HPD || BAB 42

Romance Completed 246547

IRSYAD masih menunggu kedatangan Nathan. Dagu ditongkat atas meja berhadapan dengan kek hari jadinya. Bibir muncung sedepa. Tetamu yang lain sudah memenuhi meja makan di khemah halaman rumah mereka. Belon bewarna biru berteraburan elok diatas rumput nipis. Tetapi Nathan masih belum tiba.

"It's ocey ayong...Yan here for you..." Iryana memeluk abangnya untuk memujuk. Dengan suara kecik, pelat pulak tu. Buatkan Haura tertawa melihat telatah Iryana yang masih berusia tiga tahun setengah. Comel sangat dengan rambut ikat dua. Gaun warna merah jambu.

"Amboi, sweetnya anak ibu." Haura mengangkat Iryana dan mendudukkannnya diatas riba. Rambut Irsyad dia elus. Ada yang aneh dengan tingkah lakunya. Mulut muncung sedepa, tangan tongkat dagu.

"Syad jom kita mula potong kek. Tetamu semua dah tunggu." Haura berkerut sedikit apabila Irsyad merespon dengan gelengan kepala.

"Kenapa anak ibu ni? Hm? Muncung aje, birthday boy kena senyum." Sekali lagi Irsyad geleng kepala tanda protes. Bukan selalu Irsyad membuat perangai begini. Mungkin Ada sesuatu yang dia simpan dalam hati.

"Tak nak, Syad nak tunggu uncle Nathan."

Haura mengeluh perlahan. Makin berat hatinya mengenangkan betapa sayangnya Irsyad terhadap Nathan. Haura tidak suka. Haura tahu dia tiada hak untuk menghalang Irsyad menyayangi sesiapa pun tetapi hatinya terasa sakit. Sakit sangat. Entah kenapa dia berharap Irsyad menyebut nama Arsyad berbanding Nathan. Padahal Arsyad sudah lama tiada. Tidak mustahil kalau anak kecilnya ini memerlukan orang lain sebagai pengganti.

Sabar Haura...

Haura kemudiannya mengelus pipi Irsyad. "Uncle datang lambat sikit, dia ada tugas dekat balai. Kita mula dulu ya? Nanti kita simpankan kek untuk uncle," pujuknya dengan perasaan sebak. Semoga Irsyad tidak menolak permintaannya kali ini.

Bila Haura nampak Irsyad seakan mahu menangis, Haura terus memeluknya. "Kenapa ni? Sebelum ni Syad okay je tak ada uncle." Lembut nada Haura membelai telinga anak kecilnya.

Irsyad pandang wajah ibunya dengan hampa. "Hari tu, masa dekat tadika. Kawan Syad sambut hari jadi, ada ayah dia teman. Syad pun teringin nak ada ayah juga." Hatinya bagai di tikam oleh tombak berulang kali. Sakitnya sehingga tasik matanya mula bergelinang.

"Tapi uncle bukan ayah Syad..." Haura cuba mengingatkan Irsyad.

"Syad tahu, tapi Syad rasa selesa dengan uncle. Syad rasa macam uncle tu ayah Syad. Ibu tolong call kan uncle boleh? Syad nak dia potong kek sekali dengan ibu, dengan Syad..." Tangan Irsyad menggoyang lengan Haura perlahan. Mata Haura mula mejadi layu. Sedihnya bila anak sendiri perlukan orang lain sebagai pengganti Arsyad.

Haura, Arsyad dah lama meninggal. Lupakanlah. Kesian dekat anak-anak kau...

Haura geleng kepala bila suara hatinya meminta untuk melupakan Arsyad. Tidak mungkin dia mahu melakukan itu. Cintanya terhadap Arsyad begitu kukuh. Sehingga ber tahun lamanya terpisah seakan baru sahaja berlaku.

"Ibu call kan uncle ya? Syad tunggu sini." Mahu tidak mahu terpaksalah Haura akur. Kalau tidak menangis pula Irsyad disini. Dia bangkit dari kerusi dan gapai telefon bimbitnya. Nombor Nathan teragak-agak dia menekannya.

"Assalamualaikum, Damia."

Haura memejamkan matanya seketika. Fikirkan apa yang perlu dia cakap kepada Nathan.

"Waalaikumsalam, encik..."

"Ya, Damia. Ada apa?"

Haura toleh ke tepi seketika, melihat riak wajah Irsyad. Masih sedih menongkat dagu disitu. Haura kembali pada telefon semula.

"Encik masih di balai ya?" Janggal. Itu yang Haura rasakan. Belum pernah lagi dia membuat panggilan pada Nathan. Selalunya, Nathan yang membuat panggilan kepadanya.

"Iya, masih di balai."

"Maaf saya mengganggu, Irsyad...dia−"

"Dia tunggu saya?" Mata Haura sedikit membesar apabila Nathan berjaya menebaknya dengan tepat.

"Iya..."

"Saya datang. Cakap dengan Syad, saya dalam perjalanan."

"Tak apa ke encik? Kalau encik ada kerja disana, encik selesaikan dahulu. Saya tak mahu kacau..."

"Tak ada apalah, kerja tu nanti saya boleh sambung siapkan. Jangan risau ya, Damia." Bila panggilan dimatikan, Haura termenung sejenak. Kenapa Nathan baik sangat? Sampai Haura rasa serba salah selalu menyusahkan dia. Haura mengeluh perlahan sebelum pergi ke arah Irsyad semula.

"Irsyad strong boy kan? Uncle kata, dia dah nak sampai. Tunggu sikit je lagi."

Irsyad terus tersenyum sedikit.

"Betul ke ibu?"

"Betul sayangku..."

"Hope uncle tak lambatkan ibu?" Dia mengangkat dagu dan mengeluh perlahan.

Haura tertawa kecil bila dia nampak Irsyad mengeluh seperti orang dewasa. Iryana pula terlompat-lompat atas riba Haura. "Yan pun strong girl kan ibu?!" Tangan kecil Iryana memegang kedua belah pipi Haura.

"Ibu, why ibu comel cangat?" Mata bulat Iryana merenung anak mata ibu nya sambil membuat muka comel. Ceh, nak bodeklah tu!

"Puji-puji ibu ni nak susu badan ibu lah tu. Ingat ibu tak tahu ke." Haura ketawa bila nampak Iryana memuncung bibir.

"Oh no..." Tak boleh jadi! Teknik membodeknya sudah di ketahui oleh ibunya.

"No ibu. Yan tak mo cucu. Yan crong girl! Yan no need cucu anymore..." Iryana geleng kepala, cuba untuk menafikan. Pipi Haura dicubit.

"Kalau Yan minta nak susu badan ibu malam ni, ibu tak nak kawan Yan."

Iryana membulatkan matanya.

"Aaaaa...mane ole! Nak cucu!"

Haura tertawa lagi.

"Tengok, belum malam lagi dah merengek nak susu. Strong girl konon..." Hidung kecil Iryana, Haura picit lembut. Geramnya!

"Haura!" Sarah melambai tangan dari jauh.

"Eh, Sarah!" Haura letak Iryana kebawah. Dia biarkan anak kecilnya bermain dengan kucing. Pelukan Sarah dia balas dengan senyuman melebar.

"Bila kau balik Malaysia? Tak cakap dengan aku pun!" Haura menepuk bahu Sarah. Dia jeling manja. Yalah, masa Haura jemput Sarah seminggu yang lepas. Sarah kata dia masih di Itali. Ikut tunang bercutilah katakan.
Sean pula cuma senyum pada Haura. Dia berdiri bersebelahan dengan Sarah.

Nak tahu satu rahsia? Persahabat Haura dengan Sarah sebenarnya hampir sahaja terputus, selepas kematian Kamal. Sarah langsung tidak mengangkat panggilan dari Haura. Bila Haura datang ke rumah Sarah, Sarah langsung tidak mahu membukanya.

Berkat Sean, mereka berbaik semula. Sean berjaya pujuk Sarah supaya tidak mengalah kan diri sendiri dengan apa yang terjadi. Sarah tak bersalah, Kamal yang buat hidup Haura jadi begini.

Tahu-tahu sahaja, Sean dan Sarah sudah bertunang lima bulan yang lepas. Haura balas senyuman. Kemudian, dia pandang Sarah semula.

"Aku saja je nak buat kejutan dekat kau." Sarah hulur kotak besar dengan balutan bewarna biru. Hadiah untuk Irsyad. Haura pun tertawa sambil menyambut hadiah itu dari Sarah.

"Tu, apa pasal muncung mulut anak kau tu?" Sarah menyiku Haura. Pandangannya tertuju pada Irsyad yang sedang duduk dan menongkat dagu pada meja. Iryana pula main kejar-kejar dengan si Putih. Kucing kesayangannya. Sudahlah kecil, terkedek-kedek pula tu! Tertawa Haura melihat gelagat Iryana.

"Merajuk, uncle dia datang lambat." Bila bercakap pasal Nathan, terus perasaan sedih membelenggu dirinya.

"Siapa? Nathan?"

"Siapa lagi..." Haura menjawabnya acuh tidak acuh. Bukan kerana membenci, cuma dia tak selesa dengan kewujudan Nathan sebagai pengganti Arsyad.

Sarah pun angguk kepala.

"Biasalah tu, mesti banyak kerja dekat balai." Sarah pandang Sean dan angkat kening.

"Diam je, tak nak berbual dengan Haura?" soalnya pada Sean yang sejak tadi terdiam.

Sean cuma senyum.

"Bukan tidak mahu, nanti ada orang cemburu." Sean mengenakan Sarah. Sejak berkenalan dengan gadis itu, dia mula belajar berbahasa melayu. Sehingga dia jadi fasih dengan bahasa tunangnya.

"Eleh..." Sarah menjeling manja. Dia yang cari pasal, dia yang sakit hati.

Haura tepuk lengan Sarah.

"Kau ni, suka sangat cari gaduh dengan Sean."

"Biarlah..." Sarah tersengih dengan kelakuannya sendiri.

"Duduklah dulu. Sekejap lagi uncle dia sampai, majlis terus mula." Haura mempelawa mereka duduk. Lepastu, dia pergi kearah Irsyad semula.

"Uncle tipu Syad?" Makin memuncung bibir Irsyad bila Nathan masih tak kunjung tiba.

Haura mengangkat kening.

"Em. Emm...don't cry okay? Tak bagus untuk kesihatan." Haura cium dahi Irsyad bila nampak mata Irsyad mula berair.

"Uncle tak tipu. Ibu dah call uncle tadi." Haura masih cuba memujuk. Dia mengeluh perlahan.

Bila Irsyad nampak kereta Nathan sudah tiba di halaman, dia terus tersenyum lebar.

"Uncle!" Irsyad turun dari kerusi.

Tangan Haura memaut lengan Irsyad dengan lembut. "Jangan berlari.... Ibu tak nak strong boy ibu jatuh." Pesan Haura penuh kelembutan.

"Promise!" Irsyad ketawa bila nampak Nathan keluar dari kereta dengan memegang hadiah hari jadinya. Haura pun lepaskan lengan Irsyad. Memberi peluang untuk anaknya bertemu dengan Nathan.

"Uncle!" Haura cuma melihatnya dari jauh. Dia nampak Nathan melutut dan memeluk Irsyad.

"Uncle dah promisekan? Nak nyanyikan lagu untuk ibu!" Nathan tertawa bila dia nampak Irsyad bersemangat.

"Iya, uncle dah promise. Syad tak nak uncle nyanyi lagu hari jadi untuk Syad?" Irsyad geleng kepala laju.

"Tak nak...bosanlah..." Irsyad tayang muka bosan. Lagi meledak tawa Nathan dengan kejujuran Irsyad.

"Come on uncle...pikat ibu..." Tangan kecil Irsyad menarik tangan Nathan sehingga keatas pentas. Mikrofon dihadapannya diketuk beberapa kali. Semua tetamu memberikan perhatian setelah mendengarkan beberapa ketukan.

"Assalamualaikum, semua." Para tetamu menjawab salam. Sarah pula memandang Haura dengan senyuman.

"Aku tengok, cara Nathan layan anak kau...ikhlas sangat Haura. Kau tak nak ke?" soalan Sarah membuatkan hati Haura semakin berantakan.

"Apa kau merepek ni, Sarah. Aku tak pernah terfikir nak gantikan Arsyad dengan yang lain."

Sarah cuma mengeluh perlahan. Sampai bila Haura mahu bersendiri? Anak-anak dia perlukan kasih sayang dari seorang ayah.

"Ibu! Look! Uncle want to cing a cong!" Iryana berlari terkedek-kedek kearah Haura dan meminta untuk didukung. Haura pun mengangkatnya dan letak diatas riba.

"Cing a cong? Apa awak cakap ni Yan? Girl pelat tak boleh berbual dengan aunty tau. Aunty tak layan..." Terbahak-bahak Sarah dan Sean mendengarkannya. Sudahlah pelat. Ada hati mahu speaking.

"Ibu! Tenok aunty bucuk ni!" adu Iryana. Dia sembam wajah pada dada Haura. Malulah tu!

"Sarah." Haura tahan ketawa. Dia berpura-pura marah pada Sarah kerana menggelakkan anaknya. Iyalah, Iryana ni kuat merajuk tau. Sekali dia merajuk nanti susah woi nak pulak balik. Itu yang dia kena tahan gelak bila dah nampak muka Iryana masam mencuka kerana ditertawakan. Kecik-kecik dah kena buli!

"Awww...aunty sorry ocey?" Sarah picit pipi Iryana. Geram. Gebu betul pipi budak kecil ni.

Sean cuma tertawa sahaja melihat gelagat Sarah. Sean ni memang kurang bercakap. Bukan pemalu tetapi kerana dia memang sejenis yang tak pandai cakap banyak. Kalau dia dengan Sarah saja lain cerita.

Nathan mengambil mikrofon dihadapannya.

"Uncle, Syad nak cakap sikit." Nathan angguk kepala bila Irsyad mahukan mikrofon, jadi Nathan pun melutut dan pegangkan mikrofon buat Irsyad.

"Hari ni, hari jadi Syad. Syad mintak uncle Syad nyanyikan untuk ibu. Ibu!" Irsyad lambai kearah Haura dari atas pentas.

Haura berpura senyum ketika membalas lambaian Irsyad. Tolonglah, dia tak mahu Irsyad berharap bahawa Nathan akan menjadi ayahnya suatu hari nanti. Adakah dia pentingkan diri sendiri? Haura tertunduk seketika.

"Ibu dengar tau! Uncle nak nyanyikan!" Bukan main semangat lagi si budak Irsyad ni. Lepastu Nathan dukung Irsyad dan melepaskan mikrofon pada stand.

"Haura Damia..." Bila Nathan panggil namanya. Haura cuma angguk sekali.

"Kau ni Haura senyumlah sikit." Sarah menyiku Haura.

"Ibu, no no macam macam muka. Ich not good." Iryana menarik bibir Haura supaya senyum.

Mata Nathan masih lagi tertumpu pada Haura. "Seperti permintaan birthday boy kita...saya akan nyanyikan sebuah lagu untuk awak."
Irsyad senyum lebar dengar apa yang Nathan katakan.

"Uncle, boleh buat." Bisiknya memberi sokongan pada Nathan.

"Nyanyi sedap-sedap, biar ibu terpikat." Bisiknya lagi membuatkan semangat Nathan membara. Sepanjang persembahan Nathan, Haura banyak termenung. Langsung tidak memberi tumpuan pada nyanyian Nathan.

Setiap degupan jantungnya hanya untuk Arsyad. Hatinya begitu tegas. Tidak mahu yang lain.

"Haura, serious sedap!" Sarah menggegarkan lengan Haura. Sean pula melirik mata pada Sarah.

"Apa, mi amor?" soal Sean membuatkan Sarah kemam bibir. Lupa pula dah tak single.

"Hehehe..." Sarah tersengih.

Mata Nathan masih tertumpu pada Haura sepanjang nyanyiannya. Dia mahu Haura memahami maksud yang ingin dia sampaikan tetapi sepertinya Haura langsung tidak memberikan sepenuh tumpuan kepadanya. Semangat Nathan mula terpadam sedikit demi sedikit tetapi itu bukan bermaksud dia akan mengalah.

Para tetamu memberikan tepukan gemuruh pada persembahan Nathan yang menyentuh hati. Selepas itu, Haura membawa Iryana kehadapan untuk sesi potong kek.

"Semua kita nyanyi sama-sama okay?"  Soal Nathan.

"Okay!" Jawab mereka beramai-ramai.

"Sebelum tu..." Nathan meletakkan mikrofon pada bibir Irsyad. Tangan Irsyad sudah bersedia untuk memotong kek.

Irsyad pandang Nathan.

"Apa keinginan Syad sempena hari jadi tahun ni?" soalan Nathan membuatkan Irsyad berfikir sejenak.

"Pertama sekali...Syad...Syad nak sihat." Jawapan Irsyad menyentuh hati semua orang yang mendengarnya.

"Syad dah penat nak makan ubat..." Irsyad membuka topi hari jadi yang menutup rambut nipisnya. Separuh dari rambutnya sudah gugur. Mata Haura terus berair melihat itu. Sarah pun memahami apa yang Haura rasa. Dia terus mengelus belakang Haura.

Nathan menyembunyikan kesedihan dengan senyuman.

"Lagi...Syad...Syad nak uncle jadi ayah kami." Keinginan Irsyad yang kedua membuatkan hati Haura semakin hancur.

Irsyad memberi isyarat kepada Nathan supaya meneruskan seperti yang mereka rancang.

"Damia..." Langkah Haura terpasak ketika melihat Nathan berlutut di hadapannya.

"Saya dah lama nak cakap ni pada awak, saya cintakan awak." Nathan keluarkan bekas cincin berbetuk hati dan buka dihadapan Haura.

"Sudikah awak, menjadi isteri saya?"

Haura terkesima. Tubuhnya menjadi kaku. Apa semua ni? Bila dia dengar tetamu semua bersorak untuk mereka, Haura menjadi buntu. Wajah Irsyad dan Iryana sedang memandangnya dengan harapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience