HPD || BAB 02

Romance Completed 246547

Tangan Arsyad ligat mengimbas Ultrasound pada perut Haura yang sudah sarat. Perasaan takut dan terharu yang tak tergambarkan setelah pertama kalinya dia diberikan peluang melihat pada skrin hitam putih kelabu memainkan imej janin Haura.

Matanya bersinar kerisauan bercampur takungan air mata ketika melihat pergerakan bayi didalam janin itu. Perasaan gugup juga memenuhi ruang hati.

"Bayi hidup tapi degupan jantungnya tidak normal. Lambat dari biasa," kata Arsyad kepada Kamal. Ketika ini, Kamal dapat membaca riak wajah Arsyad yang cemas.

"Jadi apa yang perlu kita lakukan seterusnya?" soal Kamal yang sedang memberikan Haura bantuan tekanan pada dada.

"Requires a caesarean section," jawab Arsyad dengan pantas. Matanya puas meneliti detak jantung anaknya yang masih berada didalam kandungan.

Kamal beserta pembantu yang lain memandang kearah Arsyad serentak.

"Caesarean section?" soal mereka.

Arsyad ambil tisu dan lap gel dari perut Haura dengan pantas.

"Kita perlu buat PMCD," arah Arysad tanda dia sudah buat keputusan akhir. Peluh pada dahinya tidak berhenti rintik.

"Baik." Mereka angguk kepala serentak.

Arsyad buka coat putihnya dan campak ketepi.

"Buat disini terus?" soal Kamal.

"Keadaan bayi dalam kandungan pesakit sangat serious. Walaupun dadanya ditekan, plasenta tak dapat darah. Jika kita lambat. Kedua-duanya tak akan selamat," jawab Arsyad dengan cemas. Tangannya tidak berhenti menggapai segala alatan yang ada disitu.

Kamal juga ikut cemas. PMCD bukan boleh buat sembarangan. Sebelum ini, dia memang percayakan kepakaran Arsyad. Tapi sekarang sebaliknya. Kerana dimata Arsyad sarat dengan emosi.

"Macam mana dengan perlengkapan kecemasan bayi?" soal Kamal.

Pembantu Kamal memandang kearahnya dan angguk kepala.

"Jangan risau, sudah tersedia semuanya," jawab Fiera yang sedang memeriksa detak jantung Haura.

"Get ready," arah Arsyad.

Dia pandang kearah Kamal dan beberapa pembantunya.

"Baik. Siapa yang ketuai bedah?" soal Geena selaku pembantu Arsyad.

"Aku," jawab Arsyad segera keluar dari bilik kecemasan.

"Aku assistant," cantas Kamal. Dia juga ikut keluar dan mempersiapkan diri untuk pembedahan.

"Perawat Geena, sediakan alat pembedahan," arah Fiera dengan tegas. Dia masih fokus memeriksa keadaan Haura.

Beberapa jam setelah itu, Fiera sudah melihat kepala bayi keluar. Dia angguk kearah Arsyad.

"Bayi mula terlihat," kata Fiera.

Air mata hangat Arsyad sudah bertakung. Dia cuba sehabis mungkin untuk selamatkan dua nyawa dihadapannya ini. Meskipun hubungan mereka tidak berjalan dengan baik. Perasaan sayang dan cinta masih ada.

"Bayi sudah keluar," kata Arsyad. Tangannya menggigil menyambut bayi kecil itu. Inilah perasaannya, menyambut anak pertamanya dengan tangan sendiri.

Bergetar bibir Arsyad setelah mendengar tangisan bayi kecilnya yang berada didalam dakapan.

"Bayi keluar pada pukul 23.45." Fiera memberi maklumat kepada jururawat yang sedang memegang nota. Jururawat itu angguk kepala dan tulis dengan cepat.

Arsyad menghulur bayi itu pada jururawat dan menyerahkan mereka untuk urus bahagiannya. Arsyad segera berlari kearah dada Haura dan memeriksa degupan jantung.

Matanya terbuntang. Lemah. Degupan jantung Haura sangat lemah.

"Tolong lah..." Terus tangan Arysad mencapai alat Resuscitator PVC. Letak pada mulut Haura dan tekan alatnya untuk beri bantuan pernafasan.

"Emergency!" kata Kamal.

"Intubasi!"

•••

Haura akhirnya berjaya diselamatkan, dia masih terbaring lemah setelah beberapa jam tidak sedarkan diri.

Kelopak mata terasa berat tetapi dia paksa untuk membukanya juga. Hampir tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

Arsyad sedang berdiri bersebelahan katilnya di dalam wad. Dalam dakapannya, ada bayi lelaki kecil yang serupa dengan wajahnya. Haura tahu, itu bayi mereka.

Arsyad, ayah kepada bayi kecil didalam dakapan itu. Lelaki yang masih dia cinta dan rindukan. Rindu yang teramat dalam.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar..." perlahan suara Arsyad melaungkan pada telinga bayi lelakinya. Dengan ini, iddah Haura sudah selesai.

Mengalir air mata Haura melihat moment ini. Moment yang tidak akan terlupakan. Dia tidak sangka, bayi kecil malang itu sedang di azankan oleh ayahnya sendiri. Iaitu bekas suaminya.

Haura cuma berpaling. Masih menghadap dinding. Malu dengan diri sendiri. Dia tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan lelaki sebaik itu. Lelaki yang hatinya telah di hancurkan oleh isterinya sendiri. Laungan azan yang merdu itu memenuhi ruangan.

Seorang jururawat masuk ke dalam wad, dia tersenyum kearah Arsyad.

"Dr Syad, boleh saya tahu nama bayi?" soal jururawat itu.

Jari telunjuk Arsyad masih mengelus pipi gebu bayinya.

"Irsyad Taqqiyudin Mohammed bin Arsyad Taqqi Mohammed..." jawab Arsyad yang sudah tersenyum lebar melihat wajah comel Irsyad. Wajah anaknya tidak lari dari wajahnya sendiri. Jelas. Bayi ini miliknya. Milik Haura dan Arsyad.

Haura terkedu. Bekas suaminya masih ingat nama bayi yang dia sarankan? Terharu dan sebak, dua perasaan itu yang dia rasa sekarang ini.

"Baik," jawab jururawat itu. Tak lama kemudian, dia keluar dari wad meninggalkan Arysad dan Haura sendirian semula.

Irsyad tidak banyak karenah. Walaupun belum dapat susu badan dari ibunya, dia masih tenang didalam dakapan ayahnya.

"Dah sedar?" soal Arsyad dengan dingin. Tidak menunjukkan sebarang emosi. Marah tidak. Suka juga tidak.

Haura ketap bibir bawahnya. Tak tahu nak balas macam mana. Dia masih menghadap dinding.

"Anak kita belum minum susu lagi, jangan lupa jalankan tanggungjawab kau sebagai ibu dia."

Kata-kata Arsyad menyentap hati Haura. Anak kita. Ayat itu membuatkan hati Haura semakin sebak. Sakit. Kecewa.

Haura rasa tangan Arsyad membaringkan Irsyad disebelah tubuhnya. Supaya Haura dapat memberikan bayi mereka susu badannnya.

Perlahan-lahan Haura menukar posisi dari baring kepada duduk. Belakang tubuhnya bersandar pada dinding. Berkerut keningnya kerana menanggung perih bahagian kelahiran itu. Tambahan pula, dia perlu tahan rasa sakit jahitan dari kemalangan dikepalanya.

Haura angkat Irsyad dengan berhati-hati dan letak dalam dakapan. Anak matanya perasan, Arsyad masih memandang tepat kearahnya. Tidak tahu bagaimana mahu bertindak biasa.

Tak akan dia perlu menyusukan anaknya dihadapan bekas suaminya?

Mahu tak mahu, Haura perlu membuka bicara.

"Boleh...awak toleh arah lain?" soal Haura dengan gugup.

Arsyad masih memandang kearahnya dengan tajam.

"Tak perlu kisah tentang aku, anak kita perlukan susu badan kau." Langsung tidak mahu bertolak ansur. Arsyad tetap mahu memantau keadaan Haura. Dia tahu Haura sedang lemah. Lambat pantau sikit takut tergelincir bayi kecil itu dari dakapannya. Dia tidak mahu ambil resiko.

Pipi Haura semakin membahang. Dia fikirkan tentang anaknya sahaja. Kalau tidak, memang tidak dia mahu menyusukan bayi kecil ini dihadapan bekas suaminya.

Dengan teragak-agak, Haura menyelak baju keatas. Mulut kecil anaknya itu, dia bawa kearah yang sepatutnya.

Malu? Memang terasa. Entah apa yang bekas suaminya fikir pun dia tidak tahu tetapi cara bekas suaminya memerhati setiap gerak geri membuatkan dia tidak selesa.

"Fokus bagi susu, bukan sibuk fikir perasaan sendiri." Sekali lagi sebaris ayat yang dihemburkan oleh Arsyad menyentap jiwa Haura. Kasar. Tiada lagi ayat yang menenangkan hati dari bibir lelaki yang masih dia cintai itu.

Bukan tak pandai nak melawan atau membela diri. Tapi memang seharusnya dia dihina sebegini. Selayaknya. Arsyad memang tidak salah dalam hal ini.

Haura hanya tertunduk sambil menyusukan Irsyad dihadapan Arsyad. Mengalir jugalah air matanya yang tidak lagi tertahan.

"Kenapa menangis?" soal Arsyad lagi.

Haura geleng kepala. Tidak kuat untuk jawab apa-apa. Lelaki yang dia cinta selama ini, sudah memandang serong terhadap harga dirinya sekarang. Tapi memang kerana keputusan Haura sendiri. Dia perlu kuat dan hadap semuanya sendiri.

"Malu?" soal Arsyad bertubi-tubi.

Sekali lagi Haura terdiam. Ketap bibir yang hampir saja teresak menahan tangis.

Arsyad dengus geram dengan diamnya Haura. Dia mahu Haura membuka bicara tetapi nampaknya wanita itu akan terus berdiam diri. Menekur katil dan menangis sendiri.

"Tak payah bazirkan air mata kau tu. Kau dah lupa ke? Tubuh kau ni, memang dah pernah jadi santapan aku dulu?" soal Arsyad dengan sinis.

Air mata hangat Haura mengalir ke pipi semakin deras.

"Arsyad..." Sebaris nama itu sahaja yang mampu keluar dari bibirnya.

"Jangan buat-buat lupa Haura. Aku ni bekas suami kau. Aku dah lali dengan bentuk tubuh kau. Aku, lelaki yang pernah kau curangi sewaktu dia betul-betul cintakan kau, percaya kan kau. Sekarang, aku nak kau tahu diri.." tambah Arsyad lagi. Dia kembali berdiri tegak semula sebelum melarikan pandangannya kearah lain.

"Aku ada hal, jangan buat benda bodoh bila aku tak ada dekat sini." Arysad langsung beredar dari situ. Meninggalkan Haura sendiri bersama anaknya dalam keadaan kecewa.

Arsyad berjalan menuju ke arah seorang jururawat disitu.

"Jagakan dia untuk aku, kalau ada apa-apa buruk jadi pada dia. Inform pada aku segera." arah Arysad.

Jururawat itu hanya angguk kepala ketakutan. Siapa tak kenal Dr Arsyad Taqqi? Seorang doktor pakar bedah yang diagungkan dan digeruni. Apa sahaja arahan yang diberi, wajib diikuti kerana pihak atasan sudah memberikan keizinan.

•••

Hari demi hari, keadaan Haura semakin membaik. Kamal memandang kearah Arsyad dan tersenyum lega.

"Dah boleh discharge dah ni. Kau uruslah dia apa yang patut..." kata Kamal sambil menarik keluar jarum panjang yang sudah lama dicucuk pada urat tangan Haura.

Arsyad angguk kepala. Mukanya tegang sahaja. Kamal pun mengeluh perlahan.

"Aku tahu, kau masih kesal dengan Haura. Jangan keras sangat, mental dia boleh terjejas lepas bersalin." Pesan Kamal. Tangannya menepuk perlahan bahu Arsyad supaya membuatkan kawan baik nya itu tersedar.

Arsyad angguk kepala perlahan.

"Kau keluarlah dulu, biar aku urus semuanya..." kata Arsyad perlahan. Dari mata kasar, memang nampak Arysad sedang memandang tajam kearah Haura tetapi sebenarnya dari lubuk hatinya.

Masih tersimpan cinta, sayang dan rindu.

Tapi dia perlu berkeras. Wanita itu sudah menikam kepercayaan yang dia taruhkan terhadapnya selama ini. Dia mahu Haura tahu diri.

"Yelah, kalau macam tu. Aku keluar dulu." Kamal pun keluar dari wad.

Arsyad tarik nafas dalam-dalam, sebelum menapak mendekati katil. Haura sedang baring mengiring, tangan mulusnya membelai rambut halus Irsyad yang sudah tertidur lena disebelahnya.

"Kau dah boleh discharge, tapi jangan ingat kau boleh balik sendiri," kata Arsyad.

Haura angkat wajah. Mata mereka bertentangan. Berkerut keningnya kebingungan.

"Apa maksud awak?" soal Haura.

Arsyad tongkat tangan pada hujung katil. Mata tajamnya menerkam dalam anak mata Haura.

"Setahu aku, otak kau tak sesuci mana. Jadi tak susah pun untuk faham apa kemahuan aku. Tapi tak apa, kali ini biar aku jelaskan. Maksud aku tadi, aku nak kau ikut aku balik rumah kita." Langsung tidak bertapis. Dia tahu Haura masih lemah. Jadi dia akan manfaatkan segalanya. Dia mahu Haura kembali bersamanya.

Haura terkedu. Terkelu lidahnya setelah mendengar bicara Arsyad yang seakan tidak pernah belajar agama. Meraka sudah bercerai dan tempoh iddahnya juga sudah tamat sebaik sahaja melahirkan Isryad.

"Kita dah tak ada apa-apa ikatan, awak dah lupa ke?"

Arsyad cuma pandang Haura kosong.

"Lupa? Tak mungkin aku lupa. Yang aku ingat, kau memang murahan. Jadi, tak ada masalah kot kalau kita duduk sebumbung. Kau pernah buat lebih teruk dari tu kan?" soal Arsyad dengan senyuman sinis.

"A-Arsyad..." Kali ini bukan sahaja hatinya luruh. Tapi air matanya juga turut mengalir. Begitu hina dia dimata Arsyad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience