HPD || BAB 34

Romance Completed 246547

LENANYA ternganggu dengan bunyi notifikasi yang tiba-tiba sahaja menyerbu telefon Haura. Sampaikan Irsyad juga hampir terjaga kerana serbuan notifikasi tanpa henti.

Hari ni, dia bangun agak lewat. Mungkin kerana terlalu banyak menangis. Matanya pun masih sembap. Dia kerling jam pada dinding. Lewat tengahari dah ni.

"Sayang...anak ibu...shhhh..." Haura segera bangkit dari tempat tidurnya dan mengendong Irsyad dari katil bayinya. Anak kecil itu masih dalam keadaan mamai. Jadi, Haura cuma tinggal menenangkannya dengan belaian dan beberapa kucupan yang berjaya memberikan keselesaan kepadanya. Kelopak mata anak kecil itu semakin tertutup dan akhirnya kembali lena.

"Shhhhh...it's okay, strong boy..." Haura membisikkannya perlahan seraya meletakkan anak kecilnya ke dalam katil bayi semula. Kemudian, dia berlari anak menuju ke arah katil sebelum mengggapai telefon pintarnya. Jarinya terus mengetik mood silent supaya lena anak kecilnya tidak terganggu lagi.

Keningnya berkerut. "Kenapa ramai sangat yang mesej aku ni?" Bukan main terkejut bila dia nampak beribu notifikasi mula menyerbu. Ada yang dari Instagram, WhatsApp dan segala media socialnya. Ada mesej daripada rakan sekerjanya iaitu Fiera, Ifah dan yang lain-lain. Yang penting bukan Sarah. Yang paling mengejutkan juga, ada mesej dan panggilan yang tertinggal daripada para wartawan.

Mana satu yang hendak dia buka? Jarinya mengetik nama Ifah.

"Weh! Haura! Haura! Kau dekat mana?! Tolonglah hati-hati!!!! Suami kau tu penjenayah! Tolonglah angkat call! Sekurang-kurangnya, jawab mesej kami!"
−Ifah (9:00AM)

Semakin erat kening tertaut. Kenapa mesej Ifah cakap macam ni? Apa yang terjadi? Dia mengetik pula mesej daripada Fiera.

"BERITA PAGI TADI! HAURA! Suami kau! Dia kena tahan polis! Kau dah tengok?! Kau kat mana!!! Ifah, Leha, semua, kitorang risaukan kau!"
−Fiera (9:03AM)

Jantungnya berdegup kencang, Fiera siap hantar rakaman semula berita pagi tadi. Dengan nafas yang tidak teratur dia mengetik butang mainkan rakaman video.

•••BERITA TERKINI

"Assalamualaikum dan salam sejahtera, Seorang doktor pakar bedah terkenal yang pernah tular sebagai Hero Masyarakat telah dipercayai menikam kesemua ahli keluarganya dengan menggunakan pisau bedah selepas berjaya mengugut pembantu rumahnya agar meracuni dan turut bersekongkol dalam kejadian di sebuah rumah agam mewah milik keluarga jutawan, di Damansara, Kuala Lumpur, malam semalam." Kata seorang pembaca berita itu dengan nada serious.

"Suspek juga telah berjaya ditahan dan akan direman selama tujuh hari, bermula dari hari ini bagi memudahkan sesi soal siasat." Tambahnya lagi sebelum memandang kearah skrin besar yang memaparkan keadaan disana.

Lagi menyentak hati Haura bila dia nampak bagaimana seorang lelaki yang dikelilingi pegawai polis dengan tangannya yang bergari. Baju, lengan, tangan, termasuklah wajahnya di gelemuri darah yang sudah kekeringan.

Walaupun muka lelaki itu di tutup dengan mask tetapi dengan sekilas pandang. Haura tahu. Itu Arsyad! Anak matanya, coklat pekat. Bentuk matanya yang tajam bak helang. Luluh. Arsyad membunuh? Kenapa ??? perlu buat semua ni?!

"Dipercayai suspek hanya berdiam diri dihadapan kesemua mangsa dan menyerahkan diri tanpa sebarang paksaan selepas melakukan pembunuhan beberapa jam yang lepas. Anggota polis yang tiba dilokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada pembantu rumah mereka pada jam 12:53 minit malam tadi, didapati suspek berusia 31tahun menikam berulang kali pada bahagian dada setiap ahli keluarganya yang sudah diracuni terlebih dahulu."

Terus mulutnya dia tekup kerana terlalu terkejut. Arsyad. Arsyad! Mahu sahaja dia menjerit disitu. Mesej terakhir Arsyad malam tadi! Haura mengetik dengan penuh debaran. Dia gagahkan dirinya untuk buka dan membacanya.

"Sayang, abang tak tahu apa yang abang tengah fikirkan sekarang ni. Yang abang tahu, abang rindukan sayang. Abang tengah buntu sayang. Please, balas mesej abang."
−Arsyad (10:09PM)

Ya, hanya pesanan diatas ini yang sempat dia baca. Rupa-rupanya, ini yang Arsyad maksudkan? Kenapa? Kenapa dia terlalu bodoh? Kenapa dia hiraukan mesej sepenting ini? Anak mata Haura mula bergetar dan mula bergelinangkan air hangat.

"Sayang?"
−Arsyad (10:11PM)

Arsyad? Haura menyesal. Menyesal! Kenapa aku tak baca mesej ni semalam! Kenapa aku tak balas?

"Sayang...betul ke apa yang abang nak buat ni? Answer me."
−Arsyad (10:12PM)

"It's okay, no matter what. I'll always loving you. I love you more than you know. Doakan untuk abang ya, sayang? Abang buat ni untuk sayang, untuk anak kita. Abang janji, abang tak akan menyesal atas pilihan abang."
−Arsyad (10:15PM)

Dia tidak kuat. Melorot telefon itu daripada tangannya. Dia terus tersedu-sedu disitu. Kenapa?! Arsyad tak perlu buat semua ni untuk balas dendam! Dia tak dapat terima. Cukuplah hanya dia seorang yang terkorban. Kenapa Arsyad juga turut serta?

Andai sahaja dia menjawab mesej terakhir Arsyad, pasti semua ini tak akan terjadi. Haura mula menyalahkan dirinya. Langsir di selak sedikit. Betul tekaannya, wartawan penuh berkumpul dihadapan rumahnya. Mungkin ada yang memberitahu dimana lokasi dia berada. Walaupun dia sedang berada di dalam rumah lama Sarah, dia masih tidak selamat dari sesi serbu wartawan.

Ya Allah, semoga Arsyad baik-baik sahaja disana. Ya Allah, tolong jangan apa-apakan dia. Dia, lelaki yang aku cinta. Dia juga, ayah kepada anak-anak ku. Tolong. Tolong. Jagakan dia untukku sementara aku masih tersekat disini.

   ARSYAD cuma termenung di dalam bilik soal siasat sementara menunggu kedatangan anggota polis yang di tugaskan untuk menyoalnya.

Dia tidak gentar. Dia sudah berjanji dengan Haura bahawa dia tidak akan menyesal dengan pilihannya. Dia bersyukur dapat menyelamatkan Haura dari kekejaman keluarganya. Dia juga bahagia, dapat membalas segala perbuatan mereka terhadap belahan jiwanya.

Pintu yang dikuak, memecahkan lamunan. Anak matanya beralih kearah seorang pegawai polis berbadan tegap, muda dan juga mempunyai figura yang tegas.

"Assalamualaikum." Arsyad memberi salam dengan penuh ketenangan. Seperti dia sudah tahu, apa yang akan jadi seterusnya dengan takdirnya. Dia sudah redha. Jika Haura sanggup menggadaikan maruahnya untuk menyelamatkan dia dan anak mereka. Kenapa dia perlu rasa menyesal untuk berkorban juga?

Salamnya tidak dijawab dengan mulut tetapi hanya dengan beberapa anggukan. Nama tag nama dia, Qayyum. Muda lagi pegawai ni. Mesti nanti anak-anak pegawai ini bangga dapat ayah seperti dia.

Entah kenapa, hatinya seakan dirobek. Anak. Isteri. Mungkin juga dia akan meninggalkan mereka tidak lama lagi atas tindakannya.

"Aku tak nak tanya banyak." Bukan main bongkak, Qayyum mencampak beberapa laporan diatas meja sebelum dia duduk berhadapan dengannya.

"Kau bunuh keluarga kau?"

Arsyad angguk kepala tanpa teragak-agak. "Iya, aku yang bunuh mereka dengan tangan aku sendiri." Tanpa amaran, perutnya diterajang kuat dengan boot keras pegawai polis itu sehingga kerusinya terjelopok kebelakang, membuatkan belakang kepalanya terhentak pada lantai.

Dia genggam perutnya yang terasa sakit dan senak. Terbatuk-batuk ketika mencari kekuatan untuk bangun semula.

"Aku tanya kau lagi sekali, kau bunuh keluarga kau?" Pertanyaan kali kedua dari pegawai polis itu membuatkan Arsyad kegeraman. Tak cukup jelaskah? Sudah cukup baik dia mengakui dan bekerjasama.

"Iya, aku akui."

BUK!

Sekali lagi dia diterajang. Kalau tadi di perut, sekarang pula pegawai polis itu sasar pada tulang rusuknya. Teriakannya jelas kedengaran, pegawai lain yang memerhati dari tingkap kaca hanya membiarkan perbuatan rakan sekerja mereka.

BUK! BUK! BUK!

Tanpa henti, tulang rusuknya di terajang berulang kali sehingga tubuh kekarnya terlentang di atas lantai.

"Kau bunuh mereka pakai pisau bedah?"

Arsyad angguk kepala.

"Cakap!"

Tumbukan padu hingga pada mata kanannya. Dia tak tahu apa silapnya. Kenapa dia di kasari walaupun dia sedang memberikan kerjasama yang sangat baik.

Bibirnya masih mampu mengulum senyuman bila teringatkan suara Irsyad berbual dengannya. Dia sudah tidak dapat menumpukan pada soal siasat ini. Kepalanya hanya memain kembali kenangannya bersama Haura di awal perkahwinan mereka. Semuanya. Semua yang membuatkan dia punya kekuatan untuk tersenyum walaupun di waktu tergenting ini.

Buku lima dia genggam. Menolak tubuhnya untuk bangkit semula. Mata tajamnya bertentangan dengan Qayyum.

"Aku...ikut kau kesini...sebab aku nak senangkan kerja kau...bukan untuk buat kecoh..." Kata Arsyad seketika, ada mimisan darah yang mengalir keluar dari hidungnya.

Qayyum ketawa. Entah apa yang tak kena dengan kepala otak dia.

"Aku faham niat baik kau." Dia berdiri dan memijak dada Arsyad kuat membuatkan Arsyad terlentang kelantai semula.

"Sesi ni ada lagi 6 hari, tak syoklah kalau habis awal kan?" Kening Arsyad bercantum. Bodoh. Pegawai polis yang angkuh. Kenalah dengan sikapnya yang angkuh juga satu ketika dahulu. Memang Allah atur semua elok. Biar aku turut rasa KARMA. Baru aku sedar betapa tingginya langit, dan bagaimana rendahnya bumi.

Pintu dikuak sekali lagi, kali ini pegawai polis sedikit tua masuk kedalam.

"Tuan." Qayyum berdiri tegak dan memberikan salute kepada pegawai polis tersebut.

    HAURA berjalan memandang sekeliling, dia memastikan bahawa tiada siapa yang mengikutinya. Mungkin kerana dia pakai serba hitam, termasuk mask bewarna hitam dan kaca mata hitam, jadi tiada siapa yang dapat mengenalinya. Irsyad pula dia sudah menghantarnya di sebuah pusat asuhan buat seketika.

Langkahnya diatur laju ke dalam balai polis. Sebaik sahaja dia nampak ada pegawai polis yang menjaga kaunter pertanyaan, segera dia kesana untuk mendapatkan keizinan untuk berjumpa dengan Arsyad.

"Ada apa yang boleh kami bantu?" soal pegawai polis itu dengan tegas. Haura terus membuka mask dari wajah dan memandang kearahnya. Nampak jelas, reaksi pegawai itu agak terkejut. Dia kenal aku, bekas isteri kepada Doktor Pakar Bedah suatu ketika dahulu.

"Tuan, izinkan saya berjumpa dengan suami saya untuk seketika." pintanya dengan begitu terdesak. Dia juga masih bingung dengan apa yang sedang terjadi. Dia mahu becakap dengan Arsyad, dia mahu fahami segalanya.

"Maaf puan, suspek masih di dalam proses soal siasat."

"Saya perlu berjumpa dengan suami saya segera. Saya perlu bercakap dengan dia. Tolong, tuan." Matanya mula berair lagi. Kenapa? Kenapa hubungan mereka semakin sulit?

"Maaf, sekali lagi saya ulangi. Sesi soal siasat sedang dijalankan. Suspek tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan sesiapa sehingga soal siasat selesai!" Naik seoktaf nada pegawai itu. Cukup membuatkan Haura tersentak.

"Saya isteri dia, Saya perlukan dia! Saya tak minta banyak! Tolong benarkan saya jumpa dengan dia buat seketika!"

"Puan, kalau puan berdegil saya terpaksa panggil security. Tolong jangan paksa saya buat benda tu. Jaga ???? elok-elok." pesan lelaki itu. Dia hanya mengikut prosuder. Dia perlu akur dengan pihak atasan. Jadi dia terus bertegas dan menjadi seperti lembu yang diikat tali pada hidungnya.

"Tuan." Ini sahajalah cara yang terakhir.

"Tolong hantarkan gambar ini pada suami saya." Haura meletakkan dua keping gambar diatas kaunter tersebut. Satu gambar Irsyad, dan satu lagi gambar perkahwinan mereka suatu ketika dahulu.

"Suami saya...dia tak boleh tidur malam tanpa anak kecil kami di sisi dia...tolong hantarkan ini...biar dia dapat tidur dengan lena selama bermalam disini..." Pinta Haura lagi. Dia betul-betul mengharapkan jawapan positif daripada mereka.

   USAI sesi soal siasat tadi, Arsyad di masukkan kedalam lokap kecil sementara di balai polis ini. Ada beberapa orang yang sudah tertidur lena diatas simen.

Arsyad memandang sekeliling ruangan kecil ini, buat seketika hatinya terasa sayu. Pili paip yang berada di sekitar ruangan kecil itu juga, dia buka. Dia mengambil air wudhu. Setiap air yang membasahi kulitnya, membuatkan beban yang dia genggam selama ini mula terasa ringan.

Sejadah dia bentang. Dengan hati yang tenang, dia mengangkat takbir. Setiap sujudnya dipenuhi linangan air mata.

Dia sungguh merindui kehadiran isterinya.

Dia mahukan pelukan gadis itu untuk memberitahunya bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Cukup rakaat, dia memberi salam sebagai penutup solat. Nama isterinya dan anak kecilnya tidak pernah tertinggal didalamnya setiap doanya.

"Arsyad Taqqi Mohammed." Doanya terganggu ketika namanya di sebut oleh seorang pegawai yang menjaga kawasan ini.

"Iya, saya?" Arsyad melipat sejadah sebelum bangun dan mendekati kearah pagar lokap itu.

"Ni, ada orang kirimkan gambar tadi."  Kepingan gambar itu di hulur dari luar. Arsyad mengambilnya dan angguk kepala.

"Terima kasih," ucapnya tanpa bertanya apa-apa lagi. Lepas itu, Arsyad duduk di satu sudut.

"Gambar apa pula ni?" Dia buka sampul putih itu dan mengeluarkan kepingan gambar yang tersimpan didalamnya.

"Allah..." Gembiranya bukan kepalang apabila Tuhan mengabulkan doanya tadi. Dia benar-benar merindui mereka berdua, tepat sebaik sahaja dia mengaaminkan doa, Allah menghantarkan kepingan gambar ini kepadanya.

Arsyad terus membuat sujud syukur.

"Allah...Allah...terima kasih Ya Allah, terima kasih..." Dia bangun dari sujud. Dia terus baring diatas simen dan meringkukkan badannya seperti fetus didalam rahim ibunya.

Gambar Haura dan Irsyad dia tatap lama. Lama sangat. Sampai tidak sedar air hangat telah membanjiri pipinya. Begitu hebat rindunya kepada dua sosok terhebat ini. Walaupun baru beberapa minggu mereka berpisah, kerinduannya terhadap mereka semakin bercambah. Tidak pula kurang.

Perlahan-lahan matanya terlelap sambil memeluk dua keping gambar itu dekat didada.

"Terima kasih, Ya Allah..." Walau dengan hanya kepingan gambar, sudah cukup membuatkan Arsyad bersyukur. Sekurang-kurangnya, rindunya terubat setelah melihat wajah mereka. Hatinya tenang. Sakit yang sedang dia rasa sekarang terus tidak terasa.

Yang dia rasa sekarang hanyalah, rindunya terubat.

"Abang cintakan sayang."

"Ayah sayangkan, Irsyad."

"Maafkan abang, maafkan ayah sebab terpaksa memilih jalan ini."

Share this novel

norsila
2024-03-01 14:54:18 

sedihh nya...

Rahamah SpWsA
2024-03-01 14:12:53 

saya sedih...huhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience