HPD || BAB 06

Romance Completed 246547

"Dr Arsyad, wait!"

Langkah Qairina semakin laju untuk mengejar langkah Arsyad yang sudah jauh kehadapan.

"Syad, aku rasa ada orang panggil nama kau. Kau tak dengar ke?" Kamal menyiku lengan Arsyad sambil berjalan bersebelahan dengannya.

Arsyad selamba menapak lebih jauh. Malas mahu berhadapan dengan Qairina. Dia tahu, niat Qairina untuk berjumpa dengannya kali ini mesti kerana kes tentang pengurusan pembedahan puan Nadia.

Arsyad jungkit bahu sebelum menjawab pertanyaan Kamal.

"Nyamuk barangkali."

Kamal pula sudah tergaru kepala dengan jawapan Arsyad.

"Doktor Arsyad! I bet, we need to talk!" Kali ini Qairina berjaya mengejar langkah Arsyad. Tangannya meraih kot putih itu dari belakang.

Arsyad menarik nafas dalam-dalam ketika kot putihnya digenggam dari belakang. Langkahnya terhenti kerana itu juga.

Bahangnya pandangan Arsyad ketika memandang tajam kearah Qairina dapat Kamal rasakan sebaik sahaja Arsyad membalikkan tubuhnya menghadap Qairina. Tangan kekar itu menepis tangan gadis itu dengan kasar.

Qairina angkat kedua belah tangan. Menyerah.

"Look, sorry. I panggil you dari tadi tapi you tak dengar..." kata Qairina sebelum menurunkan tangannya kebawah semula.

Kot putihnya dirapikan sambil memandang tajam kearah Qairina.

"Never mind." Dua patah sahaja Arsyad memberi jawapan.

"Apa yang kau nak cakap? Just a minute. Aku tak ada masa nak open table tengahari macam ni."

Qairina berdehem seketika sebelum menyatakan hasratnya.

"About Mrs. Nadia's surgery-"

"Kau tak puas hati apa lagi dengan pembedahan tu?" cantas Arsyad serta merta sebelum Qairina sempat menamatkan rangkapnya.

Qairina mengecilkan matanya. Amboi! Sombong sungguh doktor ni!

"You know, apa yang you buat tadi memang melampau tau doktor Arsyad. You dah cantas kerja I. Tugas I," kata Qairina dengan kegeraman.

Arsyad menyilang tangan.

"So aku cantas kerja kau lah ni?"

Qairina angguk kepala dengan laju.

"Yes you're!" Buku limanya di genggam kuat.

Arsyad pandang kearah Kamal.

"Better kau pergi tempat lain dulu, aku nak cuci otak kolot perempuan ni kejap."

Kamal ketawa gugup. Okay. Sorry Qairina aku tak dapat tolong. Bendera putih awal-awal lagi Kamal sudah angkat. Tak mahu ikut campur woi!

"Chill okay?" pesan Kamal pada Arsyad sebelum beredar dari situ.

Arsyad silang tangan sebaik sahaja pandangannya tertumpu pada Qairina semula.

"I ask you one more time, aku cantas kerja kau? Am I?" soalnya dengan nada lebih dingin.

"Yes, you're doctor Arsyad Taqqi Mohammed!"

Kepala Arsyad disengetkan sedikit.

"So now my turn untuk tanya kau, kerja kau buat apa?"

Qairina mendengus kegeraman.

"Of course selamatkan nyawa orang." Naik geram pula dengan Arsyad ni. Bukan reti minta maaf!

"So, kerja aku?"

Qairina jeda.

"Selamatkan orang jugalah."

Arsyad ketawa halus.

"So you have my point." Lepas tu, dia terus berlalu pergi.

"Not even apologize? Oh my, so rude!" Qairina mengetap gigi kegeraman. Haraplah tak bekerja satu bilik bedah dengan lelaki ini lagi. Buat sakit kepala aje nanti!

•••

Usai membaca tahiyatul akhir, Fawaz menoleh kearah kanan sebelum melafazkan "Assalamualaikum warahmatullah. Assalamualaikum warahmatullah..." Wajahnya disapu dengan telapak tangan.

Kedua belah telapak tangannya kemudian di angkat keatas untuk membaca doa.

Tiba-tiba bunyi pinggan terhempas dari arah dapur membuatkan bacaan doa Fawaz tergendala.

"Opah?" Dia bangun dari duduk pada sejadah. Kemudian, Fawaz mula melangkah masuk kedalam dapur.

Setelah melangkah masuk kesana, Fawaz melihat opah sedang berlutut dan mengutip pinggan mangkuk plastik yang berada diatas lantai.

"Ya Allah, opah..." Fawaz segera datang kearah opah dan ikut berlutut. Pinggan mangkuk yang berada ditangan opah, Fawaz ambil dengan lembut.

"Opah macam mana boleh jatuh pinggan mangkuk ni?" soal Fawaz dengan penuh kerisauan.

"Opah nak susun pinggan mangkuk ni ha lepas basuh sampai bersih. Lepastu tiba-tiba tergelincir dari tangan opah..." adu opah dengan tawa kecilnya.

"Kan Fawaz dah banyak kali beritahu opah, kerja rumah semua biar Fawaz yang urus. Apa guna adanya Fawaz disini?" Mulalah si Fawaz ini mahu membebel.

Walaupun opah bukan nenek kandung Fawaz, Fawaz sudah menganggap opah sebagai itu. Sayangnya dia terhadap opah sama seperti sayangnya Haura terhadap opah.

Fawaz adalah jiran sekampung dengan Haura. Sejak kecil, Haura dan Fawaz selalu bermain bersama. Bila sudah meningkat remaja, Fawaz sudah terbiasa berada dirumah opah. Jagakan opah sewaktu Haura bekerja di kota.

Sehingga sekarang hubungan mereka rapat seperti adik beradik. Bergaduh? Pun banyak juga!

Opah tersenyum sewaktu mendengarkan bebelan Fawaz. Bukan opah tidak kenal dengan perangai Fawaz, pantang nampak opah buat kerja sikit mesti dia membebel panjang. Takut itu lah, takut ini lah. Opah sebagai orang tua mesti rasa rindu untuk membuat kerja rumah seperti dahulu kala.

"Tadikan kamu tengah solat, alang-alang pinggan mangkuk penuh dekat singki. Opah tolonglah basuh kan..." jawap opah lagi.

Fawaz hanya tersenyum dan geleng kepala. Opah ni panjang saja akalnya. Kalau memang sudah berdegil untuk membuat kerja rumah pasti banyak saja alasannya.

Pinggan mangkuk tadi Fawaz letak diatas meja.

"Ni opah boleh bangun balik ke tidak ni? Tercangkung aje dekat atas lantai tu." sakat Fawaz dengan tawa sambil menghulur tangan.

"Kamu ni, tahu-tahu je lutut opah ni tak boleh bangun sendiri..." jawab opah. Kemudian, tangannya menyambut huluran Fawaz.

"Opah...opah...Fawaz ni kenal opah bukan sehari dia tau? Dah bertahun-tahun. Kalau opah nak minta Fawaz listkan apa lagi yang Fawaz tahu tentang opah? Hum, kacang!" Punyalah bangganya si Fawaz. Sakan mereka berdua membalas tawa masing-masing.

"Assalamualaikum..." Haura ikut tersenyum sebaik sahaja masuk ke rumah opah melalui pintu belakang.

"Waalaikumsalam, Haura. Dah balik?" soal Fawaz sambil memapah opah ke meja makan.

Haura angguk kepala kemudian menutup daun pintu sebelum berjalan kearah opah dan bersalaman. Lepas itu, Haura toleh kearah Fawaz yang sedang menyusun pinggan.

"Dah abang..." jawab Haura sambil mengurut-ngurut lengan opah.

Opah masih lagi ketawa kecil bersama Fawaz. Bukan main ligat mereka berdua.

"Amboi, apa yang suka sangat ni opah? Hem? Mengumpat pasal Haura dengan abang Fawaz eh?" sangkal Haura dengan muka cemberut. Ah! Haura bukan boleh kalau Fawaz lebih. Pasti saja dia cemburu! Hahaha. Cucu kesayanganlah katakan.

Fawaz melapkan tangan pada kain tuala kecil.

"Iyalah, nak mengumpat siapa lagi? Mestilah kami mengumpat tentang Haura. Budak cengeng!" sakat Fawaz berselang tawanya. Opah kalau bab Fawaz mengenakan Haura, laju sahaja dia menjadi backup Fawaz. Suka betul buat Haura sakit hati.

"Ish!" Haura mencebik. Dia yang menebak dia pula yang kepanasan.

"Tak adalah, opah kena membebel dengan Fawaz tadi sebab basuh pinggan." adu opah sambil tangannya mengambil plastik roti bun cokelat.

"Iya?" Pandangan Haura tertumpu pada Fawaz.

"Iya, penat saya bebel dekat opah. Bukan nya nak dengar. Kalau opah jatuh siapa yang susah s-"

"Abang juga yang susah kan? Kan?" cantas Haura dengan gelak tawanya. Dia turut serta duduk bersebelahan dengan opah.

"Pandai pun...opah ni bukan nya kuat. Kalau tergelincir apa semua, satu hal pula nak kena bawa pergi hospital. Opah nak kena cucuk cucuk dengan jarum?" Sengaja Fawaz mahu menakut-nakutkan opah.

"Mana mahu..." jawab opah dengan cebikan. Fawaz kalau tidak membebel, memang tidak sah.

Haura kemudiannya memandang opah. Jug berisi air kosong dituang dalam cawan.

"Lepas makan roti, opah makan ubat tau?" Pesan Haura dengan senyuman manis.

Lepastu, Haura bangun dan pergi kearah kabinet. Terjengket kakinya untuk mencari sesuatu.

"Cari apa tu Haura?" soal opah.

"Cari bahan nak buat cupcake..." jawab Haura dengan kaki yang terjengket-jengket sambil meninjau kedalam kabinet.

Fawaz geleng kepala. Dia pun pergi kearah kabinet dan ambil kan bahan-bahan yang Haura selalu guna ketika membuat cupcake.

"Buat apa? Bukan selalunya awak jual cupcake setiap hujung minggu je ke? Esokkan hari isnin..." Fawaz menunduk ketika bertanya. Haura cuma tersenyum ketika melihat bahan-bahan yang sudah tersedia di para dapur.

"Nak bagi someone..." jawab Haura perlahan.

"Someone?" Terkejut jugalah Fawaz dibuatnya.

"Siapa? Jangan cakap awak ada pakwe..." tebak Fawaz dengan matanya yang mengecil. Bila pula si Haura ni pandai mengorat lelaki. Setahu nya Haura memang fokus dengan pekerjaannya sahaja untuk cari pendapatan.

Haura mencebik.

"Ish, mana ada. Haura nak bagi dekat doktor yang bantu bedah ibu..." Jawab Haura sambil menuang tepung gandum kedalam mangkuk kaca.

"Oh, lupa nak tanya. Macam mana keadaan ibu?" Fawaz bertanya. Tangannya menarik kerusi dihadapan Haura dan menghenyak punggung disitu.

Soalan Fawaz membuatkan senyuman Haura sedikit memudar.

"Macam biasalah, belum sedar lagi. Tapi Haura bersyukur sangat sebab pembedahan berjalan dengan lancar..." jawabnya sarat dengan nada kerisauan.

"Insyaallah boleh tu, Haura doalah banyak-banyak untuk kesembuhan ibu..." Pesan opah sambil tangannya mencicah roti bun coklat kedalam air kosong.

"Abang macam mana? Tak pergi bendang hari ni?" soal Haura dengan senyuman. Tak mahu berpanjangan sedih dengan topik kesihatan ibu. Baik dia bincangkan topik lain sebelum air matanya deras turun.

Fawaz menyilang kaki.

"Hari ni saya ambil cuti..."

"Ambil cuti? Lagi?"

Fawaz angguk kepala.

"Pagi tadikan awak call saya, minta tengokkan opah. Tak sampai hatilah pula nak tinggalkan opah sorang-sorang..."

"Abang ni, risau je memanjang. Kalau fikirkan opah aje bilanya kerja dekat bendang tu nak siap?" soal Haura. Dia ketawa. Senang hati dengan budinya Fawaz. Dari kecil memang Fawaz banyak membantu opah. Sampai rasa macam tengah bercakap dengan abang kandung sendiri.

Fawaz ikut ketawa.

"Kerja bendang tu sampai bila tak habis awak. Opah ni lebih penting. Apa jadi saya yang susah hati. Kalau pergi bendang pun fikiran saya ni tak tenang tau fikir tentang opah..."

"Ceh! Kahwin je lah dengan opah Haura kalau macam tu!" sakat Haura dengan bibir muncung sedepa. Mulalah tu, cemburu lagi.

"Cemburu je kerja budak cengeng ni. Bukannya saya nak culik opah awak pun." Fawaz saja menambah minyak pada bara api. Surat khabar lama diatas meja itu dia tonyoh manja pada bahu Haura supaya buat Haura menyampah. Comel bukan main bila wajah gadis itu cemberut!

Opah tersenyum melihat Haura dan Fawaz yang sedang galak menyakat antara satu sama lain.

"Yelah tu!" cebik Haura lagi. Tak puas hati betul.

"Opah mana boleh kahwin dengan Fawaz. Opah ni dah tua Haura oiii...apa kehenya? Melainkan kalau Haura dengan Fawaz. Baru sedondon macam pinang dibelah dua..." Tersembur gelak opah dengan jenakanya sendiri.

"Eyy! Apa ni opah? Dengan abang?" soal Haura dengan muka menyampah. Siap tunding jadi pada muka Fawaz.

Fawaz silang tangan.

"Aaminkan jelah doa opah tu awak. Kalau dah kahwin senang, boleh jagakan opah sama-sama..." sakat Fawaz lagi. Suka betul bila tengok wajah tak puas hati Haura.

"Tak nak lah Haura aaminkan! Eeey, kalau dengan orang lain tak apa lagi. Dengan abang? No, gelilah...Haura ni dah sayang abang macam abang Haura sendiri tau." Tangannya bersilang tunjuk tanda protes.

"Jangan tak suka sangat nanti jadi kenyataan, kan Fawaz?" Opah pun turut serta menyakat Haura bersama Fawaz. Ah! Dua orang ini kalau sudah bergabung memang tercengang ajelah Haura dibuatnya. Ada saja idea menyakitkan hati. Hem!

"Dah lah, ni abang bila nak balik rumah sendiri? Tak ada rumah sendiri dah ke? Sibuk aje duduk dekat rumah ni." cebik Haura. Siap dia hadiahkan jelingan maut.

"Eh, dah pandai main halau halau saya sekarang..." Selamba Fawaz merosakkan awning tudung bawal Haura.

"Ish! Pergi balik!" Haura geram dia tarik baju Fawaz dan tolak keluar dari pintu belakang yang berada di bahagian dapur.

Fawaz pun ketawa tak henti dengan latah Haura.

"Okay, fine. Saya balik, jagakan opah baik-baik ya budak cengeng?" Sekali lagi Fawaz meramas awning tudung Haura sebelum memecut pergi dari situ dengan senyuman bangga.

"Abang!" Haura menghentak-hentak kaki ke lantai kerana kegeraman.

•••

"Haura! Ya Allah anak dara ni tak bangun lagi?" Opah geleng kepala sambil cekak pinggang. Sudahlah sudah pukul 7 pagi. Solat subuh pun belum lagi. Dia tarik selimut Haura dan letak ketepi. Si Haura ni bangun lambat mesti sebab lambat tidur malam tadi. Yelah, puas opah suruh dia masuk tidur dulu sementara opah tunggu cupcake siap masak. Tapi Haura berkeras. Katanya, dia nak juga teman opah. Nak hias cupcake tu sendiri. Tak bagi tangan opahnya yang hiaskan. Ehem. Yelah, untuk doktor handsome kan? Eceh!

"Haura, bangun sayang. Nanti waktu subuh habis. Bersiap nak ke kerja pun belum lagi," bebel opah.

Haura merengek. Dia sepak-sepak katil dengan perlahan. Tunjuk protes apabila tidur lenanya diganggu oleh opah. Alahai aku geget Haura ni karang! Hahaha. Lepastu, opah tepuk punggung Haura.

"Haura Damia, bangun! Nanti opah campak kamu ke kubur kampung sebelah baru kamu tahu!" sakat opah. Dengar sahaja perkataan kubur sebelah Haura ketawa dengan muka mengantuknya. Mata masih berat untuk buka. Mampu buka separuh je masa dia tengok muka opah. Muka opah berseri bila pakai telekung warna putih.

"Opah, opah ingat Haura budak kecil lagi ke? Haura dah tak takutlah dengan ugutan opah tu..." tawa Haura lagi. Dia jelir lidah sengaja mahu mengusik opah nya. Opah pula tergeleng kepala bila dengar jawapan dari dia. Mungkin dia dah penat nak layan cucu yang degil dan manja macam Haura ni?

"Oh tak takut ya? Kalau macam tu, opah tukar strategi." tambah opah sabil sapu dagunya. Dia senyum jahat. Tapi jujur, nampak makin comel adalah! Dengan pipi londehnya. Hahaha.

Haura jelir lidah lagi.

"Tukar lah...tak takut...bwuelkkk..." sakat Haura. Dia ambil selimut dan selubung tubuh kecilnya semula. Kerja Haura memang suka bergaduh dengan opah. Tak ada kerja lain dah. Tulah, siapa suruh opah comel sangat! Kan dah kena buli dengan cucu sendiri.

"Oh tak takut eh, kalau macam gitu. Opah akan kahwin kan Haura dengan Fawaz. Takut tak?" terangkat-angkat kening opah mahu kena kan Haura.

"Kahwin dengan abang?!!!" Terbeliak terus biji matanya. Dia duduk dan hentak kaki pada katil.

"Mana aci, bencilah...Opah ingat zaman tok kadok ke main kahwin paksa?" rungut Haura. Muncung sedepa bibirnya kerana merajuk.

"Eleh, benci konon. Dulu kamu pernah paksa Fawaz main kahwin-kahwin dekat pondok depan rumah kita dulu. Tak akan kamu dah lupa kot? Opah ni yang dah tua kerepot pun ingat lagi tau..." usik opah.

Terus naik merah pipi putih mulus Haura. Dia bangun. Hentak kaki pada lantai kayu. Ambil tuala yang tersangkut elok dalam almari.

"Opah ni! Terus hilang mood Haura nak sambung tidur." rungut Haura. Memang terkekek lah opah bila tengok muka itik cucu kesayangannya itu.

"Memang itulah misi opah..." Opah bangun dan berjalan menuju ke pintu. Sebelum dia keluar, dia toleh kearah Haura.

"Haura, lepas mandi...solat subuh. Jangan lewatkan solat. Nanti habis waktu." nasihatnya dengan lembut.

Haura angkat satu tangan letak pada dahi. Berdiri tegak. Kepala mendongak.

"Haip, haip, captain!" kata Haura dengan bibir muncung nya.

Opah ketawa lagi melihat telatah Haura. Comel ya Allah.

"Lagi satu..."

Haura kerut dahi bila nampak muka opah yang tiba-tiba berubah menjadi serious.

"Kenapa opah?"

Opah pegang tombol pintu.

"Opah tak berapa berkenanlah kamu dengan..."

Belum habis cakap lagi Haura dah tahu. Haura mengeluh. Dia terus lari peluk tubuh opah. Cium pipi londeh itu.

"Opah jangan risau, Haura tak suka dia pun. Cuma nak balas budi je..." pujuk Haura. Dia pandang muka opah untuk tengok reaksinya. Nampak muka opah risau. Sejak opah dapat tahu yang lelaki itu seorang doktor semalam, opah jadi tak ada mood. Muka serious aje. Haura pula yang tak sedap hati.

"Opah cuma nak Haura beringat...taraf kita...dengan taraf mereka memang jauh beza. Macam langit dan bumi." nasihat opah. Nampak kerisauan yang tertaut dia wajahnya. Haura angguk kepala. Dia cium pipi opah lagi.

"Ya, Haura pun tak kenal dia. Opah jangan risau okay?"

"Okay. Ha, lagi satu. Opah dah masukkan cupcake kamu dalam kotak. Ada atas meja makan. Jangan lupa ambil. Nanti tertinggal, menangis pun tak guna..." kata opah dengan senyuman manisnya.

"Baik opah, terima kasih ingatkan..."

Opah hanya angguk kepala. Lepastu, opah keluar dari bilik. Haura pula mengeluh perlahan. Entah kenapa, bila cakap tentang doktor tu...hati Haura rasa teruja. Ada juga rasa menyampah sebab lelaki tu macam poyo sikit. Ehem! Haura, sedar Haura!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience