HPD || BAB 24

Romance Completed 246547

SEPANJANG mereka di mahkamah syariah untuk mendapatkan sesi kaunseling atau nasihat sebelum proses tuntutan cerai yang di buat oleh Haura. Hari itu tidak lama lagi akan bermula.

Jantung Arsyad berdegup dengan sangat kencang. Selama dia duduk bersebelahan dengan Haura semasa mendapatkan nasihat dari kaunselor yang bertauliah, tangan Arsyad kuat menggenggam tangan runcing milik Haura. Beberapa kali Haura cuba untuk menepis tetapi semakin kuat genggaman yang Arsyad cipta.

Hanya Haura sahaja yang tekun mendengarkannya, sedangkan mata Arsyad cuma tertumpu kepada Haura. Dia mahu Haura nampak betapa terdesaknya dia untuk bersama dengan Haura. Dia memang tidak mahu berpisah dengan belahan jiwanya. Tidak pernah terlintas didalam fikirannya akan melafazkan talak buat kali kedua. Dia sudah cukup terluka untuk mengulang sejarah lampau itu kembali.

"Baik, kita selesai disini dahulu." Kata seorang kaunselor yang berada dihadapan mereka.

"Terima kasih, ustaz." Haura meleraikan genggaman tangan mereka dengan kasar. Dia bangkit dari kerusi dan melangkah keluar dari bilik kaunseling.

"Sayang..." Arsyad membontoti Haura.  Langkah dipercepat sebelum lengan Haura digenggam kuat.

Langkah Haura terhenti. Masih berpaling. Cuba kuatkan hati untuk kekal terpacak disitu walaupun hatinya sedang meronta-ronta untuk pergi. Bagaimana dia dihina, bagaimana dia di tuduh sebagai pelacur dan bagaimana dia dilayan. Semua itu, sakit. Bahkan, untuk memandang Arsyad saja dia tidak mampu.

Tapak kasut Arsyad semakin jelas kedengaran.

"Sayang..." Mata Haura dipejam rapat. Dia tahu, Arsyad sedang berdiri tepat di belakangnya sekarang.

"Kalau niat awak tahan saya dekat sini untuk merayu saya batalkan tuntutan cerai, maaf. Keputusan saya tetap." Tegas. Tiada lagi suara yang lemah dan mudah untuk dibidas. Haura sudah tekun untuk membuang Arsyad dari kisah hidupnya.

"Sayang pandang abang. Dengarkan abang..." rayuan Arsyad hanya membuatkan luka dihati Haura semakin rabak. Semakin sukar untuk pulih. Haura terus toleh kewajah Arsyad. Dia nampak mata lelaki itu sudah sembap, merah padam. Ah, kuatkan hati Haura. Jangan lemah, jangan terpujuk. Haura cuba menguatkan diri supaya tidak termakan dengan rayuan itu.

"Pelacur macam saya ni, mana layak pandang lelaki yang agung macam awak."

"Kenapa kejam dengan abang sampai macam ni? Abang cintakan sayang."

"Kejam?" Haura mengetap bibirnya menahan diri. "Saya kejam atau awak Arsyad?" Arsyad menggenggam tangan Haura dengan wajah yang terdesak.

"Abang...abang sedar abang kejam. Tapi sebab salah faham...sebab salah faham ni..."

"Buang." Arsyad tersentak.

"Buang?" Arsyad cuba mempersoalkan arahan itu.

"Buang rasa cinta tu Arsyad. Tarikhnya sudah luput." Haura mengesat air mata. Dia pandang Arsyad dengan dingin. "Cinta tu dah tak terpakai untuk kita." Kata-kata Haura sangat menikam sanubari Arsyad yang sangat terdalam.

"Cinta kita tiada tarikh luput sayang. Cinta hanya memerlukan dua hati untuk terus hidup."

"Dan hati saya sudah mati untuk cinta kita. Faham?" Sekali lagi Haura membidas. Tidak memberi peluang untuk Arsyad memujuk hatinya yang sudah berantakan.

Haura menapak semakin kedepan. "Sebelum hati awak bertepuk sebelah tangan, biar saya beri amaran. Saya dah tak ada rasa cinta untuk awak." Haura menoleh kearah lain ketika melihat air mata Arsyad mengalir lagi dipipi. Tidak kuat. Hatinya tidak pernah kuat melihat cintanya begini. Tetapi dia sudah sangat letih untuk bertahan.

"Mudah betulkan?" Arsyad tertawa. Bukan kedengaran mengejek tetapi sedih.

Haura terdiam.

"Mudah betul sayang minta abang untuk buang cinta kita." Arsyad masih lagi ada sisa tawa yang jelas kecewa.

"Sayang tahu cinta abang pada sayang tak akan pernah pudar." Dia pandang wajah Haura yang masih dingin.

"Jangan paksa abang untuk buang cinta kita. Biar abang simpan dalam-dalam. Biar abang bertepuk walau tidak terbalas. Biar abang kejar sayang supaya sayang nampak bahawa cinta kita tidak pernah luput. Jangan pernah sesekali paksa abang untuk berhenti berjuang. Rawat luka tu sayang. Rawat luka kita."

"Nanti...bila kita sudah sembuh. Bila kita sudah menjadi versi yang terbaik. Semoga Tuhan permudahkan jalan itu."

Haura geleng kepala.

"Dan saya akan sukarkan jalan itu untuk kita."

"Sayang..." Arsyad hampir memegang tangan Haura tetapi dia tahan diri.

"Sayang...I broke my own heart to understand you. To wait for you but why?"

"Sebab saya letih Arsyad."

Air mata Arsyad menitis lagi.

"Abang letih juga sayang. Letih..."

Haura angguk kepala.

"Dan kita perlu tamatkan semua ni untuk bahagia."

Arsyad pandang wajah Haura lama. Dia mengeluh beberapa kali untuk mengatakan yang terakhir kali.

"Its okay sayang. Maybe...goodbye can be a good thing too right?" Arsyad cuba untuk pujuk hati mereka dengan kata-kata itu. Dia mahu Haura tahu bahawa mereka akan baik-baik saja.

"Saya pergi dulu." Tangannya meleraikan genggaman.

"Ampunkan abang..." Dia genggam tangan Haura semula. "Sayang tahu abang salah faham...sayang tahu abang pun tak bersalah dalam hal ni kan? Sayang tahu abang kena tipu hidup-hidup kan...sayang tahu abang sayangkan sayang sangat-sangat." Belum sempat Arsyad habis kan bicara. Haura merentap tangannya keluar dari genggaman Arsyad dan lenyap kedalam perut kereta.

Arsyad terkedu melihat kereta Haura yang semakin jauh pergi. Hatinya terasa kosong.

      MATANYA terasa berat, belum habis lagi kesedihannya memikirkan tentang Haura.

Kakinya lemah menapak masuk kedalam rumah yang tampak kosong tanpa peneman. Yang sebelum ini kedatangannya disambut, sekarang tidak lagi.

Sofa empuk menjadi tempat tubuhnya rebah. Dia mahu lupakan segalanya tetapi apakan daya. Gambar perkahwinan dia bersama Haura tergantung elok di depan mata. Di dinding pertengahan ruang tamu.

Cantik sangat. Cantik sehingga hatinya rasa terluka kerana menyedari bahawa kecantikan itu hanya sebuah kenangan.

"Haura Damia..." Dia berpeluk tubuh, membayangkan tangan mulus itu menemaninya. Dia sedang bermain dengan kenangan. Kenangan yang tidak pernah terlupakan.

Don't you know I'm no good for you?
I've learned to lose you, can't afford to
Tore my shirt to stop you bleeding
But nothing ever stops you leaving.

Bibirnya secara langsung mengalunkan nyanyian. Nyanyian dari hati, menyuarakan segala yang terpendam.

Quiet when I'm coming home
and I'm on my own.
I could lie, say I like it like that,
like it like that...
I could lie, say I like it like that,
like it like that...

Air matanya bergelinang. Hatinya terasa lelah. Dia tak pandai berpura bahagia setelah melepaskan belahan jiwanya.

Don't you know too much already?
I'll only hurt you if you let me
Call me friend but keep me closer
And I'll call you when the
party's over...

Bilik lukisan Haura dia buka semula. Kakinya melangkah kedalam, mengikut kenangan yang sedang bermain difikiran. Dia nampak Haura sedang melakar di sudut bilik dengan senyuman manisnya. Dia tahu...

Dia tahu...

Semuanya bayangan.

Dan bayangan itu hanya menambahkan luka kerana tangannya tidak dapat untuk meraihnya lagi.

Quiet when I'm comin' home
and I'm on my own.
And I could lie,
Say I like it like that, like it like that..
Yeah, I could lie,
Say I like it like that, like it like that...

Ketika dia cuba menggapai bayangan, bayangan itu menghilang. Tangannya berhenti disitu.

But nothing is better sometimes,
Once we've both said our goodbyes,
Let's just let it go...
Let me let you go...

Lampu ditutup. Pintu dikunci semula. Berharap bahawa kakinya tidak melangkah kesitu lagi.

Dia mahu melupakan semua hal yang menyakitkan tetapi kenapa begitu mustahil?

Tolong...

Sesiapa?

Bantu aku...

Tapi siapa?

Arsyad terduduk. Menatap dirinya pada cermin yang mengelilingi kawasan air pancut.

"Sayang..."

Adakah dia sudah gila?

Jawapannya, iya.

Kenapa hanya dia?

Entah. Dunia terasa tidak adil buat seketika. Dia sangat ingin memeluk wanita yang dia rindukan.

Memujuk hati.

Dan tetap memujuk.

Rindunya pada Irsyad juga tiada batas. Tetapi sudikah ibu kepada anak kecilnya mengizinkan mereka berjumpa?

Aku kejam.

Aku tak layak untuk mereka.

Aku malu.

Dia mengutuk dirinya sendiri seperti orang yang kehilangan semangat untuk meneruskan hidup.

"Irsyad...ayah rindu..." Suara tawa dari bayi kecil itu terngiang didalam fikiran.

"Ayah nak peluk Irsyad..."

"Ayah nak peluk ibu..."

"Tapi kenapa semua lari dari ayah? Adakah ayah terlalu kejam untuk merasakan bahagia? Adakah ini balasan dari Tuhan?"

"Jawab...bagi aku jawapan..."

"Bagi..."

Share this novel

norsila
2024-02-16 12:20:20 

aduhh sedihnya dio..haura dah tetapkn hatinya utk pergi..huu bukan tk cinta tapi tseksa dgn cinta mu


NovelPlus Premium

The best ads free experience