HPD || BAB 52

Romance Completed 246547

"KAU boleh tolong aku ke tak ni?" Soal Nathan kepada Zareef. Dia begitu terdesak untuk membantu Haura berpindah ke Itali untuk menghilangkan rasa serba salahnya terhadap keluarga kecil itu. Dia berharap dengan bantuannya ini, mereka akan kembali bahagia.

Jari-jemari Zareef berhenti menaip di papan kekunci komputer ribanya. Beberapa keluhan berat dia lepaskan setelah mendengar permintaan dari kawan baiknya. "Aku bukan tak nak tolong. Masalahnya, benda ni tak mudah nak lulus macam gitu aje. Kena ada bukti atau asbab yang kukuh." Komputer ribanya dia tolak kedepan Nathan.

"Ni, tengok ni." Jari telunjuk Zareef menunding ke skrin komputer.

"Kalau nak lulus berpindah untuk jadi warganegara Itali pun bersyarat, ada dapat tawaran bekerja disana, tawaran sambung belajar, berkahwin dengan rakyat negara berkenaan, berniaga dan kerja amal." Nathan mengeruk dahi. Nak kata dah kahwin, rasanya sijil perkahwinan Haura dan Raez belum lagi buat. Kalau guna sijil kahwin Arsyad jadi lain pula.

"Kau jangan risau. Aku dah uruskan semuanya. Ni." Nathan bagi surat pemilikan stadium paparan seni diatas nama Haura di Itali.

"Apa ni?"

"Kau cakap kalau ada urus niaga disana, akan diluluskan bukan?" Zareef angguk kepala. Dia baca surat pemilikan itu dengan teliti.

"Kalau dah ada benda ni, senanglah nak settle. Kenapalah kau tak bagitahu awal-awal?" Nathan cuma tersenyum. Hatinya lega. Nathan sememangnya ada kawan ahli perniagaan disana. Kawan dia sudah bersetuju untuk jual sebuah paparan seni kepadanya. Dia juga sudah menukar pemilikan tersebut dibawah nama Haura. Dia buat ini untuk permudahkan kelulusan. Dia berharap rancangannya untuk menyatukan Haura dan Arsyad berjaya. Dia mahu Haura gembira. Itu pun sudah cukup membuatkan dia rasa bahagia.

"Good."

"Kalau boleh settle hari ni?"

Zareef tergelak. "Kau ni kan? Memang beban aku kan?" Nathan ikut tertawa bersama.

"Namanya pun kawan. Kena saling membantu." Nathan pun ambil telefon pintarnya dari poket.

"Nanti aku transfer kat kau. Hadiah tolong aku."

"Kau nak main rasuah pulak ke encik polis?" Sengaja Zareef memanaskan hati Nathan.

"Eh kau. Mulut tu...agak ah. Aku dah bagi sebabkan? Bukannya aku suruh kau luluskan buta buta." Dia mencebik.

"Koyak?"

"Koyaklah wey, rosak imej aku."

"Tak gentlelah kau." Setelah tawa dibalas tawa, mereka berdehem seketika. Bukan Zareef tak tahu, Nathan sedang menyembunyikan sesuatu. Dari raut wajahnya sahaja boleh di baca bahawa hati itu tidak baik-baik sahaja.

"Aku nak tanya sikitlah, Tan."

"Hm." Soalnya sambil menatal skrin telefon. Dia melihat gambar keluarga kecil itu. Dalam hatinya, seolah-olah berat untuk melepaskan mereka. Bila nampak muka Iryana, Irsyad. Hatinya jadi sayu. Bila pandang muka Haura pula, hatinya jadi sakit. Sakit kerana cinta yang tak pernah berbalas. Tapi dia tidak pernah berdendam. Dia tak marahkan Haura. Kerana dia tahu, Haura adalah milik Arsyad. Jodoh Raez. Bukan kepunyaannya.

"Kau...masih suka ke dekat janda anak dua orang tu?" Soalan Zareef membuatkan Nathan sengih sumbing. Janda? Itu hanya sebuah penipuan. Gadis itu masih isteri orang. Anak-anak gadis itu masih punya ayah mereka. Penipuan itu dibuat pun hanya untuk memalsukan kematian Arsyad.

"Kenapa kau tanya?"

"Saja..."

"Suka..."

Zareef terus membuat tabik hormat kepada Nathan. "Salute. Empat tahun bro kau berkorban. Satu hasil pun kau tak dapat." Nathan mendengus agak kasar. Dia pandang Zareef tajam.

"Ala, gurau."

"Aku bantu Haura sebab aku cintakan dia. Aku bantu anak-anak dia, sebab aku sayangkan anak-anak dia macam anak aku sendiri. Bukan sebab aku nak kan balasan." Dia bersandar pada kerusi. Tipulah kalau dia tidak menginginkan sebarang balasan. Cuma dia tahu diri. Dia juga tekad untuk mengalah dan mengembalikan Haura ke pangkuan suaminya. Dia sangat ingin melihat Haura bahagia.

"Lepastu? Kau dapat apa?"

Dahi Nathan berkerut. "Aku dapat apa?" Zareef angguk kepala menginginkan jawapan darinya.

"Dapat kenangan."

"Kenangan je?"

"Je?" Nathan tertawa dengan sikap Zareef.

"Kenangan. Kau tahu apa maksud kenangan?"

"Tahu..."

"Kenangan setiap orang berbeza-beza. Aku dengan kenangan aku. Kau dengan kenangan kau. Sebelum terciptanya kenangan, kau perlu melalui dan merasai fasanya. Macam apa yang aku buat sekarang. Aku bahagia. Sekurang-kurangnya, aku ada kenangan yang mampu buat aku tersenyum disaat aku tak bahagia. Kau?" Nathan menyiku lengan Zareef.

"Aku..." Zareef angkat bahu. "Aaah, lupakan soal kenangan. Kita bincang soal pengorbanan. Apa yang kau dapat dengan pengorbanan? Kau cintakan dia, sanggup korbankan apa sahaja. End up, dia nak pergi Itali tinggalkan kau seorang dekat sini. "

Sekali lagi Nathan tertawa. "Cakap pasal pengorbanan. Kau pernah jadi tentera kan?" Zareef perlahan mengiyakan.

"Kau dapat apa selama jadi askar?"

"Tak...tak dapat apa-apa."

"Tapi kau tetap berkorban untuk negara kan?"

"Yup..."

"Sebab apa?"

Zareef dehem perlahan. "Sebab aku cintakan negara." Nathan tertawa lagi.

"You got my point."

Zareef angguk kepala. Dia sudah faham.

"Aku sanggup buat apa saja, Ef. Untuk dia. Walaupun aku tahu, aku tak akan dapat apa-apa balasan. Cukup dia tahu aku cintakan dia. Aku nak jaga dia. Tapi sampai masa aku sedar, berundur juga adalah satu pengorbanan untuk membahagiakan dia." Nathan tersenyum nipis. Anak patung pemberiannya kepada Iryana digenggam erat. Sakit untuk membuat keputusan begini.

                 PAGI ini, Haura menyiapkan sarapan awal-awal sebelum membawa Irsyad ke hospital untuk medical checkup. Lagipun, sudah berapa bulan dia tidak kesana kerana tertunda. Ada banyak hal yang membuatkan dia batalkan niat untuk membawa Irsyad kesana.

Dia perlu uruskan permohonan untuk berpindah ke Itali. Beberapa kali juga permohonannya di tolak dan dia ulangi membuat permohonan. Rindunya terhadap Arsyad semakin bercambah. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pula tidak lena.

Buat panggilan? Lagilah tak boleh. Arsyad kata, dia tak boleh buat apa-apa panggilan dengan Haura supaya tidak di kesan mana-mana pihak polis. Jadi Haura terpaksa tahan diri dari menghubungi Arsyad.

"Ibu!" Irsyad memanjat kerusi.

"Syad, hati-hati sayang. Jatuh nanti." Pesan Haura ketika memotong dadu buah strawberi, anggur dan kiwi diatas papan landas.

"Ibu, Syad nak tolong..." Irsyad duduk diatas para dapur. Dia tatap wajah ibunya dengan senyuman comel untuk memujuk.

"Tak boleh, Syad. Nanti kalau terpotong jari macam mana?" Soal Haura. Nadanya tidak tegas. Comel juga bunyinya. Sedaya upaya tidak menggores hati anak kecil itu.

"Alaaaaa, please. Syad kesian tengok ibu buat sorang-sorang." Tangan kecil itu mahu merebut pisau dari tangan Haura.

"Eip, amboi...biasa dia tu..." Bibir bawah Irsyad menggulung. Memberi tanda untuk menangis.

"Syad nak tolong je. Ibu marah Syad ke? Syad minta maaf..." Haura terus letak pisau diatas papan landas. Dia peluk Irsyad.

"Hey, mana ada ibu marah. Ibu cuma risaukan Syad. Jangan menangis tau." Irsyad turut memeluk Haura.

"Tapi Syad nak tolong." Haura fikir seketika. Apa tugas yang dia boleh bagi untuk Irsyad ya?

"Ha, Syad tuang cornflakes dalam mangkuk. Nak?" Dengarkan pertanyaan ibunya terus Irsyad senyum lebar. Dia angguk kepala sambil tepuk tangan. Suka betul dapat membantu ibunya buat sarapan sekali.

"Nak!" Tangan Irsyad kedepan.
Haura letak kotak cornflakes di hadapan Irsyad. Dia ambil. Tuang perlahan-lahan. Sekali sekala matanya melirik pada ibunya yang sedang memotong buah.

"Banyak ni ke ibu?"

Haura toleh. Dia tertawa. "Syad, sikit macam tu siapa nak makan?" Irsyad sengih penuh kecomelan.

"Haah lah..." Dia tuang lagi. Tak sampai beberapa saat, dia toleh lagi.

"Dah ke ibu?"

Sekali lagi Haura tertawa.

"Sayangku, baru beberapa butir tu. Tuanglah banyak sikit. Bertuahnya anak ibu ni..." Haura mengelus pipi Irsyad. Comel betul. Dah lah rajin, baik, penyabar, anak siapalah ni.

"Okay!" Irsyad menuang lagi.

"Ibu! Ibu comey!" Iryana berlari dan berhenti di depan kerusi. Percubaan untuk memanjat kerusi gagal bila Haura segera mendukungnya.

"Ya Allah, jatuh nanti sayang!" Iryana terkekek melihat wajah ibunya penuh kerisauan. Dia tunjuk jari pada kotak susu di atas para dapur.

"Nak toyong ibu jugak!" Haura melihat pada kotak susu yang Iryana tunjuk.

"Nak tolong?"

"Hm!" Iryana angguk laju. Haura pun mendudukkan Iryana berdepan dengan Irsyad. Dia bagi kotak susu tu dalam pelukan Iryana.

"Kuat tak tu nak tuang?" Haura cubit pipi gebu Iryana.

"Tuat!"

"Yeke? Bukan Yan kuat tentut je ke?"

"Manade!" Irsyad ikut mentertawakan Iryana. Dia juga bersetuju dengan ibunya yang Iryana kuat kentut.

"Dah, cepat-cepat siapkan sarapan. Kita nak kena pergi hospital." Irsyad geleng kepala.

"Tak naklah."

"Mana boleh, Syad kena pergi hospital. Nak kena ambil ubat."

Irsyad geleng kepala. "Syad dah sihat! Tengok ni, Syad senyum!" Irsyad sedaya upaya menunjukkan kepada ibunya bahawa dia sudah pulih padahal sepenuhnya tidak.

"Tengok Syad angkat kotak ni!" Dia angkat kotak cornflakes keatas dan ke bawah untuk menunjukkan kekuatannya.

"Sya-" Belum sempat Haura menolak permintaan Irsyad, Irsyad mencantas lagi.

"Tengok bibir Syad dah tak pucat!" Dia tunjuk bibirnya yang baru sahaja dia calit dengan lipbalm ibunya secara sembunyi subuh tadi. Haura mengeluh perlahan.

"Betul ni? Syad dah sihat?"

"Betul!" Irsyad angguk laju. Dia tahu badannya tidak kuat seperti dulu. Sebab itu, dia tidak mahu ke hospital. Nanti doktor bagitahu ibu tentang sakit yang dia simpan. Dia tak mahu ibu sedih. Cukup. Dia tak suka ibunya menangis. Biarlah ibunya tahu bahawa dia sihat dan gembira.

Loceng rumah berbunyi, Haura menurunkan Iryana dan Irsyad kebawah.

"Ciapa tu!" Laju kaki Iryana berlari ke pintu.

"Yan, jangan buka dulu!" Haura berlari anak dan mendukung Iryana. Nasib baik dia sudah bersiap pakai tudung, jadi dia terus buka pintu. Irsyad pula peluk kaki sebelahnya.

Haura sedikit terkedu. "Eh, encik Nathan?" Sudah lama Nathan tidak singgah ke sini sejak kejadian di dalam kapal terbang yang lepas. Hampir sebulan lebih. Itu yang Haura agak terkejut bila nampak Nathan depan mata.

"Uncle!" Serentak Iryana dan Irsyad teriak keriangan. Mereka rindukan Nathan. Iryana menggoyangkan kakinya untuk diturunkan. Haura terus letak Iryana kebawah.

"Hye, Yan." Nathan mendukung Iryana. Ya Allah, rindunya tak usah di kata. Dia cium pipi Iryana dan memeluknya.

"Uncle! Nak peluk!" Irsyad mendepa tangan untuk di peluk juga. Begitu juga Irsyad di dukung dan di cium pada pipi.

"Kitorang rinduuu uncle!"

"Uncle pun rinduuu dengan Yan dan Syad. Uncle minta maaf sebab lama dah tak datang. Ada banyak kerja." Haura cuma tersenyum melihat anak-anaknya melepaskan rindu. Bukan haknya untuk menghalang mereka merindui Nathan. Jadi, dia biarkan anak-anaknya untuk memeluk lelaki itu buat seketika.

"Saya datang sini sebab nak minta maaf atas kelakuan saya tempoh hari." Lembut nada Nathan. Dalam kelembutannya ada perasaan serba salah. Haura geleng kepala.

"Tak apalah encik, silap saya juga sebab tak dapat nak kawal perasaan. Saya tak boleh tengok encik buat Syad dengan Yan menangis." Haura mengeluh perlahan. Suasana menjadi hening seketika.

"Saya ada nak bagi sesuatu dekat awak ni." Nathan turunkan Irsyad dan Iryana kebawah. Dia ambil sampul surat warna putih dan hulur pada Haura.

"Surat apa ni encik?" Haura menerimanya.

"Tengoklah." Nathan tersenyum nipis. Tak sabar mahu melihat reaksi Haura setelah membacanya.

Surat dikeluarkan dari sampulnya. Perlahan-lahan Haura membaca. Surat Kelulusan Berpindah Keluar Itali. Mulut yang hampir terbuka, Haura terus tutup dengan telapak tangannya.

"Biar betul?!" Nathan tertawa melihat Haura menyelak-nyelak surat tersebut.

"Iya, saya dah minta kelulusan dari Zareef. Dia pekerja Imegresen juga."

"Ya Allah! Terima kasih encik! Terima kasih sangat-sangat!" Terus berjurai air matanya kepipi. Akhirnya, usaha dia tidak sia-sia. Dia peluk Irsyad dan Iryana serentak.

"Kita akan tinggal dengan ayah!"

"Wah!" Iryana dan Irsyad melompat keriangan. Nathan melihatnya turut merasakan kegembiraan yang sama. Dia berharap, mereka akan bahagia buat selamanya.

                   MALAM itu, Haura sedang mengemas dokumen penting yang hendak dia bawa sebelum berpindah. Dia ada telefon Sean dan memberitahunya bahawa dia telah mendalat kelulusan untuk berpindah kesana. Dia meminta Sean merahsiakan kedatangan mereka untuk membuat kejutan pada hari lahir Arsyad dua hari lagi.

"Mana pula surat sakit Irsyad?" Haura mula pelik. Setahu dia, dia simpan semua dokumen dan surat-surat penting didalam almari ini sahaja. Macam mana boleh hilang? Haura toleh kearah Iryana dan Irsyad yang sedang bermain dengan permainan mereka diatas katil.

"Syad, Syad ada nampak surat sakit Syad? Ibu simpan dalam almari ni je. Tak keluarkan pun. Tapi hilang." Irsyad berhenti bermain dengan Iryana. Dia geleng kepala.

"Hilang ke ibu?"

"Haah..." Haura terus menyelongkah almari tapi tetap tak jumpa. Irsyad turun dari katil perlahan-lahan dan terus peluk ibu dia.

"Syad dah sihat lah ibu, tak payah ada surat tu dah..." Dia peluk ibunya ketat-ketat.

"Surat tu penting, ibu nak tunjuk dekat ayah nanti..." Irsyad geleng kepala.

"Jangan! Syad dah sihat! Syadkan strong boy!" Haura tertawa kecil. Bersungguh betul Irsyad mahu meyakinkan dia bahawa Irsyad sudah sihat sepenuhnya. Tapi ada betulnya, dia nampak Irsyad makin hari, makin bertenaga. Dia mula mempercayai Irsyad. Mungkin ada keajaiban yang sudah berlaku. Irsyad makin sihat.

Ting! Bunyi notifikasi. Haura menggapai telefon pintarnya dan melihat pada skrin.

"Abang?" Haura dapat mesej dari nombor lama Arsyad. Yang membuatkan Haura bingung kerana mesej ini dari nombor lama Arsyad. Nombor ini dah lama mati. Lagipun Arsyad ada bagitahu yang dia sudah tidak menggunakan nombor itu. Tidak mahu kematian palsunya terbongkar.

"Abang dah nak sampai rumah. Abang pakai mascot beruang. Rindu nak jumpa anak-anak."
−Arsyad [8:15PM]

Mungkin Arsyad menggunakan jet peribadi milik Luiz untuk kesini kerana sangat merindui anak-anaknya. Haura pun membalas.

"Abang, bahaya kan ke sini? Kalau orang nampak macam mana?"
−Haura [8:16PM]

"Sayang, abang pakai mascot."
−Irsyad [8:16PM]

Haura fikir sejenak. Betul juga tu.

"Baik abang. Haura tunggu."
−Haura [8:17PM]

Setelah menghantar mesej ke Arsyad. Haura mendapat panggilan dari Nathan pula.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, encik."

"Saya on the way nak ke rumah awak ni. Nak bagi hadiah perpisahan dekat awak dan anak-anak sebelum ke Itali esok."

"Eh, encik. Susah-susah je datang malam-malam macam ni."

"Tak ada apa pun, Damia. Hadiah kecil je ni. Sudi ke nak terima kedatangan saya?" Haura tertawa kecil bila tiba-tiba Nathan membuat suara formalnya sebagai anggota polis.

"Datanglah, suami saya pun nak datang ni. Katanya rindu anak-anak."

Nathan pelik. Arsyad? Tak mungkin Arsyad akan datang ke sini. Risiko sangat bahaya kerana itu Nathan tidak sedap hati.

"Saya datang segera." Haura terkedu apabila panggilan dimatikan begitu sahaja. Dia pun jungkit bahu dan meneruskan menyelongkah almari.

Sampai depan rumah Haura, Nathan memarking kereta agak jauh dari situ.  Dia nampak ada seorang lelaki memakai mascot beruang bewarna hitam. Lain dengan mascot kebiasaan yang Arsyad pakai. Nathan ambil pisau lipat dan selit dalam poket. Dia buka pintu. Perlahan-lahan berjalan kearah lelaki asing itu.

"Siapa kau?" Terkejut diterjah oleh Nathan, Lelaki asing tersebut terus mengluarkan pisau dan mengelar separuh muka Nathan. Dari bibir, hidung, sampai kemata. Seperti huruf X yang hanya punya satu tangkai '/ ' begini.

"Arghhh!!!" Nathan menahan pisau itu dari terus menoreh wajahnya. Mereka bergelut. Darah memercik ke ketanah. Begitu juga dengan tangannya yang terluka kerana menggenggam hujung pisau tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience