HPD || BAB 05

Romance Completed 246547

Wajah ibunya dia tatap lama. Tangan berkedut itu digenggam erat. Begitu kesyukuran dipanjatkan setelah mengetahui pembedahan ibunya berjaya.

"Ibu, bukalah mata. Ibu tak rindu Haura ke?" soal Haura perlahan. Genggamannya semakin erat. Dia bawa tangan ibunya pada permukaan pipi mulusnya.

"Kalau ibu nak tahu, Haura rindu ibu sangat-sangat. Opah pun rindukan ibu..." Tangan ibu itu dia kucup beberapa kali. Tidak puas. Dia mahu merasakan kehangatan dari tangan ibu. Dia rindukan belaian dan suara dari ibunya.

Bunyi ketukan pada pintu wad membuatkan tangisan Haura terhenti. Dia menoleh kearah pintu yang sudah dikuak itu.

"Aku nak periksa keadaan ibu kau sekejap. Tak apa kan?" sapa Arsyad dengan senyuman janggal. Mana taknya, ini buat pertama kalinya dia menyapa seorang gadis.

Haura tersenyum kearah Arsyad. Arsyad perasan, senyuman yang terpapar dibibir gadis itu cuma sekadar untuk menyembunyikan kesedihan.

"Tak apa, silalah..." Haura bangun dari kerusi dan mengalihkannya supaya memberikan doktor itu ruang untuk membuat pemeriksaan seketika. Dia senang melihat doktor dihadapannya ini. Doktor yang menyelamatkan ibunya. Dia sangat terhutang budi kepanya.

Arsyad menapak perlahan kearah Puan Nadia yang masih tidak sedarkan diri. Tiub yang disalur kehidung itu dia periksa seketika. Sebenarnya, niatnya kesini bukan untuk memeriksa pesakit dihadapannya ini.

Dia cuma mahu menjenguk anak kepada pesakitnya. Gadis yang sedang berdiri sedikit jauh di sebelahnya. Entah kenapa terasa seperti sudah menjumpai belahan jiwa.

Lagipun doktor yang bertugas untuk memeriksa puan Nadia adalah Qairina bukan dia. Cuma Arsyad jadikan alasan untuk memeriksa puan Nadia supaya dapat berjumpa dengan gadis pujaan hatinya.

Haura menjenguk sedikit untuk melihat cara Arsyad menguruskan ibunya.

Stetoskop diletakkan pada dada puan Nadia.

"Actually, your mom's heartbeat still weak but better than yesterday..." kata Arsyad sambil mendengar degupan jantung puan Nadia.

"Alhamdulillah..." Haura memanjatkan beribu kesyukuran. Kalau dia tidak berjumpa dengan doktor ini semalam. Entah sempat atau tidak ibu di selamatkan.

Arsyad berhenti memeriksa keadaan Puan Nadia. Dia toleh kearah Haura. Ehem. Yang buat dia makin geramnya sebab gadis itu rendah daripadanya. Jadi dia perlu menunduk sedikit setiap kali berhadapan dengannya.

"Terima kasih doktor sebab selamatkan ibu saya, kalau tiada doktor...tak tahulah apa yang akan jadi pada ibu saya..." kata Haura sambil menggenggam tangan puan Nadia.

"Memang kerja aku selamatkan orang. Tak perlu berterima kasih." Arsyad sembunyi senyum sambil memandang kearah Haura. Gadis itu tampak betul-betul risau dengan keadaan ibunya. Gadis itu nampak sangat penyayang. Entah kenapa semakin lama dia memerhati gadis itu, semakin laju jantungnya berdegup. Serasa mahu pecah!

"Dah lebih 9 jam aku perasan kau duduk sebelah mak kau..." ucap Arsyad cuba memecahkan kesunyian.

Haura yang dari tadi sedang termenung memandang wajah ibunya, tersentak seketika. Dia menoleh kearah doktor itu dan mendongak keatas sedikit. Sedikit tak sedikit, lenguh jugalah tengkuk dibuatnya.

"Maaf, apa awak cakap tadi?" soal Haura yang sudah tergaru kepala. Iyalah, dari tadi dia cuma risau memikirkan keadaan ibunya sahaja. Tak perasan pula doktor dihadapannya mahu ajak berbual.

Arsyad juga ikut garu kepala. Dia sudah lah seorang yang janggal kalau bercakap dengan lawan jenis. Nak nak kena ulang semula pula. Fuh, lepas ke tak ni nak mengorat anak dara orang? Ehem.

"Tak, dari tadi aku perasan kau duduk sebelah katil mak kau je. Dah berjam-jam. Kau...kau dah makan?" soal Arsyad yang masih sedaya upaya mengekalkan nada dinginnya. Tak mahu lah nampak sangat caring nya. Kena jual mahal sikit. Ceh!

Haura cuma senyum nipis. Makan? Dia tidak ada selera untuk makan ketika ini. Lebih-lebih lagi bila memikirkan keadaan kesihatan ibunya yang semakin merosot. Semua salah ayahnya, hidup segan mati tak mahu.

Kerjanya tahu menambah beban pada bahu keluarga sahaja. Sudahlah kaki pukul, kaki botol, sekali geran tanah rumah mereka ayahnya gadai. Terpaksalah menembokkan wajah menumpang di rumah opah dari kecil sehingga kini. Nasib baik opah baik orangnya. Sanggup terima kami sekeluarga.

Akhirnya, ayahnya diberkas jua. Ingatkan malangnya sudah hilang rupanya semakin menjadi-jadi. Orang kampung menggelar Haura sebagai anak banduan. Biasalah, mulut orang tak mampu untuk kita kawal. Mereka tak mahu terima Haura sebagai pekerja mereka. Terpaksalah dia merantau dikota. Bekerja sebagai pelayan kafe disana.

"Saya kenyang lagi sebenarnya..." nafi Haura. Padahal, perut sahajalah yang tahu betapa meriahnya angin berkocok di dalamnya. Lapar. Tapi tiada selera untuk makan.

"Kenyang makan apa? Makan angin?" soal Arsyad langsung tidak bertapis. Biasalah, memang mulutnya kasar begini. Haura pula sudah tersengih. Tahu-tahu pula doktor ni perutnya sudah masuk angin.

"Kau tahu tak, manusia kena makan tepat pada waktu. Sarapan, antara jam 6 pagi hingga 9.45 pagi. Makan tengah hari sebelum pukul 3 petang. Last but not list, makan malam sebelum jam 7 malam." Arsyad sudah mula membuka sesi taklimat kesihatan.

"Dan sekarang kau dah skip dua waktu makan, iaitu breakfast and lunch. Am I right?" soal Arsyad.

Haura angguk kepala teragak-agak.

"Macam mana awak tahu?" soal Haura. Peliklah, tahu pula doktor ni yang dia sudah skip makan dia waktu.

"Aaaa..." Arsyad sembunyi tangan dalam poket. Pandang kearah lain. Tak akan dia perlu bagitahu yang dia perhati gadis comel ini sejak tadi?

"Aaaa?" Haura soal semula untuk dapatkan jawapan.

"Aaaaa, never mind." Arsyad menghulur plastik merah kepada Haura.

Haura pula memandang Arsyad kebingungan.

"Apa ni?" soalnya sambil menyambut huluran. Kalau dia menolak apa pula kata doktor dihadapannya nanti. Tangannya membuka plastik itu. Rasa terkejut juga bila nampak bekal makanan di dalamnya.

"Makanlah, aku pergi kafe tadi. Alang-alang tu, aku belikan untuk kau sekali..." selamba sahaja Arsyad berkata. Matanya melilau tengok tempat lain. Mahu membalas pandangan gadis comel loteh di sebelahnya ini, terasa malu lah pula. Ecewah!

Haura hulur semula pada Arsyad.

"Tak perlu susah-susah doktor..." tolak Haura. Segan pula bila dibelanja begini. Bukan apa, sudahlah mereka tidak saling mengenal. Doktor ini jugalah yang selamatkan ibunya, pasti nanti semakin banyak terhutang budi.

Arsyad pandang Haura dengan dingin.

"Take it, hun..." katanya sambil menolak semula plastik itu kepada Haura. Dia mahu gadis itu ambil. Kenapalah susah sangat nak mengorat gadis dihadapannya ini? Haih...

Haura jeda.

"Tapi-"

"No excuse..." cantas Arsyad. Dia ambil plastik merah itu dan keluarkan bekal dari situ. Bekal itu kemudiannya diletakkan diatas meja kecil sebelah sofa yang berada didalam wad.

"Here we go...come makan," pelawa Arsyad dengan senyuman nipis. Dia menghenyak punggung pada sofa.

Haura pun mahu tidak mahu terpaksalah terima pelawaan. Kalau tolak terasa hati pula doktor sedingin ais kering ini.

Punggungnya dihenyak atas sofa juga, bersebelahan dengan Arsyad tapi masih berada didalam jarak yang selamat. Tak terlalu rapat dan tak terlalu jauh.

Sebaik sahaja bekal itu dibuka, dia nampak lemak masak udang. Baunya sangat menaikkan selera tetapi Arsyad nampak Haura terdiam seketika.

"Why?" soalnya. Sehabis baik dia cuba meneliti riak wajah gadis itu.

Haura berdehem perlahan.

"Saya...sebenarnya...ada alahan dengan seafood..." jawab Haura sedikit gugup. Berharap jawpannya tidak akan menyinggung perasaan doktor ini.

Arsyad terkejut. Segera bekal itu dia ambil dan letak dalam plastik semula.

"I'm so sorry, I didn't mean t-"

"Tak apa doktor..." jawab Haura sebelum sempat Arsyad menghabiskan permintaan maafnya.

Arsyad mengeluh perlahan. Niatnya mahu memberikan makanan kepada gadis itu supaya menjadi alas perut tetapi lain pula jadinya. Tiba-tiba Arsyad mendapat idea.

Dia pandang Haura. "Can you wait here for a minutes?" soalnya sedikit teragak-agak.

Haura pun angguk sahajalah kepala. Mungkin doktor itu ada urusan penting. Tidak mahulah dia mengganggu. "Boleh je..." jawabnya dengan senyuman manis.

Arsyad pun apa lagi. Dia keluar dari wad dengan membawa plastik bekalan makanan itu. Haih, malu jugalah bila tersilap beli.

"Hai dr.Arsyad!" tegur Natasha selaku jururawat yang menjaga kaunter dari jauh. Dia dengan beberapa jururawat yang lain melambaikan tangan dan tersenyum kearahnya.

Arsyad hanya angguk kepala. Dia berjalan kearah kaunter itu dan letak dihadapan Natasha.

"Take it," kata Arsyad sebelum pergi dari situ. Nak buang membazir pula. Lebih baik dia bagi orang.

Lutut Natasha pula sudah menggigil lemah. Doktor Arsyad beri dia makanan?! Mahu tak menjerit jururawat yang lain kerana cemburu.

"Oh my, Nat! How luck!" teriak Alya sambil memeluk Natasha yang masih lagi terkaku membeku kerana tidak percaya bahawa doktor hot itu memberinya makanan.

"Fuh, kalau aku jadi kau memang tak tidur tiga malam wei! Gembira gila nak mati!" Geena ketawa bersama jururawat yang lain. Bukan senang Arsyad belanja jururawat disini. Siapa yang bertuah je yang merasa!

"Untungnya kau Nat!" jururawat yang lain hanya mampu menggigit kuku ajelah melihat Natasha melahap makanan pemberian Arsyad dihadapan mereka dengan bangganya.

•••

Sementara menunggu doktor tadi datang semula, Haura mendapat panggilan dari Sarah.

"Assalamualaikum Haura! Macam mana keadaan ibu kau? Okay?"

Haura tersenyum sedikit sebaik sahaja mendengar suara kawan baiknya ini. Sarah adalah rakan sekerjanya di kafe, tetapi Sarah tidak pernah culas dalam mengambil berat tentang Haura. Selama tiga tahun mereka bekerja disitu Sarah juga yang banyak membantu Haura.

"Waalaikumsalam, alhamdulillah. Pembedahan berjaya, ibu pun nampak lebih baik dari hari lepas. Adalah peningkatan..." jawab Haura sambil menggenggam tangan puan Nadia. Dia cuma berharap, dapat berbual semula dengan ibunya seperti dahulu kala. Dapat gelak ketawa dan berkongsi cerita. Tipulah tidak sebak melihat ibunya berada dalam keadaan sebegini. Koma.

"Sorry tau tak dapat nak teman kau kesana, banyak kerja dekat kafe ni. Nak cuti bos pula tak bagi..."

"Tak apalah Sarah, kau jangan risau. Fokus kerja dekat sana tau..."

Sarah ketawa kecil. Dia kenal Haura macam mana. Sejenis kawan yang takut membebankan orang. Haura tak suka kalau kawan atau orang lain membantu, nanti mulalah rasa terhutang budi.

"Kau ni kan Haura, memanglah aku risau! Kau tu kan kawan baik aku, mak kau, mak aku juga!"

Haura ikut ketawa kecil.

"Yelah..." Kalau dengan Sarah, Haura memang banyak mengalah.

"Kau terserempak dengan boyfriend aku tak kat sana?" soal Sarah dengan tawanya yang terlepas.

"Siapa? Kamal ke?" soal Haura.

"Iyalah, siapa lagi..."

Haura ketawa kecil. Iya juga, boleh pula dia terlupa.

"Tak ada pula, nanti kalau aku terserempak dengan dia aku bagitahu kau." kata Haura dengan senyuman melebar. Risau boyfriend hilanglah tu, si Sarah ni.

"Eh, aku end call dulu. Pelanggan makin ramai ni."

"Okay bye, take care dekat sana. Esok aku datang kerja."

"Okay bye, Haura. Muah." Panggilan terus di matikan.

Haura lepaskan keluhan perlahan. Bila teringat doktor lelaki tadi, terasa berdebar pula jantungnya. Iyalah, mana pernah dia berjumpa dengan lelaki yang caring tentang dia sebelum ini.

Tapi senyumannya memudar semula.

Mungkin lelaki tu caring sebab dia doktor. Doktor memang sifatnya ambil berat dengan orang ramai, bukan? Ah, pasti saja! Haura tayang muka cemberut.

Bila dengar pintu wad dikuak, segera Haura menoleh kebelakang. Dia nampak doktor tadi masuk dengan membawa plastik bewarna oren pula. Siap dengan air kotak susu Dutch Lady.

"Sorry lambat, aku belikan ayam goreng untuk kau." kata Arsyad sambil menghenyak punggung diatas sofa semula.

Haura tersentak. Sanggup doktor itu belikan ayam goreng pula sebab dia tak boleh makan seafood?

"Kenapa awak beli yang baru? Saya boleh je makan seafood tadi, cuma gatal-gatal sikit jelah nanti." soal Haura. Dia duduk sebelah Arsyad semula.

Arsyad angkat bahu.

"Sebab aku yang nak..." jawabnya selamba. Tangannya keluarkan telefon dari poket. Tatal skrin supaya dapat hilangkan rasa gugup.

"Tak perlu lah sus-"

"Tak susah pun. Duit aku ni nanti jadi duit kau juga..." Sengaja dia berikan hint kepada gadis itu. Dia bertekad. Dia mahu dapatkan gadis ini. Dia mahu.

Haura terdiam. Terharu? Itu semestinya tetapi dia tidak suka menyusahkan orang. Rasa terhutang budi.

"Terima kasih doktor..." Mahu tak mahu dia ambil sahajalah. Buka bekal. Ada nasi kosong, ayam goreng dan sambal. Alhamdulillah. Semua makanan yang boleh dia makan.

Arsyad hanya angguk kepala.

"No need..." Dia kemudiannya bangun dan bertanya, "By the way, esok kau ada lagi disini?" Arsyad perlu tahu, kalau gadis ini datang lagi esok dia mahu berjumpa.

"Ada, tapi lambat sikit sebab saya dah mula masuk kerja esok..."

Arsyad angguk kepala. Dalam hatinya berkata, yes! Eceh.

"I had to go, ada benda lain nak kena urus." kata Arsyad sebelum keluar dari situ. Bukan melebar lagi senyumannya bila terkenangkan gadis itu. Si gadis berbaju kurung dengan lesung pipit yang menawan di pipi.

"Ha! Senyum sorang-sorang dah ada awek lah tu!" sapa Kamal dari tepi. Dia pun baru keluar dari wad pesakit dia. Jadi alang-alang dah terserempak tu, boleh lah dia cari pasal.

Senyuman Arsyad memudar. Kacau line betul! Nasib member sendiri kalau tak memang dah kena maki dengan aku.

"Mana ada aku senyum, kau buta kot..." kata Arsyad sambil masukkan tangan dalam poket.

"Tak payah nak membongak, tadi aku nampak kau berborak dengan sorang perempuan. Bukan main eh, taste kau. Gadis ayu, lesung pipit di pipi..." usik Kamal lagi. Suka betul bila dapat mengenakan Arsyad. Lagi-lagi bila member dia tarik muka. Fuh! Satu kemenangan.

"Sembang pasal sakit mak dia je pun."

Kamal ketawa. Tangannya memaut bahu Arsyad.

"Jepun tak jepun. Aku tahu kau ada hati dengan dia kan? Kan? Kan? Eleh..." usik nya lagi. Arsyad pula pandang Kamal tak puas hati. Kalau boleh hempuk, dah lama dia hempuk si Kamal ni sampai penyek.

"Dr.Syad!" suara Qairina menyapa dari arah belakang mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience