HPD || BAB 37

Romance Completed 246547

SESAMPAI di depan pagar penjara, seorang pegawai polis yang menjaga tahanan mengarah mereka untuk berbaris.

"Good morning, Captain." Kata pegawai itu kepada Kapten Farrel.

"Aku malas nak cakap banyak. Ada instruksi khusus untuk salah satu tahanan," ucap Farrel. Kaca mata hitam, dia buka seraya meneliti wajah pada tahanan akhir. Pegawai itu mengangguk kepala. Surat yang Farrel serahkan kepadanya diambil dan di baca, "Siapa yang bernama, Arsyad Taqqi Mohammed?" soal pegawai tadi membuatkan Arsyad sedikit tersentak sebelum dia mengangkat tangan dengan teragak-agak.

"Aku."

Farrel tersenyum senget. "Jadi, kau orangnya?" Arsyad angguk kepala sekali lagi.

Farrel berjalan dengan mendabik dada. Tanpa amaran, pipi Arsyad di tumbuk kuat. "Berani kau." Farrel menerajang perut Arsyad sehingga lututnya rebah ketanah.

"Shit!" Arsyad terbatuk-batuk disitu. Ah, di lokap dia di terajang tanpa sebab, di penjara juga nasibnya sama. Arsyad cuba bangun untuk melawan tapi kaki Farrel memijak kuat pada bahu Arsyad.

"Cukup!" Ketua pegawai penjara datang mendekati dan menahan Farrel dari melakukan keganasan.

"Dia di bawah tanggungjawab kami sekarang." Ameer menolak kapten itu ketepi. Dengan dada yang berombak, Farrel meludah ke wajah Arsyad dan berlalu pergi.

Tahanan akhir yang lain bantu Arsyad bangun. Ameer mengeluh beberapa kali sebelum menghulur tangan dan membantu.

"Kat sini, kau jangan buat silap. Banyak mata memandang." Ameer bisik perlahan, kemudian dia menoleh kearah pegawai.

"Bawa dia masuk."

"Baik."

      "AMEER?" Adli berkerut dahi ketika melihat pintu besi dorm mereka di buka. Begitu juga dengan Mujahid, Thaqif dan Haji yang sedang bermain UNO Card bersama-sama.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, Ameer!" Mereka bergelak ketawa ketika menerima kedatangan ketua penjara. Ameer dikenali dengan sikap yang tegas dan dingin pada setiap ahli penjara serta rakan setugasnya tetapi berbeza layanannya terhadap baduan akhir.
Sikapnya jadi ceria dan sporting melayanan karenah mereka.

"Perkenalkan, Arsyad. Member baru korang." Arsyad di iring masuk kedalam. Apabila mereka mendapati bahawa ada rakan baharu yang akan mengikuti mereka, semua ikut bersorak. Pada mulanya, Arsyad jadi blank. Dia ingatkan, banduan akhir akan meratapi nasib, dan kemurungan selama tempoh menunggu tetapi yang sedang dia berjumpa kali ini agak berbeza. Suasana sangat riang.

"Ameer jangan risau, aku akan bagi dia hadam peraturan kita." Kata Mujahid sambil menggaru belakangnya yang terasa gatal.

Haji tersenyum. "Semoga Tuhan merahmatimu, nak. Mari, kita main sekali." Tak memasal, Arsyad di tarik main bersama mereka.

"Ha, giliran kau!" Thaqif menepuk belakang Mujahid.

"Eh, apasal aku pula? Kaulah!"

"Giliran engkaulah samdul." Thaqif menonyoh dahi Mujahid sehingga mereka tertawa.

"Ha, Haji, apa kata Haji pula yang gerak dulu." Adli menepuk lengan Haji semasa melabuhkan punggung bersebelahan dengannya.

"Tak payah bergaduh, kita serahkan aje dekat member baru kita." Haji pula memberi cadangan. Membuatkan Adli, Mujahid dan Thaqif menepuk tangan keriangan.

Arsyad pandang mereka sedikit janggal. "Aku?" Bila nampak mereka semua mengangguk kepala, Arsyad berdehem perlahan.

"Aku tak pandai main."

"Kau tak pandai main? Okay, kalau macam tu. Kita buat sesi pengenalan." Adli memberi cadangan. Dia toleh kekiri, memandang kearah Jebat yang sedang berbaring di sudut bilik. Adli ambil kad tadi, dia lempar pada muka Jebat.

"Woi, bangun. Jom kenal-kenal dengan member baru." Adli ucap sedikit berteriak. Wajah dingin Jebat langsung tidak menyentak mereka sepertinya kerana mereka sudah terbiasa.

"Malas. Nanti mati juga." Selamba Jebat jawab dengan mata yang masih tertutup rapat. Arsyad mengakuinya, dia agak tersentak dengan jawapan tidak bertapis dari Jebat tetapi sebaik mungkin dia cuba untuk menenangkan diri sendiri agar tidak diselindungi resah.

"Eh, Arsyad. Kau tak payah layan mamat Jebat tu. Dia memang macam tu. Macam tak ada hati perasaan. Maklumlah, lagi dua hari lagi dia punya turn nak kena gantung." pesan Thaqif sambil menyusun kad di dalam tangan.

"Nama aku Adli, umur 20 tahun, aku bunuh sedara aku." Adli menghulur tangan dan berjabat dengan Arsyad.

"Nama aku pula, Mujahid. Panggil je aku, Wahid sebab aku memang setia orangnya. Setia pada yang satu. Apa-apa pun, kesalahan aku kerat kepala pensyarah aku. Mana taknya, perangai macam lahanat."

PAK! Belakang kepala Mujahid di hempuk dengan Thaqif.

"Bodohnya nama."

"Aduh!"

Mata Arsyad tertumpu pada lelaki berusia itu pula. "Haji, 50 tahun, kesalahan, hanya Tuhan yang tahu."

"Aku pula, Thaqif, 35 tahun, kesalahan, bunuh girlfriend aku." Melihat riak wajah selamba mereka membuatkan Arsyad telan liurnya dengan payah. Bila semua mata memandang kearahnya. Jadi dia mula sedar, bahawa sekarang ini adalah tiba gilirannya.

"Aku..." Arsyad telan liur lagi.

"Aku Arsyad, 31 tahun..." Dia terhenti di sekerat jalan. Perlu ke dia memberitahu kesalahan jenayah yang dia buat?

"Kau tak payah malu-malu ah, sini, semua banduan akhir, lusa atau kedepannya, tak kemana, ketali gantung juga."

"Betul!" Mereka berempat bersetuju. Menepuk-nepuk belakang badan Arsyad.

Arsyad geleng kepala perlahan, mungkin dia lebih selesa untuk duduk di sudut seperti Jebat. Dia sudah tiada rasa untuk berbual dan bergembira lagi.

"Sorry, aku minta diri dulu." Ketika Arsyad bangun dan meminta untuk pamit, Adli, Mujahid, Thaqif dan Haji saling memandang antara satu sama lain. Mujahid mengangkat kening, Haji pula mengusap belakang mereka memberi isyarat bahawa Arsyad mahukan masa untuk bersendiri.

Dia duduk berhampiran dengan Jebat yang sudah duduk menjamu roti. Arsyad hulur tangan tetapi di balas dengan pandangan maut dari Jebat. Tangan di letak pada sisi semula ketika tidak mendapat sambutan.

Kepingan gambar dari getah seluar, Arsyad keluarkannya dan merenungnya lama. Bila teringatkan detik kematiannya yang bakal tiba, seluruh tubuhnya menggigil ketakutan. Dia tahu bahawa dia tidak akan baik-baik sahaja. Dia sangat takut untuk menghadap kematian.

"Sayang...tolong abang...abang takut..." Bukan setakat tangannya menggigil tetapi seluruh tubuh badannya. Gambar perkahwinannya, dia letak pada dada. Biarkan degupan jantungnya merasakan kehangatan ketika Haura berada dekat dengannya.

"Ya Allah, takutnya nak mati..." Mengalir lebat air matanya membasahi pipi. Matanya masih tertumpu pada wajah Haura.

God, she was so beautiful.

So beautiful I could spend forever memorizing the pieces that made her, her. The most angelic creatures that successed manages to calm my heart every time I saw her.

She's perfect.

She's mine.

Hatinya pecah seribu, kesakitan yang sedang dia alami sekarang ini terasa menjunam keparas yang terlalu parah. Mulutnya bagai terkunci, hati terkatup, dan tenggelam dalam kepiluan ketika harapannya untuk bersama belahan jiwanya jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran.

Tapi Tuhan, aku akan meninggalkan dia tidak lama lagi. Salahkah jika aku rasa sedikit menyesal dengan pilihanku? Saat demi saat menerbitkan detik-detik yang tajam menusuk di kalbu. Sehingga kini, rasanya masih mengalir darah-darah mengalir di pelusup hatinya.

"Abang tak nak mati..." Arsyad mengatakannya sambil menunduk kepalanya pada simen.

   

    MALAM itu, Arsyad terasa kesejukan. Memikirkan hari demi hari yang bakal menyusul. Dadanya berdegup dengan rentak berteraburan.

"Ya Allah..." Gambar Haura masih di letak pada dada. Terdapat cerita sedih yang bergayut di kelopak matanya.

Arsyad bingkas menukar posisi duduk, sekelilingnya gelap memberi tanda bahawa para tahanan yang lain sudah tidur. Dia beristighfar beberapa kali, kakinya yang lemah cuba menapak ke sudut ruangan. Ada sejadah terbentang disana.

Sebelum duduk disana, Arsyad mengambil wudhu terlebih dahulu. Kemudiannya, dia melabuh punggung dengan badan menghadap kiblat. Al-Quran kecil ditangannya, dia buka perlahan. Sudah lama dia tidak memegang Ayat Cinta dari Tuhan ini. Telapak tangannya menyelak helaian demi helaian. Sehingga hatinya terdetik untuk berhenti menyelak. Matanya tertumpu pada sebuah ayat yang tertusuk tepat pada hatinya.

Perlahan lidahnya membaca terjemahan itu, "Kau adalah milik-Ku." Surah Al-Baqarah ayat 156. Menitis lagi air matanya pada helaian ayat suci Al-Quran tersebut. Jari-jemarinya mula menyelak beberapa helaian dan berhenti lagi di satu halaman.

"Aku sumpah akan mencintai-Mu dengan cara yang berbeza." Bibirnya terkumat-kamit membaca terjemahan dari surah Al-Ahzab ayat 43 pula.

"Letakkan Aku di dalam hatimu, maka Aku akan meletakkanmu di dalam hati-Ku." Surah Al-Baqarah ayat 152.

"Aku akan berlari disaat kau memanggil nama-Ku." Surah Al-Baqarah ayat 186.

"Lupakan seseorang yang membuatkanmu sakit, Aku akan menemanimu setiap saat." Surah At-Taubah ayat 40.

"Kembalilah kepada-Ku, Aku akan perbaiki segalanya walaupun beberapa kali kamu mengulanginya. Aku akan ampunkan kamu." Ayat terakhir membuatkan Arsyad terus bersujud. Dia tiada tempat untuk mengadu selain daripada kembali kepada Tuhan. Tersedu-sedu tangisannya bergema di pertengahan malam. Tangisan dari seorang hamba-Nya yang ingin bertaubat atas segala khilaf-Nya sebelum dia di panggil Ilahi.

"Ya Allah, aku kembali kepada-Mu. Aku memohon keampunan-Mu bersaksikan kegelapan malam, kerdipan bintang, dan titisan air mataku yang mengalir kerana-Mu. Aku kembali. Aku kembali kepada-Mu, Ya Allah..."

     HAJI menepuk perlahan bahu Arsyad yang sudah terlena di dalam sujudnya.

"Nak..."

"Anak..." Lembut suaranya menerpa gegendang telinga Arsyad. Membuatkan dia tersedar dari mimpi indahnya bersama Haura dan Irsyad yang sedang bermain di dalam Taman Bunga bersama-sama.

"Ada pelawat nak jumpa kamu. Bangun, nak..." Haji menarik perlahan lengan Arsyad, membantunya bangun dari sujud. Arsyad masih terasa lelah, setelah satu malam dia mengadu kepada Tuhan, matanya sembap. Dia meraup wajah perlahan.

"Isteri kamu datang melawat." Mata Arsyad terbuka luas. Haura? Haura! Laju dia bangkit ketika melihat pintu besi dorm di buka. Kakinya yang terasa lemah, secara automatik mendapat kekuatan untuk melangkah walaupun terhuyu-hayang.

"Tangan."

Arsyad menghulur satu tangan. Penjaga penjara itu menggari tangan kiri Arsyad dengan tangannya. Kemudian, dia bawa Arsyad bersama dengannya.

Sampai di suatu bilik kecil yang di hadang dengan kaca besar. Dia melihat sosok Haura yang sedang mendukung Irsyad.

"Sayang..." Tidak sabar kakinya mendahului langkah penjaga tersebut. Telefon hitam yang tergantung, dia ambil dan letak pada telinga. Telapak tangan lagi satu dia letak pada permukaan cermin tersebut, sama tempat dimana telapak tangan Haura terletak.

"Abang..." Sayu sinaran mata Haura yang tampak mendung membalas setiap tatapan dari Arsyad.

"Sayang...sayang..." Arsyad mengulanginya berulang kali, hanya mampu menahan sayup dan pilu yang menghambat perasaannya. Kaca besar menjadi perantaraan mereka untuk bersama.

"Abang, macam mana? Abang dah makan?" soal Haura dengan suara bergetar hebat. Begitu rapuh hatinya melihat keadaan Arsyad, matanya timbul lebam, pipi, badannya tampak agak kurus. Mujur masih tampan seperti selalu.

"Belum...abang tak ada selera..." Mana nak ada selera? Bila di hatinya memikirkan hari esok bahawa hari dimana riwayatnya akan ditamatkan.

"Abang nak Haura bawa masakan kegemaran abang esok?" soalan Haura membuatkan Arsyad rasa seribu pilu yang menghukum pada lubuk hatinya.

"Sayang nak masakkan untuk abang?"

Haura angguk kepala perlahan.

"Abang nak Tomyam...abang teringin sangat nak makan Tomyam yang sayang masak." Pecah tangisan Haura mendengar permintaan dari Arsyad buat kali terakhir.

"Abang nak Tomyam ya? Haura akan masakkan untuk abang, Haura akan pastikan, Tomyam yang Haura bawa esok, adalah Tomyam yang paling sedap dalam dunia ni. Haura nak kita makan sama-sama esok. Ya abang?" Haura cuba membelai pipi Arsyad tetapi tidak kesampaian, kaca yang menjadi perantaraan membataskan pergerakan mereka.

"Ayyyyaaaaaa!" Panggilan Irsyad membuatkan Arsyad dan Haura mengalih pandangan mereka kepada anak kecil itu.

"Ayah? Say again...ayah nak dengar lagi..." Arsyad meletakkan telinganya pada lubang-lubang kecil yang berada pada kaca itu. Haura mendekatkan bibir kecil Irsyad disitu.

"Aayyyaaaaa....aaaa..." Arsyad rasa sangat terharu. Dia letakkan dahinya disana. Begitu juga Haura. Biarkan hati mereka saling berbicara.

"I love you, sayang. So much. Abang tak takut nak tinggalkan dunia ni sebab sayang masih ada disini. Abang minta maaf sebab abang rasa agak menyesal. Abang menyesal pilih jalan ni. Abang menyesal nak tinggalkan sayang dengan anak kita." Luahan dari hati Arsyad bagai menyiat satu persatu lapisan daging hati Haura.

"Tak...abang tak salah..."

"Abang salah...sejak mula..."

"Encik, mohon segera. Masa tinggal lagi 3 minit sahaja." Pesan penjaga tersebut. Arsyad terus memandang kearah Haura.

"Sayang...abang takut...abang tak kuat...." Menggigil telapak tangannya ketika berhadapan dengan telapak tangan Haura.

"Abang kuat...Haura tahu..." Haura teringat akan sesuatu. Dia keluarkan kotak kecil dari beg tangannya.

"Abang...tutup mata..." Pinta Haura.

Arsyad turut menutup mata.

"Buka." Bila dia buka, perkara yang membuatkan hatinya semakin berkecamuk bila dia nampak Pregnancy Test yang menunjukkan dia garis.

"Sayang?" Jari telunjuk Arsyad menunjuk pada pregnancy test ditangan Haura. Dia tekan-tekan kaca besar itu dengan kuat. Haura pula angguk kepala dengan senyuman sayu.

"Kenapa sayang bagitahu abang?" Arsyad semakin menyesal.

"Kenapa..." Ketika penjaga itu mula mengambil telefon hitam dari tangan Arsyad dan letak pada tempat asal semula, Arsyad mula berteriak. Sekali lagi, dia membiarkan Haura mengandung seorang diri.

"Abang gagal..."

"Abang...abang tak pernah gagal... Haura akan jaga anak kita sebaik mungkin. Ini adalah hadiah yang paling berharga pernah Haura dapat dari abang..."

Ketika penjaga itu menarik Arsyad keluar dari bilik kecil itu, Haura terus menyandarkan dahinya disitu. Mengalir air matanya menahan kesakitan yang tak pernah tertanggung.

"Ya Allah...beratnya ujian-Mu..."

P/S: READERS MENANGIS JE DULU, PERCAYAKAN AUTHOR BAHAWA AUTHOR AKAN HADIAHKAN KORANG HAPPY ENDING. BUAT MASA SEKARANG. TAHAN SAKIT BERSAMA-SAMA AUTHOR. OKAY?

Share this novel

Rohani Hussin
2024-03-13 10:37:33 

x sabar tggu

norsila
2024-03-11 00:51:35 

sedih sgt2 aduhh mgalir air mato ni..tk kuat diri ni...klu mgadap situasi sperti itu..huuu

Rahamah SpWsA
2024-03-10 17:58:24 

saya rasa tak kuat dah...author...


NovelPlus Premium

The best ads free experience