setelah mereka menjamah hidangan kudapan malam itu Harith memulakan bicara.
“Harith minta maaf tentang apa yang Puteri lihat pagi tadi. Mesti Puteri ingat Harith begitu mudah melepaskan apa yang kita bicarakan tempohari kan?” Ujurnya agak serba salah.
“Harith apa ni... sebagai sahabat baik yang sudah kenal lama, Puteri bersyukur sangat Harith temui orang sangat sesuai dengan Harith. Tengku Edora sangat baik. Tidak salah pilihan Harith. Puteri pun sukakan perhubungan antara kalian berdua. Soalkan kita dulu tu... jangan di fikirkan lagi. Sebenarnya dari awal dulu lagi memang telah tertulis antara kita hanya akan terus jadi sahabat selamanya. Itu adalah yang terbaik untuk kita kekal berteman.” Ujur Doktor Puteri sambil tersenyum ke arah lelaki didepannya itu.
“Terima kasih Puteri... pada mulanya Harith hanya berteman dengan Tengku Edora sekadar mengisi kesakitan kerana impian yang Harith pendam selama bertahun berakhir dengan kekecewaan. Namun kebaikan hati dan tingkah Tengku Edora mengubah sedikit demi sedikit hati Harith untuk menerima hakikat yang jodoh Harith sebenarnya bukan dengan Puteri sedari awal lagi. Tapi kita boleh kekal bersahabatkan?” Tukas lelaki itu memandang tunak padanya.
“Bolehlah... Puteri juga pada mulanya terasa kecewa sangat kerana terpaksa menyakitkan hati Harith sekali lagi. Tapi Puteri yakin yang wujud antara kita bukan cinta sebenarnya... Cuma rasa saling melengkapi antara satu sama lain. Rasa saling ada bila antara kita perlukan ruang untuk bercerita apa saja. Dan InsyaAllah kita akan terus kekal bersahabat selamanya.” Ulas Doktor Puteri lagi.
“Macam mana dengan majlis perkahwinan Puteri? Keluarga Puteri sudah menetapkannya?” Tanya Harith pula menukar suasana antara mereka.
“Entah la Harith... Puteri serahkan segalanya pada keluarga Puteri. Bila tiba masanya Puteri akan terima aje seadanya apa jua keputusan mereka.” Ujurnya sekadar mengkhabarkan stuasi dirinya saat itu.
Selepas pertemuan pada malam itu hubungan antara dia dan harith sudah kembali seperti biasa. Harith sudah lepaskannya dan mendoakan dia bahagia. Dia sudah terima yang antara mereka tidak berjodoh.
Puteri malas untuk mengelus tentang pertunangan yang entah masih ada ataupun telah diputuskan. Kalau ikut perkiraannya dalam masa sebulan saja lagi dia akan dikahwinkan. Dan sehingga ke hari ini keluarganya hanya diam tidak langsung mengungkit apa-apa sewaktu bertanyakan khabarnya. Status pertunangan mereka juga tergantung begitu sahaja. Lelaki bernama Adam Kamil juga langsung tidak menghubunginya selepas dia membuat keputusan memutuskan pertunangan dengan lelaki tersebut beberapa minggu yang lepas. Puteri malas memikirkannya lagi. Keluarganya juga hanya diam membisu tentang pertunangan mereka. Mungkin seperti permintaannya, keluarganya sudah memutuskan pertunangan mereka dan mereka tidak mahu lagi mengungkit tentang itu.

Alhamdulillah....dalam kesibukan sempat updated 2 chapter minggu ni....tq reading semua....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience