HPD || BAB 10

Romance Completed 246547

"Kenapa dia tidur sini?" soal Arsyad sambil membuka butang kemejanya satu persatu ketika Haura sedang leka menyusun semula baju Fawaz didalam almari.

"Dia selalu tidur sini untuk bantu saya jagakan opah. Yalah, masa kami kecil dulu kami selalu menyusahkan opah. Main kejar-kejar sampai bersepah rumah." jawab Haura. Dia masih leka menyusun baju didalam almari.

"Abang Fawaz tu memang rajin jaga opah, cara dia layan opah saya macam opah dia sendiri. Dia sanggup cuti kerja kalau opah saya sakit semata-mata nak jagakan opah je. Padahal kerja dekat bendang tak pernah habis."

Arsyad buat mimik muka menyampah masa Haura menjunjung nama musuhnya.

"Boleh aku pinjam tuala?" Saja dia mahu tukar topik. Rasa mahu meletup setiap kali nama Fawaz dipetik dari bibir Haura.

"Boleh, sekejap." Haura segera raih tuala yang tergantung didalam almari. Kemudian dia pusing kearah Arsyad.

Mahu kejung tubuh Haura bila nampak tangan Arsyad membuka butang kemeja dihadapan matanya dengan muka selamba.

Laju Haura berpaling dari Arsyad dan menghadap dinding. Pipinya terasa membahang. Tangannya diletak kedada untuk menenangkan degupan jantungnya yang tak tentu arah.

Dah kenapa pula dia buka butang baju depan aku ni? Apa aku nak buat ni? Fikir Haura fikir! Haura mengetap bibir. Tangan dan kakinya tak semena-mena kesejukan.

Arsyad sembunyi senyum ketika melihat kegugupan Haura.

"Haura, can I have it?" Sengaja dia menapak lebih dekat untuk melihat reaksi Haura menggelabah.

"N-nah!" Haura menghulur tuala itu dengan mata yang terpejam rapat. Memang tidaklah dia mahu melihat badan tegap milik Arsyad tanpa berpakaian itu. Tak rela sampai menggigil tangannya kegugupan.

"Bilik air dekat mana?"

Mata Haura dipejam semakin rapat sehingga menampakkan kerutan pada batang hidung.

"D-de-de-dekat s-se-sebelah dapur..."

Semakin galak Arsyad mahu mengenakan. Bukannya dia buka baju betul-betul pun.

Hhkkk! Haura tahan nafas. Argh! Dia dapat rasa Arsyad datang semakin merapat, rapat dan rapat.

"Kalau tak cukup nafas aku boleh bagi bantuan pernafasan. CPR or PVC? Tell me, which one hun?" Arsyad meraih tuala ditangan Haura dengan perlahan-lahan.

"Tapi kalau tanya aku, aku lagi prefer CPR. Nak?"

Laju Haura geleng.

"T-t-tak a-a-apa lah..."

Tawa Arsyad akhirnya terlepas juga. Seronok melihat kecomelan Haura ketika menahan malu.

"Just kidding, okay? Aku pergi ambil wudhu dulu. Thanks untuk tuala ni."

Haura mendengar tapak kaki Arsyad jauh melangkah pergi. Jantungnya masih berdegup kencang ketika ini. Perlahan-lahan matanya dibuka.

"Fuh..." Terus terduduk Haura pada hujung katil setelah Arsyad pergi. Baru sekarang dia teringat bagaimana cara untuk bernafas.

•••

Fawaz memegang bahu opah dari belakang ketika melihat opah sedang mengambil papa landas dan beberapa biji bawang merah.

"Opah, biar Fawaz yang masak. Lutut opah ni bukannya boleh berdiri lama." kata Fawaz sebelum memapah opah kearah meja makan yang berada di tengah ruang dapur.

"Tak apalah Fawaz, opah dah biasa."

Fawaz cuma senyum ketika mendudukkan opah dikerusi.

"Jangan degil opah, nanti kalau lutut tu bengkak. Nak menyesal pun tak kesudah."

Ktak! Ktak! Ktak!

Laju tangan Fawaz memotong bawang merah diatas papan landas dengan nipis. Walaupun dia lelaki tetapi langsung tidak nampak kekok setiap kali membuat kerja orang perempuan didapur.

"Kalau macam tu, biar opah bantu buatkan air kopi." Bekas lutsinar berisi serbuk kopi kapal api yang tersimpan didalam kabinet bahagian bawah, opah ambil dan meletakkannya diatas para dapur.

Penutup bekas itu dibuka. Opah kaut serbuk kopi beberapa senduk dan tuang didalam nya. Berkerut dahi opah dengan diamnya Fawaz. Selalunya setiap kali masak sarapan bersama, mulut Fawazlah yang paling bising bercerita. Kalau tak bercerita pun membebel. Tapi bila melihat Fawaz berdiam begini, buat opah tak sedap hati pula.

"Fawaz?" Panggil sekali, Fawaz tidak jawab. Tangannya masih fokus menghiris bawang.

"Fawaz?" Panggil kali kedua pun Fawaz tidak jawab. Wajah yang tertunduk itu opah cuba amati. Apa agaknya yang membebankan fikiran anak muda ini?

"Kamu dengar tak ni?" Opah tepuk bahu Fawaz beberapa kali. Barulah nampak mata Fawaz tercelik. Baru sedar dari lamunan.

"Dengar opah..." Jawabnya sepatah dengan senyuman paksa ditayang.

"Diam aje dari tadi, tak ada gossip apa-apa hari ni?" soal Opah. Cerek besi diatas dapur gas itu dia ambil dan tuang dalam jug perlahan-lahan.

"Tak ada topik baru pula hari ni opah. Tu yang diam." Lepastu, Fawaz ambil kuali besar dan letak atas dapur gas bersebelahan dengan cerek.

Opah berkerut sedikit ketika membancuh serbuk kopi dan air panas. Pelik. Ada sesuatu yang tak kena dengan Fawaz hari ni. Opah syak Fawaz tak suka dengan kedatangan Arsyad.

"Kalau ada sesuatu yang kamu pendam, ceritalah pada opah." Pujuk opah dengan nada penuh kelembutan. Tak terbiasa dia melihat Fawaz yang berpewatakan begini.

"Tak ada apa yang Fawaz pendam pun. Cuma rasa tak sedap badan. Nak demam kot...pandai-pandailah Fawaz makan panadol lepas sarapan nanti." Nafinya dengan nada yang cukup meyakinkan tetapi jelas. Opah dapat mengesan apa yang terbuku di hati Fawaz ketika ini.

Mana tidaknya, sejak kecil Fawaz dan Haura tak pernah berenggang. Dimana ada Haura, disitu lah ada Fawaz. Umur Fawaz 6 tahun lebih tua dari Haura. Dia menjadi kawan rapat sekaligus juga menjadi perlindung Haura.

Opah yakin dengan kedatangan Arsyad, Fawaz akan rasa bahawa tempat istimewanya di hati Haura bakal berubah tahta.

"Kalau dah kamu cakap tak ada apa-apa, kira kamu okay lah kan?" Opah hanya membenarkan sahaja. Hendak di paksa berkongsi, Fawaz pun sudah tumbuh dewasa.

"Sedapnya bau..." Haura menghidu bau yang sedap ketika masuk didalam dapur. Bahan yang sedang Fawaz tumis didalam kuali menebar kepelusuk ruangan. Sebaik sahaja Haura keluar dari bilik tetamu tadi, dia membuka telekung dan terus datang kesini.

Opah tersenyum memandang Haura. Panjang umur anak dara semanis madu ini.

"Ha, dah tunjukkan pada kawan Haura dekat mana bilik tetamu?" soal opah. Bukan untuk membakar hati Fawaz tetapi kerana prihatin terhadap tetamu.

"Dah opah." Haura angguk kepala sebelum berdiri bersebelahan dengan Fawaz.

"Abang masak nasi goreng ya? Sedapnya bau..." Haura senyum kecil sambil mencuit nasi goreng didalam kuali. Lepastu, dia makan.

"Tawarnya!" Haura keluarkan semula nasi dari mulut dan buang pada singki. Fawaz pula hanya senyum nipis. Haih, nak merajuk lama-lama susah kalau dengan Haura. Perangai dia terlalu comel untuk di marahi.

"Garam gula pun saya tak tambah lagi. Memanglah tawar..." kata Fawaz dengan nada datar. Bekas berisi garam dia ambil dan tabur beberapa sudu garam padanya.

"Abang tak apa, biar Haura tolong abang masak. Abang pergilah solat subuh dulu." Pelawa Haura. Siap tangannya memegang sudip baru.

Fawaz geleng kepala.

"Dah nak siap ni, lagipun subuh baru je masuk waktu beberapa minit lepas. Sempat lagi saya siapkan nasi goreng..." Dia tolak saja perlawaan dari Haura. Masih lagi terasa hati dengannya.

"Kalau macam tu, biar opah aje yang pergi solat sekejap. Haura kamu bantu lah Fawaz apa yang patut ya?" Opah terus bergegas keluar dari dapur untuk menunaikan solat.

Lepas tu, suasana terus sepi. Fawaz berdiam sambil menggaul nasi. Haura juga terdiam untuk seketika bila melihat Fawaz yang seperti tiada minat untuk membuka bicara.

"Abang dah letak garam? Haura boleh tolong ambilkan."

"Dah letak."

"Gula?"

"Dah."

"Serbuk perasa?"

"Dah."

Mereka kembali diam semula bila masing-masing tidak tahu apa yang mahu dibicarakan.

"Abang marahkan Haura ke?" tanya Haura yang masih lagi mahu menghidupkan suasana. Dia tak suka kalau Fawaz berdiam begini. Kerana Fawaz yang dia kenal ceria dan kuat bercakap.

Tiba-tiba sahaja Fawaz lepaskan keluhan panjang. Sudip yang sedap menggaul nasi sejak tadi dia letak ketepi sebelum memandang kearah Haura.

"Haura suka dia?" Baru sekarang Fawaz berani bertanya. Dia sudah tidak dapat mengawal rasa ingin tahu dalam diri. Dia perlukan jawapan.

Haura tersentak. Tidak pernah terfikir pun yang Fawaz akan bertanyakan tentang ini.

"kenapa abang tanya?" soal Haura dengan teragak-agak.

Fawaz pandang Haura sedikit lama sebelum meneruskan perbualan.

"Kenapa Haura tak jawab pertanyaan abang dulu?" soalnya dengan nada lebih tegas tetapi masih ada kelembutan pada nadanya.

Haura tertunduk sekejap.

"Tak mungkinlah kalau Haura kata, Haura sukakan dia secepat ini tapi..."

Fawaz mengetap bibir bawah. Cuba untuk bersedia menerima segala yang bakal Haura ungkapkan beberapa saat saja lagi.

"Tapi bila Haura berdepan dengan Arsyad. Haura rasa sesuatu yang Haura tak pernah rasa bila Haura dengan orang lain. Haura rasa jantung Haura berdegup kencang, rasa gembira bila terima kehadiran dia dalam hidup Haura..."

Fawaz terdiam. Sudah dapat dia agak. Dia pejam mata seketika sebelum membukanya semula.

"Haura masaklah dulu. Abang nak solat kat surau." Laju sahaja kakinya melangkah pergi dari situ. Tidak kuat mahu mendengar selebihnya dari Haura.

"Abang..." Mata Haura mengikut tetap mengekori Fawaz sehinggalah figuranya lesap dari pandangan. Pelik. Kenapa baru-baru ini, perangai Fawaz seakan berubah.

•••

Arsyad menggantung sejadah di ampaian kecil tadi selepas habis menunaikan solat subuh.

Kain pelekat yang sedang dia pakai hampir saja melondeh kebawah.

"Eh!" Laju dia tangkap sebelum sempat melorot kelantai. Pandang sekeliling untuk memastikan tiada siapa yang melihat kalau tak malu woi!

"Macam mana nak pakai benda ni?!" Tangan Arsyad sejak tadi cuba menggulung hujung kain pelekat itu tetapi gagal. Makin dia gulung makin longgar pula dia rasa.

Geram sangat. Dia ikat hujung kehujung macam ikat hujung plastik. Ha, barulah statik ditempatnya. Dia tarik nafas dalam-dalam untuk tenangkan amarahnya. Baran betul bila ikat tak jadi-jadi. Entah apa entah kain yang dia pakainya ini.

Keluar saja dari bilik, Arsyad berjalan menuju kedapur setelah mendengar bunyi pinggan mangkuk. Kepalanya dijenguk sedikit.

Tersenyum lebar sebaik sahaja melihat Haura yang sedang menghidang makanan. Tangan mulus itu menyusun pinggan diatas meja.

"Mana opah?" sapa Arsyad sebelum teragak-agak masuk kedapur.

Terkejut Haura tiba-tiba saja disapa oleh Arsyad. Pipinya memerah kembali setelah teringat peristiwa di bilik tetamu tadi.

"Dekat bilik, tengah solat." jawabnya tanpa membalas pandangan Arsyad. Pipinya masih terasa bahang.

"Oh..." Arsyad angguk kepala.

"Fawaz?" Kalau soalan yang ini. Nadanya terus bertukar tegas. Sebenarnya sakit nak sebut tapi saja dia mahu melihat reaksi Haura.

"Abang solat subuh dekat surau." jawab Haura lagi sebelum mengangkat wajah untuk bertanyakan sesuatu.

Terbuntang matanya semasa melihat cara Arsyad memakai kain pelekat. Dia punya senteng tu! Mak! Sampai betis nampaknya nasib tak sampai lutut. Tapi sedaya upaya Haura tahan dari melepaskan tawa yang hampir saja meledak. Tak pernah-pernah dia nampak lelaki pakai kain pelekat begitu.

Arsyad mengecilkan mata.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Arsyad ketika melihat Haura yang sepertinya mahu mentertawakan sesuatu.

"Awak pernah pakai kain pelekat tak sebelum ni?" soal Haura dengan lembut. Tak mahulah memalukan Arsyad dengan soalan direct.

Arsyad terus pandang kebawah pada kain pelekat yang sedang dia pakai.

"Oh, so nama dia kain pelekat? Tak. Baru pertama kali aku pakai. Tapi ni first and last lah lepas ni tak nak dah aku pakai. Asyik londeh kebawah je masa aku solat." adunya sambil menarik kerusi dan duduk disitu.

"Patutlah cara awak pakai pelik." Haura tersenyum ketika mengatakan itu.

"Pelik?"

"Haah..."

"Habis cara pakainya macam mana?"

Haura menuang air kopi ke dalam cawan kaca yang tersedia diatas meja.

"Dia bukan ikat macam tu. Awak kena gulung macam kek gulung." katanya sambil fokus menuang.

Arsyad mengeluh perlahan.

"Dah buat dah tapi terlucut juga tadi."

Haura ketawa kecil bila nampak Arsyad mengurut pelipis bila bercakap tentang kain pelekat yang sedang dia pakai. Nampak sangat tertekannya tu. Kali ni Haura perkaui yang Arsyad betul-betul tak pernah pakai kain pelekat.

"Kau tak nak tolong aku betulkan ke?" soal Arsyad dengan muka selamba.

"Ha?" Terus tertumpah air yang sedang dia tuang pada atas meja. Terkejut dengan permintaan Arsyad.

Arsyad tergelak kecil lagi. Haura ni kalau usik sikit je dah gelabah. Bukan buat buat betul-betul pun. Comel je.

"Gurau je lah." Dia bangun dan berjalan kearah Haura. Lepastu, dia keluarkan tisu dari poket.

"Lain kali jangan cuai." pesannya sambil mengelap meja dari belakang Haura. Haura pula dah tersekat nafas. Ujian betul bila berdepan dengan Arsyad ni.

"Assalamualaikum." Baru sahaja Fawaz mahu melangkah masuk ketika memberi salam setelah membuka pintu belakang rumah, tiba-tiba dia nampak Arsyad sedang berada di belakang Haura sambil tangannya mengelap meja.

Yang buat hatinya lebih sakit bila dia nampak bajunya yang sedang Arsyad pakai.

Arsyad dan Haura dua-dua tersentak ketika mendengar Fawaz memberi salam dari pintu dapur.

"Abang. Fawaz." Kata mereka serentak sebelum menoleh kearah Fawaz yang sudah terpaku pada pintu.

"Haura?" Fawaz menggenggam buku lima. Pemandangannya sekarang sangat mengganggu pemikirannya. Apa yang mereka buat di dapur berduaan begini?

"Abang...Haura boleh terangkan!" Baru sahaja Haura mahu menapak kehadapan, tangannya di genggam Arsyad. Dia tidak suka cara Fawaz mengawal Haura.

"Buat apa? Kita tak buat apa-apa pun Haura. Nak terangkan apa pada Fawaz?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience