HPD || BAB 46

Romance Completed 246547

SEDANG Haura mengemas pakaian mereka kedalam almari, dia terdengar loceng Vilanya berbunyi. Segera Haura mengambil tudung sarung hitam dan sarung pada kepala.

Haura nampak Iryana berlari ke sana dan cuba menggapai tombol pintu. Sibuk juga budak kecil ni nak buka pintu. Padahal tak sampai pun. Haura pun dukung Iryana sebelum membuka pintu.

"Assalamualaikum."

Terkejut bila nampak Nathan membawa semangkuk nasi goreng. Wangi pula tu baunya.

"Waalaikumsalam, encik." Haura balas senyuman Nathan dengan sedikit janggal.

"Saya ada masakkan nasi goreng ni, untuk awak dengan anak-anak. Ambil lah..." Nathan menghulur mangkuk kaca itu kepada Haura.

"Woooaaaahhh, ada naci goyeng!" Iryana tepuk tangan. Dia memang paling bersemangat kalau bab makanan dan mainan ni. Tu yang perutnya makin buncit.

"Susah-susah je encik ni, saya ada masak bubur nasi dah untuk anak-anak saya. Membazir pula tiada siapa yang mahu makan nanti." Haura masih ragu-ragu mahu menyambut mangkuk itu.

"Saya ingat nak beri pada Sarah dan Sean, tapi mereka tiada di Vila. Keluar cari barang. Saya pula dah masak lebih ni, tu yang ingat nak bagi awak dengan anak-anak. Tapi kalau awak tak nak terima, saya boleh cuba bagi dekat Vila lain." Nathan tarik semula mangkuk bersisi nasi goreng masakannya dengan hati yang sedikit membengkak. Dia tak bermaksud untuk membuat Haura rasa tidak selesa.

Haura pula bila nampak riak wajah Nathan bertukar sedikit sedih walaupun bibirnya masih menguntum senyuman, dia rasa serba salah. Tangan Iryana pula tengah cuba untuk capai mangkuk itu, dengan air liur meleleh dari bibir. Terliur dengan bau nasi goreng didalamnya.

"Saya pergi dulu."

"Encik." Nathan yang baru sahaja berpaling, terus menghentikan niatnya untuk pergi.

"Encik dah makan?"

Entah kenapa, hatinya kian berbunga-bunga bila Haura mengambil berat tentangnya.

"Belum, tapi tak apa. Saya boleh makan di Vila."

Haura tersenyum nipis memikirkan bagaimana untuk membuat Nathan tidak terasa hati dengan penolakannya tadi.

"Kalau macam tu, encik makanlah dengan kami. Banyak bubur nasi tu saya masak. Nasi goreng ni, saya boleh simpan. Nanti saya panaskan untuk makan malam." Haura menghela sedikit nafas bila nampak Nathan tersenyum sedikit melebar.

"Awak okay ke saya makan sekali dengan awak dan anak-anak?" Haura cuma angguk kepala perlahan.

"Kita makan dekat balkoni luar, terbuka sikit. Ada meja untuk makan. Orang dekat pantai tu pun ramai. Tak adalah orang fikir bukan-bukan tentang kita." Nathan pun mengiyakan sahaja. Segera dia membuka kasut dan masuk kedalam. Bila sampai di balkoni luar, dia letak mangkuk di tangannya atas meja. Cantik betul pemandangan disini. Pantainya tidak seperti di Malaysia. Dia ada keunikannya tersendiri.

Irsyad membawa pinggan plastik kearah Nathan. "Uncle, Syad bawa pinggan." Comel je Irsyad senyum sambil menyerahkan pinggan plastik itu pada Nathan.

"Terima kasih, Syad. Good boy." Nathan tunduk sikit dan tujukan jari telunjuknya pada pipi supaya Irsyad mengucupnya disitu. Irsyad dengan perasaan teruja, dia mengucup pipi Nathan.

Haura pula masih di dapur sedang mengaut bubur nasi dari periuk. Lepas itu, dia tukarkan ke mangkuk juga. Sebelah lagi lengannya masih dukung Iryana.

"Ibu! Apa tu?!" Iryana menunding jari pada bubur nasi yang sedang ibunya senduk.

"Ni?"

Iryana angguk laju-laju.

"Ni namanya, bubur nasi."

"Bubur naci?!" Bulat bibirnya terbentuk. Tanda saraf otaknya sedang aktif menyimpan memori.

"Iya, bubur nasi."

"Nak cikit!" Haura pun tersenyum bila didalam fikirannya mahu mengenakan Iryana. Dia pun calit jari telunjuknya pada senduk yang ada sisa bubur disitu, lepas tu Haura calit pada hujung batang hidung Iryana.

"Ibu!" Iryana mula muncung.

"Nape ibu bagi idung Yan makan? Idung Yan tak lapar! Peyut Yan yang lapar!" Iryana muncung sedepa. Lagi kuat Haura ketawa dengan kecomelan anaknya apabila marah.

Irsyad yang sejak tadi memerhati ibunya dan adik kecilnya bergelak-ketawa, membuatkannya juga ingin ikut ketawa bersama.

"Ibu tak nak main dengan Syad?"

Haura dan Iryana toleh kearah Irsyad. Mereka tidak perasan pula Irsyad ada disini sejak tadi. Lepastu, Haura cepat-cepat bisik pada Iryana. Dia letak sikit bubur nasi pada jari Iryana sebelum menurunkannya dari dukungan.

Lepastu Iryana senyum melebar. Dia terkedek-kedek berlari ke arah abangnya mengikut apa yang ibunya minta untuk lakukan.

"Ha!" Iryana ketawa besar selepas mencalit bubur nasi itu pada batang hidung Irsyad. Tak perlu gunakan usaha yang banyak, Irsyad terus sahaja ikut ketawa. Senang betul untuk anak-anaknya bahagia. Hanya dengan meluangkan masa bersama.

"Dah, dah. Jom kita makan dengan uncle. Kesian dia tunggu kita." Haura ambil tangan Iryana dan Irsyad. Dia bawa mereka berdua ke balkoni bersama. Yang Iryana jalan terkedek-kedek, yang Irsyad pula jalan terlompat-lompat kerana terlalu gembira.

"Uncle!" Iryana dan Irsyad ketawa keriangan ketika diangkat oleh ibunya untuk di duduk kan di atas kerusi. Nathan pun ikut tersenyum melihat betapa bahagianya keluarga kecil di hadapannya ini.

"Amboi, gembiranya Yan dengan Syad." Nathan menyusun pinggan di depan Irsyad dan Haura. Dia tahu kalau Iryana, dia cuma mahu makan bila ibunya suap sahaja.

"Biasalah, budak-budak. Suka bergurau." Jawab Haura ketika menyendukkan bubur nasi  pada setiap pinggan mereka.

"Tulah, pandai awak jaga mereka." Haura tersenyum nipis selepas mendapat pujian dari Nathan. Kalau lah yang sedang puji dia sekarang adalah Arsyad, pasti hatinya sudah berbunga-bunga. Pastu senang hatinya menerima pujian dari lelaki yang sudah lama dia nantikan. Tapi bila fikirkan semula, angan-angannya itu mustahil. Mana ada orang yang sudah meninggal akan hidup semula.

"Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai ibu mereka sahaja."
Nathan menadah tangan dan mengetuai doa. Iryana yang berada di atas pangkuannya ibunya juga turut menadah tangan. Mengikuti perbuatan ibunya.

"Aamin! Aamin!" Disetiap rangkap doa yang Nathan baca, Iryana aaminkan dengan begitu bersemangat. Dalam otaknya sekarang cuma mahu doa segera habis supaya dia dapat makan banyak-banyak. "Aamin!" Irsyad pula menahan ketawa dengan kecomelan adiknya. Begitu juga Haura dan Nathan. "Aaaaamin!!!" Bila doa habis, aamin kali ini yang paling panjang. Sampai semput Iryana disitu. Dengan kaki kecilnya menendang udara.

Haura menggunakan sudu kecil kepunyaan Iryana untuk menyuapnya makan.

"Aaaaaaa..." Haura meminta Iryana buka mulutnya.

"Aaaaaa!" Tepat sudu masuk kedalam mulut, Iryana terus mengunyah. Belum habis lagi bubur dalam mulut, dia sudah membukanya lagi.

"Aaaaaa!" Haura dan Nathan tertawa kecil dengan ragam Iryana. Memang beginilah perangai Iryana setiap kali makan. Semangat betul.

"Yan sikit-sikit makan. Nanti tercekik macam mana?" Irsyad menegur Iryana. Dia bagi botol yang sudah dia isi dengan air kosong tadi pada Iryana. Jelas di wajahnya risau.

"Betul apa yang ayong awak tu cakap, Yan." Nathan mengutip sisa bubur di bibir dan pipi Iryana dengan jari telunjuknya. Haura pula pura-pura tidak nampak, dia terus menggaul bubur dengan sudu. Tak mahulah dia menghalang, takut terlukakan hati Nathan. Lagipun, Nathan memang menyayangi anak-anaknya seperti anaknya sendiri. Dari kecil lagi Nathan yang banyak melayan karenah mereka.

                        RAEZ cuma menutup mata, langsung tidak memberikan perhatiannya dengan bebelan dari Sean.

Dia rasa seperti sedang di ulik mimpi indah, selama bertahun lamanya dia bersembunyi di Italy. Akhirnya, Tuhan memberikannya kesempatan untuk bertemu dengan gadis yang sudah lama dia rindui.

Semakin cantik senyumannya. Raez masih ingat dengan jelas bagaimana bibir mugil itu tersenyum manis kepadanya tadi. Hatinya mula berbunga-bunga tetapi ada yang membuatkan Raez rasa berat. Patutkah dia memberitahu tentang kewujudannya disini?

Selama ini, Raez tiada disisi gadis itu. Layakkah jika dia menumpang kebahagiaan gadis itu semula? Macam mana kalau gadis itu mula membencinya kerana bersembunyi disini tanpa pengetahuannya?

Dia pengecut. Tak macam Haura, berani hadap semuanya sendiri. Dia, dia lari dari hukuman. Padahal, Haura tidak. Raez mengeluh perlahan. Lukisan Haura ketika waktu pertama kali mereka bertemu, dia sentuh dengan jari-jemarinya.

"Ni semua kau punya pasal, Raez. Kau tahu tak, Haura call aku tadi?" Sean mengetuk meja untuk meraih kembali perhatiannya.

"Haura call kau?" Bibirnya menyembunyikan senyuman.

"Anak dia nak Papa Teddy datang ke Vila. Katanya teringin nak jumpa. Sekarang ni, aku pun dah pening nak tolak macam mana." Sean mengurut pelipis. Luiz, Fabio dan Alessandro pula sibuk bermain snooker.

"Anak aku nak aku kesana?" Matanya bersinar terang. Ada gulungan air hangat di tubir mata.

"Iya, Arsyad Taqqi Mohammed." Sean mengeluh panjang. Masih memikirkan bagaimana caranya untuk menyimpan rahsia mereka. Kalau orang dari Malaysia tahu, pasti perkara ini akan tular. Sia-sia sahaja usaha mereka menyelamatkan Arsyad dari hukuman dan memalsukan kematiannya.

"Eh, kau nak kemana?" Sean mula cuak bila nampak Arsyad mengambil kepala beruang itu semula.

"Jumpa keluarga aku."

"Kau gila ke?!" Sean menolak dada Arsyad dengan kuat. Bukan kerana dia tidak suka Arsyad bertemu dengan keluarganya semula tetapi kerana nyawa Arsyad akan berada dalam bahaya.

"Raez!!!" Sean semakin kepanasan bila Raez mengendahkan amarannya.

"Aku Arsyad. Bukan Raez."

Sean melepaskan keluhan yang sangat kuat. "Aku tahu keinginan dan kerinduan kau. Tapi aku minta satu, jaga diri kau. Sekarang ni, semua orang di Malaysia sudah percaya dengan kematian kau disana. Jangan sampai bocor. Aku tak nak kau mati. Isteri dan anak-anak kau pun tak nak kau mati. Faham?" Raez menyarung kepala beruang pada kepala nya.

"Aku akan jaga diri aku, Sean. Terima kasih sebab ambil berat pasal aku. Aku janji, lepas aku jumpa anak-anak aku, isteri aku. Aku akan pulang. Aku rindukan mereka."

Sean hulur sepucuk pistol. "Ambil ni, kalau ada yang cuba untuk apa-apakan kau. Kau jangan teragak-agak untuk tarik picu." Dia tahu, dia tak boleh menghalang Raez. Ini pilihannya.

"Luiz." Raez tunduk sedikit kearah nya.

"Mahu kemana?"

"Jumpa keluarga aku."

"Hati-hati, jangan sampai tertangkap." Luiz menepuk bahu Raez beberapa kali. Fabio dan Alessandro pun ikut rasa sebak.

"Aku ada bawakan anak buah aku untuk menemanimu ke sana."

"Tak apa, Luiz."

"Kau jangan percaya diri. Di sini bahaya. Aku sayang kau, Raez. Aku bapa kau." Raez angguk kepala. Dia bergegas turun ketingkat bawah.

Sean menendang dinding menahan amarannya. Tak sampai beberapa minit Raez menghilang, Sean ikut bergegas kesana. Dia mahu memastikan Raez akan berada didalam keadaan yang selamat.

               LOCENG berbunyi lagi ketika Nathan, Haura dan anak-anaknya sedang menjamu makan.

"Siapa datang tu?" soal Nathan.

Haura geleng kepala.

"Sekajap, saya tengok."

"Tak apa, saya bukakan." Nathan berdiri. Dia pelawa diri untuk melihatnya. Dia basuh tangan sebelum berjalan ke sana dan membuka pintu.

Kening Nathan tertaut bila dia nampak beruang tadi berada di depan pintu.

"Siapa tu?" Haura berdiri bersebelahan dengan Nathan untuk melihat siapa yang datang.

Hampir sahaja sejambak bunga Rose yang di sembunyikan dari belakangnya terlepas tapi segera dia genggam erat. Bergetar mata Raez ketika melihat wajah Haura dan Nathan sekali gus.

Mahu sahaja Raez menanyakan, apa hubungannya Nathan bersama Haura? Tetapi segera dia menolak segala fikirannya yang negatif.

"Papa Teddy, awak datang?" Haura sedikit terkejut. Bukankah Sean kata tadi, Papa Teddy tak jadi untuk datang.

Raez angguk kepala perlahan. Matanya masih tertumpu pada Haura.

"Papa Teddy!" Iryana berlari kearah Raez dan memeluk kakinya seperti biasa. Baru Raez sedar, bahawa anak kecil yang dia bermain dengannya tadi adalah anak kedua mereka.

"Wah, Papa Teddy!" Irsyad tersenyum lebar ketika berjalan kearah Raez. Lepastu, dia peluk lagi sebelah kakinya.

Bila Nathan nampak beruang tu dan Haura saling bertatapan. Nathan berdehem beberapa kali.

"Saya balik dulu lah kalau macam tu." Haura tidak menjawabnya. Malah matanya tertumpu pada beruang dihadapannya sahaja. Bila Raez nampak Nathan pergi, Raez hulur sejambak bunga Rose yang sangat besar kepada Haura.

"Untuk saya?"

Raez angguk kepala. Tangan beruangnya menunding kepada kad yang berada pada jambakan bunga tersebut.

"Awak nak saya baca?"

Raez angguk kepala lagi. Haura pun mengambil kad yang tersembunyi di sebalik jambakan tersebut. Lepas dah jumpa, dia buka dan baca.

"Raez?"

Raez angguk kepala.

"Terima kasih sebab datang, Raez. Anak-anak saya seronok bermain dengan awak." Jari-jemari Haura membelai kelopak bunga yang di berikan oleh Raez.

"Your welcome." Raez pun melutut, dia ambil Iryana dan Irsyad. Lepastu, dia dukung.

"Woooahhhh! Fluffy!" Iryana menggigit pipi beruang itu. Irsyad pula membelai pipi gebu beruang dengan kegeraman. Haura tertawa kecil melihat beruang itu bermain dengan anak-anaknya. Comel sangat. Jambakan bunga di tangannya dia tatap buat seketika.

"Papa Teddy...comelnya..." Irsyad membelai pipi beruang tersebut juga. Raez memandang Irsyad. Ya Allah, sudah besar anak sulongnya ini. Rindu sangat.

"Raez." Haura memanggilnya.

"Boleh saya buka?" soal Haura seraya tangannya perlahan-lahan di angkat menuju ke kepala beruang itu. Raez cuma mendiamkan diri, tidak mengelak. Dia membenarkan Haura untuk membukanya.

"Haura." Tangan Haura berhenti di situ.

"Sean? Awak buat apa kesini?" Raez mengeluh perlahan bila nampak Sean yang tiba-tiba datang kearah mereka. Percubaannya gagal.

"Sarah nak jumpa. Jom." Sean menarik perhatian Haura untuk kesana bersamanya. Hampir sahaja rahsia mereka terbongkar.

Haura pandang Raez buat seketika. Hatinya sangat ingin mengetahui siapakah gerannya. "Saya pergi dulu ya?" Haura kemudiannya, mengambil Iryana dan Irsyad dari Raez.

Raez angguk kepala perlahan. Anak matanya hanya mengikuti jejak Haura bersama Sean. Dia membalas lambaian tangan dari Irsyad dan Iryana juga.

"Besar dah mereka..." Bibirnya mengoyak senyuman. Tidak tahu apa dia perlu bersedih atau gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience