HPD || BAB 17

Romance Completed 246547

Keesokannya, sebaik sahaja Arsyad terjaga dari lena disofa dalam wad. Perkara pertama yang dia lakukan adalah mengucup dahi Irsyad. Tengkuknya terasa lenguh tetapi dia abaikan dahulu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Irsyad.

Irsyad nampaknya sudah berjaga awal darinya. Matanya terlihat segar ketika memandang kearah Arsyad. Bibirnya pula bermain dengan buih air liurnya sendiri. Terkoyak jua senyuman Arsyad melihatkan kecomelan anaknya diawal pagi.

Buat seketika, dia menoleh keakatil. Terlihat Haura masih didalam lenanya. Arsyad kemudiannya cium pipinya pula sebelum mendukung Irsyad untuk memandikannya di singki tandas.

Sepanjang memandikan Irsyad, bibir Irsyad begitu asyik mengeluarkan suaranya. Mahu berbual dengan ayahnya tetapi masih tidak petah berbicara.

"What do you say little boy?" soalnya ketika menyiram air suam pada rambut halus Irsyad.

"Ayah...say ayah..." Irsyad membuka mulut dan menutup mulutnya.

"Nya..nnaaa..." bicaranya masih tidak dapat difahami tetapi seakan mengulang kembali perkataan ayah yang dipinta.

Setelah memandikan Irsyad, Arsyad pergi kearah Geena iaitu jururawat yang sedang menukarkan jarum baharu ditangan Haura. Lengan kemejanya dibiar terlipat sehingga ke siku.

"Any update?" soalnya kepada Geena sambil meletakkan belakang telapak tangan pada dahi Haura. Suhunya lebih panas dibanding semalam. Keluhannya terlepas beberapa kali.

Geena menoleh kearah Arsyad.

"Kesan alahannya agak teruk doktor, saluran pernafannya membengkak dan suhu badan meningkat." Geena menembak digital infrared thermometer pada dahi Haura.

Dia melihat pada thermometer tersebut dan membacanya. "Semalam suhu badannya 37 tapi sekarang sudah cecah 39 darjah celcious." Kemudian Geena memandang Arsyad untuk melihat reaksi dan menunggu arahan.

"Have you checked the patient's vital signs? Blood pressure, pulse and breathing rate?" soal Arsyad dengan wajah penuh kerisauan.

Geena angguk kepala dan beri maklumat yang sudah dia catat tadi. Arsyad terus membacanya, kemudian dia angguk kepala.

"The breathing rate is slower than usual, the blood pressure is normal and the pulse is also weak." Arsyad mengeluh panjang. "Bukan satu petanda yang baik." Tangannya memulangkan kembali rekod kepada tangan Geena.

"For the insert branula, aku nak kau tambah satu lagi kantung lepas habis yang satu ni. Then, buat vigital sign every hours. Untuk sponging biar aku yang urus." Arsyad memberi arahan dengan wajah serious.

"Baik doktor Arsyad. Saya akan ambilkan kain basahan dan besen kecil untuk persiapan sponging."

Geena segera keluar dari wad. Arsyad meraup wajanhya sebelum memandang kearah Haura yang masih dalam lenanya. Arsyad perlahan-lahan mendudukkan Haura dan menyandarkan dia pada dadanya. Kemudian, getah rambut yang sudah melonggar itu, Arsyad buka dan merapikan rambut Haura sebelum mengikatnya semula dengan kemas.

Daun pintu diketuk.

"Masuk."

Geena masuk kedalam dengan membawa besen kecil dan kain lap baharu.

"Ini doktor."

"Thanks."

Sebaik sahaja Geena keluar dari wad semula, Arsyad membaringkan Haura pada katil. Dimulakan dengan membasahi rambut dan diakhiri dengan membasahi kaki. Ada beberapa kali Arsyad dengar Haura merengek tanpa sedar, mungkin sebab tak selesa badan. Dahi haura dia kucup perlahan. Kain yang sudah basah itu, dia perah semula kedalam besen.

Lepastu, Arsyad mengambil beg Irsyad. Selongkah untuk mencari pengepam susu untuk memberikan Irsyad sarapan pagi.

"Haura." Tangan Arsyad membelai rambut Haura dengan penuh kelembutan.

"Haura bangun, Irsyad dah lapar." Pipi Haura pula dia cium perlahan. Panasnya sedikit kebah selepas menerima sponging dari Arsyad. Bahu Haura digegarkan.

Haura membuka kelopak mata setelah merasakan bahunya di gegarkan. Kepalanya rasa sangat sakit. Tekaknya juga terasa perit setiap kali dia mahu menelan air liur. Nampak sahaja Haura sudah terjaga, Arsyad terus mengambil semangkuk bubur nasi yang sudah tersedia diatas meja.

"Makan sebelum pam susu." pesannya sambil menggaul bubur nasi menggunakan sudu. Kemudian, dia halakan sudu pada mulut Haura tetapi Haura mengelak. Dia enggan makan.

Arsyad menraik nafas dalam-dalam.

"Haura makan." Sudu berisikan bubur nasi itu dia halakan pada bibir Haura semula.

"Open your mouth." arahnya dengan nada tegas. Sedaya upaya menahan sabar ketika Haura menutup bibirnya rapat tanda protes.

Huara menoleh kearah lain dan tutup matanya semula.

"Jangan degil Haura, kau bukan budak kecil lagi." Dagu Haura dia tarik kearahnya semula. Sudu tadi dia paksa masuk kedalam mulut Haura. Dia tidak mahu perut Haura masuk angin. Ia akan menjejaskan lagi kesihatannya dan melambatkan proses penyembuhan.

"Jangan berani-berani muntahkan semula macam semalam." Awal-awal Arsyad sudah memberi amaran. Mahu tidak mahu, Haura terpaksa telan. Itu pun sampai berkerut dahinya menahan keperitan didalam kerongkongannya.

"Makan lagi." Dia hala sudu pada bibir Haura untuk suapan kedua.

"Saya tak lapar..." Haura protes lagi.

"Makan." Arsyad menegaskan lagi kata-katanya.

Haura abaikan sahaja amaran Arsyad dan kembali menutup mata.

"Haura Damia, jangan buat aku untuk paksa kau makan. Aku dah bagi amaran." Sekali lagi permintaannya diabaikan. Arsyad semakin rasa terkilan dengan kedegilan Haura. Dia terlalu risaukan kesihatan gadis itu tetapi gadis itu seakan-akan memandang enteng pada kesungguhannya.

"Berhenti paksa saya boleh?" Sejujurnya, Haura rasa sangat lemah sekarang. Tiada kekuatan untuk melawan. Lebih-lebih lagi bila hatinya rasa sakit dengan apa yang berlaku di restoran malam semalam. "Kalau saya kebulur...sekalipun...awak dah ada Clara untuk jaga anak kita kan?" Haura jelas rasa terkilan.

"Itu bukan urusan kau."

"Dia, urusan saya. Urusan kita. Awak sanggup? Anak kita di besarkan dengan perempuan macam tu?"

Arsyad tertawa kegeraman. "Apa beza dia dengan kau? Bukan ke, kau dengan dia, dua kali lima? Kalau kau perempuan yang baik, kau tak akan khianat aku, Haura." Haura juga ikut tertawa. Dia rasa sangat lelah. Lantaklah dengan apa yang Arsyad mahu fikirkan. Dia cuma mahu rehat.

"Sekarang ni, aku cuma nak kau makan." Sudu dihulur semula pada bibir Haura. Seperti biasa, kali ini Haura menepis sudu itu sehingga terlepas dari genggaman Arsyad.

"Eh, aku naik muaklah dengan perangai kau ni!" nada Arsyad sudah naik seoktaf. Mangkuk yang sedang dipegang, dia hempas pada lantai dengan kuat sehingga bahu Haura terjungkit keatas kerana terkejut. Dagu Haura dia tarik memandang kearahnya semula. Wajah Arsyad sudah naik rona merah kerana kemarahan.

Kalini Haura memilih untuk diam kerana dia terlalu penat untuk mengatakan apa-apa.

"Apa lagi yang tak cukup? Kau cakap dengan aku Haura! Apa lagi?!" Dagu Haura dicengkam kuat.

"Aku jaga kau, risaukan kau macam nak mati tapi ini yang kau balas?!" Air mata Arsyad sudah mula bergelinang dengan diamnya Haura ketika ini.

"Kau mula tunjuk kepala dengan aku Haura! Susah sangat ke nak makan apa yang aku bagi!!" Mangkuk diatas lantai tadi, Arsyad sepak sehingga terhempas pada dinding. Haura tertunduk ketika menahan air matanya juga.

"Tell me!!! Apa lagi yang tak cukup?!!" Dagu Haura dia rentap untuk memandang kearahnya semula.

"Ke kau nak aku panggil Fawaz baru kau ada selera nak makan?!" sindirnya dengan penuh kegeraman. Tangan Haura menggigil ketika menggenggam selimut. Nama Fawaz hanya membuatnya semakin sakit. Dia teringat kembali bagaimana tubuhnya disentuh tanpa rela.

"Cukup Arsyad..." Air mata Haura menitis kepipi. Fawaz yang dia anggap sebagai abangnya yang telah merosakkan maruahnya diwaktu itu.

"Kalau dah namanya pelacur memang sepatutnya aku layan kau macam pelacur je!!! Perempuan macam kau ni memang tak reti bersyukur!!! Aku kutip kau dari kau tak ada apa-apa!! You are nothing without me Haura Damia!!! You dont have any value!!! Remember that until your last breath!!" Arsyad melepaskan dagu Haura ketika mendapat panggilan untuk masuk bertugas. Bubur yang tertumpah diatas lantai itu dia pijak sahaja sebelum melangkah keluar dari wad dengan perasaan marah.

Sebaik sahaja Arsyad keluar dari wad, Haura menangis teresak-esak. Bagaimana dia di paksa untuk membuat hubungan ranjang menjadi trauma sehingga sekarang. Dia mengesat bibirnya sehingga terkoyak ketika ingatnnya memainkan memori tergelap dalam hidupnya.

"Allah..." Itu sahaja yang dia mampu untuk ungkap. Betapa pedihnya hati. Betapa jijiknya diri dia dengan dirinya sendiri.

•••

Kamal, Qairina, Maryam dan Julia mengikuti langkah Arsyad ketika membincangkan perihal berkaitan pesakit.

"Pesakit kerap mengalami cirit-birit. Jadi saya membuat ujian untuk PMC dan didapati positif." Dokter Qairina memberikan maklumat kepada Arsyad. Maryam pula sibuk mencatit segala maklumat yang sedang bicarakan.

Arsyad hanya meneruskan langkahnya.

"So?" soalnya dingin.

"So, the patient is on oral vancomicyn." jawab Qairina sebelum memandang kearah Arsyad untuk melihat reaksinya.

"Which antidiarrheal?" soal Arsyad lagi.

"Loperamide." Langkah Arsyad terhenti. Sudahlah moodnya sedang tidak baik hari ini, Qairina pula buat hal. Kalau tidak arif bahagian ini lebih baik dia suruh ayah Qairina turunkan saja title Qairina sebagai doktor pakar.

"Are you out of your mind?" Kasar nadanya ketika mengajukan soalan itu kepada Qairina. Ini bukan baru sekali dua Qairina buat kesilapan, tetapi sudah beribu kali sampai Arsyad naik muak untuk memberinya arahan.

Qairina tergamam. Julia dan Maryam juga ikut menutup mulut ketika memandang antara satu sama lain dengan kebingungan.

"Kau tahu tak apa yang jadi kalau pesakit ambil PMC?" Makin membara kemarahannya ketika melihat wajah Qairina yang sudah mula kebingungan. Macam budak baru nak belajar padahal sudah tahun di bidang ini. Menyakitkan hati betul.

"If you administer loperamide which reduces bowel movements there will be a bacterial overgrowth and PMC worsens. You should know that!" Berderau darahnya ketika menempelak Qairina yang mengambil remeh soal resiko pesakit.

Qairina sudah tertunduk ketika jururawat lain yang berada berdekatan dengan mereka tertawakannya. Mereka saling berbisik dan ketawa. Seronoklah bila doktor kesayangan mereka memarahi Qairina. Perasan cantik sangat padahal Arsyad langsung tak pandang dia.

"From now on, dont join on rounds and dont come to operating room."

Qiarina mengerutkan dahi.

"You dont have any rights to rule me!" Sungguh dia tidak berpuas hati dengan sikap Arsyad yang suka mengarah.

Tangan Arsyad bersilang.

"Kenapa? Dah rasa diri tu layak ke tahap ini sebabkan kau anak ketua pengarah?" Arsyad menunuduk untuk menyamakan ketinggian mereka. "Why not start with bothering to study first? Preferably somewhereout of the way." Arsyad berdiri tegak semula dan memandang kearah Maryam.

"Koyak semua perbualan yang kau catit dan buang. Maklumat tu setanding dengan sampah."

Maryam menelan air liur dan angguk kepala dengan pantas.

"B-baik doc!" Laju tangan Julia mengoyakkan nota tersebut.

"Good." Deringan telefon yang berbunyi menandakan dia mendapat sebuah panggilan. Tangannya menyeluk poket coat putih dan mengambilnya sebelum melihat nama yang tertera pada skrin. Tan Sri Hazlina. Jarinya menarik butang hijau keatas.

"Hello my son." Bukan main bahagia suara mamanya ketika membuat panggilan. Seronoklah tu sebab Arsyad menerima menantu pilihannya. Sebelum ini kalau membuat panggilan bukan main lancang mulutnya. Ini pijak semut pun tak berbunyi. Arsyad tersenyum senget dengan sikap mamanya yang hanya mahukan keuntungan hidup.

"Waalaikumsalam."

"Mama dah carikan butik yang sesuai untuk majlis kahwin you dengan Clara. Busy atau tidak mamam tak kisah yang penting, mama nak you pergi hari ni juga."

Arsyad mengurut pelipis. Sudah agak, pasti perihal Clara yang mahu dia bangkitkan. Naik meluat dengan perangai maknya sendiri.

"Cancel all the plan about wedding day with Clara,"

"Apa you merepek ni? You jangan malukan mama!"

"What? Memang patut I tolak Clara, kaki cucuk bulan macam dia bukan type yang I nak buat sebagai isteri." Lagipun dia cuma gunakan Clara untuk cemburukan Haura sahaja malam semalam. Bukan dia berminat betul-betul untuk berkahwin dengannya. Haura saja sudah cukup.

Arsyad terus menutup panggilan sebelum Tan Sri sempat menyambung bicara. Pintu lift sudah terbuka, dia masuk kedalam dengan segera untuk berjumpa dengan ketua pengarah sebelum hal ini berlaku lebih serious. Sebaik sahaja tiba disana, Arsyad duduk berhadapan dengan ayah kepada Qairina. Mukanya sangat tegang kerana dia tahu pasti ketua pengarah iaitu Encik Hayyan pasti akan menentang.

"Setiap pilihan yang kita buat pasti ada risiko dan risiko yang kita pegang ini adalah nyawa orang awam." Kakinya bersilang sebelum mencicip secawan teh panas.

Encik Hayyan turut mencicip teh panas sama seperti Arsyad. Dia tahu, isu anaknya pasti akan dibangkitkan setelah mendapat beberapa laporan dari doktor pakar yang lain juga, termasuk Zain dan Malique.

"Tapi tak ramai dari kita sedar. At the end of the day, apa yang hilang kerana pilihan yang kita buat." Arsyad cuba menasihati Encik Hayyan dengan maksud yang tersirat. Dia yakin Encik Hayyan pasti akan memahami maksudnya.

"Sebab tu I selalu berusaha berhati-hati dalam setiap pilihan I. Qairina, I nampak dia berpotensi dalam bidang ni and I yakin dia layak. Dan I yakin keputusan I ni untuk kebaikan."

Arsyad tersenyum kegeraman tetapi sedaya mungkin dia menahan amarahnya. "Jangan terlalu yakin diri. Boleh jadi nanti terjadi sebaliknya. I pasti you cukup bijak untuk mempertimbangkan hal ini. Turunkan title and thats all. Nyawa pesakit selamat."

•••

Beberapa jam selepas bertugas, Arsyad masuk kedalam wad semula dengan hati yang berat. Dia nampak Haura sudah tertidur dengan mata sembap itu.

Irsyad pula sudah menangis kerana kelaparan.

Dia tarik nafas dalam-dalam sekali lagi. Mesin pengepam susu yang dia telak diatas meja pagi tadi dia ambil. Dengan perlahan, Arsyad duduk di bucu katil. Tanpa membuat Haura bangun, dia menghidupkan mesin tersebut untuk memberikan Irsyad makanan.

Keluhan berat beberapa kali dia lepaskan lagi.

Fikirannya runsing.

Hatinya sakit dengan semua benda.

Sampai bila dia hendak memaksa Haura untuk tetap bersama dengannya?

Mata sembap Haura dia usap dengan ibu jari.

"Maafkan aku Haura..." Terasa seperti terhiris hatinya ketika mengungkapkan kata maaf. Kalau diikutkan egonya, yang sepatutnya meminta maaf adalah Haura kerana mengkhianati cinta mereka.

Tetapi Arsyad mengalah di waktu ini.

Dia rasa sudah masanya untuk dia mengalah.

Dia juga sudah penat untuk bertepuk sebelah tangan. Rasa sakit kerana hanya dia sahaja yang sedang cuba untuk mempertahankan cinta mereka. Tiada lagi Haura dengannya.

Rambut Haura dia elus perlahan.

"Kenapa kau buat aku terdesak sampai macam ni Haura?" Air matanya menitis satu persatu.

Okay, dah. Ni je untuk harini. Siapa rasa nak memaki hamun, ada sesi luah perasaan di ruangan komen. Hahahaha.

Share this novel

norsila
2024-02-12 07:22:45 

benar ke faw rogol haura...? huuu snggupkn faw...dn ibubapa nya yg paksa faw lakukn smua ni? aduhh...kesian haura..


NovelPlus Premium

The best ads free experience