HPD || BAB 04

Romance Completed 246547

Sebulan berlalu, tiada apa yang berubah. Masih terkurung didalam bilik yang sama bersama Arsyad.

Walaupun Haura sudah habis berpantang, tetapi masih tiada kudrat untuk berjalan sendiri. Kecederaan dikepalanya bukan biasa-biasa, dia masih memerlukan waktu untuk pulih sepenuhnya.

Seperti biasa, malam ini Haura tidak dapat lelap. Dia rasa jijik, dia rasa berdosa kerana masih tidur diatas katil bersama. Rangkulan tangan Arsyad yang mengelilingi pinggangnya, membuatkan Haura tidak senang duduk. Haura dapat rasa betul-betul bagaimana rapatnya Arsyad memeluk dari belakang. Seperti mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Tambahan pula buah dadanya yang membengkak secara mendadak kerana terlebih susu badan. Makin tak diam duduk Haura dibuatnya.

Tangannya menggenggam. Menahan sakit. Banyak kali juga dia melepaskan keluhan dan dengusan kerana tak tertahan sakitnya.

Mendengarkan dengusan dari bibir Haura, Arsyad mula kerisauan. Dia perasan Haura sedang menekan-nekan bahagian dadanya yang kian membengkak.

"Tak tidur lagi?"

Terkedu Haura ketika tertangkap. Dia ingatkan Arsyad sudah tidur, rupanya tidak.

"Hm..." jawab Haura perlahan.

Arsyad menyandarkan dagu pada bahu Haura.

"Kenapa?" Nadanya masih lagi dingin.

"Sakit," jawab Haura sepatah lagi.

"Dekat mana?" soal Arsyad semula.

Haura kemam bibir perlahan. Tak akan dia perlu bagitahu Arsyad pula.

"Dekat mana?" soal Arsyad lagi tetapi dengan nada yang ditekan apabila soalannya tidak dijawab.

"B-breastfeed..." jawab Haura perlahan. Memang membahang seluruh pipinya. Apalah dosanya sehingga terpaksa berhadapan dengan situasi memalukan seperti ini. Kenapa dia perlu berada didalam dakapan bekas suaminya? Kenapa dia perlu beritahu segala privasinya terhadap bekas suaminya? Kenapa...

Arsyad terus bangkit dari katil. Sampai je dihadapan almari baju Haura, Arsyad buka pintu almari. Tangannya laju saja mengambil mesin pengepam susu.

Lepastu, dia duduk disebelah Haura.

"Stay still." Tanpa memberi amaran, dia menyelak baju Haura keatas dengan wajah yang risau.

"Arsyad! Cukup!" Tangan Haura menepis. Semua ini sudah melebih. Iya, memang dia sayangkan Arsyad. Dia rindukan belaian dan cinta dari Arsyad yang teramat sangat tetapi keadaan sekarang berbeza.

Mereka bukan pasangan suami isteri lagi. Hukum hakam perlu dipatuhi.

Tangan kecil itu masih cuba gagah demi maruahnya dirinya.

"Jijik sangat ke tangan aku ni hm? Atau sebab...dalam hati kau masih tengah syok ingat lelaki lain?" soal Arsyad dengan kegeraman. Benci betul Haura pada dirinya. Sampai pegang pun tidak mahu? Dia hanya mahu membantu tetapi Haura selalu menolak.

"Allah..apa awak merepek ni? Ini soal dosa Arsyad...soal hukum...bukan soal hati atau perasaan!" tempik Haura berselang esakan. Sudah. Hatinya terlalu sakit dengan hinaan dari Arsyad. Hatinya tak mampu berdiam lagi. Dia mahu membela dirinya.

"Sejak kantoi curang depan mata aku bukan main mulut kau ya? Dah macam malaikat. Macam tak pernah buat dosa. Tambah pula dah pandai melawan???" soal Arsyad dengan nada naik seoktaf. Esakan Irsyad dia biarkan sahaja kerana amarahnya yang membuak-buak.

"Arsyad...depan anak kita Arsyad...awak buat benda haram macam ni...depan mata anak kita..." sayu suara Haura ketika memandang bayi kecil yang sudah terjaga dan menangis teresak-esak dari dalam baby coat.

Dia tepis tangan Haura ketepi dengan mudah. Tangan kirinya menggenggam kedua pergelangan tangan Haura dan tekan di atas kepalanya. Tangan kirinya pula menyelak semula baju Haura keatas. Dia risaukan Haura. Dia terpaksa gunakan cara ini supaya Haura dengar cakap.

Haura memejamkan mata. Sekali lagi dia terpaksa aku dengan segala tindakan lelaki itu. "Arsyad...." bergetar bibir Haura ketika merayu untuk sedikit belas ihsan.

"Diam Haura Damia..."

"Arsyad...ingat Tuhan..."

Tetapi Arsyad hanya meneruskan. Mesin pengemepam dihidupkan. Tangisan Haura langsung tidak dia endah. Kalau Haura rasa sakit hati ketika ini, hati Arsyad berlipat kali ganda lebih sakit.

Bilik ini, tempat Haura melakukan kesilapan itu. Bilik tidur mereka telah Haura cemarkan dengan hawa nafsunya suatu ketika dahulu. Arsyad masih ingat apa yang dia lihat dan apa yang dia dengar dihadapan matanya sendiri.

•••

Selepas sahaja peristiwa malam semalam, Arsyad keluar dari rumah tanpa memberitahu Haura ke mana destinasi yang mahu dia pergi.

Dia hanya membiarkan Haura menangis sendirian. Diatas katil itu. Dari posisi baring mengiring itu, dia melihat Irsyad yang sedang tersenyum kearahnya. Dengan mulut kecil dan gusi tanpa sebaris gigi.

Dari situ, Haura dapat kumpul kekuatan. Dia bangkit dari katil perlahan-lahan. Berjalan kemeja kerja Arsyad dengan cara berpaut pada permukaan dinding.

Dia membuka laci kecil di meja kerja itu, dia tahu Arsyad menyimpan telefonnya didalam ini.

Perkara pertama yang dia jumpa sebaik sahaja membuka laci kecil itu adalah gambar perkahwinan mereka.

Sebak. Itu sahaja perkataan yang tergambarkan. Hubungan yang dahulunya sarat dengan cinta. Tapi sekarang tidak. Yang terlihat cumalah dendam dan dibelenggu dosa.

Air matanya menitis diatas kepingan gambar itu. Rindunya pada Arsyad tiada tandingan. Dia rindukan Arsyad yang dahulu, Arsyad yang menghormati dan menjaganya dengan kasih sayang. Bukan Arsyad yang sekarang. Tetapi, bukan salah dia kan?

Dia berubah kerana Haura.

Aku.

Ingat, manusia yang jahat terlahir dari manusia baik yang terkhianati. Air matanya dikesa dengan belakang telapak tangan.

[FLASHBACK]

Setahun yang lalu...

Arsyad dan Kamal berjalan masuk ke dalam hospital.

"Dr. Arsyad!" Julia berlari kearah mereka. Serentak Arsyad dan Kamal memandang kearahnya.

"Dr. kena tolong kami!" pinta Julia lagi. Jururawat lain yang bersama dengannya juga angguk kepala. Muka mereka tampak gelabah.

Arsyad tengok jam pada tangannya.

"Waktu kerja aku dah habis ni." dingin dia balas.

"Tolonglah, doktor Qairina tak datang lagi. Sepatutnya pembedahan tu perlu berlansung sekarang. Doktor lain semua tak berani nak ambil resiko untuk membantu." pinta Liana pula.

"Syad, kau tolonglah. Macam serious je kes ni."

"Ya! Memang serious. Please doc. We need your Goddess hands!"

Arsyad geleng kepala.

"Aku ada banyak kerja nak kena settle ni. Kamal, kau lah urus. Ya?" Arsyad terus berjalan jauh meninggalkan mereka terpinga-pinga disitu.

Pandangan jururawat disitu tertumpu kearah Kamal. Kamal pula dah tergaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"E-er...kalau nak aku yang bedah boleh je..." kata Kamal dengan gugup.

Jururawat disitu saling berpandangan antara satu sama lain.

"Tak apa kot..." Liana pergi dari situ.

Julia tepuk bahu Kamal.

"Haah, lupakan je lah..." Julia pun ikut pergi. Begitu juga dengan jururawat yang lain.

Arsyad menapak jauh juga lah dari situ. Dia ada urusan penting. Document rekod pembedahannya, dia mahu cari itu sekarang. Ada maklumat yang perlu dia kumpul.

Tiba-tiba langkahnya terhenti ketika seorang gadis berbaju kurung menangis dihadapannya. Mata sembap itu memandang tepat ke dalam anak matanya.

"A-awak doktor pakar bedah kan?" soal Haura dengan teresak-esak.

Arsyad angguk kepala perlahan.

"Yes I am." Dia pandang gadis itu dari atas sehingga kebawah. Ada tertanya juga kenapa dia menangis.

"Excuse me, I had to go." Tapi dia pilih untuk melangkah pergi dari situ oleh kerana urusan yang penting.

"Tunggu..." Tangan gadis itu menggenggam lengan coat putihnya.

"Tolong ibu saya..." sayu rayuan gadis itu membuatkan hati dingin sedingin ais kering itu mula sebak.

Langkahnya terpasak.

Kalau sebelum ini, dia hanya memikirkan soal dirinya tetapi bila dengan gadis kampung ini tidak. Langkahnya sasar. Seakan hatinya cepat sahaja terpaut.

"Doktor...tolong bedah ibu saya...ibu saya dah tak cukup masa. Doktor yang sepatutnya bedah ibu, masih tak kunjung tiba..." pinta Haura dengan sayu.

"Aku ada banyak pembedahan lagi yang aku kena urus. Bukan mak kau seorang saja yang perlukan bantuan aku." Tolak Arsyad dengan mentah. Bukan dia tidak mahu tolong, cuma jadual dia memang cukup padat.

Haura berlutut dihadapan Arsyad sambil tunduk menitiskan air mata. Bukan untuk meminta belas ihsan tetapi kerana kemudharatan.

"Saya ada ibu saya je sekarang...saya perlukan dia...tolong...saya tak nak kehilangan ibu saya..." rayu Haura lagi.

Arsyad keluh perlahan. Entah kenapa hatinya sangat berat untuk menolak permintaan gadis kampung dihadapannya ini. Lebih-lebih lagi bila gadis ini sudah berlutut.

Arsyad perhati jam tangan sebelum membuka bicara, "Aku memang tak dapat nak bantu. Lagi lima minit mesyuarat aku nak mula. Apa yang aku nak cakap pada pengarah kalau aku tiba-tiba cancel perjumpaan?"

"Doktor je tempat saya berharap..." Tangan Haura meraih seluar Arsyad, membuatkan lelaki pun berdehem perlahan sebelum menepis tangannya ketepi.

"Sorry, aku tak ada masa." Dengan selambanya dia berjalan, meninggalkan Haura yang masih berlutut disitu.

"Ingat saya nak sangat ke minta bantuan dari doktor sombong macam awak, ha!" Haura berdiri secepat yang mungkin. Kalau boleh, mahu sahaja dia pukul muka doktor kerek dihadapannya ini.

Arsyad menghentikan langkah tapi masih tidak menoleh kebelakang. Dia dengar setiap bait yang gadis itu ucapkan.

"Jangan sombong dengan kuasa dan kemahiran yang Allah bagi dekat awak! Tanpa bantuan Tuhan, awak tak akan ada dekat tempat ni! Ingat tu!" Haura mengesat air matanya yang masih mengalir pada pipi. Dia benci sungguh dengan orang hebat yang sombong dengan kemahiran mereka.

Arsyad angguk kepala perlahan. Tersentap juga hatinya menerima setiap nasihat yang gadis itu berikan kepadanya. Dia toleh kebelakang, pandang wajah sembap gadis itu dengan penuh minat.

Dengan penuh yakin, dia berjalan kearah Haura semula sambil tangan mendabik di dadanya.

"Kau gelar aku apa tadi?"

"Doktor sombong!" Hingus yang meleleh keluar dari hidung. Dia kesat air matanya dengan belakang telapak tangan.

Arsyad tertawa dingin.

"Pertama kali aku jumpa orang yang berani macam kau ni." Mata garang Arsyad merenung tajam kedalam anak mata Haura.

"Interesting." Senyuman nipis dia hadiahkan kepada Haura.

"Okay, aku akan bantu bedah ibu kau."

Mata Haura terus terbeliak. Betul ke apa yang dia dengar ni? Doktor sombong ni tolong ibu?

•••

"Aku tak nak! Tolong! Ya Allah, boleh gila aku kalau macam ni!" Kamal keraskan kakinya apabila tubuhnya ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan oleh sekumpulan jururawat beramai-ramai. Mereka semua terpaksa memilih pilihan yang terakhir kerana hanya Kamal sahaja doktor bedah yang tinggal.

"Dr. Kamal! Do your job!" Lina menolak belakang Kamal sekuat yang mungkin.

"No! Aku tak nak ambil resiko!"

"Jangan mengada! Kau je yang tinggal Kamal!" Wardah tambah. Dia juga ikut tolak tubuh Kamal ke dalam.

Tiba-tiba pintu bilik bedah terbuka. Sosok tubuh Arsyad menapak masuk kedalam. Dia ambil tisu dan lap tangannya yang baru dia basuh tadi.

"Dr. Arsyad!" Nampak sahaja Arsyad masuk ke dalam, jururawat tadi terus menolak Kamal ketepi. Mereka berlari beramai-ramai menyarungkan baju bedah, sarung tangan getah dan persiapkan alatan bedah.

"Aduh!" tubuh Kamal terjelopok kelantai.

Kamal ketawa ketika melihat semua jururawat berlari kearah Arsyad dan mempersiapkannya.

"Oh! Dibiarkan begitu saja~ Terikat namun tak bertali~ mencoba menyimpulkan mati namun terputus jua~ tak guna punya jururawat." Menyempat Kamal memeriksa lirik lagu Tergantung Sepi yang dinyanyikan oleh Haqim Rusli sambil matanya menjeling tajam kearah semua jururawat yang menggeletis itu. Tapi tak terasa hati pun kerana dia lagi suka curi tulang. Muahaha.

Lepas baju biru khas untuk pembedahan itu di ikat, Arsyad berjalan kesisi katil bedah. Mata tajamnya melihat pada skrin dihadapan.

"Mulakan CABG dan ceptal rupture repair." Arsyad memberikan arahan.

Pembantu doktor mengangguk kepala.

"Scalpel."

Pisau bedah di hulur. Arsyad mengambilnya. Tangannya mula membelah bahagian dada pesakit.

"Bovie."

Bovie juga di hulur. Bahagian yang sudah terbelah itu dia kenakan bovie padanya untuk mengurangkan kadar pendarahan. Belah. Asap dari belahannya mula terlihat.

Qairina memarking keretanya dihadapan hospital. Coat putih yang dia sangkut dekat tempat gantung belakang dia ambil. Rambut panjang separas dada diikat. Buka pintu. Berlari laju masuk ke dalam hospital.

"Urgh, terlambat lagi!"

Para pesakit yang sedang berjalan di lorong hampir sahaja dia rempuh. Nasib baik sempat mengelak. Sesampai di hadapan bilik pembedahan. Skrin pada dinding itu dia lihat. Dr. Arsyad. Nampak nama itu tertera ditempat sepatutnya nama dia yang tertera.

"Arsyad?" Qairina mengeluh perlahan.

Dia membasuh tangan pada singki. Ambil sabun. Gosok dari telapak tangan sampai kesiku. Basuh sampai bersih. Berlari anak masuk ke dalam bilik pembedahan. Pandangannya kini tertumpu pada Arsyad yang sudah memulakan pembedahan. Tangannya ligat membelah pesakit. Dia berjalan kedalam dan ikat mask pada kepala.

"Apa yang jadi ni?"

Soalan dari Qairina membuatkan pembantu doktor beralih pandangan kepadanya.

"Oh, Dr.Qai?" terkedu pembantu doktor itu sehingga gunting pada tangannya hampir terlepas. Qairina melangkah kearah mereka.

"Damn, hold it tight. Focus." arah Arsyad kepada pembantu doktor. Gunting bedah pada tangan pembantu itu dia bantu tegakkan.

"I'm the primary surgeon, dr. Arsyad." tegas suara Qairina.

Arsyad masih mengabaikan kehadiran Qairina. Dia masih melanjutkan pembedahannya.

"Tweezers, yang lebih besar." arah Arsyad sambil menghulur tangannya. Pembantu doktor menghulur tweezers. Qairina tak puas hati. Dia mendekati Arsyad.

"I'm the primary surgeon." nadanya di tekan.

"Step back, dr.Qai." arah Arsyad. Mata helangnya mengerling kearah Qairina. Tajam. Qairina terus mengambil setapak kebelakang.

"I told you. I yang patut lead this surgeon."

Arsyad pandang tajam wajah Qairina. Kepalanya disengetkan sedikit.

"Who are you?" soalnya dingin.

Jururawat semuanya bingung dengan pertelingkahan mereka berdua. Suasana menjadi tegang.

"I'm the primary surgeon. I'm a doctor."

Arsyad hanya senyum sinis mendengar jawapan Qairina. Dia tunduk sedikit. Wajahnya mendekat dengan wajah Qairina.

"A doctor? Better than me?" Arsyad berdiri tegak kembali dan sambung jahit.

"Cut." arah Arsyad pada pembantunya.

"Kalau kau nak lead, make sure datang tepat pada waktu. Masa. Every second, every hour and every minute. Semua tu kau kena ambil berat. Masa adalah nyawa. Nyawa tak boleh dibayar dengan tangisan." katanya sambil tangannya menggunting kulit pesakit.

Qairina ambil setapak kedepan.

"Dr.Syad, you need to stop right now."

Arsyad kerling wajah Qairina dengan hujung mata helangnya.

"Stay still, punk." arah Arsyad. Dia memberi arahan kepada Qairina.

"Stop. Right. Now." nada Qairina ditekan.

"Oh, pardon." sinis nadanya. Arsyad menjeling. Ambil dua tapak kebelakang. Kedua tangannya diangkat.

"Okay kalau kau terdesak sangat nak lead. I'll move away. As long as kau dapat buktikan nyawa pesakit ni selamat dekat tangan kau." Arsyad menghulurkan pisau bedah kearah Qairina. Baru sahaja Qairina mahu mengambilnya, Arsyad menarik pisau itu semula dan sengetkan kepala sedikit.

"Oh, I take back my words. Sebab pesakit kalini sangat istimewa buat aku." Arsyad meneruskan semula pembedahannya. Langsung tidak menghiraukan kehadiran Qairina dihadapannya.

Dia kekal fokus.

Dia mahu selamatkan nyawa ibu kepada gadis aneh itu.

Gadis yang membuatkan jantungnya berdegup kencang sehingga sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience