BAB 35 - CEMBURU

Romance Completed 85459

Seminggu telah berlalu, cincin yang tersarung dijari manisnya direnung penuh khusyuk. Semalam lelaki itu menelefon dia lagi. Semenjak pertemuan ditempat letak kereta tempohari Tengku Adam Haiqal tidak jemu menelefon dan menghantar pesanan ringkas untuknya. Hampir setiap hari lelaki itu datang ke Hospital tempatnya bertugas. Kalau dia tidak datang pasti ada juga kiriman bunga,makanan untuknya. Kenapalah setelah terjadi ikatan pertunangan yang diatur keluarganya baru lelaki itu bersungguh-sungguh cuba mendekatinya. Kadang-kadang membuatkan hati Puteri jadi berbelah bagi. Lelaki itu yang diingininya, namun mengecewakan keluarganya bukanlah yang terbaik. Dia tidak mahu memalukan Atuk, Ayah dan Ibunya.
Petang itu selepas habis syifnya, Tengku Adam Haiqal baik landing dibonet keretanya bersama sejambak bunga.
“Jom temankan Qal makan?” Ucap lelaki itu sebaik dia sampai kekeretanya.
“Tapi...” Baru Puteri mahu beralasan. Tengku Adam Haiqal telah menarik tali bag tangannya untuk mengajaknya kereta lelaki itu.
“Qal janji sekejap jer, nanti Qal hantar Puteri kesini semua ambil kereta.” Pujuknya lagi sambil menarik tali bag gadis itu kearah keretanya.
Puteri hanya menurut langkah lelaki didepannya itu. Akal warasnya ingin menolak, namun hatinya ingin sekali dekat dengan lelaki itu. Aduh kusut betul kepala Puteri. Kenapa lelaki didepannya ini bertingkat seolah sangat menyukainya. Tapi kenapa baru sekarang setelah terjadinya ikatan antara dia dan pilihan keluarganya.
“Cantik cincin tu, Sebelum ini Qal tak nampak pun cincin tu.” Tanya Tengku Adam Haiqal memandang cincin yang cukup dikenalinya itu. Hatinya tersenyum riang. Kalau Puteri sudi menyarungkan cincin itu dijarinya bermakna gadis itu sudi menerima pertunangan tersebut.
Puteri hanya tersenyum. Belum masa untuk dia jelaskan kepada lelaki itu tentang cincin tersebut. Lagipula lelaki itu bukan siapa-siapa dengannya. Lainlah kalau lelaki itu meluah isihati padanya. Mungkin masa itu dia akan jelaskan siapa dia sebenarnya.
“Macam mana dengan kerja Puteri semua ok?” Tanyanya. Dia sendiri tidak mahu memulakan dari mana apa yang ingin dikatakan pada gadis didepannya itu. Kalau tadi pelbagai rasa yang ingin diluahkan pada gadis itu. Tapi bertemu pandang dengan gadis itu lidahnya seperti kelu untuk berkata-kata.
“Ok jer semunya.” Jawab Puteri antara endah tak endah. Kalau ajak keluar hanya untuk bertanyakan kerjanya baik tak payah. Bisik hati Puteri.
“Bila lagi Puteri cuti bertukar syif?” Tanya Tengku Adam Haiqal sambil memandang gadis didepannya.
“Minggu ini hari khamis, kenapa?” Tanya Puteri pula.
“Teman Qal cari barang perempuan boleh?” Tengku Adam Haiqal menoleh kepadanya.
“Barang perempuan? Ajaklah perempuan yang Tengku nak berikan barang tu kan senang. Tentu itu pilihannya.” Jawab Puteri dengan nada sinis dan terselit cemburu yang membuak-buak dihatinya.
“Perempuan tu busy, Susah betul nak ajak keluar bersama.” Ujur lelaki didepannya itu.
Hissh dia ni tak sedar ke aku ni perempuan juga. Kalau nak menunjukkan buah hati pun tak payahlah mengunakannya. Bernanah sungguh hatinya. Kalau mengajak dia keluar sekadar nak memaklumkan yang dia sudah berpunya baik berterus terang saja.
“Sorry Puteri sudah ada janji dengan seseorang hari tu.” Puteri teringat yang Harith akan balik ke Malaysia beberapa hari lagi. Rasanya kalau dia ajak Harith keluar berdating pun apasalahnyakan. Sekadar ingatan teman baik yang sudag lama tidak berjumpa. Bukan mengunakan orang lain untuk memuaskan kehendak hati sendiri.
“Janji dengan siapa?” Nada suara Tengku Adam Haiqal naik seoktaf. Ketara dia sangat cemburu ketika ini. Kalau betul Puteri keluar dengan Harith mahu dibakar lelaki itu hidup-hidup. Tiba-tiba hilang kewarasannya. Niat hati mahu memiliki hati gadis itu secara alami sudah bertukar menjadi sebaliknya.
“Harithhh....Tengku tahukan lelaki yang bersama Puteri menghadiri Majlis makan malam NGO beberapa bulan yang lepas tu. Kebetulan esok dia akan balik kesini dari busines tripnya ke Jakarta beberapa hari lepas.” Sengaja Puteri menggunakan nama lelaki itu untuk melihat reaksi lelaki bernama Tengku Adam Haiqal didepannya itu.
“Siapa Harith dengan Puteri? Bukan main rapat lagi.” Tanya Tengku Adam Haiqal dengan nada cemburu.
“Teman baik boleh, buahhati pun boleh juga. Lagipun kami sekarang dalam proses mencari keserasian. Mana taukan terjodoh.” Jawab Puteri selamba sambil menjeling pandang lelaki didepanya. Sengaja dia berkata begitu untuk melihat reaksi lelaki didepannya itu. Nampaknya dia tidak memberi apa-apa reaksi. Sekaranglah masa kau membuang lelaki itu jauh dari hati kau Puteri. Terang-terang dia tidak heran langsung dengan kau. Terima kenyataan dia hanya mengaggap kau sebagai kawan berbual dan berteman bila kau diperlukan sahaja. Jangan nak perasaan sangat ya Puteri. Puteri mengingatkan dirinya sendiri.
Sehingga mereka selesai makan, lelaki didepanya terus berdiam diri. Hanya bahasa-bahasa tubuh yang memberi isyarat padanya apa yang lelaki itu ingin sampaikan padanya. Apakah penolakannya untuk menemani lelaki itu membuatkan lelaki itu merajuk padanya. Pelik.
Selepas makan, lelaki itu benar-benar mengotakan janji-janjinya. Setelah menghantarnya ke ke Hospital dimana keretanya dipangkir. Lelaki itu berlalu pergi tanpa sepatah kata lagi. Puteri menunggu juga kalau-kalau lelaki itu memujuknya untuk menemaninya seperti yang diusulkan sebentar tadi. Namun dia sekali lagi hampa sendiri.

"Thank You All..... Jeng3... Enjoy Reading.....smile...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience