Assalamualaikum & salam penuh cinta daripada Rose!!!
Rose yakin, korang semua buka announcement ni sebab nampak BAKAL TERBIT kan? Hehehe.
Dan yup, akhirnya!!!
HER PERFECT DOCTOR kisah yang pernah Rose tulis dengan air mata dan harapan, yang pernah Rose rangkul sebagai peneman sunyi selama hampir dua tahun, bakal diterbitkan sebagai novel fizikal pada tahun ini, 2025!!!
Ya, tak lama lagi, korang.
Rose takkan pernah mampu berdiri di titik ini tanpa kalian.
Yang membaca senyap-senyap.
Yang ulang baca bab-bab tertentu untuk keberapa kalinya.
Yang DM hanya untuk ucap "Terima kasih".
Yang berkongsi kisah ini pada orang lain, walau Rose sendiri kadang rasa kerdil dan tak cukup layak.
Buku ini adalah hadiah untuk kalian. Untuk yang pernah menitiskan air mata bersama Haura. Yang pernah marah dan rindu pada Arsyad. Yang jatuh cinta pada Nathan. Dan yang sentiasa trauma tiap kali nak oder TOMYAM dekat kedai makan
Setiap komen, setiap sokongan, setiap doa. Semuanya sebab kenapa kisah ini masih hidup.
Rose tahu, kisah ini tak sempurna. Tapi kesungguhan yang Rose letak dalamnya, dan sokongan yang kalian beri di setiap perjalanan... itulah yang menjadikan kisah ini sempurna di mata Rose.
InsyaAllah, tak lama lagi, kalian akan dapat memeluk cerita ini didalam dakapan kalian.
---
Sesi Q&A!
(baca dengan nada excited, okay )
1) Apa beza HPD di dengan versi novel?
Ada sedikit penapisan dan suntingan mengikut garis panduan penerbit. Termasuk adegan sensitif seperti kekejaman, dan beberapa bab ditambah atau diganti. Tapi kisah mereka tetap sama.
Dan ya, TOMYAM MASIH ADA.
2) Berbaloi ke beli versi novel?
Hanya hati kalian yang tahu jawapannya. Peringatan awal, jangan beli HPD ini disebabkan HYPE atau review semata-mata. Pastikan genre, sinopsis, gaya penulisan & plot semua menepati cita rasa anda. HPD ini adalah novel debut Rose, pasti ada banyak kekurangan dan kelemahan.
Buat kalian yang menyokong penulis kecil ini, dan juga ingin simpan kisah ini selamanya maka ya, saya amat menghargai sokongan dan pembelian anda
3) HPD terbit bawah penerbit mana?
Akan diumumkan mengikut pelan penerbit nanti! So stay tuned
4) HPD akan di-unpublish dari ?
Ya, sebahagian besar akan ditarik turun. Kemungkinan hanya Bab 1-19 yang akan kekal. Jadi, kalau belum habis baca, silalah reread sekarang sebelum tarikh rasmi diumumkan!
5) Tajuk akan diubah?
Ya, akan diubah! Tajuk baru:
HIM: FOR HER
Ada sebab-sebab tertentu penerbit meminta Rose untuk menukar tajuk & Rose pastikan Rose pilih tajuk baru yang terbaik buat anak sulung Rose ini
6) Reveal official cover bila?
Tu pun tunggu penerbitan yang reveal. Untuk unofficial cover, insya-Allah soon! Di Instagram Rose!
7) Ada hardcover tak??
Kemungkinan besar ada! Tapi Rose perlukan sokongan & permintaan dari kalian! So jangan lupa follow IG Rose dan bagitahu minat korang okay!
Nanti kita viralkan sama-sama
Ig: _rosemierra_
Tiktok: rosemierra
Terima kasih kerana percaya pada kisah ini. Terima kasih kerana percaya pada Rose.
Doakan yang baik-baik ya.
Dan... jumpa HIM: FOR HER di rak buku kalian nanti.
Mari kita abadikan cinta ini, selamanya.
Dengan penuh kasih,
Rosemierra
KOMEN NAK!!! Untuk pembaca yang tak sabar untuk fizikal book HPD ?
Share this novel