HPD || BAB 47

Romance Completed 246547

IRSYAD membuka kelopak mata sebaik sahaja terjaga dari lenanya. Dia toleh ke sisi, nampak ibun sedang tidur dengan nyenyak sambil memeluk perutnya. Iryana pula sudah terbongkang di atas ibu.

"Sakit..." adu Irsyad separa berbisik, tidak mahu ibunya mendengarkan keluhannya. Biar dia sahaja menenangkan dirinya sendiri. Dia tahu, kalau ibunya tahu bahawa dia kesakitan, pasti sahaja ibu akan menangis. Jadi, dia membuat keputusan untuk menahannya sendiri.

Irsyad duduk perlahan-lahan. Kepalanya di ketuk beberapa kali. Kalau sebelum ini, dia belum pernah rasa sesakit ini, masih boleh bertahan, tetapi entah kenapa malam ini dia rasa sakitnya berbeza.

Bila terasa ada cecair yang mengalir keluar dari hidungnya, dia terus mengesat. Darah. "O-oh..." Irsyad toleh kearah Haura semula.

"Ibu..." Irsyad mahu mengejut ibunya tetapi bila dia fikirkan semula. Dia tak suka tengok ibunya menangis. Kepala digeleng perlahan. Dengan tenaga yang tersisa, dia turun dari katil. Berjalan sambil mendongak ke atas.

"Tisu...tisu..." Dia panjat kerusi perlahan-lahan. Tangannya menggapai kotak tisu di atas meja. Lepas tu, Irsyad sumbat sehelai tisu ke dalam lubang hidung supaya darahnya berhenti mengalir.

"Berhentilah..." Dia pegang hidung kecilnya. Berharap darah itu berhenti dari terus mengalir sebelum ibunya tersedar dari tidur. Dia tak mahu buat ibu risau.

Beberapa minit kemudian, Irsyad rasa darahnya sudah kering. "Benti pun, penat..." Dia berlari anak masuk kedalam tandas. Nak basuh tangan di singki tapi tak sampai. Jadi Irsyad ambil paip di bawah dan membukanya. Dia basuh hidung, muka dan mulut. Tisu yang ada darah tadi, dia buang dalam mangkuk tandas. Tutup. Panjat atas mangkuk tandas. Tekan pengemepam. Lepas turun dari mangkuk tandas tu, dia buka penutup semula.

"Dah hilang." Irsyad tersenyum lega. Tisu yang ada darah tadi dah kena telan dalam mangkuk tandas.

"Ibu tak nampak, ibu tak akan sedih." Dia ulang lagi dan lagi perkataan yang sama sepanjang dia keluar dari tandas. Sebelum Irsyad naik keatas katil, dia buka beg kecilnya. Ambil ubat cecair. Pakai picagari, dia telan ubat itu sendiri.

"Tak sedap..." Dia keluh perlahan semasa memaksa diri untuk menelannya. Ubat cecair tadi, dia masukkan semula dalam beg.

Matanya tertumpu pada dua keping gambar didalam beg itu. "Uncle baik, Syad sayang uncle." Dia mengatakannya semasa melihat gambar sewaktu hari jadinya beberapa minggu yang lalu. Nathan selalu menang didalam hatinya.

"Macam mana rasanya ada ayah ya?" Dia berfikir.

"Kalau ibu kahwin uncle, mesti uncle boleh peluk Syad setiap malam. Nanti bolehlah Syad mengadu sakit. Syad tak nak cakap dekat ibu, nanti ibu sedih." Irsyad monolog sendiri. Lepastu, dia pandang gambar lagi sebelah. Gambar perkahwinan Arsyad dengan Haura. Dia tenung muka ayahnya lama-lama.

"Kenapa ayah pergi?" Dia pegang muka ayahnya dengan jari telunjuk.

"Ibu banyak menangis lepas ayah pergi. Syad pun sama. Syad tak pernah rasa kena peluk dengan ayah." Hati kecilnya sedang hancur dengan kerinduan.

"Ayah, uncle Nathan baik sangat. Ayah tak marahkan kalau Syad sayang uncle lebih dari Syad sayangkan ayah?" Muka Arsyad dia tenung lagi. Kali ini, titisan air mata jatuh di atas wajah ayahnya.

"Kalau Syad tak sempat nak rasa macam mana ada ayah, Syad cuma harap ibu cepat-cepat dapat adik lelaki. Nanti dia boleh jagakan ibu. Yan tak boleh. Yan kuat merajuk. Nanti ibu sedih, Yan pun sedih." Memang ini rutin harian Irsyad, setiap malam dia akan terjaga kerana kesakitan. Jadi, dia akan bercakap dengan gambar ayahnya.

"Kalau lepas dah dapat adik, Syad tak kisah untuk tinggalkan ibu. Nanti bolehlah Syad ikut ayah!" Irsyad ketawa kecil walaupun dalam keadaan yang sakit.

"Ayah tunggu Syad tau." Irsyad cium gambar ayahnya sebelum menyimpannya kedalam beg semula. Lepastu dia cium gambar Nathan pula.

"Bye, ayah."

"Bye, uncle. Syad tidur dulu." Irsyad naik keatas semula. Dia cium pipi dan dagu Haura sebelum memeluknya erat.

"Mmmmm..." Haura terjaga ketika merasakan gerakan. Dia nampak Irsyad tersenyum kepadanya.

"Ibu tidurlah."

"Syad tak tidur lagi?" Kabur matanya ketika melihat Irsyad kerana mengantuk.

"Syad pergi tandas. Kencing." Haura terus peluk Irsyad dan mengucup pipi nya beberapa kali.

"Kenapa tak kejut ibu? Kalau Syad jatuh macam mana?" Irsyad cuma senyum. Dia balas pelukan ibunya lagi kuat.

"Syadkan strong boy." Haura tertawa kecil mendengarkan suara anaknya yang sangat manja dan comel.

"Lain kali kejut ibu tau."

"Baik ibu..." Wajahnya di sembam pada dada Haura. Dia menyendeng untuk mendapatkan kehangatan.

"Sejuk ke?"

"Sikit..." Haura ambil selimut dan balut tubuhnya bersama Irsyad. Dia tarik Iryana dan memeluknya bersama.

"Dah tak sejuk?"

"Tak!" Irsyad jawab dengan perasaan senang. Dia suka bila Haura banyak bertanya tentangnya. Dia sukakan perhatian dari ibunya tanpa perlu dia minta.

"Ibu sayang Syad."

"Syad pun! Banyak-banyaaak!"

"Mnmmmmm!" Bila dengar Iryana merengek dan hampir terjaga kerana suaranya, Irsyad terus menutup mulut. Begitu juga dengan Haura.

"Ops..." Dia nampak mata Iryana mula terbuka. Haura pula tertawa kecil melihat muka cuak Irsyad.

"Ibu...cucu..." Iryana merengek.

"Oh no...ibu...Syad tak sengaja..."

"It's okay, biar ibu tengok Yan. Syad tidur." Haura menukar posisi duduk. Dia ambil Iryana dan letak dalam pangkuannya. Irsyad tak tidur, dia ikut duduk. Dia mahu temankan ibunya.

"Yan minum susu botol nak?" Haura membetulkan rambut Iryana. Ada sedikit peluh melekat di dahi. Iryana pula bila dengar ibunya mahu bagi susu botol dia terus menangis.

"Nak cucu neneeen!"

Irsyad pandang ibunya. "Ibu? Ibu nak bagi?" Dia pegang tangan Haura untuk memujuk. "Kesian Yan." Dia pandang adiknya pula. Padahal, umur mereka jarak setahun beberapa bulan sahaja tetapi Irsyad sangat matang. Dibandingkan Iryana yang baru sahaja berusia tiga tahun.

Haura mengelus rambut Irsyad.

"Malam ni je."

Irsyad senyum lega.

"Terima kasih ibu." Irsyad tutup mata bila ibunya mula mengangkat baju dan mula menyusukan Iryana. Dia ketawa kecil bila dengar adik kecilnya menghisap susu dengan penuh semangat.

"Syad tidurlah." Haura mengatakannya seraya mengambil kain kecil untuk menutup pemandangan yang tak elok.

"Syad nak teman ibu..." Irsyad buka mata semula. Dia tahu lepas dia tutup mata, mesti ibu akan tutup kepala Iryana dengan kain kecil. Ibunya selalu mengajarnya untuk tidak melihat ketika ibunya membuka baju untuk menyusukan Iryana.

Haura pandang Irsyad dengan hatinya yang terasa sayu. Setiap kali Haura melihatnya, mesti dia teringatkan kesilapannya suatu ketika dahulu. Kalaulah dia tidak mengambil pil peransang itu, mesti Irsyad tak akan sakit. Muka Irsyad nampak semakin pucat. Haura takut untuk kehilangannya suatu hari nanti.

                  SESAMPAI di dewan besar-besaran, Haura dan Nathan duduk di meja yang sama. Begitu juga dengan Iryana dan Irsyad.

"Cantiknya Sarah!" Teruja betul Haura merakamnya ketika dia berjalan masuk kedalam dewan bersama Sean. Memang sangat sepadan, selepas nikah tadi, pasangan ini terus ke acara persandingan. Team mereka adalah seperti puteri dan putera di raja.

"Aunty ucuk!" Iryana melompat-lompat diatas pangkuan Haura. Dia kenal sangat dengan Sarah. Makcik yang selalu kenakan dia dan bermain dengan dia.

"Uncle...." Irsyad menyandarkan kepalanya di dada Nathan.

"Hm?" Nathan yang sejak tadi memberikan tumpuan pada sepasang pengantin itu, baru perasan Irsyad sedang memandang kearahnya. Mahukan perhatiannya.

Irsyad memeluk Nathan dengan erat, dengar jelas bagaimana jantung Nathan berdetak.

"Syad sakit?"

Irsyad geleng menafikan. Padahal, kepalanya sejak malam tadi kesakitan.

"Syad nak pergi tandas."

Nathan terus membalas pelukan Irsyad.

"Syad nak pergi tandas?"

"Hm..." Irsyad angguk kepala.

"Sekejap, uncle bagithu ibu Syad dulu." Nathan toleh kearah Haura, Haura sedang fokus merakam Sarah yang sudah berada di atas pelamin. Dia tak mahu mengganggu rakaman itu, jadi dia menunggu sehingga Haura menekan butang berhenti.

"Awak."

Haura agak tersentak bila Nathan tiba-tiba memanggilnya.

"Iya saya?"

"Syad nak pergi tandas, biar saya bawakan dia kesana ya?" pinta Nathan. Dia sudah siap mendukung Irsyad yang masih lagi memeluknya erat.

"Tak apa, encik. Saya pun nak ke tandas ni. Encik jagakan Yan kat sini boleh?" Iryana geleng kepala bila dengar ibunya mahu tinggalkan dia disini.

"Yan nak itut!" Dia peluk ibunya kuat. Dengan punggungnya dia goyangkan tanda protes. Haura tertawa kecil, dia cubit pipi Iryana.

"Tak nak duduk dengan uncle?"

"Yan nak tencing!"

"Yan kan pakai pampers..." Sengaja Haura mahu mengusik anak kecilnya.

"No! Yan nak pi tencing!"

Nathan ikut tertawa kecil bersama Haura. "Kalau macam tu, saya tunggu disini sahajalah." Haura angguk kepala. Dia dukung Irsyad guna lengan kanan, dan dukung Iryana guna lengan kiri.

"Kalau ada apa-apa call saya ya?"

Haura angguk kepala lagi. "Nanti kalau Sarah cari, cakap saya ke tandas." Sempat dia sampaikan pesanan sebelum keluar dari dewan. Dia mencari tandas.

"Miss, can I know where the toilet?" Haura bertanyakan kepada makcik tukang bersih yang sedang menyapu sampah disitu.

"What?"

"Toilet." Haura garu kepala bila dia nampak makcik tukang bersih itu seperti terpinga-pinga. Mungkin dia tidak pandai berbahasa inggris. Haura pun meletakkan Irsyad dan Iryana ke bawah. Dia pegang tangan mereka berdua dan berjalan mencari tandas.

Langkah Iryana terhenti. Dia melihat sesuatu di taman bunga di hujung sana.

"Papa Teddy!" Iryana melepaskan tangannya dari genggaman ibunya dan berlari terkedek-kedek kesana.

"Yan!" Haura mendukung Irsyad dan berlari anak mengejar Iryana.

"Yan! Sini!" Taman bunganya tidak jauh dari situ, cepat sahaja Iryana menghilang dari jejak. Haura mula kerisauan, dia masuk kesana. Apa yang membuatkan Haura terkesima, bila dia melihat taman bunga ini di penuhi dengan orang yang memakai mascot pelbagai jenis haiwan yang sangat comel. Mereka berkeliaran.

"Hahaha!" Gelak Iryana jelas kedengaran tetapi jejaknya hilang.

"Yan! Ibu ni!" Haura peluk Irsyad sekuat mungkin, dia tolak semua mascot yang menghalang laluannya.

"Papa Teddy! Papa Teddy!" Suara Iryana semakin jelas. Haura tidak berhenti mencarinya, dia menolak setiap mascot yang mengelilingi.

"Yan!" Air mata Haura sudah mengalir, perasaan gementarnya semakin menggila bila dia gagal menjumpai Iryana didalam keramaian.

"Yan!!!!" Haura menolak dan terus menolak. Dia tak henti berjalan sehingga berada tepat di pertengahan taman bunga itu. Langkah Haura terhenti bila dia melihat Iryana sedang memeluk Papa Teddy.

"Ibu! Papa Teddy!" Nafas lega dia lepaskan. Terus Haura berlari kearah Iryana dan memeluknya. Irsyad pula bila dia dah nampak papa teddy, dia terus turun dalam pelukan ibunya dan memeluk Papa Teddy.

Semua mascot yang sedang memenuhi taman bunga itu mula menari. Dengan lagu yang di pasang. Iryana dan Irsyad ikut menari keriangan. Kecuali Papa Teddy, Raez. Dia berdiri tepat di hadapan Haura.

"Raez."

Dia berjalan menghampiri Haura sehingga tiada ruang lagi yang tercipta. Kemudian, Raez menundukkan kepalanya. Memberi keizinan untuk Haura membukanya.

"Buka?"

Raez angguk kepala menjawab persolan Haura. Dia ambil tangan Haura dan meletakkannya pada kepala beruang yang sedang dia pakai. Haura tarik nafas sebelum memegang kepala itu dan tarik keatas perlahan-lahan.

Bila kepala beruang itu sudah di tanggalkan dari kepala Raez, Haura mendongak keatas untuk melihat wajah Raez. Dan, iya. Kepala beruang yang sedang Haura genggam terus jatuh. Bergolek ketanah.

Beberapa kali Haura mengesat kelopak matanya. Dia mimpi. Dia yakin dia sedang bermimpi. Tak mungkin apa yang dia nampak sekarang ini nyata.

"Sayang, ni abang." Arsyad tersenyum dengan penuh kerinduan. Dia nampak macam mana Haura terkelu. Masih lagi menggosok kelopak matanya berulang kali tanpa henti.

"Sayang..." Sampai Arsyad terpaksa menahan tangan Haura dari terus melakukannya. Tetapi Haura enggan, dia menolak tangan Arsyad dan terus menggosok matanya.

"Sayang ni abang, suami sayang. Abang hidup lagi." Haura geleng kepala. Air matanya mengalir deras.

"Tak mungkin! Suami Haura dah lama mati! Ni mimpi! Mimpi indah Haura!" Dia menggosok kelopak matanya lagi dan lagi.

"Ni bukan mimpi, sayang." Arsyad menggenggam tangan Haura dan menariknya kedalam pelukan. Haura masih lagi terkejut dengan kenyataan bahawa Arsyad sedang memeluknya.

"Abang tak mati, abang suami sayang. Abang rindukan sayang." Haura memukuli dada Arsyad penuh kemarahan. Dia menangis dan terus pukul dada kekar lelaki yang sangat dia rindui.

"Tipu!"

Arsyad terus memeluknya dan mengucup bahagian ubun-ubun Haura yang di tutupi oleh tudung.

"This is me. I'm yours, sayang." Haura mula tersedar bahawa semuanya bukanlah mimpi. Dia tatap wajah suaminya. Tangannya menggigil hebat ketika memegang pipi Arsyad.

"Abang?"

"Ya, belahan jiwa abang." Haura semakin terkelu. Dia masih menatap wajah Arsyad. Linangan air matanya semakin deras.

"Abang tak kena gantung?"

Arsyad geleng kepala. "Tak sayang, abang tak sempat kesana." Bibir Haura dia elus dengan ibu jarinya.

"Kubur abang? Dekat sana?"

"Abang palsukan kematian..."

"Kenapa abang tinggalkan Haura sendiri di sana? Kenapa abang tinggalkan Haura dan bersembunyi disini?" Tersedu-sedu Haura mempersoalkan tindakan Arsyad.

"Panjang ceritanya macam mana abang boleh terlepas. Nanti abang ceritakan. Sekarang, abang cuma nak peluk sayang. Abang rindukan sayang sangat-sangat." Dia peluk Haura semakin erat. Bila dia dengar esakan Haura kerana merindukannya, membuatkan hatinya semakin gembira. Dia juga merasakan kerinduan yang sama.

"Peluk abang sayang."

"Abang perlukan sayang." Dia sembamkan wajahnya pada bahagian leher Haura sambil merangkul pinggang isterinya dengan sangat ketat.

"Haura berjaya...berjaya buat tanpa abang...anak kita..."

"Abang tahu..." Irsyad mengucup pipi Haura. "You did it, sayang."

"Ayong! Ibu peluk ciapa!" Irsyad terus memandang kearah ibunya yang sedang berpelukan dengan Papa Teddy tanpa kepala beruang. Dia nampak muka Arsyad dari tepi.

"A-ayah?"

"Ayah?" Iryana soal semula apa yang Irsyad katakan tadi. Dua-dua terdiam disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience