HPD || BAB 57

Romance Completed 246547

"AKU...berjaya..."Arsyad terduduk. Kedua tangan menggeletar habis. Empat tahun dia menahan diri dari menyelamatkan nyawa orang ramai tapi kali ini dia diberikan kesempatan sekali lagi. Dia berjaya. Dia berjaya selamatkan nyawa bayi ditangannya ini.

"D-doctor! She's awake! B-but there was too much bleeding." Seorang pekerja menggenggam tangan gadis itu supaya tidak melakukan banyak pergerakan.

Arsyad nampak bagaimana riak wajah gadis itu tidak selesa dikeremuni dan dirakam. Lebih-lebih lagi apabila suara para pelancong kecoh berkata tentangnya.

"Stop recording!" Amaran dari Arsyad sangat digeruni. Mereka menapak kebelakang. Telefon dimatikan ketika wajah Arsyad menyinga.

"Please respect her privacy. I beg everyone to leave immediately. Please make it easy for me to help her. Get out now. Thank you." Berlari anak keluar dari bahagian dalam ini. Masing-masing bergerak ke bahagian luar. Tidak berani untuk kekal berdiam disitu setelah diberi amaran oleh seorang doktor.

Bila nampak semua orang beransur pergi, Arsyad menumpukan perhatian pada bayi ditangannya. Dia toleh kearah seorang lagi pekerja perempuan.

"Please clean the blood on this baby's body with a wet cloth. Then, wrap her in a soft cloth or small blanket. After that, give her back to me. " Arsyad menyerahkan bayi itu kepadanya. Dia toleh kearah seorang lagi pekerja.

"You."

Bergetar pekerja yang di tunding Arsyad.

"Y-y-yes, d-doctor!" Dia beralih kedepan Arsyad.

"Take a bucket and fill it with water. Also, don't forget to take a sneeze cloth. I want to slow down the bleeding process. Now." Bila nampak pekerja itu terpinga-pinga, Arsyad mengerutkan dahi.

"Mi spiace, non sono bravo in inglese. Sono un nuovo dipendente qui (Maaf, saya tidak pandai berbahasa inggeris. Saya pekerja baru disini)."

Arsyad mengurut pelipis. Patutlah dia nampak takut. Tak faham rupanya. Haura ikut gelabah. Macam mana Arsyad nak berkomunikasi dengan mereka.

"Prendi una bacinella e riempila d'acqua. Non dimenticare di prendere un panno. Voglio rallentare l'emorragia mentre aspetto l'arrivo della barca di emergenza (Kau ambil besen dan isi air. Jangan lupa ambil kain. Aku nak perlahankan pendarahan sementara menunggu bot kecemasan sampai)."  Arsyad mengulang kembali arahan dalam bahasa Itali. Tidak mustahil dia menjadi fasih kerana sudah empat tahun menatap disini.

"Ibu...ayah cakap apa tu?" Irsyad bertanya. Dia rasa ingin tahu.

"Ibu...ibu pun tak tahu..." Haura pandang Arsyad dengan perasaan bangga. Dia punya seorang suami yang sangat hebat. Boleh menyelamatkan orang, pandai berbahasa Itali juga.

"Hebatnya ayah antu!" Iryana tersenyum didalam dukungan ibunya.

Bila nampak pekerja itu mula memahaminya, dia toleh kearah pekerja sebelahnya lagi.

"Ecco il latte artificiale e i biberon per i neonati? (Disini ada susu formula dan botol kecil untuk bayi baru lahir?)" Soal Arsyad. Pekerja itu menggeleng kepala.

"What we have to do?" Soal pekerja lain.

"La madre di questo bambino sanguina, non possiamo chiederle di allattare il bambino debole. I bambini hanno bisogno del latte per ridurre la fame. (Ibu kepada anak ini mengalami pendarahan, kita tidak boleh memintanya untuk menyusukan anak yang lemah itu. Bayi memerlukan susu untuk mengurangkan rasa lapar)." Arsyad sedang memikirkan apa tindakan seterusnya. Dia menoleh kearah Haura. Segera dia genggam tangan isterinya.

"Sayang, izinkan abang gunakan susu sayang...boleh? Bayi ni lemah. Dia perlukan susu ibu untuk terus kuat. Sayang izinkan abang?" Arsyad memintanya.

Haura pula sudah telan liur. Susukan anak orang lain? Dia masih terdiam. Dia pandang anak-anaknya.

"Haura..." Dia terdiam seketika.

"Sayang, kalau tak boleh...abang cuba cari yang lain. Abang tak paksa sayang." Arsyad genggam tangan Haura.

"Haura cuba pamkan untuk bayi tu. Haura nak selamatkan dia. Abang tunggu disini ya?" Arsyad tersenyum mendengarkannya. Haura juga ada ciri-ciri seorang penyelamat. Jiwa keibuannya tidak mampu biarkan bayi itu dalam keadaan lemah.

"Terima kasih sayang." Arsyad mengucup dahi Haura sebelum melepaskannya untuk ke tandas. Dia nampak Iryana dan Irsyad mengikut ibunya pergi. Arsyad melepaskan keluhan. Dia menumpukan perhatiannya kepada gadis itu semula.

"Dov'è tuo marito?" Soal Arsyad. Dia tidak rasa gadis ini punya suami. Wajahnya sangat muda. Mungkin ini anak luar nikah.

"N-no...No...marito...Nessuno..." Jawab gadis itu lemah. Arsyad sudah dapat mengangaknya dengan tepat. Gadis ini tiada suami. Kebanyakan gadis Itali berumur dua puluh tahun dan belasan tahun yang mengandung adalah hasil dari bersenggama sebelum menikah.

Arsyad mengangguk kepala. Menguruskan pendarahan apa yang patut.

"Abang!" Haura berlari anak kearah Arsyad. Dia membawa sebotol susu badannya yang sudah di pam tadi. Penuh. Haura memang diberikan rezeki mempunyai susu badan yang banyak. Sebab itu, Iryana tumbuh dengan sihat.

"Sayang ada picagari besar dengan puting?"

Haura mengangguk kepala. "Ada, sekejap Haura ambil." Arsyad mendukung bayi itu semula. Pekerja tadi sudah membilas darah dari badan bayi itu dengan baik. Bayi itu masih menangis untuk mendapatkan susu.

"Nah abang." Arsyad mengambil picagari besar, sedut susu badan yang berada didalam botol bersaiz sederhana besar itu. Selepas sedut sehingga penuh, Arsyad cantumkan puting kecil itu dengan picagari tersebut. Dia masukkan puting kecil kedalam mulut bayi tersebut.

"Shhhhh..." Arsyad meredekan tangisannya. Bayi itu mula menghisap puting. Bersemangat. Para pekerja yang melihatnya turut merasakan kehangatan. Beberapa minit kemudian, bot penyelamat tiba. Membawa gadis itu dan bayinya untuk dibawa ke hospital.

                          

                              "AYAH! Yan nak makan cekim boyeh?" Iryana menarik tangan ayahnya sambil menunding kearah gerai ais krim di tepi jalan.

"Syad nak ais krim juga?" Soal Haura kepada Irsyad. Haura perasan, selepas sahaja mereka turun dari cruise tadi Irsyad nampak kepenatan. Dia cuma mengangguk kepala bila ditanya.

"Jom! Ayah belanja!" Arsyad menarik tangan Haura bersama anak-anak mereka kesana.

"Sayang nak ais krim apa?" Soalnya sambil meneliti setiap perisa yang terletak didalam peti itu.

"Emm..." Haura masih berfikir.

"Yan cekim coklat!" Iryana menunding jari pada ais krim cokelat didalam peti itu. Arsyad angguk kepala.

"Sayang nak ais krim apa?" Arsyad tanya kepada Haura sekali lagi.

"Haura nak vanilla lah..."

"Abang nak ais krim apa?" Soal Haura pula.

"Abang nak vanilla juga. Sama dengan sayang." Arsyad pandang Irsyad pula. Nampak Irsyad tertunduk. Dia terus mendukungnya.

"Syad nak ais krim mint chocolate chip kan? Yang hijau ni." Tebak Arsyad. Bila mendengarnya, Irsyad tersenyum sambil memeluk ayahnya. Dia mengangguk kepala.

"Macam mana ayah tahu?" Soal Irsyad. Kakinya dihayun kedepan kebelakang tanda dia gembira.

"Ayah kan superhero." Arsyad mengusap kepala Irsyad. Dia dengar Irsyad tertawa kecil.

"Ayah superhero. Syad pun nak jadi macam ayah. Boleh ke?" Irsyad menggenggam pipi ayah. Dia senyum penuh sinar.

"Mestilah boleh. Kalau ayah boleh, Syad mesti boleh." Sedang mereka berbual, penjaga kaunter itu menyerahkan cup ais krim mengikut perisa yang mereka mahu tadi.

"How much?" Soal Arsyad. Dia mengambil dompet dari dalam poket untuk membuat pembayaran.

"Here." Haura sudah membayarnya dulu.

"Sayang..." Arsyad menggulung bibir bawah. Haura cuma tertawa. Dia tarik tangan Arsyad supaya duduk di meja berdekat.

"Kan abang kata abang nak belanja tadi. Kenapa sayang pula yang bayar?" Dia silang tangan pada dada.

"Haura belanja abang, sebab abang berjaya selamatkan bayi dengan ibu bayi tu tadi. Empat tahun dah abang tak jadi doktor. Haura rasa bangga sebab abang memang di lahirkan untuk menjadi seorang penyelamat!" Haura bersorak keriangan. Arsyad garu belakang leher yang tidak gatal. Apa ni puji-puji? Kita malulah. Hidung pula sudah kembang.

"Terima kasih sayang..." Sudah seperti pasangan kekasih yang baru sahaja bercinta pula gayanya. Haura dan Arsyad saling membalas tatapan. Seketika terlupa bahawa anak-anak mereka bersama mereka.

"Ayah hebatlah...Syad nak jadi macam ayah...Syad nak selamatkan orang sakit juga..." Kata Irsyad sambil mengunyah ais krim yang penuh didalam mulutnya. Ibu jari dia angkat dan tunjuk pada ayahnya.

"Ayah." Tumpuan Arsyad teralih pada Iryana ketika lengan bajunya di genggam.

"Iya, Yan?" Arsyad menjawabnya dengan kelembutan.

"Nape ibu letak nama Yan, Yan?" Soal Iryana. Sambil itu, Haura pula menyuapkan ais krim pada Irsyad.

"Kenapa? Cantik tau nama Yan. Iryana Hani. Kan sedap tu..." Arsyad mengelus pipi tembam anaknya ketika menjawab.

"Ish, tak nak...lepas ni ayah panggillah Yan, sayang..." Permintaan Iryana memecah tawa satu keluarga kecil itu.

"Sayangkan ayah panggil untuk ibu. Bukan untuk Yan...kenapa ni Yan?" Arsyad melayan sahaja karenah Iryana ketika ini. Comel sungguh celotehnya.

"Eeey, nape ibu boleh Yan tak boleh pun?" Kaki kecil itu memijak kerusi beberapa kali tanda protes.

"Ibu tu isteri ayah, memanglah ayah kena panggil sayang..." Seperti biasa, Arsyad menjawab dengan penuh kelembutan lagi.

"Hmph!" Iryana berhenti sejenak. Berfikir apa yang perlu dia jawab.

"Kalau macani..." Bergeliga otak Iryana mencari idea. Arsyad tertawa lagi.

"Kalau macam tu Yan nak buat apa?" Soalnya.

"Macani, Yan nak jadi isteri ayahlah." Semakin terbahak ketawa Arsyad dengan jawapan Iryana.

"Sayang dengar tak?" Arsyad menyiku lengan Haura. Haura pula hanya membalas dengan tawa sambil menyuapkan ais krim kedalam mulut Irsyad.

"Yan mana boleh jadi isteri ayah. Yan tu anak ayah. Yan kan good girl ayah...." Iryana angguk kepala. Dia nak jadi anak ayah yang baik. Tangannya mahu memegang ais krim ditangan ayah.

"Naaaaaak...nak tuuu..." Arsyad mengambil ais krim coklat dan mengautnya dengan sudu. Dia hala pada mulut Iryana.

"Nanak. Yan dah beca!" Iryana mahu memegangnya sendiri.

"No. Nanti kotor baju." Arsyad mengecilkan matanya. Dia tahu Iryana bagaimana bila dapat memegang makanan sendiri. Mesti comot. Mereka tak bawa baju lebih untuk diganti.

"Huuuwaaaaaa!" Iryana terus peluk Haura. Dia mahu mengadu kepada ibunya.

"Nak acim...." Iryana mengadu lagi kepada ibunya. Haura pandang Arsyad. Dia kerut kening, memujuk si suami untuk layankan sahaja. Arsyad geleng kepala. Dia tarik lengan Iryana.

"Pandang ayah, Yan."

"Huuwaaa!" Dalam menangis, Iryana memandang ayahnya. Bibir bergulung kerana sedih.

"Menangis tak semestinya buat awak dapat apa yang awak nak. Faham?" Arsyad memesan kepada Iryana dengan tegas tetapi penuh dengan kelembutan.

"Ayaahhh...nak pegang acim tu!" Tangan kecil Iryana masih berusaha untuk menggapai tapi semakin Arsyad menjauhkannya.

"Yan dengar tak ayah cakap apa?" Genggaman di lengan anaknya kemas.

"Huuuwaaaa!"

"Iryana Hani, ayah tanya ni. Dengar tak ayah cakap apa?" Arsyad mengecilkan lagi matanya.

"Yaaaaa..." Iryana angguk kepala sambil menangis. Naik merah hidung dan bibirnya.

"Jadi Yan kena berhenti menangis." Arsyad menyua kembali sudu pada bibir Iryana tetapi anak kecil itu masih menangis.

"If you want this ice cream, you need to stop crying dear. Crying is not always get you what you want and I'm not going to let you hold it. So you gonna stop crying, right?" Arsyad bertanya semula. Air mata Iryana, dia kesat dengan ibu jarinya.

"Yaaaaa...ayah..." Iryana angguk kepala dengan air mata penuh didalam takungan. Tangannya mahu mencuba untuk memegang ais krim semula.

"You cannot hold it because you're gonna make a mess. Do you understand, Yan?" Arsyad sembunyi senyum bila nampak Iryana meletakkan tangan kecilnya kebelakang.

"Yes, ayah. Nak aciiiiiim oleh?" Pinta Iryana sambil menyegetkan kepala. Cubaan untuk membodek.

"Okay, so you're not gonna hold it and I'll give you a bite." Arsyad menyua kembali sudu ais krim kebibir Iryana yang sudah mengangguk kepalanya.

"Aaaaauuumm..." Iryana mengunyah. Punggungnya digoyangkan kerana senang hati.

"Ayaaah...Yan comot..." Irsyad menghulur tisu buat Iryana.

"Thank you, strong boy." Arsyad mengambil tisu tersebut dan mengelap ais krim di bibir Iryana.

Haura tersenyum melihat bagaimana Arsyad mendidik anak-anak mereka. Sebelum ini, dia hanya keseorangan menjaga mereka tapi kali ini tidak. Haura sudah punya suami disisi untuk mendidik mereka bersama-sama.

"Syad?" Arsyad tersentak. Dia tarik Irsyad mendekat.

"Ya, ayah..." Irsyad tersenyum. Tidak sedar darah sedang mengalir keluar dari hidungnya. Haura yang melihatnya juga turut terkedu. Masih tersenyum? Ya Allah, kuatnya anak mereka yang seorang ini.

"Syad hidung tu." Arsyad mengambil tisu dan lap darah yang sudah membanjiri pipi Irsyad.

"O-ooh..."

                      

                                   "SAYANG, bangun. Sayang...." Arsyad berbisik kepada Haura. Haura sudah tertidur sambil memeluk Irsyad erat. Iryana pula sudah tidur terlentang bersebelahan Irsyad.

"Hmmm.." Haura merengek. Dia tolak Arsyad ketepi. Bila nampak Haura terlalu penat, Arsyad jadi tidak sampai hati untuk mengejutnya. Lebih-lebih lagi Haura baru lepas menangis risaukan keadaan Irsyad. Arsyad pun keluar dari bilik tidur perlahan-lahan.

Arsyad berjalan kearah bilik tidur kosong. Dia bawa kotak-kotak dan barangan yang baru sahaja dia beli tadi.

Tolak pintu bilik. Kosong. Arsyad menarik nafas dalam-dalam. Tak semena-mena air matanya mengalir. Dia buat ni untuk Irsyad.

Kotak dia buka. Ada rumput-rumput palsu, Bola sepak, tiang goal plastik juga. Set ini dia jumpa di shopping mall tadi. Dia mahu tunaikan semua impian Irsyad.

"Irsyad nak main bola sepak dengan aku..." monolognya sambil memasang tiang goal kecil itu satu persatu.

Dia buka kotak lagi satu, ada projector. Dia mahu menonton cerita bersama Irsyad menggunakan ini.

"Syad nak tengok cerita dengan kami..." Monolognya lagi. Dia ingat satu persatu apa yang Irsyad tulis didalam diarinya.

Kotak lain juga dia buka. Ada cat bewarna biru cair kegemaran Irsyad. Arsyad mengeluarkannya. Ambil berus. Jam pada ketika ini menunjukkan pukul satu pagi. Arsyad bertekad untuk menyiapkan bilik ini sebelum mereka bangun.

"Aku kena kuat untuk Syad..." Dia memberikan kata-kata semangat pada diri sendiri. Arsyad mula mengecat dinding bewarna putih itu. Selepas itu, dia menampal rumput palsu penuh dalam bilik itu menjadikan padang bola mini buat Irsyad.

Katil bercorak stadium juga Arsyad pasangnya penuh tekun. Sampai lenguh badan memasangnya berjam-jam sendiri.

"Siap." Arsyad mencekak pinggang. Hasilnya sangat cantik. Bilik itu siap dipasang lampu tidur bewarna oren di setiap sudut. Bola sepak Arsyad letak di atas rumput. Projector pula dia letak dihadapan katil untuk menonton cerita bersama-sama. Ada padang bola mini di sekeliling katil. Rumput-rumput palsu itu lembut. Arsyad memilih yang paling berkualiti untuk Irsyad.

"Irsyad mesti suka ni." Arsyad keluar dari bilik itu. Kunci. Dia mahu membuat kejutan untuk Irsyad esok. Balik sahaja di bilik tidur. Tengok jam sudah pukul lima setengah pagi. Letihnya tidak dapat di ucap, Arsyad terus merebahkan tubuhnya diatas katil.

Dia biarkan Haura tidur bersama anak-anak. Arsyad pula memilih untuk tidur sendirian di bilik tidurnya. Sebelum masuk waktu subuh, dia mahu berehat seketika. Dalam tidur, bibir masih menguntum senyuman. Terbayang-bayang bagaimana reaksi Irsyad dengan kejutan yang bakal dia hadiahkan kepadanya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience