Selepas pertemuan malam itu. Puteri sudah nekad membuang terus nama lelaki itu dari ingatannya. Saingan yang dipilih Tengku Adam Haiqal bukan calang-calang orang selepas dia menolak lelaki itu beberapa minggu yang lepas. Wanita yang dipilih lelaki itu juga bukan tandingannya. Puteri harus melepaskan segala yang menyesak direlung hatinya. Setelah pulang dari sesi suaikenal pada malam itu. Puteri terus menapak kebiliknya. Aliana mengajaknya untuk minum malam yang disediakan oleh penganjur pun ditolaknya dengan alasan penat. Dia hanya menyuruh Aliana mengikuti teman-teman baru yang turut berkursus bersama mereka. Dia terus saja balik ke bilik hotel, hatinya belum cukup terpujuk lagi dengan apa yang dilihatnya tadi. Dia bukan marahkan Tengku Adam Haiqal tapi lebih kepada marahkan dirinya sendiri yang membuat keputusan tanpa memikirkan perasaanya sendiri dulu. Biarlah segalanya sudah berlalu untuk dikenang. Sekarang dia hanya perlu untuk memujuk dirinya sendiri agar belajar melupakan lelaki itu.
“Assalamualaikum...” Sapa Tengku Adam Haiqal pada Aliana yang turut menunggu lift untuk naik kebilik hotelnya setelah selesai sesi minum malam itu.
“Walaikumusalam...Tengku?” Ucap Aliana sambil menoleh kearah lelaki disebelahnya itu.
“Puteri mana?” Tanyanya pula.
“Puteri sudah naik kebilik dulu tadi, kejap Lia panggil dia dibilik.” Ujur Aliana kebetulan waktu itu pintu lift terbuka.
“Kejap, boleh Qal cakap dengan Lia sekejap.” Ucap lelaki itu memandang tunak padanya.
Aliana menghentikan langkahnya untuk melangkah masuk kedalam lift itu. Dia kemudian mengikut arah langkah Tengku Adam Haiqal ke ruang menunggu dilobi hotel itu. Akhirnya Tengku Adam Haiqal memilih tempat duduk dihujung lobi yang agak tersorok sedikit dari laluan tetamu hotel yang keluar masuk ke hotel itu.
Setelah melabuhkan duduk, mereka berdua saling berpandangan. Aliana perasaan riak serba salah diwajah lelaki itu. Mungkin lelaki itu menganggap yang Aliana tidak tahu menahu akan hal yang terjadi antara mereka berdua.
“Lia tahu apa yang terjadi antara Tengku, puteri dan tunangannya. Tengku boleh cerita apa saja. Lia bantu apa yang boleh.” Aliana memberi respon kepada lelaki didepannya itu. Melihat akan reaksi lelaki didepannya yang keresahan itu Aliana merasa kesian pula. Walaupun marahnya pada lelaki itu masih tersisa, namun kesalahan tak harus diletakkan pada lelaki itu semata. Segala yang berlaku atas kehendak sahabatnya itu juga.
“Lia tahu tentang tunangan Puteri. Apa perkembangan antara Puteri dan tunangannya itu.” Sengaja Tengku Adam Haiqal ingin mengetahui dari sahabat baik buah hatinya itu apa yang dia tahu.
“Setakat yang Lia tahu mereka selalu berhubungan melalui panggilan telefon antara satu sama lain bertanyakan khabar. Puteri kata tunangannya itu lelaki baik-baik. Cuma hatinya yang belum cukup baik untuk melupakan Tengku.” Aliana cuba memancing pula respon lelaki didepannya itu.
“Kalau dia masih sukakan saya, kenapa dia perlu buat saya begini?” Duga Tengku Adam Haiqal pula.
“Tengku. Pertunangannya itu melibatkan keluarga kedua belah pihak, Puteri tidak boleh pentingkan diri sendiri. Tengku belum kenal Puteri dan keakraban dia dengan keluarganya. Puteri lebih memilih melukakan hatinya tapi bukan keluarganya.” Aliana membela sahabatnya itu.
“Qal kenal keluarganya. Kenal dari kecil lagi.” Tutur Tengku Adam Haiqal menambah kehairanan dihati Aliana.
“Kenal, Maksud Tengku?” Sela Aliana pula.
“Lia, sebenarnya saya dan Adam kamil adalah orang yang sama.” Senafas Tengku Adam menuturkan kata-kata itu. Dia tahu pandangan terkejut yang dilontarkan oleh sahabat tunangannya itu seperti mahu menelamnya. Tapi dia perlu memastikan plannya untuk memiliki hati gadis itu seperti yang dia mahukan. Dia mahu Puteri menerimanya dengan sebuah memori yang mereka akan kenangkan selama hayat mereka. Agak gila plannya itu, namum itulah yang hatinya mahukan.
“Adam Kamil itu Tengku? Aliana masih menyoalnya dengan seribu tanda tanya.
“Iya sayalah Adam Kamil itu.” Sekali lagi Tengku Adam Haiqal menyatakan pengakuannya itu. Tengku Adam Haiqal menceritakan semua cerita lama yang telah terjadi antara dia dan keluarga Puteri. Tentang bagaimana terjadinya pertunangan antara mereka.
“Ya Allah. Jadi selama ini hanya Puteri sajalah yang tidak tahu. Kenapa Tengku nak kusutkan keadaan terus terang aje la pada Puteri. Tengku tak kesian dengan Puteri tu. Sejak jumpa Tengku dengan doktor Tengku Natasha petang tadi dia murung je. Badan jer berseminar tapi hati terbang entah ke mana, kus semangat ler.” Ujur Aliana meminta kefahaman lelaki didepannya itu.
“Qal tahu tapi, untuk tiga bulan ini saja. Qal mahu Puteri jatuh cinta dengan Adam Kamil sebagai mana dia jatuh cinta pada Tengku Adam Haiqal.” Bersungguh-sungguh Tengku Adam Haiqal menerangkan kemahunannya.
“Tengku, Selama Lia kenal Puteri dia bukanlah seorang yag mudah menyukai seseorang. Dia berkawan lama dengan Harith. Malah sejak dari Universiti lagi. Namun sampai sekarang dia hanya menganggap Harith sebagai teman baik sahaja.” Aliana membela sahabatnya itu.
“Sebab itu Qal nak minta tolong Lia?” Jatuh pandang tunak lelaki didepannya itu kearahnya.
“Ok sebelum Lia setuju nak tolong, Lia nak tahu apa hubungan Tengku dengan doktor Tengku Natasha?” Tegas suara Aliana meminta kepastian lelaki didepannya itu.
“Tasha. Tasha sepupu Qal la. Kebetulan Qal ada urusan disini jadi terus jumpa dia sekejap. Tasha bakal kakak ipar Qal sebenarnya.” Ujur Tengku Adam Haiqal menerangkan kekeliruan dihati gadis didepannya itu.
“Ooooo bakal kakak ipar. Clear. Ok Tengku nak Lia tolong macam mana?” Tanya Aliana pula.
“Tolong jadi orang tengah antara kami. Cuba pujuk Puteri lupakan Tengku Adam Haiqal dan berlapang dada kenali dan terima Adam Kamil.” Tengku Adam Haiqal mengangguk kearahnya.
“Kenapa perlu complicated sangat. Pergi terus-terang ajekan senang.” Marah Aliana pada Tengku Adam Haiqal didepannya.
“Please Lia, Lia nak Puteri bahagia sebagai isteri Qal kan? Qal ingin memiliki dia dengan cara Qal sendiri. Biar semua ini menjadi kenangan terindah buat kami berdua.” Pujuk Tengku Adam Haiqal lagi.
“Oklah Lia cuba, Tapi jangan sesekali kecewakan sahabat baik Lia tu. Kalau tidak tahulah apa yang akan Lia lakukan pada Tengku.” Akhirnya Aliana bersetuju namun tetap mengugut lelaki didepannya itu. Pelik-pelik jer lelaki ini. Tapi romantis juga mamat poyo didepan aku ni, bisik hati Aliana.
“Qal janji, Qal akan jadikan sahabat Lia tu, wanita paling bahagia didunia ini.” Ujur Tengku Adam Haiqal sambil mengangkat tangan tanda ikrar. Comei gak mamat poyo ni. kih kih kih.
Setelah berpamitan dengan Tengku Adam Haiqal, Aliana menapak naik kebilik hotelnya. Jam sudah menginjak ke angka 11 malam. Aliana tersenyum sendiri dengan gelagat Tengku Adam Haiqal yang selama ini dilihatnya tegas, berkarisma dan sejenis control macho itu tapi rupanya boleh tahan poyo juga. Demi untuk kebahagian sahabatnya dia tidak kisah menjayakan misi lelaki itu. Dan yang pasti Imran kena sama-sama tolong dia menjayakan misi ini. Bisik hatinya.
“Lamanya minum malam, Lia mengayat doktor mana plak ni.” Usik Puteri yang sudah lengkap berbaju tidur itu.
“Doktor cinta. Handsome...” Ujurnya membuat muka ala-ala menang cabutan bertuah sejuta lagaknya.
Puteri menutup pintu sambil mengeleng-gelengkan kepala tersenyum dengan gelagat sahabatnya itu.
“Buah hati tak call ke hari ini?” sengaja Aliana menduga tunangan Adam Kamil didepanya itu.
“Tak ada, dah tidur kot.” Jawab Puteri endah tak endah.
“Memanglah tak, dia sibuk berdating dengan Lia tadi.” Kata Lia pelahan, antara dengar dan tidak.
“Apa?” Toleh Puteri kerana kata-kata Aliana tadi kurang jelas ditelinganya.
“Tak ada apa lah, sibuklah tu kot.” Jawab Aliana mendatar. Nasib baik tak kantoi bisik hati Aliana sendiri.
Setelah mandi dan bersolat dia berlalu ke katil untuk tidur. Puteri disebelah sedang membalas pesanan ringkas yang baru diterima tadi.
“Buah hati ke tu?” Lia buat-buat menjengah ke telefon bimbit milik sahabat baiknya disebelah.
“Hish sibuklah.” Puteri melarikan telefonnya. Sekejap lepas itu Puteri bangun membawa dirinya ke ruang depan bila telefon bimbitnya menjerit meminta diangkat.
“Sayang dah tidur ke? Sorry Adam baru balik ni.” Lembut tutur bicaranya penuh romantis.
“Dah baring tadi, entahlah mata ini tak nak lelap pula.” Ujur Puteri
“Jom Adam temankan. Mana tahu lepas dengar suara Adam, Puteri boleh terlena kejap lagi.” Usik lelaki itu ditalian sana.
“Hish kesitu pula.” Semakin senang Puteri berbicara dengan tunangan PJJ nya itu. Lelaki itu pun sudah semakin terbuka berbicara dan mengusiknya.
Puteri sudah nekad melupakan segala yang terjadi dulu antara dia dan Tengku Adam Haiqal. Lelaki itu biarlah jadi sejarah dalam hatinya. Mungkin inilah lorongan Allah untuknya membuka ruang atas pilihan keluarga untuknya. Adam Kamil juga seorang lelaki yang agak menyenangkan. Kadang-kadang dia rasakan aura yang ditunjukkan oleh Adam Kamil sama dengan seseorang yang pernah dia kenali sebelum ini. Terasa terlalu dekat dihatinya, tapi siapa?
Thank you all...sabar menunggu....minggu lepas terlalu padat dengan tugasan hakiki.... TQ support ya....InsyaAllah sutera cuba updated sampai ending ya..."
Share this novel