HPD || BAB 03

Romance Completed 246547

Tubuh Haura yang masih lemah itu dicempung masuk ke dalam kereta oleh Arsyad. Mahu tidak mahu, terpaksalah Haura akur.

Sepanjang perjalanan, Haura hanya menyandarkan kepala pada cermin kereta. Mengenangkan bakal semalang apakah nasibnya selepas ini.

Dia dipaksa duduk serumah dengan bekas suaminya. Iya, dia sudah puas menolak arahan Arsyad di hospital tadi tetapi penolakannnya di biar sepintas lalu. Sekejap sahaja tubuhnya di bawa masuk ke dalam kereta.

Kepala kecil milik Irsyad, Haura belai dengan penuh kasih sayang. Tidak ada sekelumit pun rasa menyesal didalam hati Haura ketika melahirkan bayi tidak berdosa ini didunia. Bahkan, inilah tanda cintanya terhadap Arsyad. Dia berbangga dapat berbakti dan melunaskan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Arsyad sebelum ini.

Walaupun pengakhiran rumah tangga mereka tidak sesuai dengan apa yang di harapkan.

Ada kalanya, anak mata Haura mencuri pandangan kearah Arsyad yang sedang tekun memandu. Mukanya seperti biasa. Tiada emosi. Tidak tahu bagaimana caranya untuk membaca emosi Arsyad ketika ini.

Mahu benci? Tetapi hatinya dipenuhi dengan kerinduan sehingga tiada lagi ruang untuk itu.

Hampir setahun mereka bercerai dan berpisah. Itu pun, kerana keputusan Haura sendiri. Ketika dia benar-benar cintakan Arsyad. Ketika dia betul-betul memerlukan lelaki itu didalam hidup nya. Keputusan yang dia lakukan itu, adalah untuk kebaikan dirinya dan untuk kebaikan mereka.

Sebaik sahaja tiba di kediaman Arsyad, tubuh Haura di dukung perlahan ke bilik tidur mereka. Mata Haura seakan terkedu dengan tindakan berani mati Arsyad.

Mata sembap Haura memandang kecewa kewajah dia.

"K-kenapa awak baringkan saya dalam bilik awak?" soal Haura ketakutan.

Arysad hanya diam. Dia mengambil selimut dan membalut tubuh Haura dengan itu. Dia tidak mahu Haura kesejukan.

"K-kita dah bercerai. Awak sedarkan?" Sekali lagi Haura cuba mengingatkan Arysad. Lelaki itu mendengar tetapi seakan tuli. Rait wajahnya tidak memberikan sebarang reaksi.

Tangan Haura memaut baju Arysad dengan lemah. Air matanya sudah bergelinang didalam takungan.

"Kita ada hukum hakam...awak tahu berdosa be-"

"Sekali lagi kau buka mulut dan menidakkan segala tindakan aku. Aku tak akan teragak-agak untuk bagi Irsyad adik baru. Faham?" cantas Arsyad semudah itu.

Seperti orang tiada agama sahaja cara Arsyad bercakap. Haura telan liurnya yang terasa payah.

"Arsyad...awak tahu kan apa hukumnya..." Tak semena air matanya mengalir dengan deras. Arsyad hanya tidak ambil endah dengan rayuan Haura. Dia keluar dari bilik meninggalkan Haura sendirian.

Mata Haura melilau ke sekeliling. Bilik ini, bilik mereka berdua suatu ketika dahulu. Tempat di mana segala kenangan manis yang paling banyak tercipta bersama.

Tetapi kini, situasi sudah berbeza. Mereka tiada kaitan lagi. Haura tidak sepatutnya disini setelah bergelar sebagai bekas isteri Arysad. Semua ini...kesalahan besar disisi agama.

Haura hanya terbaring lemah. Tempoh pantangnya masih berbaki lima belas hari. Tetapi tubuhnya masih tidak bermaya untuk berjalan kerana kesan dari kemalangan. Segalanya, terpaksa dia akur.

Telefonnya disimpan oleh Arsyad.

Kepada siapa lagi dia boleh mengharapkan pertolongan selain dari Tuhan?

Tak lama selepas itu, daun pintu dikuak. Arsyad menapak masuk kedalam bilik dengan membawa Irsyad didalam dukungannya.

Cara Arsyad memandang Irsyad sarat dengan kasih sayang. Berbeza dengan cara dia memandang Haura yang penuh dengan kehinaan dan kebencian.

Irsyad yang masih lagi lena diletakkan didalam baby coat di sudut bilik mereka.

Kemudian, Arsyad datang kearah Haura dan berbaring disebelahnya tanpa berkata apa-apa. Mata Haura sudah terpejam, bibirnya kuat mengemam memikirkan betapa berat dosa yang mereka pikul malam ini.

Semasa Haura memejamkan mata, dia rasa...tangan kekar Arsyad merangkul pingganya dengan lembut.

Ya Allah, jika dengan rindu ini membuatkan aku membiarkan segala tindakannya. Kau hukumlah aku. Haura hanya mampu berdoa dari dalam hatinya yang terdalam.

Haura menggagahkan tangan kecilnya untuk mengalihkan tangan kekar milik Arsyad dari pinggang. Tetapi semakin ketat rangkulan pada pinggangnya terasa. Siap dirapatkan lagi tubuh mereka.

"Tak payah berlagak suci, kau pernah tidur dengan lelaki lain sebelum ni. Sekarang berlakon macam tak pernah buat pula?" bisik Arsyad dengan nada sinis.

Haura tergamam. Setiap kali Arsyad mengungkit silamnya, bibirnya pasti tidak dapat menuturkan kata pembelaan buat diri sendiri.

Because tears are also one of self-defense.

Haura hanya mampu menangis, dengan cara itu sahaja dia mampu membela dirinya sendiri. Dia akur, jika Arsyad mahu mengungkit kisah lalu. Ungkitlah sepuasnya kerana Haura tahu.

Hati yang paling berantakan sekarang ini adalah Arsyad. Bukan hati dia.

Tetapi, jika dilayan seperti ini setelah menjadi bekas isterinya. Hatinya semakin hancur dan berantakan dari sebelumnya. Dia bukan pelacur. Dia cuma melakukan kesilapan iaitu menikam kepercayaan Arsyad suatu ketika dahulu.

Dalam tidak sedar, akhirnya dia terlelap buat seketika. Cukup sahaja air matanya kering. Kelopak mata Haura terbuka semula kerana tangisan Irsyad yang dahagakan susu badannya.

Mahu bangun, tetapi tubuhnya lemah.

Tiba-tiba sahaja, Arsyad sedar dari tidur. Dia bangkit dari katil dan mendukung Irsyad. Cuba untuk meredakan tangisan bayi kecil itu dengan kasih sayangnya tetapi tidak berhasil.

"Irsyad nak susu badan saya..." ucap Haura sedikit gugup.

Arsyad berhenti menepuk punggung kecil itu setelah mendengar kata-kata Haura. Mata kuyu Arsyad dia pandang lama. Jelas dia sudah kepenatan selepas berjam-jam bertugas.

Dia bawa Irsyad kepada Haura dan menyerahkannya. Selepas itu, Arsyad baring semula dan terlena.

Haura duduk perlahan-lahan, menyusukan bayi kecil itu walaupun belakang tubuhnya terasa sakit dan sengal. Sampai tersengguk-sengguk kepalanya menahan mata dari terlelap.

Tiba-tiba sahaja belakangnya terasa di tahan. Rupanya, Arsyad duduk bersandar di belakangnya sambil lelapkan mata. Menjadi tempat Haura untuk bersandar.

Pada mulanya, Haura rasa takut. Tetapi kerana dia terlalu penat, dia biarkan sahaja. Sehinggalah mereka berdua tertidur didalam posisi seperti itu.

•••

Keesokan paginya, sinaran matahari menerjah kelopak mata Haura dan membuatkan lenanya tergendala. Dia buka matanya perlahan.

Bubur nasi beserta buah-buahan sudah terhidang didalam dulang bersebelahan dengannya.

Figura Arsyad yang sedang fokus menaip sesuatu pada laptop di meja kerja itu dia tatap lama. Sudah lama, dia tidak rasa hal seperti ini. Semuanya seperti dejavu.

Mata Arsyad tertumpu pada skrin laptop.

Pantang Larang Semasa Berpantang

1. Dilarang tidur tidak berbantal.
2. Memakai sarung kaki.
3. Jangan duduk mencangkung.
4. Jangan makan buahan yang sejuk seperti tembikai atau minuman sejuk dan berais.
5. Rapatkan kaki semasa tidur.
6. Jangan terlalu aktif.
7. Jangan makan ubi-ubian.

Selepas itu, Arsyad membaca maklumat yang lain. Dia belajar dan mencatat segala pantang larang. Walaupun dia doktor pakar bedah, tetapi dia tidak mahir dalam bidang ini. Dia tidak mahu bidan yang menjaga pantang Haura.

Dia bertanggungjawab untuk menjaga Haura.

Setelah terasa sengal pada tengkuk. Arsyad menutup laptop dan menoleh kearah katil.

"Kau nak kemana?" soal Arsyad ketika melihat Haura yang sudah mengalihkan selimut dari tubuhnya.

"Tandas...saya nak mandi..."

Arsyad kakukan sahaja pandangannya pada Haura.

"Kau memang tak nak tanggal tudung?" soal Arsyad dengan nada dingin.

"Tutup aurat adalah satu kewajipan buat saya. Bukan saya sahaja, tapi buat kita sebagai seorang muslim. Saya pasti awak tahu tentang ini..." Cukuplah dosa tidur bersama bekas suaminya. Tidak mahu dia menanggung dosa yang lain pula. Sampai bila dia perlu hidup begini? Hidup dalam dosa?

Arsyad kerutkan dahi. Panas pula hatinya sebaik sahaja mendengarkan nasihat dari bibir gadis itu.

"Tak payah nak berlagak alim sangatlah..." Arsyad bangkit dari kerusi dan berjalan menuju kearah Haura.

Tangannya merentap tudung sarung Haura dengan pantas tetapi tidak membuat Haura kesakitan.

Terkedu? Iya, luluhnya hati Haura sehingga tidak mampu berkata apa-apa.

"Rambut kau ni, dah berlambak lelaki yang nampak. Dengan bekas suami sendiri pun kedekut nak tunjuk?" soal Arsyad.

Air mata Haura bergelinang ketika tangan kekar itu mengelus lembut rambutnya sambil menghadiahkan senyuman sinis.

"Hanya kerana saya melakukan satu kesilapan, adakah itu bermakna saya layak mendapat ini?" soal Haura yang cuba sekuat mungkin untuk menahan esakan.

Arsyad seperti biasa. Seakan tuli. Dia mencempung tubuh lemah Haura dan bawa turun dari katil.

"Turunkan saya! Apa lagi yang awak nak buat? Tak cukup ke dosa yang dah kita tanggung malam semalam??? Apa lagi yang tak cukup?? Apa lagi yang awak nak dari saya???" soal Haura dengan linangan air mata.

"Kau cakap nak mandikan? Biar aku mandikan kau." Tanpa berbasa-basi, Arsyad membawa tubuh kecil Haura itu menuju ke bilik mandi. Belum sempat mahu menapak kedalam, tangan kecil itu menahan daun pintu.

"Lepaskan tangan kau dari pintu tu sebelum aku rentap." Arsyad memberi amaran.

Haura geleng kepala.

"Saya merayu, tolong jangan seksa saya macam ni..." rayu gadis itu dengan esakan.

"Seksa? Cuba kau cakap pada aku, apa yang aku buat sampai kau terseksa? Pukul sampai mati? Humban kau dalam tong air? Jerut leher? Tak kan? Tak payah nak berlakon sedih sangat lah Haura..." sindir Arsyad berselang ketawa. Dalam hatinya sakit yang bukan kepalang.

Haura geleng kepala lagi.

"Bukan itu...k-kita bukan suami isteri lagi Arsyad. Apa yang kita buat sekarang ni...semuanya salah disisi agama. Saya ni bekas ister-"

"Bekas isteri aku. Sedar diri rupanya. Bekas isteri kan? Setiap inci dari tubuh kau aku dah ratah Haura. Tak perlu nak cemas sangat. Macam tak pernah pula..." sindir Arsyad sambil memandang tajam kearah Haura. Tangan kecil gadis itu yang sedang menahan pintu, selamba dia rentap ketepi.

Entah kenapa. Setiap kali mendengar jawapan Arsyad. Laju saja air matanya mengalir. Dia tidak kuat mendengar setiap bait yang ditutur dari bibir lelaki itu.

"Lagipun, kau memang suka kena layan macam ni kan?" soal Arsyad semasa menapak masuk ke dalam bilik mandi. Kemudian, dia dudukkan Haura diatas mangkuk tandas.

"Saya tahu silap saya...tapi saya bukan pelacur...untuk awak lakukan sesuka hati awak..." esakan Haura semakin jelas.

"I've my right to do what ever I want. If I want it, I can get it."

Haura pasrah. Ketika dia melihat pintu bilik mandi itu di tutup. Dia sudah tahu, bakal apa yang jadi seterusnya.

•••

Tangan Haura meraup wajahnya. Dengan linangan air mata. Dia merasa harga dirinya di robek begitu sahaja.

Dipijak dan dihenyak.

Dia rasa berdosa hidup didalam keadaan begini.

Dia rasa hatinya sakit tetapi tidak berdarah.

Pintu bilik dikuak semula. Arsyad masuk ke dalam bilik membawa sehelai sarung kaki, minyak angin dan bantal tambahan.

Segera Haura mengesat air mata dan menghadap pada dinding disebelah katil.

Arsyad perasan mata Haura yang sembap. Bahkan masih jelas Haura sedang tersedu.

Arsyad duduk ditepi katil. Ambil kaki Haura dan sapu minyak pada nya. Dia urut kaki Haura seperti mana yang dia kaji pada web dipercayai.

"Kenapa kau tak makan sarapan tu?" soalnya apabila matanya tertumpu pada dulang yang dia letak disebelah Haura sejak pagi tadi. Sekarang hampir mencecah tengahari. Masih tidak terusik?

"Nanti saya makan..." jawab Haura perlahan. Dia tiada selera untuk makan apa-apa. Mental nya rasa sangat terganggu.

Arsyad dengus perlahan. Tidak suka dengan cara Haura protes. Dia ambil sepasang stokin itu dan sarung pada kaki Haura.

"Makan. Kau tu kena makan supaya dapat hasilkan susu. Jangan fikir diri sendiri je. Fikirkan tentang anak kita."

Haura angguk kepala perlahan. Mangkuk berisi bubur itu dia capai dan makan tanpa rela.

Suap demi suap dia telan dihadapan Arsyad sehingga habis. Baru lelaki itu puas.

"Minum ni." Gelas berisi air asam jawa yang dikisar bersama kunyit itu dihulur kepada Haura.

"Air apa ni?"

Arsyad mengeluh perlahan bila Haura tidak ambil gelas itu. Dia cicipkan air itu pada bibir Haura.

"Untuk lancarkan darah. Masa aku mandikan kau tadi, aku nampak darah nifas kau berketul..." jawab Arsyad acuh tak acuh. Dia tuangkan air itu ke dalam mulut Haura perlahan. Tidak mahu wanita itu tersedak air pula.

Haura meneguknya dengan payah. Jamu mana yang sedap? Semua ubat memang perit untuk di telan. Begitulah perjuangan para wanita setelah melahirkan. Yang digelar sebagai seorang ibu.

Begitulah setiap hari berjalan. Arsyad menjalani kehidupan dibawah bumbung yang sama bersama Haura.

Setiap kali Haura cuba menyoalkan tindakannya. Dia hanya tulikan saja telinga. Dia tahu apa yang dia lakukan dan dia memilih jalan ini.

Dia sudah tetap dengan caranya.

Sebaik sahaja Arsyad mengambil dulang tadi, dia membawanya keluar dan meletakkannya didalam singki dapur.

Matanya kosong.

Seandainya Haura tahu, sekuat apakah tangisan dia ketika memilih jalan ini. Air mata jantan Arsyad mula mengalir.

Haura itu cuma tahu sakitnya sahaja, cuma tahu sedihnya sahaja. Haura mana pernah tahu kalau aku juga sakit memperlakukan dia seperti ini. Hati Arsyad ketika tangannya meraih mangkuk kotor didalam singki itu.

Haura tak akan pernah tahu bahawa aku mengutamai dia lebih dari diri aku sendiri. Wajah dinginnya dihadapan Haura selama ini hanyalah topeng yang menyembunyikan luka. Dia sangat merindui Haura. Hatinya sakit setiap kali memeluk Haura dalam keadaan kekasih hatinya tidak rela.

Hatinya lebih sakit setelah menerima kenyataan bahawa Haura yang memilih untuk meninggalkannya sebelum ini dan mengkhianati segala kepercayaan yang sudah dia taruhkan.

Dia merasa gagal mendidik Haura.

Dia merasa gagal dalam semua hal.

Terikat dengan erat segala janjinya untuk menjaga wanita itu sehingga keakhir hayatnya ternyata sakit yang dia dapat. Sakit.

Sakit bila dapat tahu diri sendiri dicurangi setelah banyak terikat janji untuk si dia terus disisi.

Deringan telefon dari dalam poket menyedarkan lamunannya. Segera dia menggapainya dan tatap pada skrin telefon itu.

Kamal.

Ibu jari Arsyad menyeret butang hijau ke atas. Jawab panggilan. Dia kembali kepada raut asalnya yang dingin.

"Waalaikumsalam, kenapa call?" soal Arsyad.

"Unit kecemasan minta kau datang sini segera."

Arsyad pejam mata seketika. Cuba untuk fokus pada mood kerja semula.

"Okay, cakap dekat diorang aku on the way dalam dua puluh minit lagi aku sampai."

"Noted." Panggilan telefon di matikan.

Sebelum bergerak, Arsyad sempat menukarkan lampin Irsyad dan membaringkan bayi kecil itu disebelah ibunya yang sudah lena tertidur.

Perlahan bibir Arsyad mengucup dahi Haura. Tanganya perlahan masukkan di balik baju Haura. Dia sentuh kulit perut Haura yang sudah mendatar dan usap perlahan.

"Terima kasih sebab sudi lahirkan anak kita..." gumamnya perlahan.

Bibirnya mendekat pada telinga dia.

Dia elus lembut kulit perut Haura. Kucup pipi. Dahi. Hidung. Kemudian, bibirnya mendekat pada cuping telinga Haura semula.

اللهُمّآ ربّآنآادزءهيبيل با’سا يسيفي انتاسيءسيافي لا سييفا’ا ليللا سييفا’وكا سييفآن لا يوعهاديرو ساقومان.

Allahuma robbannas, adz-hibil ba’sa isyfi antasy-syafi la syifa’a lilla syifa’uka syifaan la yughadiru saqoman

Maksudnya: Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkan semua sakit ini, berilah kesembuhan, hanya Engkau yang mampu memberi kesembuhan. Tiada kesembuhan selain dariMu. Sembuh yang sempurna iaitu tidak terkena sakit lagi.

Tak lama selepas itu, Arsyad keluar dari rumah dan berangkat ke hospital dengan penuh ketenangan.

Bab seterusnya akan diupdate sekiranya banyak permintaan untuk HPD di teruskan diruangan komen. Sila komen tanda sokongan COME BACK, Her Perfect Doctor

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience