HPD || BAB 15

Romance Completed 246547

"A mistress is more suitable for her," Arsyad mengatakannya dengan nada mengejek ketika memandang kearah Haura.

Clara tertawa dengan jenaka Arsyad.

"Aww, stop it babe. Look how poor her eyes when she looks at you." Clara bukannya mengatakan itu kerana belas kasihan tetapi kerana mahu menambahkan lagi kepanasan dihati gadis malang itu.

"Just kidding."

"Yeah, Don't take it serious sweetie..." Clara mengusap lengan Haura. Kononnya mahu tunjuk prihatin. Seronok betul bila dapat mengenakannya.

Haura cuma tersenyum hampa. Tak sangka kehadirannya disini hanya sebagai bahan ejekan buat Arsyad dan kekasih barunya. Terasa maruahnya dipijak-pijak. Hatinya seakan dirobek beberapa kali.

Clara memandang sekeliling sebelum memandang kearah Arsyad semula dengan senyuman manis. "Pandai your mom book kan our candy light dinner tonight."

Mama? Jadi, mama yang tempahkan makan malam buat Clara dan Arsyad. Haura hanya tersenyum hampa. Selama dia menjadi menantu Tan Sri Hazlina, dia tidak pernah mendapat layanan seistimewa seperti itu. Dimata mama, Haura sentiasa salah. Semua yang dia lakukakan mesti dipertikai.

Sampai hati Arsyad mengingatkan kembali luka lamanya. Bagaimana penerimaan keluarga Arsyad dengan kehadirannya yang hanya dipandang serong. Malah dilayan seperti kuli ketika ketiadaan Arsyad disana.

"Kau suka tempat ni?" soal Arsyad memberikan sepenuh perhatian kepada Clara. Tidak ada sesaat pun matanya melirik pada Haura.

Clara tersenyum lebar.

"Of course! I like everything here. Overall, the lights, the scenery, the music, the food, the service is full class." Bersemangat dia menjawab soalan dari Arsyad. Memang dia suka pergi ketempat sebegini. Kena dengan lifestyle nya. Memang dia mahu mencari suami yang sama taraf dengannya. Baru hidup tenang dan harmoni.

"Good to hear." Arsyad jawab dengan acuh tak acuh. Tiada apa yang menarik tentang Clara. Nampak sangat wanita ini mudah untuk digauli dengan mana-mana lelaki.

"So macam mana dengan our wedding?" Tak sabar Clara mahu berbincang tentang wedding planner mereka. Bila terbayangkan bakal semegah apa perkahwinan mereka nanti, semakin bersemangat dia mahu memulakan hari-harinya.

"Lagi cepat lagi bagus." Jawapan Arsyad sekali lagi mengguris hati Haura. Langsung tidak ada rasa serba salah setelah mengatakan itu dihadapannya. Muka selamba Arsyad sungguh membuatkannya memakan dalam.

Tak sabar betul gaya Arsyad untuk menggantikan tempatnya.

"Next month?"

"Why not."

Clara melihat skrin telefonnya dan memeriksa segala jadualnya untuk bulan ini. Penuh. Clara mengeluh.

"Babe, jadual I full bulan ni. I ada banyak shooting dekat oversea. How about the preparation? Wedding dress semua?" adu Clara dengan suara yang meleret. Dadanya sengaja mendekat untuk menayang.

"Tak payah risau pasal tu. Pandailah aku urus. Lagipun saiz kau dengan saiz Haura tak jauh beza. Guna dia je dulu."

Guna aku? Mahu saja Haura menjerit disitu juga tetapi dia simpan didalam hati saja. Arsyad langsung tidak memikirkan tentang perasaannya.

Irsyad mengeluarkan puting dari mulutnya. Dia sudah mula merengek kerana mahukan ibunya. Haura memandang kearah Irsyad yang berada didada Arsyad dengan risau. Dia hulur tangan segera.

"Dia nak saya." tegas nada Haura ketika mengatakannya.

Clara menjungkit kening bila melihat tangan Haura menyentuh anak Arsyad.

"Don't touch him." Selamba dia tepuk tangan Haura sambil memberi amaran.

"Tangan you kotor tahu tak? Kalau bakal anak I sakit macam mana? You nak tanggungjawab?" Clara menjeling tajam. Kemudian, dia mengangkat Irsyad kedalam dakapannya.

Haura tergamam dengan diamnya Arsyad ketika Clara mengambil Irsyad. Begitu percaya Arsyad dengan Clara. Sampai anak mereka dipegang pun Arsyad tidak kisah.

Rengekan Irsyad semakin kuat apabila berada didalam dakapan Clara. Tubuh kecil itu menggeliat keras untuk mendapatkan pelukan dari Haura.

"Little sweet boy, don't cry. Mom is here..."

Sungguh! Kali ni Haura tidak boleh berdiam. Irsyad bukan barangan untuk diberikan kepada Clara semudah itu. Baru sahaja Haura mahu berdiri untuk mengambil Irsyad semula, tangan Arsyad menahannya.

"Clara bakal jadi ibu Irsyad, biar dia biasakan diri."

Haura tergamam dengan sikap mudah Arsyad ketika ini.

"Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?"

Arsyad angguk kepala.

"Sedar. Why?"

"Kalau awak dah tak sabar nak gantikan saya sekalipun, jangan libatkan Irsyad dalam hal ni. Irsyad milik saya."

Arsyad ketawa besar sambil menyilang tangan.

"Siapa yang tuai benih dalam rahim kau?"

Lidah Haura terkelu.

"Kalau bukan sebab aku, Irsyad tak akan wujud dalam rahim kau lah. Lagipun, aku yang berusaha keras setiap malam. Kerja kau cuma baring dan menikmati. Aku rasa, kalau bercakap tentang pemilikan. Separuh dari Irsyad adalah milik aku juga." Tiada bertapis. Langsung dia bahaskan soal itu di tempat awam begini. Dihadapan Clara dia dimalukan. Menitik air mata Haura ketika dipermalukan sebegini rupa.

Lebih sakit bila Haura nampak pipi Irsyad di cium beberapa kali oleh Clara. Sakit nya sampai tak mampu diungkap. Dia mahukan Irsyad. Dia tidak sanggup melihat anaknya di cium oleh wanita lain. Lebih-lebih lagi, wanita itu adalah kekasih baru Arsyad. Sakitnya bertambah bahkan berlipat kali ganda terasa.

"Saya nak anak saya Arsyad." Haura menegaskan lagi kata-katanya.

Clara mengeluh beberapa kali ketika menenangkan rengekan Irsyad yang semakin tidak terkawal.

"Nak sangatkan?" Clara memberikan Irsyad kepada Haura dengan muka menyampah.

Dapat saja Irsyad, Haura segera mengusap pipi anaknya dengan jari jemarinya. "Shhh, ibu ada dekat sini..." Ajaibnya, rengekan Irsyad kembali tenang sebaik sahaja mendengar suara Haura. Siap dengan senyuman manis dia hadiahkan buat pengubat untuk hati ibunya.

Arsyad memerhati semuanya.

"You, jomlah makan. I dah lapar ni." Clara mengambil spaghetti bolognese yang berada dihadapan Haura tetapi Arsyad menahannya.

"Kau punya yang ni." Arsyad mengajukan jari telunjuknya pada pinggan berisi spaghetti seafood yang sudah tersedia dihadapan Clara. Dia memesan spaghetti bolognese untuk Haura kerana Haura alahan dengan makanan laut.

Clara mengeluh panjang.

"Tapi I nak spaghetti bolognese. I tak ada mood nak makan seafood malam ni. Please..." Bukan main meleret suaranya bila mengatakan itu kepada Arsyad. Sengaja mahukan perhatian.

Haura terus saja menolak hidangan yang sepatutnya menjadi hidangannya pada Clara.

"Makanlah." Haura langsung tak peduli soal itu. Kalau Clara nak sangat, makanlah. Dia malas mahu ambil peduli dengan semua karenah wanita itu. Bikin sakit hati saja.

"Haura it's yours." Arsyad mengerling tajam kepada Haura.

Haura sekuat mungkin mengukir senyuman.

"Saya ni perempuan simpanan awak je. Setakat gatal-gatal apalah sangat kan?" Sebelah tangannya mengambil hidangan Clara. Dia terus menggulung spaghetti menggunakan garfu.

"Jangan degil Haura." Arsyad menahan tangan Haura dari memasukkan spaghetti itu kedalam mulutnya.

"Lepaskan." Haura menepis tangan Arsyad dan memasukkan spaghetti itu kedalam mulut. Geram. Nak menangkan kekasih hatinya sangat kan? Ha, menangkan dia. Tak payah hiraukan Haura lagi.

Arsyad menepis kuat garfu ditangan Haura sehingga garfu itu terlepas dari tangannya.

"Jangan jadi bodoh Haura!" Dia tarik tangan Haura dan bangkit dari kerusi.

"Eh, you nak kemana Arsyad?" Clara ikut berdiri.

Arsyad tidak menjawab pertanyaan Clara. Dia langsung menarik Haura keluar dari situ dengan perasaan geram.

•••

Fawaz termenung duduk bersandar di sofa. Wajahnya diraup dengan kasar bila memikirkan semua perkara yang telah berlaku.

Sudah kali ke berapa dia mengetik nombor yang sama tetapi masih tidak dapat sebarang jawapan.

"Argh!" Telefonnya di hempas pada lantai dengan kuat. Geram. Apa lagi yang perlu dia cakap supaya Arsyad mendengar katanya. Banyak perkara yang perlu dia beritahu pada lelaki itu tetapi sampai sekarang dia tidak tahu keberadaan Arsyad.

Fawaz mendengus kesal.

"Maafkan abang, Haura..." Kepalanya dihentuk beberapa kali pada permukaan dinding. Bila teringat betapa bodohnya dia apabila terpaksa menjadi anjing kepada mereka.

Haura menjadi mangsa.

Arsyad juga menjadi mangsa.

Kedua-dua dari mereka mengalami waktu yang sulit. Fawaz mengeluh panjang lagi. Memikirkan bagaimana caranya dia perlu ungkapkan kepada Arsyad tentang hal yang sebenar.

Kalau dia main serbu sahaja, mesti bersepai giginya dikerjakan oleh Arsyad. Dia perlu memikirkan cara lain. Ya!

Nombor telefon Sarah.

Fawaz segera mendail nombor Sarah.

"Tolonglah jawab!" Fawaz berjalan kehulu-kehilir ketika menunggu panggilannya di jawab.

"Assalamualaikum, siapa call ni?"

Mata Fawaz terus terbeliak ketika suara Sarah mula kedengaran.

"Waalaikumsalam, ni Fawaz."

Lama Sarah diam.

"Fawaz mana ya?"

"Fawaz, jiran rapat Haura..."

Sarah diam lagi.

"Mana kau dapat nombor aku?!"

"Bertenang Sarah, a-aku boleh terangkan semuanya."

"Terangkan? Oh, lepas kau dah terangkan. Kau ingat hidup Haura boleh berubah seperti sedia kala?"

Fawaz mendengus kasar.

"Dengar dulu! Macam mana aku nak terangkan kalau semua orang terus membidas aku?!"

Sarah terdiam sejenak.

"Kau nak apa?"

Fawaz mengetap bibir bawahnya. Gugup untuk meminta bantuan.

"Aku nak minta tolong kau. Kita kena berjumpa. Nanti aku terangkan pada kau semuanya. Percayakan aku Sarah. Ini je caranya untuk aku betulkan semula hidup Haura."

"Kenapa baru sekarang?"

Fawaz memejam mata.

"Sebab keluarga Arsyad bukan sebarangan. Aku tak boleh main terjah bocorkan rahsia mereka, Sarah. Mati aku dikerjakan nanti."

"Macam nilah, minggu depan aku free. Aku ajak suami aku sekali." Belum sempat Fawaz menjawab, Sarah sudah mematikan panggilan. Fawaz terus menghempas punggung pada sofa semula. Lega. Nasib baik Sarah boleh dibawa bincang.

•••

Arsyad membawa kereta dengan pecutan laju.

"Aku dah cakap jangan makan! Kau degil!" Arsyad menumbuk cermin kereta dengan kuat kerana geram.

Haura cuma tertunduk. Jari-jemarinya menggaru tubuhnya yang sudah naik miang. Gatal sangat. Terbatuk-batuk kerana tekaknya yang terasa gatal.

"Sekarang apa jadi?!" Arsyad memecut kereta semakin laju.

"Answer me Haura!!!"

Haura diam sambil menyandarkan kepala pada cermin kereta.

Arsyad terus memberhentikan kereta ditepi jalan. Dia keluar dari tempat pemandu dan buka bonet kereta. Dia cari ubat alahan Haura dengan cemas. Bila sudah jumpa. Dia berlari anak dan membuka pintu kereta.

Tempat duduk Haura dia turunkan supaya Haura berbaring. Merah habis wajah Haura yang sudah kegatalan. Ada bintik-bintik timbul.

"Kau ni memang menyusahkan aku!!!" Air mata Arsyad sudah mengalir kepipi ketika melihat keadaan Haura. Mulut saja kata begitu, padahal hatinya sangat risau kan Haura. Alahan nya memang bukan biasa-biasa.

Sekali kena, memang Haura akan demam panas.

"Makan ni." Arsyad memasukkan pil kedalam mulut Haura. Lepastu dia ambil botol air dan menuangnya perlahan-lahan.

Tetapi Haura tidak mahu menelannya.

"Haura Damia! Swallow!!!"

Ni je untuk harini, esok lambat sikit author update okay :) Agak-agaknya, apa lah jadi pada Haura ya?

Share this novel

norsila
2024-02-11 00:20:11 

kejamnya..sakitkn hati isteri..huu


NovelPlus Premium

The best ads free experience