HPD || BAB 09

Romance Completed 246547

"Waalaikumsalam..." Berkerut dahi Fawaz ketika di sapa oleh seorang jejaka yang tak dia kenali. Orangnya tinggi, tegap, kemas. Rupa pula berkacukan dan elok. Irisnya bewarna coklat pekat yang seakan memakai kanta lekap. Fawaz pasti, jika jejaka dihadapannya ini pergi kemana-mana pasti akan dikagumi oleh kaum hawa.

"Siapa ni?" soal Fawaz dengan penuh tanda tanya. Dia juga sedang curious apa tujuan jejaka dihadapannya ini kemari.

Arsyad menyambut huluran tangan Fawaz dan berjabat disitu. Tegang muka masing-masing ketika saling bertatapan.

"Aku Arsyad, kawan dia." Arsyad tersengih sumbing sedikit ketika menggelarkan Haura sebagai DIA. Ah! Macam mana dia boleh terlupa untuk bertanya kepada gadis itu siapakah namanya? Agaknya dia terlalu teruja setiap kali bertemu sehingga terlepas untuk memperkenalkan diri.

Lagipun, gadis itu juga tidak pernah bertanya namanya. Samalah dua-dua!

"Oh, aku Fawaz. Jiran rapat Haura sejak kecil." Tiba-tiba panas telinganya mengetahui bahawa lelaki dihadapannya ini sudah rapat dengan Haura sejak kecil. Maknanya, Fawaz ni lebih kenal Haura dari dialah?! Tak adil!

Opah memandang Haura.

"Kawan kamu ya?" soal opah kepada Haura dengan muka tidak pasti.

Haura angguk kepala perlahan.

"Dia doktor yang bedah arwah ibu. Banyak jasa dia dengan ibu." Haura juga tergaru pipi sedikit apabila menggelarkan Arsyad sebagai DIA. Lupa gamaknya nak bertanya!

Fawaz toleh kearah Haura.

"Tak pernah bagitahu pun sebelum ni?" soalnya sedikit kecewa. Bila pula Haura ada kenalan lelaki sekacak ini. Ah! Bikin cemburu saja!

Haura cuma senyum payah. Iyalah, dia masih tiada kekuatan untuk berborak. Lebih-lebih lagi kerana mereka masih berada di hadapan kubur ibunya.

Opah kemudiannya, menuang air jug pada tanah perkuburan puan Nadia iaitu anaknya sendiri. Sedih tu semestinya, tetapi dia perlu cekal di mata Haura. Dia tidak mahu menampakkan dirinya lemah dihadapan cucunya agar cucunya bakal cepat sembuh.

"Kalau tak ada apa-apa, aku minta diri dulu." Arsyad minta pamit setelah mendapat panggilan dari pihak atasan.

"Eh, nak kemana?" soal opah ketika perlahan-perlahan bangun dari kerusi batu. Fawaz bantu memapah dengan berhati-hati.

Arsyad berhenti menatal skrin telefon.

"Saya ada urusan sikit."

Opah mendekati Arsyad. Fawaz pula seperti biasa membantu opah supaya lebih mudah untuk berjalan.

"Boleh kalau opah minta tidur rumah opah dua tiga hari?"

Serentak Fawaz, Haura dan Arsyad membalas pandangan. Terkejut dengan permintaan opah.

"Opah nak buat majlis tahlil jumaat ni, kalau ada kamu dan Fawaz lebih mudah opah nak uruskan majlis tahlilnya. Bantu pasang khemah semua. Boleh?" soal opah dengan mimik muka yang serious.

Ini namanya rezeki jatuh dari langit!Mahu saja Arsyad melompat keseronokan tetapi dia mahu menjaga nama. Makin ligat hatinya dapat duduk serumah dengan belahan jiwa serta pujaan hati. Eceh!

Haura mengerutkan dahi. Bukan kerana tak suka, tetapi macam tidak selesa pula kalau Arsyad ada sekali. Mereka baru sahaja kenal. Tak sampai dua minggu. Tiba-tiba jadi macam ni rasa tak sedap pula. Pembetulan. Lebih kepada malu sebenarnya. Ehem!

"Opah betul ke ni?" soal Haura mahukan penegasan. Mana tahu opah cuma bergurau.

"Betul, kesian pula kalau Fawaz seorang saja yang bantu kita."

Fawaz laju sahaja geleng kepala.

"Saya okay je buat kerja seorang diri opah. Tak payahlah susahkan kawan Haura. Dia ada urusan tu." bidas Fawaz pada permintaan opah. Dia tidak mahu ada persaingan. Kehadiran Arsyad hanya akan mengganggu waktunya bersama Haura. Dia tidak akan sesekali mempersetujuinya.

Arsyad senyum senget. Ceh, takut kena caraskan ke?

"Tak adalah, boleh je aku minta cancel. Lagipun tugasan ringan. Not a big issues." Sengaja Arsyad tayang muka selamba. Dia juga tidak akan mensia-siakan peluang yang ada! Dia mahu mengenali Haura lebih dalam. Yup, misinya akan bermula dari sekarang!

Segera Arsyad menatal skrin telefon dan buat panggilan.

"Assamualaikum, Kamal."

"Ha, waalaikumsalam. Awat call subuh subuh ni Arsyad oiii~ Tengah syok mimpi kekasih aku tadi. Kacau line kau ni."

"Nak minta kau informkan dekat Doktor Malique yang aku cuti tiga hari. Kira jadual tiga hari aku batalkan."

"Kau serious?!"

"Iya."

"Eh, esok ada VVIP yang buat appointment dengan kau tau! Jangan buat kerja gila!"

Arsyad garu kulit kepala.

"Cancel je, ada benda lagi penting yang aku nak urus ni. Okay? Informkan tau. Bye." Arsyad terus matikan panggilan sebelum Kamal sempat membebel panjang.

"Settle." Arsyad tayang muka dingin pada Fawaz sebaik sahaja mematikan panggilan.

Fawaz mula tarik muka. Sakit pula hati tengok mamat kerek ni.

"Dah lewat ni, jom balik rumah opah. Fawaz, kamu temankan kawan Haura tidur sekali. Tak manis pula kalau dia seorang sahaja teruna yang tidur serumah dengan kami." pinta opah dengan sungguh. Makin meranalah hati Fawaz dibuatnya.

Arsyad ikut tarik muka. Tidur sekali? No, big no!

"Baik opah." Terpaksa jugalah Fawaz akur. Sayang opah punya pasal. Kalau membantah terasa hati pula opahnya yang seorang ini.

"Haura sudah...jangan sedih lama-lama. Nak subuh dah ni. Kita balik ya?" Opah cuba memujuk Haura yang masih memegang batu nisan puan Nadia. Tidak meratap. Cuma sedih dengan pemergian orang yang paling Haura sayang.

Haura angguk kepala sebelum berjalan mengikut belakang opah bersama Arsyad dan Fawaz.

•••

Sesampai dihadapan rumah opah, mulut Arsyad sedikit ternganga.

"Oh, macam ni rupanya rumah di pendalaman?" Monolog Arsyad sendiri. Nasiblah tiada Haura dan opah dalam keretanya. Melihat kereta kancil Fawaz berhenti parking disitu, Arsyad juga melakukan perkara yang sama.

Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Teruja bercampur resah. Iyalah, dari lahir memang dia tinggal dibandar. Keturunannya pula dari nenek moyang sehingga kini bergelar millionaire.

Bila pertama kali masuk ke pendalaman memang culture shock jugalah dibuatnya. Keluar sahaja dari kereta.

Pap!

Gatalnya! Arsyad mengadu dalam hati ketika menepuk nyamuk yang menggigit sikunya. Tak guna betul.

"Arsyad, meh masuk rumah opah. Jangan segan-segan naaa..." pelawa opah sebaik sahaja membuka daun pintu rumahnya.

Langkah sahaja masuk.

Kriuk~ Kreek~ Bunyi lantai kayu yang dipijak. Arsyad telan liur setelah melihat suasana didalam. Ruangnya agak besar tetapi panas kerana tiada penghawa dingin. Belum apa-apa lagi Arsyad sudah rasa macam berada di sauna.

"Awak okay ke?" soal Haura yang baru sahaja menutup pintu rumah. Dia perasan halkum Arsyad turun naik sejak tadi. Macam ada benda yang tak kena.

"O-okay, okay je." Arsyad pamir muka tenang semula. Tak mahulau Haura terasa hati jika dia mengadu bahawa dia tidak terbiasa disini.

"Haura, kamu masuk bilik dulu. Siap-siap solat subuh."

Haura pun masuk kebiliknya yang bersebelahan dengan bilik tetamu untuk menunaikan solat.

"Jemput duduk cu..." pelawa opah kepada Arsyad sambil berjalan keruang tamu dan duduk pada sofa kayu.

Kreek~ Sekali lagi bunyi itu kedengaran semasa Arsyad melabuhkan punggung pada sofa kayu tersebut. Fuh. Kebas punggung walau baru duduk sesaat. Biasanya memang dia hanya duduk di sofa empuk. Ini, sofa kayu kertas tanpa sebarang alas.

Nampaknya, dia memerlukan kesabaran yang tinggilah untuk membiasakan diri di rumah kampung seperti ini.

"Opah nak minum air apa-apa tak? Fawaz buatkan." Baru sahaja Fawaz mahu berdiri, opah sudah menahannya.

"Eh tak usah buatkan untuk opah. Buatkan untuk tetamu kita." pinta opah.

Arsyad pula sudah tergelak sakan didalam hati sebaik sahaja melihat wajah Fawaz yang tidak puas hati.

"Air apa opah?"

Opah pandang kearah Arsyad.

"Cu nak air apa? Ada air vico, kopi kapal api, teh. Ha, pilih." Pelawa opah dengan senyuman manis. Opah kalau bab melayan tetamu memang opah utamakan. Opah memang suka menerima tetamu. Lebih ramai, lebih senang hatinya. Bagi opah, tetamu datang membawa rezeki. Tetamu pulang membuang segala perkara buruk yang bakal mendatang.

"Kopi pun okay je nenek." jawab Arsyad.

"Opah, panggil opah je."

"Oh, opah? Kopi pun okay opah." Semakin melebar senyuman Arsyad bila melihat penerimaan positive dari nenek Haura dengan kehadirannya disini.

Fawaz cuba sebaik mungkin untuk bersabar. Kenapa lah opahnya cepat sangat terima orang baru? Ah, rasa tercabar sangat dengan kehadiran Arsyad.

Segera Fawaz masuk kedapur bersama opah. Katanya mahu masak nasi goreng untuk sarapan mereka sekejap lagi. Fawaz pun bantulah opah apa yang patut.

Sementara Arsyad, dia memerhati ruangan. Kosong. Tak banyak perabut mewah tetapi entah kenapa datang satu ketenangan dalam dirinya apabila berada disini ketika melihat frame yang bertulisan الله ومحمد.

Ketanangan yang tak pernah dia rasa sebelum ini. Iyalah, keluarganya bukan dari kalangan orang yang pentingkan belah agama. Kadang solat pun tinggal. Mengaji? Lagilah kelaut. Nasib baik Arsyad bukan jenis yang tinggal solat walaupun bab agamanya agak ketinggalan.

Pap! Pap! Dua kali tamparan dia bagi pada nyamuk yang hinggap pada pipinya. Kebas weh! Sendiri yang tepuk sendiri yang bengang.

"Auchhh...tak guna betul nyamuk-nyamuk ni. Dah lah besar gedabak. Tunggu korang aku beli ubat nyamuk banyak-banyak, memang habis aku kerjakan." adu Arsyad sambil mengusap pipinya yang kesakitan. Dendam benar dia dengan nyamuk tadi. Sekali satu keturunan nyamuk dia mahu bunuh.

Campur gatalnya lagi. Memang tergaru-garulah mamat bandar ni dibuatnya.

"Awak..."

Pantas Arsyad menoleh kearah Haura.  Bidadari?! Perkara pertama yang hati Arsyad ucapkan ketika melihat Haura yang sudah bertelekung. Baru habis solat sunat. Subuh lagi lima belas minit baru masuk waktu.

"Kalau nak siap-siap solat subuh boleh tumpang bilik tetamu." kata Haura.

Arsyad masih terpesona melihat wajah putih berseri Haura semasa mengenakan telekung putih. Cantik sangat tak tahu bagaimana hendak diungkap. Lebih-lebih lagi bila bedak dan lipstick pink cairnya sudah ditanggalkan. Walaupun matanya masih sembap, kemanisannya makin bertambah.

"Boleh juga." jawabnya dua patah kerana terlalu fokus melihat keindahan ciptaan Tuhan. Cis! Macamlah ciptaan Tuhan hanya Haura saja. Arsyad pilih kasih. Ehem.

"Jom saya bawa ke bilik tetamu." Haura segera membawa Arsyad kesana.

Dengan senyuman kecil Arsyad mengikut Haura dari belakang. Macam tak percaya je dapat bersama dengan belahan jiwanya. Macam dalam mimpi gitu.

Buka sahaja pintu bilik itu, Arsyad nampak sebuah katil bersaiz single. Ruang bilik nya kecil. Boleh muat satu katil, satu almari baju dan meja solek. 

Lepastu, Haura masuk kedalam dan mengambil sejadah yang tergantung pada ampain kayu kecil. Arsyad pun naik kebingungan memang semua disini diperbuat dari kayu ke?

"Kiblat arah sini tau." kata Haura sambil membentang sejadah.

Arsyad laju melangkah dan berdiri diatas sejadah untuk menunaikan solat.

"Eh, awak dah ambil wudhu' ke belum?" soal Haura dengan wajah terkejut. Bukan Haura saja terkejut, sekali Arsyad ikut terkejut. Punyalah teruja sangat nak solat sampai lupa ambil air wudhu'.

Semua ni sebab kehadiran Haura dalam hidupnya. Ah, bahagia sahaja rasa.

"Lupa pula..." Tergaru-garu kulit kepalanya yang tak gatal.

Haura geleng kepala perlahan. Kenapalah doktor ni comel sangat kalau di sini. Sewaktu di hospital bukan main lagi garangnya.

Baju kemeja Arsyad dia perhati sejenak.

"Awak nak ganti baju solat?" soal Haura.

"Kau...ada baju lelaki ke?" Terkejut entah kali berapa sudah ni.

Haura cuma sembunyi senyum. Haih, susah betul kalau semua benda dia mahu tanya. Haura buka almari baju disitu.

"Fawaz selalu tumpang tidur sini, baju dia belambak dalam almari. Sementara duduk sini, awak pinjamlah baju Fawaz dulu." Haura mengambil T-shirt putih berlengan pendek dan kain pelekat hitam.

"Nah..." Haura hulur pada Arsyad.

Muka Arsyad berubah sebaik sahaja mengetahui itu. Ambil baju ditangan Haura pun mahu tak mahu je. Ceh, cemburu je kerja.

"Kenapa dia tidur sini?"

Share this novel

malina jury
2024-02-08 20:59:33 

Terima kasih author♥️♥️

malina jury
2024-02-08 20:59:32 

Terima kasih author♥️♥️


NovelPlus Premium

The best ads free experience