HPD || BAB 19

Romance Completed 246547

Arsyad mengalirkan air matanya. Dia rasa sungguh terkhianati.

"Kau nak sangat kan? Dengar sini baik-baik. Nur Haura Damia binti Fakrul Nizam, aku ceraikan kau dengan talak satu!" Terketar bibirnya selepas melepaskan bait talak itu. Dia betul-betul tidak dapat menahan rasa sakit di hatinya.

Haura tersentak. Iya, dia di ceraikan. Sesuai dengan keinginannya. Begitu pahit untuk dia menelan kenyataannya. Lidahnya terpasak pada lelangit sendiri. Sukar untuk diungkapkan mengapa. Dia gagahkan dirinya untuk menghadap kenyataan, kenyataan bahawa cinta mereka memang tidak boleh dicipta. Biarlah semuanya kandas, sirna begitu sahaja.

Memang benar cinta sejati mengatakan bahawa, ajal dan maut sahaja yang mampu memisahkan mereka. Tetapi bagi Haura, tidak. Tidak terjadi padanya yang dipisahkan kerana tanpa restu keluarga suaminya.

"Abang...bangun. Jom kita pergi." Terdengar lembut suara Haura memujuk Fawaz. Arsyad cuma mampu tertawa dengan linangan air mata bila dia nampak bagaimana usaha Haura memaut lengan Fawaz yang longlai sejak tadi diatas lantai.

"Aku tak habis bincang dengan kau lagi, Haura." Tercungap-cungap Arsyad menukilkan persoalaan. Dia pergi kearah mereka berdua. Terus merentap lengan Fawaz dari tangan Haura. Tidak rela dia melihat isterinya menyentuh lelaki lain.

"Apa awak ni!" Yang lagi menyakitkan hatinya, bagaimana Haura menepis genggamannya.

"Haura..." Telapak tangan Arsyad memaut belakang kepala Haura dan menariknya ke dada.
Dia tak nampak pandangan cinta dimata Haura ketika ini, bagaimana gadis itu merespon pelukannya. Sangat menghancurkan hatinya yang sudah pun menjadi kepingan.

"Sudahlah Arsyad. Saya cintakan abang Fawaz!" Begitu lemah kakinya mendengarkan itu. Sarat dengan perasaan sedih dan kecewa. Wajahnya yang penuh berharap kembali kedinginan. Begitu bodoh dia mempercayai gadis yang bernama, Haura Damia. Begitu bodoh dia mencintai gadis itu separuh mati jika akhirnya dia di khianati.

"Sekarang ni lepaskan saya. Awak dah ceraikan saya kan. Jadi jangan cuba cuba untuk halang saya lagi." Tajam kata-kata itu membedil hati seorang lelaki bernama Arsyad Taqqi Mohammed.

"Haura." Ketika Haura mahu melangkah pergi kearah Fawaz untuk keluar bersama-sama dengannya. Arsyad segera pergi ke almari, tangannya bergetar mencari pakaian untuk Haura.

"Tunggu." Terbit perasaan menyesal dalam dirinya. Kenapa dia melepaskan Haura? Dia tak boleh hidup tanpa gadis itu. Sebaik sahaja pakaian kegemaran Haura dia gapai. Dia berlari lemah kearah isterinya.

Marah macam mana pun dia dengan Haura. Dia tak mahu gadis itu keluar dari rumah mereka dengan hanya bersarungkan selimut pada tubuh.

"Haura pakai ni." Dia menarik lengan Haura mendekat. Rambut Haura dia elus perlahan walaupun gadis itu cuba untuk menepis. Dia kuatkan diri.

"Saya tak nak! Awak tak faham bahasa ke!" Haura rampas baju tu dari tangan Arsyad, lepastu dia campak dekat muka Arsyad. Kuat.

"Pakai ni Haura!"

"Eh, saya tak inginlah!" Arsyad mendengus kegeraman. Dia tarik Fawaz dari genggaman Haura dan seret dia keluar dari situ. Lepastu, dia tutup pintu dan campak pakaian di hadapan Haura.

"Seteruk-teruk perangai kau, aku tak akan benarkan kau keluar dengan keadaan macam ni. Aku jadi kan kau isteri aku, bukan untuk menambah dosa. Sekarang ni, pakai! Lepas habis iddah, kau nak jadi pelacur sekali pun aku dah tak akan halang!"

Pang! Sekali lagi pipinya ditampar kuat oleh Haura.

•End Flashback•

Arsyad terjaga dari mimpi. Peristiwa gelap itu membuatkan air matanya mengalir semula. Tapi yang lebih mengejutkannya, Irsyad sudah tiada di atas tilam kecil yang dia letak disebelahnya diatas sofa. Arsyad terus duduk. Katil Haura juga sudah kosong.

"Haura?" Terus dia berdiri.

Huara dan Irsyad sudah tiada lagi didalam wad. Kosong. Pantas Arsyad menghempas pintu wad dan berlari keluar. Matnya melilau melihat ruangan yang dipenuhi oleh pesakit lain.

"Haura Damia..." Kakinya menapak dengan lemah.

"Haura!"

•••

Langkah dipercepat sementara tangannya mendakap bayi kecil itu dengan erat didalam dakapan. Semakin dia cuba untuk berlari lurus semakin langkahnya menjadi terhuyung-hayang. Matanya kabur, kepalanya sakit bukan kepalang. Keadaan kesihatannya menyukarkan pergerakan.

Dia perlu lari jauh dari genggaman Arsyad.

Meskipun nama lelaki itu selalu disebut didalam doanya.

Tetapi mereka tidak boleh bersama.

Gadis berhati lembut ini sudah tidak dapat menahan segala derita. Dia sudah tidak kuat untuk menahan. Kata-kata kebencian yang dihembur, layanan yang diterima, semuanya membuatkan dirinya lelah. Bukan kerana dia lemah tetapi kerana pelakunya adalah lelaki yang sangat dia cinta.

Jika lelaki itu mengetahui kebenaran sekalipun, cinta mereka akan dihalang. Kalau bukan dia, Arsyad dan anak kecilnya yang akan derita. Dia rela korbankan hidupnya. Asalkan bukan mereka berdua yang lalui semua ini.

Pesakit lain yang lalu lalang berdekatan memandang kearah Haura pelik. Iyalah, dengan masih berpakaian hospital, dengan berlari terhuyung-hayang membawa anak kecil didalam dukungan. Tidak hairan kalau semua mata tertumpu kepadanya.

"Cik!" Seorang jururawat menahan lengan Haura.

Haura cuba melawan dengan merentap tangannya supaya terlepas dari genggaman jururawat itu tetapi gagal.

"M-maaf, s-saya kena p-pergi..." Dia tidak cukup masa lagi, pintu keluar hospital sudah terpampang dihadapan mata. Tinggal untuk melepaskan diri dari jururawat ini sahaja. kalau Arsyad dapat mengesan jejaknya yang masih disini pasti dia akan dikurung kembali. Dia tak mahu sampai kepengetahuan keluarga Arsyad tentang hal itu. Ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

"Cik pakai baju warded ni, cik tak boleh balik lagi." Jururawat itu menahan laluan Haura pula.

Haura sudah mula resah.

"T-tolonglah...saya k-kena pergi s-sekarang!" Mata Haura memandang sekeliling untuk emastikan figura Arsyad tidak terlihat. Irsyad dipeluk kuat. Sekali lagi Haura cuba untuk merentap tangannya dari cengkaman jururawat itu. Jantungnya berdegup kencang kerana takut tertangkap.

Muka Haura nampak sangat pucat, suhu badannya juga masih tinggi. Jururawat itu agak susah untuk melepaskan pesakitnya pergi. Sebagai petugas, dia rasa bertanggungjawab. Lagi-lagi bila dia nampak seorang bayi lelaki yang sedang Haura dukung.

"Apa benda yang bising-bising ni Zizi?" Seorang lagi jururawat mendekati mereka. Wajah Haura dia tenung dengan mata terbeliak. Haura sudah tidak sedap hati apabila tertangkap oleh Natasha pula. Sudahlah Natasha ni peminat tegar Arsyad!

"Pesakit ni nak lari dari di warded." kata Zizi dengan wajah kerisauan. Lengan Haura masih dia genggam dengan erat.

"Lepaskan dia." Natasha tersenyum senget.

Zizi memandang Natasha dengan pelik.

"Tapi kita ada tanggungjawab kita sebagai seorang jururawat, Nat." Tegas Zizi.

"Dengar je apa yang aku arah!" Natasha tahu Arsyad sedang mencari Haura. Kalau Arsyad dapat temui Haura, habislah misi dia untuk mendapatkan Arsyad tersasar.

Terpaksa Zizi melepaskan genggaman kerana Natasha adalah seniornya. Kalau dia tidak akur. Pasti teruk dia di terajang nanti.

Haura terus berlari keluar bila diberi kesempatan. Tetapi langkahnya terlalu lemah. Teksi yang baru berhenti di hadapannya, dia tahan.

"Teksi!"

•••

"Aku baru nak gerak ni Sarah." Fawaz segera masuk kedalam kereta.

"Rakaman semua kau dah bawa?"

"Dah, aku dah simpan. Aku bawa semua yang kau nak." Segala rekod perbualannya bersama pembantu peribadi Tan Sri Halina telah dia simpan didalam pen drive. Sudah tiba masanya dia membongkar rahsia yang telah lama dia simpan. Dia tahu, nyawanya dalam bahaya jika hal ini dapat dipengetahuan Tan Sri tetapi dia sudah tidak kisah.

Dia mahu Haura hidup bahagia seperti dahulu.

Tidak pernah Fawaz sangka takdir dia dan Haura bakal sekejam ini. Dia dipaksa menghancurkan hidup Haura untuk keselamatan dirinya. Tanpa memikirkan seteruk apakah yang Haura harus hadap setelah itu. Fawaz mula sedar, jika dia memilih untuk selamatkan dirinya. Hidupnya tidak akan pernah tenang diatas tangisan Haura.

"Bagus kalau macam tu. Aku dah cakap dengan Kamal yang kita nak jumpa."

Lama Fawaz terdiam. Dia kerling kekanan dan kekiri. Seperti ada yang sedang memerhati mereka.

Fawaz mengerutkan dahi.

"Kamal?" Macam pernah dia dengar nama itu disebut salah seorang daripada pengawal peribadi Tan Sri Hazlina.

Sarah terdiam. Kenapa pula Fawaz macam terkejut sangat ni?

"Helo? Fawaz kau dengar tak aku ni?"

Fawaz mula rasa tidak sedap hati. Dia hidupkan enjin kereta.

"A-aku..." Dia toleh ke belakang dengan penuh debaran. Fawaz terdiam lagi. Kenapa hatinya rasa berat sangat ni? Tak sedap hati untuk memulakan pemanduan. Sebelum ni, dia cuma tahu Sarah sudah berkahwin tapi dia tidak pernah ambil tahu siapakah suami Sarah.

"Kau ada bagitahu lokasi kita dekat suami kau?" soalnya dengan penuh debaran.

"Ada." Fawaz terdiam lagi. Ke dia yang salah dengar? Kenapa hatinya rasa berat sangat ni? Tak sedap hati untuk memulakan pemanduan.

"Fawaz kau okay tak ni?"

"O-okay, aku je yang overthinking ni."

Fawaz memulakan pemanduan.

"Lagi dua puluh minit aku sampai. Jumpa dekat sana." Panggilan dimatikan. Dia mengawal stereng dan memulakan pemanduan.

Fawaz mengucap beberapa kali. Dia tahu nyawanya dalam bahaya. Ramai mata yang sedang mengawasinya.

Butang radio ditekan. Lagu random diputar. Walaupun lagu itu sepatutnya menenangkan hati tetapi kali ini hatinya tidak cukup tenang.

"Haura tunggu saya. Saya akan tegakkan kebenaran." Stereng dipusing kekanan untuk masuk kejalan raya.

Daripada side mirror, Fawaz perasan ada kereta Honda bewarna hitam mengikutinya. Sudah dia agak! Pasti ada yang mengikutinya!

Pedal dia tekan lebih kuat untuk melakukan pecutan. Nasib baik jalan raya hari ini tenang, jadi tidak terlalu bahaya buat pemandu jalan raya yang lain.

Kereta Honda yang membontoti kereta nya tadi juga ikut memecut laju. Kini dia menutup lorong kanan iaitu laluan yang sepatutnya Fawaz masuk.

"Tak guna!" Fawaz terpaksa meneruskan pemanduan. Dia perlu cari jalan lain.

Panggilan telefon masuk. Fawaz segera menjawab.

"Fawaz kau kat mana? Cakap dua puluh minit je. Ni nak masuk setengah jam aku tunggu."

Fawaz mengeluh panjang. Kereta Honda tadi masih mengikutinya.

"Sarah! A-aku takut aku tak sempat ni!" Fawaz menekan pedal lagi.

"A-apa maksud kau?!"

"Ada orang dalam Tan Sri ikut aku! Aku rasa aku tak sempat!" Air mata Fawaz mula bertakung. Entah sempat atau tidak dia berjumpa dengan Haura. Dia mahu meminta maaf atas segala silapnya. Yang lebih menakutkan adalah dia takut dia tidak sempat menegakkan kebenaran.

"Dengar cerita aku baik-baik! Rekod apa yang aku nak cakap ni!!!" Fawaz terpaksa menggunakan jalan terakhir. Sarah sahajalah jalan terakhir.

"F-Fawaz!!! Jangan macam ni!!! Aku tak boleh tegakkan kebenaran sendiri!!!"

BAM!!!

Bonet belakangnya di rempuh tetapi tidak cukup kuat. Hampir sahaja keretanya terbabas tetapi dia dapat mengawal stereng semula.

"Aku tak ada masa lagi!"

Sarah terus merakam perbualan telefon mereka.

"D-dah Fawaz!"

Fawaz tarik nafas dalam-dalam.

"Arsyad, n-ni aku. Fawaz. Aku nak kau dengar baik-baik. Apa yang kau nampak lapan bulan yang lepas. Semua tu, semua tu bukan seperti apa yang kau nampak."

Skreet! Tepi keretanya diseret dengan side mirror Honda hitam tadi. Dia benar-benar dalam bahaya.

"Apa yang kau nampak semua tu rancangan mak kau sendiri! A-aku kena paksa untuk bagi Haura ubat peransang waktu tu! Aku kena ikut! Kalau tak aku akan mati Arsyad!"

Fawaz memusingkan stereng kekiri. Lorong kecil ini terpaksa dia lalu kerana tiada jalan lain.

"M-masa tu, a-aku call Haura. Aku cakap aku nak bunuh diri. Aku tertekan. Aku dah tak nak hidup. Haura cakap dia sayangkan aku, dia tak nak aku mati. Dia ada call kau untuk minta izin keluar berjumpa dengan aku, tapi kau tak angkat. Then aku datang rumah kau. Aku rayu dekat Haura supaya bagi aku masuk. Aku menangis tunjuk kesedihan aku sampailah Haura pelawa aku masuk."

Fawaz sudah tidak tertahan air matanya. "Masa aku luahkan segalanya. Haura hidangkan air untuk aku. Dia pujuk aku supaya kembali kepada Tuhan. Waktu dia sibuk pujuk aku, aku keluarkan pisau. Aku hala dekat perut dia. A-aku kata, minum ubat peransang ni dan lakukan apa yang aku suruh. Pada mulanya, Haura tolak tetapi dia terpaksa akur sebab..."

"...sebab aku ugut untuk sebarkan rekod gelap kau Arsyad. Aku cakap dengan Haura, kau akan kehilangan kerja kau. Dan aku ugut dia lagi, pilih ubat peransang atau aku tikam rahim dia. Haura menangis...depan mata Aku Arsyad...Haura menangis...dia pilih ubat peransang. Dia buat apa yang aku suruh sebab dia nak selamatkan kerjaya kau. Dia nak selamatkan anak kau!"

"B-banyak lagi rahsia yang aku kena bagitahu kau kenapa Haura nak jauh dari kau tap-"

BAM!!! Keretanya di rempuh oleh kereta Hilux yang menghalang laluannya.

"Argh!!!" Keretanya berputar kejalan. Kepalanya terhentak pada stereng. Matanya mula kabur.

"A-aku...ak..aku rasa i...ini...b...balasannya...buat aku. A-aku sayangkan, Haura, j−aga...dia... di-dia...t-t...ak...s...sa..salah..."

Sarah memejamkan matanya. Air hangat mengalir kepipi. Suara Fawaz tidak kedengaran lagi. Skrin rekod itu dia simpan. Dia perlu bertindak sebelum semuanya terlambat. Sarah menyimpan telefon bimbit kedalam beg tangan.

"Mana Fawaz?" soal Kamal yang baru balik dari ketandas tadi. Dia duduk disebelah Sarah dan pegang tangannya.

"Kenapa mata sembap ni yayang?" soalnya lagi ketika melihat mata Sarah sembap dengan linangan air mata yang masih lagi tersisa.

"Biy, yayang kena jumpa Arsyad. Yayang kena bagitahu dia benda penting." Sarah memegang tangan Kamal.

Muka Kamal mula berubah.

"Bagitahu apa?"

Sarah menarik nafas dalam-dalam.

"Yayang tak boleh cerita sekarang."

Kamal membelai pipi Sarah.

"Kita jumpa Arsyad lain kalilah. Biy lapar ni." Kamal tersenyum. Kemudian, dia mengambil garfu dan sudu untuk sambung makan.

"Biy, benda ni penting."

Kamal mengunyah makanan tanpa menoleh.

"Hm."

"Biy dengar tak ni?"

Kamal pandang Sarah.

"Biy kata nanti, nanti okay? Biy suami, biy yang putuskan apa yang yayang kena buat."

"Biy..." Sarah terkedu.

Sorry lambat update harini. Agak-agak dapat tak Haura lari?

Share this novel

Jira_93
2024-02-13 21:47:49 

love you mummy ????

Jira_93
2024-02-13 21:45:57 

maceh mummy


NovelPlus Premium

The best ads free experience