HPD || BAB 01

Romance Completed 246547

"Eh, Dr. Arsyad. Nak balik dah ke?" soal Natasha. Dia sedang menjaga kaunter pertanyaan hospital. Nampak pula figura Arsyad Taqqi yang tinggi lampai itu, laju sahaja dia menahannya. Tak mahu sia-siakan peluanglah katakan. Kalau lekat, mahu tak bersuamikan doktor pakar bedah yang kaya raya ni. Jururawat perempuan yang berdiri berdekatan disitu saling menyiku bahu masing-masing apabila melihat Natalia mencuba nasib.

Arsyad menanggalkan kot putih dari tubuhnya. Kemudian, dia gantung pada lengan kiri. Wajahnya tak menunjukkan sebarang emosi. Sedikit dingin. Kasut kerja hitamnya berhenti menapak. Jinjang lehernya yang tegang diurut perlahan.

"Yup, off the clock already." Jam tangan jenama Montblanc bewarna silver itu ditayang. Bukan kerana mahu tunjuk jenama. Jari telunjuknya diarah pada jarum panjang yang menandakan pukul 7:00 malam.

Natasha angguk kepala. Jelas matanya nampak pukul berapa yang Arsyad tunjuk. Waktu ini, memang waktu Arsyad balik. Shiftnya dah tamat.

"Take care, Dr. Arsyad." sempat dia menitipkan pesanan kepada doktor tampan tak berperasaan itu.

Arsyad tidak respon. Langsung, dia menapak menuju ke arah pintu keluar hospital. Alya menyiku bahu Natalia yang sedang melambai tangan ke arah Arsyad. Jururawat perempuan yang lain mulalah operasi mengupas bawang. Bergosip sampai tidak kesudah.

"Suka kau ya?" kata Alya dengan geram. Mana tak nya, punyalah dia buat persediaan secukupnya malam tadi untuk bercakap dengan Arsyad. Minah sebelah ni dah potong line.

"Gila tak suka? Dr. Arsyad Taqqi, doktor pakar bedah yang terkenal dengan tangan ajaibnya! Tangan yang selamatkan berjuta nyawa. Rugi betul tak dapat nak tenung dia lama lama tadi. Hot wei!" Natasha ketawa halus. Gila tak puas dapat tatap wajah doktor yang tampan tu? Tinggi lampai. Badan tegap. Mata cokelat gelap. Kening tersusun rapi. Muka garang dan hot. Memang betullah orang kata, duda memang sentiasa menawan.

"Hei, kau jangan nak menggatal tau." pesan Alya. Tak mahulah, Natasha tiba-tiba lekat pula nanti. Menangis air mata berdarah pun tak boleh nak buat apa.

Natasha berdecit.

"Biarlah, kalau jadi isteri kedua dia pun aku sanggup tau. Siapa je tak nak jadi isteri doktor hot tu wei!" kata Natasha sambil much bibir ke depan.

•••

Haura mengecilkan mata, cuba memerhati jalan kampung yang kian gelap ditelan malam. Lampu jalan ada cuma hidup segan mati tak mahu. Berkelip-kelip. Sekejap ada sekejap tak ada.

"Nasib badan, pergi check-up baby sendiri. Beli baju baby sendiri. Pandu pun sendiri," gumamnya sambil mengawal stereng. Perutnya yang sudah memboyot itu dia kerling beberapa saat. Entah apalah nasib anaknya nanti. Dibesarkan tanpa kasih dari seorang ayah. Haura mengeluh perlahan.

Sebenarnya, Haura masih didalam tempoh iddah tetapi terpaksalah dia keluar untuk menghantar tempahan. Itu pun dia tidak memakai baju yang menarik perhatian. Cuma blouse hitam tanpa corak.

Telefon yang berdering menarik fokus Haura untuk mengambil. Tangan kirinya cuba gapai telefon yang sudah bergetar diatas dashboard. Ada sebuah panggilan. Mungkin panggilan penting? Hampir jarinya menggapai.

Pin! Pin! Pin!

Terbeliak mata Haura. Segera dia memusingkan stereng kekiri. Sempat dia elak dari bertembung dengan kereta Alza dihadapannya tadi. Berhenti mengejut. Tercungap-cungap dia beristighfar. Serasa tersentak jugalah perutnya menahan tubuh dari terpelanting kedepan.

"Ya Allah, anak aku..." sempat dia mengusap perutnya. Nasib tak jadi apa-apa.

Bila dah tenang sikit. Haura ambil telefon tadi. Tengok skrin. Sarah? Segera dia menjawab panggilan.

"Hello? Ha, Sarah. Waalaikumsalam, kenapa call?" soal aku sambil tarik handbreak kedepan. Tengok kiri kanan sambil jarinya menekan signal kelorong kiri. Tekan pedal dan mulakan pemanduan semula.

"Ha, lambatnya angkat call!"

Haura ketawa perlahan.

"Aku tengah drive tadi Sarah, hampir accident tau. Kaulah puncanya!" sakat Haura sambil mengawal stereng sebelah tangan.

Sarah ikut tertawa.

"Ha ni, cupcake yang aku tempah kau dah buat belum?"

"Dah Sarah, lama dah siap. Esok aku bagi dekat cafe. Dua dozens kan?" soal Haura. Matanya tumpu pada jalan.

"Haah, dua dozens. Make sure, sedap macam selalu!"

Haura ketawa lagi.

"Mestilah sedap, ni Haura kan?"

"Eh, mak buyung ni. Angkat bakul sendiri pula!"

Mereka ketawa bersama-sama.

"Kau nak kemana tu?"

"Check-up baby. Kan dah masuk 9 bulan kandungan aku, lagi beberapa minggu keluarlah malaikat kecil aku ni..."

Macam tak percaya pula bila dirinya bakal bergelar sebagai ibu. Tahun ini, genap 10 tahun ibu meninggal dunia akibat kanser otak tahap empat. Bila nak jadi seorang ibu ni, gugup pula tanpa bantuan arwah ibu disisi.

"Nama baby kau dah cadang nak letak nama apa?" soal Sarah.

Jari jemari Haura mengetuk perlahan stereng. Fikir sejenak.

"Disebabkan anak aku baby boy, aku nak letak nama. Irsyad Taqqiyudin Mohammed bin Arsyad Taqqi Mohammed. Sedap tak?" soal Haura dengan senyumannya yang melebar.

Sarah rasa sebak tiba-tiba. Bila sahabatnya menyebut nama ayah kepada anaknya.

"Haura, kau pandu kereta elok-elok. Jaga anak kau, aku tak sabar nak jadi makcik dia."

Haura tersenyum.

"Itu semes..."

BAM!!!

Keretnya dirempuh kuat oleh sebuah Lori kecil. Pemandu Lori itu mabuk dan melanggar pembahagi jalan. Berputar kereta Haura keudara.

"Allah..."

Perutnya di genggam erat dengan kedua belah tangannya. Tubuh kecilnya terhentak kemana-mana. Cermin kereta pecah dan serpihannya terbang merata. Mencalarkan kulit mulus Haura.

"Ya Allah..."

Keretanya remuk menghimpit tubuh kecilnya. Kepalanya sakit bukan kepalang. Dia pandang kebawah. Terdapat pendarahan pada bahagian bawahnya. Sakit. Tak lama selepas itu, Haura pengsan.

Panggilan telefonnya masih berjalan. Sarah terkedu.

"Haura? Bunyi apa tu?"

Tiada sahutan.

"H, Haura? H, Haura!!! Kau dengar tak? Haura!!!"

•••

Arsyad masih fokus pada pemanduan. Tiba-tiba terdetik kerling ketepi. Aik? Laptopnya tertinggal. Segera dia buat pusingan U. Berpatah balik kearah hospital semula. Sesampai di sana, Arsyad parking pada tempat khasnya. Keluar kereta. Bunyi ambulance yang baru tiba di depan pintu kecemasan itu, dia tenung seketika.

"Unfortunate fate," gumamnya sendiri. Malas mahu ambil tahu, dia berjalan tenang masuk kedalam. Berjalan dengan penuh karisma.

"Dr. Arsyad!" Natasha yang sedang memegang kopi panas terus berlari anak ke arah Arsyad.

Terhenti langkahnya seketika.

"Kenapa patah balik?" soal Natasha. Tangannya menghulur kopi hitam pada Arsyad.

Arsyad hanya lirik ketepi.

"No thanks. Aku minum Cappuccino je," tolak Arsyad mentah-mentah. Dia atur jalan. Tapi belakang bajunya digenggam Natasha.

"Excuse me?" dia tenung tajam muka Natalia itu. Tangannya menepis kasar tangan Natasha.

BAM!!! Pintu kecemasan di tolak kasar. Wanita mengandung yang berada diatas katil roda itu di tolak beramai-ramai masuk kedalam ruang kecemasan. Ada seorang jururawat diatasnya sedang memberikan oksigen tambahan.

Mata Arsyad tertumpu pada wanita itu. Matanya hampir terbeliak. Haura? Laju kakinya menapak kearah mereka cuba meneliti wajah yang pernah dilihatnya. Haura, is that you?! Semakin laju kakinya ikut mengejar mereka. Tangan Arsyad menahan katil itu dari bergerak.

Matanya tertumpu pada wajah wanita itu. Wajah yang penuh darah dan tubuh yang penuh luka. Mata Arsyad terbeliak. Haura! Isteri Arsyad. Kamal yang sedang menyusung katil terkejut melihat Arsyad disebelahnya.

"Dr. Syad, calm down." bisik Kamal. Dia tahu Arsyad akan panik dan mula terbawa emosi apabila melihat keadaan isteri nya yang sedang kritikal ini.

"W-what happened?!" soal Arsyad kepada Kamal, rakan sekerjanya selaku doktor disitu juga. Kaki mereka laju menapak kearah bilik kecemasan.

"She's pregnant. Bleeding affected by crashing car accident!" kata Kamal.

Hampir gugur jantung Arsyad setelah mendengarkan itu. Segera dia tolak Kamal ketepi. Dia conquer katil dan tolak seorang diri. Akmal capai katil itu semula.

"Syad! Calm down, Syad! Control your emotions or everything will getting worse!"

"Hands off, Kamal. I'll handle her by myself."

"No Syad, ini bukan masa kerja kau!"

"Oh yeah? The schedule can go hell for all I care!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience