HPD || BAB 07

Romance Completed 246547

"Macam mana keadaan otak pesakit?" soal Qairina kepada Maryam selaku pembantu jururawat.

Maryam angguk kepala setelah meneliti x-ray yang sedang dia pegang.

"Ada sedikit kerosakan..."

"Which part?" Baru sahaja mahu merenggangkan badan yang terasa sengal tiba-tiba Qairina terdengar bunyi beberapa jeritan dari sekelompok jururawat berdekatan. Qairina tarik nafas.

Bau kedatangan Arsyad dapat dia hidu. Bau yang menyakitkan hati. Urgh!

Arsyad berjalan kearah mereka dengan wajah tiada berperasaan. Seperti biasa. Dia menyarungkan sarung tangan getah pada tangan sambil memandang kearah Maryam.

"Lama tak nampak kau. Dah habis berpantang?" soal Arsyad.

Maryam pula sudah tersengih malu. Kalau doktor sekacak Arsyad ni, kalah suami dia. Penangan Arsyad Taqqi Mohammed memang bukan sebarangan.

"Haah, baru je habis pantang doktor..."

Qairina pula sudah tarik muka. Apa yang seronok sangat dapat perhatian dari Arsyad pun dia tidak tahu. Tapi kalau dia diberikan peluang untuk mendapatkan Arsyad, apa salahnya kan? Kan?

"Oh doktor Arsyad, bila sampai?" soal doktor Zain sebaik sahaja perasan kehadiran Arsyad. Dari tadi dia hanya sibuk memerhati monitor. Sampai tak perasan doktor pakar kegemaran mereka sudah tiba.

"Baru je." Mata Arsyad tertumpu pada monitor yang tiba-tiba menampakkan penurunan degupan jantung yang tidak normal.

"TD 60 per 30, 140 bpm." Arsyad membacanya dengan laju. Kemudiannya dia memandang kearah Maryam.

"Berikan cairan infus dan dua kantong darah. Now," arah Arsyad kepada Maryam.

Qairina menjeling tajam. See? Pesakit aku dia nak cantas lagi.

Arsyad mengeluarkan lampu suluh kecil dan menyuluh pada anak mata pesakit.

"Dari tadi ke dia pingsan?" soal Arsyad sambil memerhati sebelah lagi bebola mata pesakit itu.

Qairina mengeluh perlahan.

"Ya, sebab kecederaan otak." jawabnya acuh tak acuh.

Arsyad angguk kepala.

"Perlukan pindaan otak?" soal Qairina sambil mencari nadi pesakit.

"No need. I will handle the hemoperitoneum." jawab Arsyad dengan dingin.

Qairina sekali lagi mengerutkan dahi.

"Tanpa evaluasi otak?" Macam tak masuk akal apa yang Arsyad sedang fikirkan. Mahu mengamuk tapi tahu yang Arsyad lebih mahir dalam hal ini.

"Jika tak dihentikan, tak kan ada waktu untuk evaluasi." Arsyad mengerutkan dahi juga.

"But-"

"Trust him doctor Qai, he's better than you." Maryam lebih menyokong Arsyad kerana dia tahu Arsyad sangat mahir dalam bidang ini. Jarang berlaku kecuaian atau kegagalan jika pesakit yang di bedah berada tangannya.

"Urgh, fine. Segera dibedah." Qairina memberi arahan kerana pesakit ini dibawah tanggungannya.

"But after this, give me a reward."

Arsyad mengecilkan mata.

"Excuse me?"

"Belanja I Mocha Coffee sebab benarkan you lead pembedahan. Deal?" soal Qairina dengan senyuman puas.

Arsyad perhati Qairina dengan lama.

"Deal." Akhirnya dia memberi jawapan.

Qairina semakin puas setelah mendengarkan jawapan yang dia mahukan dari Arsyad.

"Jururawat Maryam..."

"Iya saya?"

"Panggil doktor Malique dan Qaiser," arah Qairina lagi.

"Baik doktor." Maryam segera menapak keluar dari situ untuk mencari doktor yang disebut.

"Dr. Arsyad dan I akan membedah pesakit untuk menghentikan pendarahan." kata Qairina pada jururawat Geena di sebelahnya.

Geena hampir tercekik air liurnya sendiri.

"Disini?" soalnya dengan mata terbeliak.

Qairina memandang kearah Arsyad dengan pandangan sedang mencabar.

"Can you do it?"

Arsyad tersenyum lebar buat kali pertamanya apabila di cabar dengan Qairina. Bagi Arsyad gadis ini masih mentah dan lemah dalam dunia medic. Entah bagaimana dia boleh diberi nama doktor pakar bedah. Lupa pula, dia ini anak kepada pemilik hospital ternama di ibu kota ini.

"Absolutely, mulakan sekarang." Arsyad pula yang memberi arahan.

•••

Lembut tangan Haura bermain dengan hujung berus pada permukaan canvas memberikan sentuhan beberapa sentuhan dengan sepenuh hati.

Sekejap sekejap, Haura menyengetkan kepala sedikit untuk melihat wajah puan Nadia yang masih lagi tidak sedarkan diri diatas katil wad.

Ya, Haura sedang melukis wajah ibunya sambil memasang earphone pada telinga.

"Ibu...cantikkan lukisan Haura?" Haura mengangkat lukisannya yang separuh siap kemudiannya dia tayang pada puan Nadia. Ah, pasti mengalir terus air matanya.

Ibunya bahkan tidak mampu menjawab, apatah lagi melihat apa yang Haura mahu tunjukkan kepadanya.

"Cantikkan Haura lukis muka ibu?" Haura meletakkan canvas itu pada tempat letaknya.

Tangan puan Nadia dia genggam erat.

"Ibu...Haura betul-betul rindukan ibu...masa Haura tengah kerja dekat kafe pagi tadi. Haura rasa tak sedap hati, sebab tu...Haura datang kesini untuk jenguk ibu..." Bisiknya lembut pada cuping telinga puan Nadia. Dia sangat berharap bahawa dia akan dapat peluang untuk berbual dengan ibu meskipun hanya sesaat.

Haura mengambil nafas sedalam yang mungkin sebelum menggenggam semula berus lukisan dan menyambung apa yang sedang dia lakukan tadi.

Lagu yang dia pasang cukup kuat untuk dia mendengar kehadiran sesiapa disitu.

Tiba-tiba sahaja Haura rasa ada tangan yang mencabut earphone belah kanannya. Pantas Haura menoleh ketepi.

"Doktor?" Terkejut bukan main ketika dia melihat Arsyad memasang earphone belah kanan milik Haura pada telinganya sebelum menghenyak punggung bersebelahan dengan Haura. Tetapi masih ada jarak. Ulang semula, masih ada JARAK.

Arsyad pandang Haura dengan wajah selamba.

"Yes?"

Haura terkelu lidah. Pipinya terasa semakin membahang dengan cara pandang doktor itu kepadanya.

"Awak bukan ada banyak operasi lagi ke hari ni?" Bukan apa, sekarang jarum jam hampir mencecah 9 malam. Dia tidak mahu lah doktor itu penat.

"Baru habis. By the way, aku datang sini nak cek keadaan puan Nadia sekejap."

Haura cuma angguk kepala sebelum mengesat air matanya dengan pantas. Dia tidak mahu tertangkap lemah dihadapan lelaki.

"Sedap lagu pilihan kau ni." Arsyad tersenyum nipis.

"Kau yang lukis ini?" soal Arsyad apabila matanya tertumpu pada canvas yang memaparkan keindahan seni lukisan. Bukan sahaja cantik tetapi penuh dengan emosi dan ketulusan dari setiap calitan.

"Iya..." Haura meneliti setiap mimik wajah Arsyad yang seakan sedang berbicara dengan lukisannya.

Buat pertama kalinya Haura melihat senyuman Arsyad selebar itu. Wajahnya kelihatan sangat kagum. Haura juga ikut teruja setelah mendapatkan reaksi sedemikian terhadap hasil kerjanya.

"Kenapa tenung lukisan saya macam tu?" Kemudian berus lukisan ditangannya kembali menari-nari diatas canvas itu.

"Cantik." Sepatah perkataan dari Arsyad itu saja mampu membuat hati Haura girang.

"Pertama kali saya nampak awak tersenyum. Betullah apa yang saya fikirkan selama ini. Seni itu mampu melembutkan batu, apatah lagi kalau hati manusia. Kan?" soal Haura dengan senyuman manis ketika tangannya masih sibuk mengawal dengan berus.

Arsyad melepas tawa kecil.

"Kau nak samakan aku seperti batulah ni maksudnya?" soal Arsyad sambil memandang Haura yang sedang fokus melukis.

Haura ikut tertawa kecil.

"Bukan itu maksud saya...kalau awak nak tahu, awak perlu rasainya sendiri...dengan cara melukis seperti saya. Mahu cuba?" Haura menghulur berus lukisan itu kepada Arsyad.

"No need..." Berus itu dia ambil dan letak semula pada Haura.

"I only have talent when it comes to surgery, not painting. I don't want your art to be deformed by my touch." Arsyad ketawa kecil lagi. Habislah kalau Haura tengok betapa hodohnya lukisan dia. Mimpi ngeri.

Haura cuma tersenyum setelah mendengar tawa Arsyad.

"Kalau awak tak mahu mencuba tak apa...saya tak ambil hati."

Arsyad pandang kearah Haura semula.

"So, apa yang buat kau berminat untuk melukis?" soal Arsyad sambil merenung lukisan indah dihadapannya. Tidak sangka betul, gadis belahan jiwanya mempunyai bakat sebegini. Buat kan dia lebih ingin tahu tentang gadis ini lebih dalam lagi.

Senyuman Haura memudar ketika soalan itu diajukan.

"Oh..." Sehingga terkelu lidahnya untuk menjelaskan. Arsyad yang perasan setiap gerak geri Haura, Arsyad tahu. Gadis ini sedang memikul satu perasaan yang sangat membebankan fikirannya.

"Kalau kau tak ready nak cerita, aku tak paksa. Don't worry." Arsyad tersenyum kemudiannya dia menyentuh wajah puan Nadia didalam lukisan itu. Indah sangat seperti sesuatu yang hidup.

Kedua telapak tangan, Haura cantumkan sebelum membuka bicara.

"Melukis buat hati saya jadi tenang. "

Tak usah dia ceritakan bagaimana kehidupannya sejak kecil. Ayahnya seorang kaki botol, kaki judi dan kaki pukul. Setiap kali ibu tahu bahawa ibu akan di pukul oleh ayahnya. Kalau dia kongsikan kepada Arsyad, pastu menitis air matanya ketika mula berkongsi kisah hidup nya yang penuh tragedies. Jadi dia memilih untuk merahsiakannya sehingga dia benar-benar selesa.

"Jadi, kau melukis untuk luahkan sesuatu?"

Arsyad memerhati wajah Haura, dia menunggu kalau-kalau gadis itu mahu menambah bicara.

"Iya..."

"Aku nak tahu, kisah hidup kau."

Haura geleng kepala perlahan.

"Belum masa yang tepat untuk Aku ceritakan semuanya. Yang pasti, hidup saya tidak indah. Tak ada yang menarik. Cuma banyak tinggalkan parut kerana waktu kecil saya bersama ayah."

Semakin berat mata Arsyad untuk dibuka. Mungkin kerana air mata yang sedang dia tahan. Walaupun dia tidak tahu apa yang terjadi diantara gadis itu dengan ayahnya, dia dapat merasakan kesulitan disebalik wajah sayu itu.

"He touch you?"

Haura cuma tersenyum seketika.

"Saya ada banyak parut awak, di badan dan juga di hati. Banyak yang saya pendam tentang ayah. Apa yang ayah buat pada kami. Sampai geran tanah rumah kami ayah jual untuk berjudi."

"But scars, made you more stronger than yesterday..."

Haura mengangkat wajah dan memandang Arsyad.

"Kalau kau rasa parut itu yang membuat kau jatuh. Kau silap..."

"Kenapa awak rasa macam tu?"

"Aku setuju bahawa parut telah meninggalkan kenangan yang pahit dalam diri kau tapi sekarang look at you. You become stronger, more alert and not easily trusting in people. The world is hard for a sweet girl like you..."

"...and of course, you don't deserve that." Arsyad tersenyum ketika menggapai berus lukisan dan celup pada cat bewarna putih. Kemudiannya, dia calit pada hujung batang hidung Haura.

"You deserve better, hun..." tergelak kecil bila Arsyad nampak Haura terkejut dengan tindakannya.

"Doktor, habis comot hidung saya..." Haura ketawa kecil. Dia ambil berus ditangan Arsyad dan calit pada hidung Arsyad juga. Terhembur ketawa mereka berdua ketika saling membalas.

Tit...tit...tit....

Pandangan mereka pantas menoleh kearah monitor puan Nadia. Mata Haura membulat ketika melihat garisan pada skrin itu memaparkan kejatuhan yang mendadak.

"Ibu?" Air mata Haura menitis satu persatu. Seakan tahu apa yang bakal dia hadap sebentar lagi.

Arsyad segera bangun dari kerusi dan membuka pintu wad sebelum keluarkan kepala untuk memanggil jururawat yang lain.

"Emergency! Pesakit wad 256! Her heart rate kept dropping!"

Mendengarkan itu laju degupan jantung Haura berdegup.

"Prepare Defibrillator and Resuscitator PVC adult! Now! Now! Now!!!" arah Arsyad kepada beberapa jururawat yang sudah bergegas kearah wad puan Nadia.

"Baik!" beberapa jururawat bergegas kearah wad puan Nadia.

"I-ibu?" Seakan percaya tak percaya bila dia mendengarkannya. Langkahnya longlai tetapi sedaya upaya dia cuba mengorak langkah kearah puan Nadia.

"I-bu..."

"Cik, cik boleh tunggu diluar bilik sekejap?" soal jururawat Geena ketika membawa masuk alat kecemasan ke dalam wad.

"Baik..." Setelah Haura keluar dari wad. Haura memandang kearah puan Nadia pada cermin kaca wad dari luar. Haura nampak Arsyad sedang menggosok permukaan sepasang alat Defibrillator.

"Oksida!" arah Arsyad bermask putih itu. Dia melakukan chest compressions (CPR) dengan segera. Jururawat disebelahnya Bantu memberikan oksigen tambahan dengan memicit Ambu bag Resuscitator PVC adult dan letak bahagian hadapannya pada mulut serta hidung puan Nadia.

Doktor seorang lagi memandang monitor.

"Ketua, vibralansi ventikal!"

Doktor bermask putih itu angguk kepala.

"Epinephrine 1 milligram suntikan intravena (IV)!" arah doktor bermask putih itu. Jururawat itu segera mengikut arahan.

Permukaan mesin Defibrillator itu disapu cecair putih. Segera doktor itu naik keatas katil, dia berlutut bersebelahan dengan tubuh puan Nadia yang terbaring lemah.

"Two hundred joule for the fisrt time!" arahnya.

"Ready!" jururawat itu mengikut arahan. Dia tekan butang 1.

Bila sudah bersedia dihidupkan, mesin itu di letakkan pada kedua belah dada puan Nadia. Renjat. Ternaik dadanya keatas setelah menerima renjatan. Arsyad melihat kearah monitor masih menunjukkan penurunan yang agak mendadak. Mesin itu di letak ketepi.

"Come on!" gumamnya kuat. Arsyad bergegas untuk melakukan chest compressions (CPR) sekali lagi untuk menjaga darah yang mengalir ke organ-organ penting puan Nadia tetapi dia masih tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Two hundred joule for second!" arah Arsyad lagi. Dia ambil alat Defibrillator itu. Jururawat mula letak cecair putih diatas permukaannya semula.

Seorang lagi jururawat menekan butang 2. Cas sehingga dua ratus joule.

"Step back!" arahnya supaya jururawat berundur kebelakang bagi memberinya lebih banyak ruang. Doktor tekan butang kejutan electrik dan renjatkan pada dada puan Nadia. Sekali lagi, ternaik dadanya keatas.

"Ketua! Rentak sinus masih belum normal!"

Arsyad semakin tertekan. Dia mahu selamatkan nyawa terpenting buat gadis itu. Dia melakukan chest compressiona (CPR) sekali lagi.

"You can do it, come on!!!" nadanya ditetakan supaya puan Nadia mendengar kata-kata semangatnya. Tengok monitor semula sambil melakukannya. Hampir datar. Dia berhenti melakukan CPR dan ambil alat Defibrillator.

"Dua ratus joule kali ketiga!"

Share this novel

malina jury
2024-02-07 23:51:11 

♥️♥️♥️thank you author♥️♥️

han feisha
2024-02-07 20:21:21 

tak sabarnyaa untuk next update hihi ♡


NovelPlus Premium

The best ads free experience