.Setelah selesai majlis kenduri yang diadakan disebelah keluarga mertuanya yang diadakan disalah sebuah hotel terkenal di Shah Alam. Semua keluarganya juga turut berkumpul di situ. Atuk yang tersenyum gembira kearahnya membuatkan Puteri rasa bertapa berharganya kasih sayang seluruh ahli keluarga terhadapnya. Memiliki keluarga mertua yang begitu baik menyebabkan dia cukup bersyukur. Allah benar-benar menyayanginya. Walaupun diawal pertunangan mereka hatinya bagai berada didua persimpangan. Namun pertunjuk dari Allah membawa dia kegerbang bahagia ini.
Di majlis persandingan yang gilang gemilang itu juga dia dan suaminya turut dikejutkan dengan kejutan khas dari kedua ayahanda dan bonda mertuanya. Sebuah helikopter milik peribadi keluarga suaminya telah siap sedia membawa mereka ke Pulau Bali sebagai hadiah honeymoon dari mereka. Saat semua itu terjadi Puteri hanya mampu terkesima dengan kejutan demi kejutan oleh mereka. Tengku Adam Haiqal yang juga terkejut dengan kejutan oleh kedua ayahanda dan bondanya hanya mampu tersenyum. Pastinya dalang disebalik semua ini adalah abang kembar suaminya yang sedari tadi tersenyum dan mengangkat kening ke arah mereka. Pura-pura excited kononnya.
“Bonda kata nak cucu cepat...” Bisik Tengku Adam Haris ketika mengiringi mereka ke helikopter tadi.
Senyuman nakal yang diberikan oleh abangnya itu juga menyebalkan pandangannya. Panjang saja akal bondanya dalam melakukan sesuatu yang akan membuat mereka terkesima.
Setelah sampai ditempat mendarat. Sebuah limosin sudah siap menunggu mereka untuk dibawa ke hotel yang telah ditempah khas oleh mereka. Bagasi juga telah disediakan oleh bondanya. Semua sudah cukup lengkap seperti yang diduganya.
Setelah mendaftar masuk ke hotel yang tersergam indah itu mereka menapak masuk ke bilik suite di tingkat atas sekali. Bilik yang turut dihias seperti bilik pengantin itu semakin membuatkan wajah isterinya terkesima. Tengku Adam Haiqal tahu terlalu banyak persoalan yang bermain diminda isterinya itu. Dia juga tahu dari sorot pandang isterinya sekejap lagi dia bakal ditimpa dengan pelbagai persoalan cepu cemas oleh isterinya.
Nasib baik setelah tiba tadi dia terus mengajak isterinya mengisi perut terlebih dahulu sebelum mendaftar masuk ke bilik hotel yang disedikan untuk mereka. Perut yang terasa lapar perlu diisi. Mereka terlalu penat hari ini. Setelah mandi dan bersolat berjemaah. Jam sudah menghampiri pukul 12 malam.
“Mesti abang tahu tentang rancangan ayahanda dan bonda ni kan?” Ujur isterinya ketika masing-masing sudah berbaring dikatil.
“Kali ini memang abang tidak tahu... ini semua mesti idea bonda dan Haris...” Ujur suaminya disisi. Melihat isterinya tersenyum dia tahu Puteri juga seronok dan teruja dengan apa yang belaku hari ini.
Selepas solat mereka merebahkan diri dikatil. Seharian menghadap majlis dan terbang pula kesini sangat memenatkan.
“Cup...cup... sebelum kita tidur boleh sayang tanya satu soalan...” Ujur isterinya disisi.
“Soalan apalagi sayang sudah pukul 12 ni.” Usiknya pula.
“Pertunangan Harith dan Tengku Edora tu, kenapa tiba-tiba jer. Mesti abang tahu apa-apa kan?” Pandangan mata Puteri tepat ke arah suaminya.
“Ini cerita surprise sayang... Edora rupanya mula sukakan Harith masa abang bawa dia ke majlis NGO yang sayang buat sombong dengan abang tu....Ingat tak?” Usik suaminya.
“Hissh sayang plak...abanglah konon-konon berlakon sebagai Abang Haris... Pastu cemburu tak tentu pasal.” Balas Puteri mengenakan suaminya pula.
“Entahlah... masa tu abang macam hilang diri sekejap... Kehadiran sayang menemani Harith buat abang rasa tercabar...marah...sakit hati. Sayang pun bukan main manja lagi mengedik dengan Harith tu.” Selanya sambil mencubit pipi sang isteri.
“Harith handsome betul malam tu... kalau tidak kerana hati ini sudah terikat dengan seseorang, rasanya...”
“Jangan nak mengada-gada dengan tunangan sepupu sendiri plak.” Marah suaminya.
“Marah ke? Jangan risau dalam hati sayang ni cuma abang seoranggg jer... promise...” Kata Puteri sambil mengangkat kedua tangannya.
“Cepatlah ceritakan kisah cinta Harith dan Edora tu....” Ujur Puteri manja.
“Edora ceritakan pada abang yang dia sangat tertarik dengan penampilan dan gaya Harith yang tegas dalam berkerja dan tak sombong dengan kedudukannya. Abang cuma sarankan aje.” Cerita suaminya.
“Abang sarankan apa?” Tanya puteri sudah tidak sabar lagi.
“Abang bagi Edora uruskan projek dengan Harith. Sengaja bagi ruang untuk dia rapat dan kenal hati budi masing-masing. Tambahan pula Aliana ada bagitahu abang yang Harith tengah frust sebab di reject oleh seseorang yang dia admire selama ini.” Cerita suaminya sambil menjeling kearahnya.
“Nasib orang yang dia admire tu reject dia kan... kalau tidak ada orang lain yang acah-acah macho tu yang frustrated sakan kan?” Usik isterinya pula.
“Berani dia cari pasal dengan Tengku Adam Haiqal...” Tubuh sang isteri di raih ke dalam pelukannya.
Segala-gala yang menjadi tandatanya dihatinya selama ini terjawab sudah. Sesungguhnya takdir Allah itu mengatasi segalanya. Siapa sangka lelaki yang dipertemukan dengan dia secara tidak sengaja itu adalah jodoh yang diutus tuhan untuknya. Bergelar isteri kepada lelaki bernama Tengku Adam Haiqal adalah anugerah terindah dalam hidupnya. Semoga kebahagiaan yang dimilikinya ini akan terus menjadi miliknya hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.
-TAMAT-
Finaly....Thanku You kepada semua yang sudi membaca....InsyaAllah berjumpa lagi di buah tangan seterusnya......JANDA SIBUJANG TELAJAK....
Share this novel