BAB 2- KEMBAR

Romance Completed 85459

“Abang berhenti... budak melintas tu.” Jerit Ibu dalam keadaan cemas.
Budak yang nyaris dilanggar oleh suaminya itu, hanya berdiri tegak sambil menangis ketakutan. Ibu keluar dari kereta memeluk kanak-kanak yang masih terus kaku disitu. Bila Ibu merangkul kanak-kanak itu. Barulah dia bereaksi.
“Tengku Adam Haiqal.... anak Bonda.” Berdiri seorang wanita disebelah Ibu yang masih memeluk budak yang masih terpinga-pinga itu.
Seorang wanita datang menerpa dan sekaligus memeluk anaknya yang masih kemas dalam dakapan Ibu. Wanita yang bergaya ala-ala datin. Sebentar kemudian datang seorang lelaki yang agak segak bergaya dengan seorang anak lelaki yang sebaya dan seiras kanak-kanak tersebut bersama pembantu rumah dan seorang lelaki berseragam hitam.
“Kami minta maaf kerana nyaris terlanggar dia tadi, kata ibu masih lagi dalam nada terkejut.”
“Puan tak bersalah kami yang terleka tadi. Terima kasih banyak-banyak puan.” Balas Tengku Noris.
“Saya Tengku Noris dan ini suami saya Tengku Kamil. Ini anak-anak kami.”
“ Maaf Tengku...Saya Adila dan ini suami saya Zaidi.” Kata ibu pelahan, Ibu seolah terkaku bila yang menperkenalkan diri sebentar tadi adalah kerabat istana
Dan bukan calang-calang orang. Kalaulah terjadi apa-apa tadi macam manalah nasib mereka sekeluarga.
“Puan tak salah, pembantu kami yang leka. Ini kad saya. Puan tolong hubungi saya esok. Kami balik dulu.” Wanita itu tersenyum dan memimpin anaknya yang terdiam sejak tadi ke kereta mereka.
Selepas bersalaman dengan kedua suami isteri keturunan istana yang begitu ramah Ayah dan Ibu masuk semula ke kereta.
Bermula detik itu, hubungan keluarga Tengku Noris dan keluargaku mula rapat. Tengku Noris meminta Ibu yang menjaga kedua-dua anak kembarnya setiap kali dia keluar menghadiri apa-apa program. Ibu juga dikehendaki menjaga anak-anak mereka di siang hari. Kalau Ibu tidak ke rumah besar itu, pastinya ke dua anak kembar itu dihantar ke rumah kami yang kecil dan agak sempit itu. Kadang kala Ibu mengeluh takut akan keselesaan kedua anak kembar itu. Namun kehendak kedua anak kembar itu untuk berlama-lama di rumah kami membuatkan kedua ibubapanya tidak dapat berkata apa-apa.
“Ibuuu.....abang Haiqal ambil patung Puteri.”renggek gadis kecil itu setiap kali di usik oleh kedua kembar yang agak nakal dan lasak itu.
“Nah... Abang Haiqal pinjam aja.” Kata sikembarnya Haris.
Setiap kali diusik oleh Adik kembarnya. Pasti Si Abang akan membela dan memujuk gadis bernama Puteri itu. Keakraban mereka menjadikan mereka selalu serasi bersama. Apa saja yang di bawa oleh Haris pasti akan jadi milik Puteri. Kadang kala makanan Puteri selalu dihabiskan oleh Haiqal begitu juga sebaliknya.
“Air Susu Puteri kan ...Mengapa Abang Qal minum.” Rengek gadis kecil itu.
“Biarlah...nanti Abang Haris minta Ibu buatkan yang lain ya.” Pujuk Tengku Adam Haris
“Tadi disekolah Teacher Zana ajar Abang Aris menyanyi lagu “Negaraku”....semua orang kena berdiri. Puteri nak dengar.”
“Nakkk....nanti Puteri nak sekolah sama Abang Aris.” Girang sekali riak wajah gadis kecil itu.
“Puteri berdiri la, baru abang boleh nyanyi kuat-kuat.” Sengaja Tengku Adam Haris mengusik gadis kecil itu.
“Yeaaa.....” Melompat-lompat gadis kecil itu sambil bertepuk tangan habis saja lagu “Negaraku” dinyanyikannya, gaids kecil itu ikut bernyanyi dengan pelat yang hanya dia sendiri yang faham.
Kedua kembar itu walaupun mempunyai sifat yang berbeza namun kasih sayang keduanya keliahatan utuh sekali. Si Adik walaupun suka mengusik, tapi sentiasa beralah dengan Si Abang yang sentiasa bersifat pelindung itu. Hati Puan Adila sudah mula menyanyangi kedua kembar itu seperti anaknya sendiri. Kedua kembar itu juga begitu sayangkan Puan Adila. Seolah bukan seperti seorang pengasuh mereka. Paling Puan Adila susah nak menerangkan pada kedua Tengku suami isteri itu bila keduanya memujuk untuk bermalam dirumahnya. Bukan malas menjaga ke dua kembar itu. Tapi apa yang merisaukan Puan Adila dan suaminya Zaidi tentang keselesaan kedua anak kerabat itu.

"Thank You... New chapter updated....Enjoy reading....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience