Tengku Adam Haiqal telah sedar dari komanya petang semalam. Itulah apa yang diberitahu oleh Aliana ketika dia dalam perjalanan balik dari kampungnya semalam. Pagi ini lelaki itu akan dibawa naik ke bilik suite ditingkat 4 sepertimana yang diminta oleh pihak keluarganya. Bermula syifnya petang nanti Puteri akan jadi doktor peribadi seperti yang telah diminta oleh kerabat Tengku Adam Haiqal beberapa hari yang lalu. Dalam keadaan Tengku Adam Haiqal begitu, Doktor Puteri tidak tahu harus beraksi apa dengan lelaki itu. Apakah lelaki itu mengenalinya kini atau sebaliknya. Sukar untuk Doktor Puteri membuat ramalan tentang keadaannya. Petang nanti setelah dia masuk untuk syif berkerjanya, segala yang menjadi persoalan dihatinya akan terjawab nanti.
Doktor Puteri masih lagi meneliti prosuder kerja yang baru diberikan oleh Pengarah Pusat Perubatan tempat dia bertugas itu. Jadual kerjanya betul-betul berubah 360 darjah. Permintaan pihak keluarga Tan Sri Tengku Kamil betul-betul meletakkan dia disamping lelaki itu hampir 24 jam sehari. Selain Doktor Adri yang merupakan Doktor Pakar di Pusat Perubatan itu, hanya dia dan jururawat Seri saya boleh keluar masuk ke bilik itu. Biar betul keluarga Tengku Adam Haiqal ni. Fikir Doktor Puteri sendiri.
Petang itu buat pertama kalinya Doktor Puteri masuk ke bilik lelaki itu untuk meninjau keadaannya. Ketika Doktor Puteri masuk Tengku Adam Haiqal sedang berbaring sambil merenung ke luar tingkat.
“Assalamualaikum...Tengku apa khabar hari ni?” Tegur Doktor Puteri ramah.
Tengku Adam Haiqal yang dari tadi merenung tingkat hanya menoleh pandang padanya sekilas cuma.
“Nurse tolong saya gantikan air panas nanti ya.” Ujur Tengku Adam Haiqal menoleh pada jururawat Seri yang sedang menukar drip yang tergantung dikatilnya.
“Baik Tengku...” Ujur Jururawat Seri sambil berlalu keluar membawa termos ditangannya.
Tengku Adam Haiqal kemudian memejamkan semula matanya, seolah Doktor Puteri tidak ada disitu.
Kenapa Tengku Adam Haiqal langsung tidak menegurnya. Sapaannya juga tidak dijawab langsung oleh lelaki itu. Kalau benar lelaki itu hilang ingatan kenapa jururawat Seri yang jarang ditemuinya itu boleh dikenalinya. Makin difikirkan makin serabut kepala Doktor Puteri dibuatnya.
Doktor Puteri kemudian mengambil file Tengku Adam Haiqal untuk memeriksanya. Kalau Tengku Adam Haiqal seolah tidak mengenalinya dia juga akan berbuat begitu saat merawat lelaki itu seolah antara mereka tidak ada apa yang belaku sebelum ini.
“Assalamualakum....” Salam diucap oleh Puan Sri Tengku Norish dipintu. “Walaikumusalam....”Doktor Puteri menyalami tangan Puan Sri Tengku Norish dan menutup file ditangannya bagi memberi ruang kepada wanita itu berbicara dengan anaknya.
“Bonda.... mana ayahanda?” Tegur Tengku Adam Haiqal dengan nada ceria.
“Ayahanda ada meeting tadi... Bonda datang dengan Natasha jer ni.” Ujur bondanya.
“Mana Tasha....” Tengku Adam Haiqal menoleh ke pintu mencari sepupunya itu.
“OooooTasha jumpa Doktor Adri sekejap.... sekejap lagi masuk la tu.” Ujur bondanya sambil meletakkan buah tangan yang dibawanya.
“Kalau tak ada apa? Saya minta keluar dulu Puan Sri. Kalau ada apa-apa masalah saya ada dikuanter luar ya.” Sela Doktor Puteri seramah mungkin.
Hati Doktor Puteri mula berlibang libur dengan gelagat yang dipamerkan oleh Tengku Adam Haiqal terhadapnya. Dengan orang lain lelaki itu seolah sudah sihat dan kembali normal. Dia bercerita dengan riang gembira dan seolah mengenali mereka semua. Tetapi kenapa dengannya lelaki itu langsung tidak menoleh pandang. Bagaimana dia mahu menghadap lelaki itu kalau begitu penerimaan lelaki itu. Kalau tidak mengenalinya dia tidak kisah sangat. Tapi lelaki itu langsung tidak mahu bercakap apatah lagi memandangnya.
“Puteri...boleh kita bercakap sekejap.” Puan Sri menarik tangannya duduk di sofa bersebelahan dengan katil Tengku Adam Haiqal.
“Puteri... bonda terpaksa ke Kedah selama 2 hari kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Boleh ke selepas syif Puteri malam ni tolong temankan Tengku Adam Haiqal.” Ucap Puan Sri Tengku Norish mengenggam tangannya.
“Tapi.... “ Belum sempat Doktor Puteri memikirkan alasanya.
“Boleh ya Puteri...Tolong bonda kali ini saja. Selesai saja urusan di Kedah tu bonda akan segera balik ke sini.” Pujuknya lagi.
“Tak usahlah susahkan dia bonda... Qal tahu nak jaga diri Qal sendiri. Lagipun dia ada disini tak membantu apa-apa pun.” Marah Tengku Daam Haiqal yang tiba-tiba menyampuk perbualan antara kedua wanita disebelahnya itu.
“Qal... ingat janji dengan bonda semalam ya.” Ucap bondanya seakan memberi amaran.
Tengku Adam Haiqal terus merebahkan badannya dan memejamkan mata seolah meluahkan rasa hatinya itu.
“Baik Puan Sri... saya akan jaga Tengku untuk Puan Sri.” Ucap Puteri dengan nada separuh dengar sambil matanya menoleh reaksi Tengku Adam Haiqal yang pura-pura tidur itu.
InsyaAllah,,,,,next Chapter next week....Happy Reading semua....
Share this novel