BAB 9 -TEMAN TAPI MESRA

Romance Completed 85455

Hari ini merupakan hari cuti untuknya. Sengaja dia mengemas rumah dan merancang untuk memasak makanan kesukaannya. Bermalas-malas dirumah adalah apa yang dia inginkan setiap hari. Kesibukannya di Hospital selalu membataskan satu lagi minatnya sejak dulu. Baru saja beberapa jam dia duduk bermalas-malas diruang tamu sambil melayan movie yang dilanggannya itu. Telefonnya menjerit nyaring. Aduh on call lagi ke katanya dalam hati. Bukan dia tidak tahu dengan komitmen kerjanya tapi sesekali hati manusia biasa sepertinya teringin juga nak melayan kerenah sendiri.
“Assalamualaikum... honey dah lupa aku ke? Terdengar suara ditalian sana.
“Walaikumusalam...Harith kau kat mana? Bila kau balik ni?” Puteri berubah girang bila mendengar sahabat baiknya ketika belajar dulu.
Harith lelaki yang dia temui saat hari pertama dia mendaftar ke Universiti dulu. Mereka adalah sahabat yang selalu ada antara satu sama lain. Namun selepas dia mula rapat dengan Arwah Saiful hubungan yang terjalin antara mereka mula menjauh. Harith seolah sengaja menjauhkan diri darinya. Sehinggalah lelaki itu mendapat tawaran belajar di luar negara. Persahabatan mereka semakin layu dan menghilang.
“Sudah enam bulan aku ada disini, aku cari kau merata tau.” Gurau Harith ditalian sana.
“Jom keluar makan, aku cuti hari ni. Banyak benda aku nak tuntut dari kau tahu tak?” Sela Puteri.
Setelah masuk ke Restoran yang dijanjikan oleh mereka. Sengaja dia mengambil tempat duduk yang agak jauh dari pelanggan lain.
“Ok duduk-duduk, banyak aku nak tuntut dengan kau ni.” Puteri tak sabar-sabar untuk mengorek cerita sahabatnya itu.
“Order dulu la sayang, kalut tak habis-habislah kau ni.” Guaru Harith pula.
“Oooo order ya... ok-ok.” Puteri tersenyum malu-malu gitu.
Harith menceritakan segala yang ingin diketahui oleh gadis yang selama ini sentiasa mengusik hati lelakinya itu. Berjumpa semula dengan Puteri selepas pemergian Arwah Saiful seperti membuka ruang untuknya memiliki semula hati insan yang sejak dulu mengusik hatinya.
“Oklah Harith dah malam benar ni, kalau kat kampung ada aku kena tidur luar rumah tau.” Gurau Puteri.
“Iya aku tahu Tuan Puteri Tok Adi ni like Puteri Lindungan Bulan kan.” Balas Harith pula.
“Dan ingat tau, kalau kau tinggalkan aku lagi... Jangan pernah sebut nama aku tau.” Amaran keras Puteri pada sahabat baiknya itu.
“Iya... kali ini aku akan pastikan aku akan berkepit jer dengan kau setiap saat. Tak pun kau kahwin jer dengan aku.” Usik lelaki itu.
“Lambatttt ler....” Balas Puteri pula sambil berlalu ke keretanya.
Pertemuan mereka tengahari itu benar-benar membuat dia girang dan ceria. Satu-satu sahabat lelaki yang dia boleh kongsi apa saja. Harith bukan saja memahani dia tapi adalah penyelamat dia sejak dulu.

"Thank you..... Happy Reading you all....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience