HPD || BAB 08

Romance Completed 246547

"You can do it, come on!!!" nadanya ditetakan supaya puan Nadia mendengar kata-kata semangatnya. Tengok monitor semula sambil melakukannya. Hampir datar. Dia berhenti melakukan CPR dan ambil alat Defibrillator.

"Dua ratus joule kali ketiga!"

Tit...tit...tiiiiiitttt...

Belum sempat jururawat mereka butang joule kali ketiga, garisan terus mendatar. "Tepat pada pukul 10:45 malam puan Nur Nadia Dania telah sah meninggal dunia." Arsyad rasa terpukul dengan realiti. Alat Defibrillator pada tangannya terlepas serta merta. Dia tidak dapat selamatkan nyawa gadis itu.

Perlahan Arsyad menoleh pada tingkap kaca bilik dengan berat hati. Benar, dia nampak gadis itu sedang menangis teresak-esak sambil menyandarkan kepalanya disana.

Arsyad rasa gagal.

Beberapa jam setelah dimandikan, jenazah puan Nadia telah dibawa pergi ke rumah opah. Sementara Haura perlu menguruskan pembayaran bill hospital.

Tetapi dengan kudrat yang sedikit begini. Haura tidak mampu berjalan. Dia hanya duduk tersandar pada sofa wad puan Nadia yang baru sahaja dikosongkan.

Matanya bengkak, terdiam tanpa sepatah bicara.

"Cik..." Arsyad menghulur sehelai tisu sebelum duduk bersebelahan dengan Haura.

Haura ambil tetapi dia tidak menggunakannya. Dia cuma pegang tisu tersebut sambil termenung menekur lantai. Jiwanya terasa sangat kehilangan.

Arsyad juka ikut termenung. Sepertinya memahami kesedihan yang gadis itu alami. Dia juga rasa berat untuk menerima apa yang terjadi. Dia rasa sedih buat gadis itu.

Untuk beberapa minit kemudian, Haura pandang pandang kearah Arsyad. Kotak cupcake yang sejak tadi berada diatas meja berhadapan dengan sofa itu, Haura ambil dan hulur pada Arsyad.

"Kenapa bagi?"

Haura cuba menayang senyuman walaupun pahit.

"Tanda terima kasih sebab banyak bantu arwah ibu saya." kata Haura dengan suara sedikit sengau. Mana tak nya, menangis tiga jam tanpa henti.

Arsyad mengambil kotak itu.

"Thanks for this." Katanya dengan serba salah ketika melihat wajah sembap gadis itu. Dengan mata merah, hidung merah, hampir keseluruhan wajahnya naik memerah. Mungkin kerana kulitnya yang bewarna putih susu. Warna merah itu lebih jelas kelihatan ketika Haura menangis.

Arsyad kemudiannya menghulur kad pada Haura.

"Call me if you need someone to heal..."

Haura angguk kepala perlahan. Kad itu dia masukkan kedalam beg tangan.

"Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi." Sekali lagi Arsyad berkata. Memang berat untuk mengucapkan selamat tinggal. Lebih-lebih lagi bila dia terpaksa berpisah dengan gadis yang sudah berjaya memenangi hatinya.

Entah lepas berpisah ini, ada lagi kesempatan untuk mereka bertemu atau tidak. Bikin hati Arsyad semakin kegugupan.

"Saya minta diri dulu..." Haura bangkit dari sofa. Dengan langkah longlai dia berjalan menuju ke kaunter untuk menguruskan bill hospital.

"Iya, ada apa boleh saya bantu?" soal Natasha selaku penjaga kaunter hospital.

"Saya nak buat pembayaran untuk pesakit bernama Nur Nadia binti Rahman."

"Baik, sebentar ya?" Natasha terus menaip nama pesakit pada komputer untuk mencari tahu maklumat pesakit. Tiba-tiba sahaja matanya mengecil.

Jadi inilah anak kepada pesakit yang Arsyad bayarkan? Tak boleh jadi, patutlah beria doktor Arsyad nak bayarkan. Rupa-rupanya, anak pesakit ni cantik menawan. Kalau aku. Natasha memandang kearah Haura dengan tidak puas hati.

"Apa nama cik?" acuh tak acuh sahaja Natasha bertanya. Sakit hati punya pasal.

"Haura."

Semakin geram bila dengar suara Haura yang lembut bak sutera. Memang tak pelik kalau perempuan ni boleh buat Arsyad terpikat.

"Nama panjang adakan? Tak reti nak bagi nama panjang?" bidas Natasha tanpa belas kasihan. Apa dia kisah. Yang penting dia puas dapat sakitkan hati Haura sebab sudah mencantas Arsyad dari dia.

Haura tersentap dengan sikap jururawat yang melayannya.

"Haura Damia binti Fakhrul Nizam."

Natasha menjeling tajam setelah mendengarkan nama. Lepastu, dia menekan papan kekunci dengan kasar.

"Ada orang dah bayarkan untuk pesakit."

Haura terkedu. Siapa pula yang bayarkan untuk ibunya? Setahu Haura, dia tiada saudara mara ataupun adik beradik yang lain untuk menanggung kos perawatan.

"Boleh saya tahu siapa?" soal Haura dengan cemas.

"Entah." Selamba Natasha sambung berborak dengan jururawat yang lain selepas menjawab sepatah pada Haura.

"Cik, saya nak tahu siapa yang bayarkan untuk ibu saya." Haura cuba tegaskan suaranya. Dia cukup tak suka jika ada yang membuatnya terhutang budi. Lebih-lebih lagi bila berahsia begini.

Yang buat hati Haura semakin sakit ketika melihat jururawat lain yang berada di kaunter memandang pelik kepada nya. Apa salah yang aku buat? Hanya itu yang Haura sedang terfikir.

Haura malas mahu bergaduh. Sudahlah hatinya masih terasa sebak setelah kehilangan ibu. Ada pula ujian lain yang mendatang. Elok mata sudah kering, berair semula dibuatnya.

Tiba-tiba langkahnya terhenti. Adakah doktor itu yang bayarkan untuk ibu? Aku yakin mesti dia!

Laju Haura mengatur langkah. Mencari kelibat Arsyad disetiap sudut. Dia perlu berjumpa dengan Arsyad segera.

Semakin lama, semakin ramai pula pesakit yang lalu lalang di laluan. Haura semakin gelisah, takut tak sempat bertemu dengan Arsyad sebelum pengebumian arwah ibunya.

Puas dia naik dari tingkat bawah ke tingkat atas. Batang hidung Arsyad langsung dia tidak nampak. Dengan langkahnya yang lemah dan nafas termengah-mengah. Dia kuatkan diri juga untuk naik ke tingkat paling atas. Dia berharap, Arsyad ada disitu.

Ting!

Sebaik sahaja pintu lift terbuka. Alangkah terkejutnya bila dia melihat Arsyad dihadapan mata. Mereka hampir sahaja bertembung.

"Awak? Kau?" serentak mereka bertanya. Tetapi dalam hati masing-masing berdebar dengan perasaan yang terbuku.

Haura tarik nafas perlahan dan tarik lengan Arsyad ke satu sudut.

"Awak jujur dengan saya, awak ke yang bayarkan untuk arwah ibu?" soal Haura sambil mendongak memandang Arsyad.

Arsyad telan liur. Kantoi ke ni?

"Ada jururawat yang bagitahu kau ke?" soal Arsyad dengan nada sedikit gugup. Kemudian, dia berdehem sebelum menukar kepada riak tenang.

Haura geleng kepala.

"Tak ada tapi saya yakin, mesti awak yang bayar. Kan?"

Arsyad diam seketika sebelum mengangguk kepala.

Haura kemudiannya, mengeluarkan sampul surat yang tebal.

"Ambil ni. Saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan awak lagi." Haura menekan niatnya. Dia betul-betul tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa. Dia di didik oleh ibunya untuk berdikari dan berpaut pada kaki sendiri bukan bantuan dari orang. Lebih-lebih lagi dengan lelaki ini, lelaki yang baru datang dalam hidup nya.

Arsyad kerutkan dahi.

"Apa ni?" Dia bertanya dan masih meletakkan tangan didalam poket. Tidak mahu menyambut sampul tebal dari tangan Haura.

"Duit yang sepatutnya saya bayar."

"Aku dah bayarkan."

Haura mengeluh panjang.

"Tapi saya tak nak awak bayarkan. Ibu saya adalah tanggungjawab saya bukan tanggungjawab awak."

"Ibu kau adalah pesakit aku, jadi saya pun bertanggungjawab keatas arwah ibu awak."

Haura tergamam.

"Macam ni, saya berterima kasih atas keperhatinan awak sebagai doktor yang sangat bertanggungjawab. Tapi saya tak perlukan itu. Saya nak awak ambil ni." Haura hulur semakin dekat sampul surat tebal di tangannya.

"Tapi aku tak nak."

"Awak saya tak ada masa sekarang ni tau. Saya tak suka terhutang budi pada awak. Tolonglah faham apa yang saya mahu sekarang ni."

Arsyad kemudiannya, mengeluh.

"Jangan salah faham. Aku bayarkan tu bukan senang-senang kau dapat. Aku beli karya lukisan kau yang tertinggal dekat dalam wad tadi. So kira kosong-kosonglah sekarang, sebab aku dah dapat lukisan kau. Faham kan maksud aku?" soal Arsyad.

Haura menghela nafas sedikit lega sedikit.

"Tapi saya rasa lukisan saya tak senilai dengan jumlah yang awak dah bayar."

"Siapa kata?" soal Arsyad lagi.

"Aku yang nak beli karya kau, aku sanggup bayar dengan jumlah yang lebih tinggi daripada itu sebab aku tahu betapa berharganya lukisan tu dimata aku."

"Saya tak faham-"

"Kau nak pergi pengebumian arwah ibu kau kan? Jom, aku hantarkan kesana." Laju saja Arsyad menarik lengan baju Haura. Dia tahu Haura sudah tiada masa. Sebelum matahari naik, mereka perlu tiba.

"Awak..." Haura naik pasrah. Sudahlah urusan tadi belum habis diuruskan, ni dia tambah pula dengan hantarkan pulang ke perkampungan.

"Saya nak balik sendiri."

Langkah Arsyad terhenti. Balik sendiri? Dengan mata sembap macam anak panda ni? Arsyad mendengus geram. Dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi pada gadis itu.

"No, biar aku hantarkan." Tangan Arsyad kembali membawa Haura keluar dari hospital.

"Saya tak suka awak paksa-paksa saya macam ni."

Makin dia membuka bicara. Semakin besar langkah Arsyad.

"Awak dengar ke tak ni?"

"Sekali lagi kau cuba menolak, aku tak akan teragak-agak untuk dukung kau naik kereta aku." ugut Arsyad pada Haura. Serasa mahu tersembul anak mata dibuatnya. Dia main ugut ugut pula!

"A-Apa awak ni!" gugupnya. Haura merapat pada pintu kereta. Arsyad tampak tidak peduli walau ada segelintir dari jururawat memandang kearah mereka.

"Sekarang ni, balik dengan aku."

"Tak nak, saya nak balik naik grab." tegasnya.

"I've warn you before. Jangan salahkan aku kalau..."

Mata Haura semakin membulat. Terpaksalah dia ikut langkah Arsyad tanpa membantah.

Macam tak percaya kerana ugutan Arsyad, Haura kini berdiri tegak dihadapan kereta Mercedes milik Arsyad.

Langit malam sejak tadi menurunkan rintik-rintik hujan. Arsyad bantu bukakan pintu pada bahagian penumpang. 

"What are you waiting for? Pintu dah terbuka."

Haura tersedar dari lamunan. Teragak-agak dia melangkah kearah pintu kereta baru mahu masuk ke dalam, tangan berurat Arsyad memaut lengannya yang berlapik baju.

"Wait. Jangan masuk dulu." arah Arsyad.

Haura jeda. Dia toleh kearah Arsyad. Nampak dia sedang membuka coat putih dari tubuhnya. Kemudian, coat putih itu dia letak kemas pada bahu Haura.

"Kau basah sangat ni. Sejuk nanti, takut demam." bebel Arsyad sambil membetulkan coatnya pada bahu Haura. Haura dah tercengang. Kejung macam mayat hidup. Tak tahu mana pergi degupan jantung nya sekarang.

"Done." Arsyad senyum nipis. Lepastu, dia berjalan kearah tempat pemandu. Masuk. Arsyad sembunyi senyum bila nampak Haura berdiri kejung dari tingkap kereta. Dia turunkan tingkap.

"Get in. Cepat, nanti terlewat." kata Arsyad. Nada masih dingin dan kedengaran memerintah.

Teragak-agak Haura masuk ke dalam. Tutup pintu. Dengan tangan yang menggigil kesejukan, dia tarik tali pinggang dan pakai.

Ktak!

•••

Sepanjang pengebumian puan Nadia, Arsyad melihat Haura menangis pada seorang wanita yang sudah lanjut usianya. Mungkin itu nenek gadis itu? Arsyad hanya bertanggapan.

"Opah, Haura..." Tiba-tiba seorang lelaki mendekati kearah Haura dan opah.

"Abang, kenapa lambat datang?" Haura pergi pula pada Fawaz dan menangis.

"Maaf saya lambat, saya teman mama pergi klinik tadi." ucap Fawaz dengan sayu. Sedih bila tengok Haura menangis teresak-esak macam ni.

Dia elus tudung Haura supaya tenang.

Arsyad perhati dengan mata tajamnya dari jauh. Siapa pula mamat ni? Sakit pula hati bila nampak gadis belahan jiwanya di sentuh begitu.

Arsyad bergegas mengorak langkah kearah Fawaz.

"Assamualaikum."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience