HPD || BAB 40

Romance Completed 246547

SEMBILAN bulan berlalu, selama mana pun waktu terus dan terus berjalan. Hati Haura masih tetap mencintai Arsyad dan berharap bahawa dia akan kembali.

Haura ambil surat putih yang terlipat elok di balik bantal. Dia buka lipatan apabila teringatkan kata-kata arwah suaminya.

"Abang ada tulis ni untuk sayang... baca tau? Tapi jangan baca sekarang. Sayang buka balik nanti. Abang nak sayang buka surat tu setiap kali sayang rasa sedih, setiap kali sayang rasa mengalah semasa abang tiada disisi sayang."

Dan sekarang, dia rasa mahu mengalah. Walaupun dia sudah membaca surat terakhir dari Arsyad ini berjuta kali tetapi setiap kata-kata yang di tulis dari Arsyad membuatkan Haura rasa mahu terus hidup. Lipatan terakhir dibuka. Matanya mula tertaut pada surat itu.

Assalamualaikum, belahan jiwa.
Macam mana hari ni? Sedih? Jangan sedih-sedih tau. Nanti abang sakit dekat sini. Jangan risau, abang sentiasa ada dengan sayang. Sentiasa sokong dengan apa yang sayang buat. Look at you, kuatkan isteri abang ni.

Kuat? Mustahil. Gagal menahan air matanya lagi. Mustahil dia kuat untuk teruskan tetapi entah kenapa dia tetap memilih untuk teruskan.

Macam mana dengan baby dalam rahim sayang? Sihat? Abang tahu kesedihan sayang banyak bagi kesan pada baby kita. Ingat pesan abang. Jaga anak kita. Kuat untuk anak kita. Kalau belum makan, makan untuk anak kita. Sayang kata, dia adalah hadiah paling berharga yang pernah sayang dapatkan? Sayang kena jaga elok-elok tau. Sayangggg sayang ketat-ketat. Sayang kan kuat!

Haura angguk kepala perlahan. Dia usap benjolan besar pada perutnya. Bukti bahawa ada kehidupan baharu yang sedang menumpang didalamnya.

"Dah sembilan bulan, Haura banyak asyik mengidam nak makan Tomyam tapi Haura tak sanggup untuk makan. Sayang tak mampu nak makan bila teringat abang tak sempat. Tak sempat nak makan apa yang abang inginkan. Kalaulah Haura tak pergi ambil Tomyam tu, mesti kita dapat bersama sedikit lama. Haura dahagakan kasih sayang abang. Haura rindukan abang." Dia seakan-akan sedang saling membalas perbualan dengan surat yang ditulis dari arwah suaminya.

Sayang, abang nak pesan. Nanti, kalau sayang nak bersalin. Sayang kena tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan fikiran, tenangkan diri. Lepastu, sayang jangan teran kuat-kuat tau. Nanti koyak teruk. Jangan paksa baby untuk keluar. Sayang teran perlahan-perlahan. Ikut apa yang doktor cakap. Kalau sayang rasa penat, sayang tarik nafas lagi. Sayang teran lagi. Jangan tekan diri. Sayang kuat! Abang tahu! Good luck, ibu.

Haura tak dapat untuk menahan diri lagi. Dia terus melipat semula surat panjang lebar itu dan simpan di bawah bantal semula. "Abang, baliklah...teman Haura..."  Keningnya berkerut apabila dia merasakan perutnya semakin mengeras. Kontraksi datang semula. Sakitnya sehingga membuatkan Haura menjerit didalam wadnya sendirian.

Bila doktor Wardah buka pintu, dia tersenyum manis untuk mengurangkan ketegangan yang sedang dialami oleh pesakitnya.

"Morning, Puan Haura. Saya nak seluk sikit ya? Nak tahu pembukaan rahim." Wardah berdiri di antara kedua belah kaki Haura dan mengangkatnya. Dia melebarkan kaki Haura sedikit. "Tarik nafas perlahan-perlahan."

Haura tarik nafas perlahan-perlahan dan mula mengerang kesakitan apabila pembukaannya di seluk.

"Sakit doktor..." adunya dengan air mata yang mengalir kepipi.

"Saya tahu, saya tahu...sakit sangat kan? Puan kena tahan sikit ya. Sikit je lagi ni..." Haura angguk perlahan memberi jawapan. Dia genggam selimut. Merasakan betapa peritnya apabila di seluk. Dia tak pernah alaminya sebelum ini. Tanpa suaminya disisi, pengalaman ini membuatkan Haura semakin trauma.

"Tiga sentimeter dah ni. Alhamdulillah, boleh ke dewan bersalin." Doktor pun panggil beberapa jururawat membantunya menolak katil Haura. Berpindah ke dewan bersalin.

Haura cuma menutup mata selama perjalanan kesana. Dia usap dadanya untuk memujuk hati supaya kuat demi anaknya.

"A−aawww..." Haura merengek kesakitan ketika air ketubannya mula pecah.

"Doktor ketuban pesakit dah pecah."

"Kita perlu segera masuk ke dewan bersalin." arah Wardah seraya menolak katil Haura sedikit laju. Sesampai di bilik bersalin, jururawat yang bertugas mula memasukkan ubat pada Haura supaya menguatkan lagi kontraksi.

Haura terlalu kesakitan, dia tidak banyak bercakap semasa mengalami kontraksi yang sangat kuat. Cuma mengawal pernafasan dan menangis kegugupan. Terasa bagaimana kepala bayinya bergerak turun ke dalam saluran kelahiran. Terasa banyak tekakanan mula menolak pelvisnya.

"Allah..." Haura mengerang kesakitan berulang kali apabila jururawat mula menyeluk buat kali ketiga.

"Doktor sudah lapan sentimeter pembukaan." Jururawat itu memberitahu kepada Wardah selaku doktor yang bertanggungjawab diatas persalinan Haura.

"Baik." Wardah senyum manis pada Haura sebelum membuka kakinya dengan luas.

"Puan tarik nafas dalam-dalam. Bila saya kata teran, puan teran." Haura angguk kepala perlahan. Dia genggam katil dan mula meneran buat kali pertama. Sakitnya sampai menggeletar kepala.

"Nnggggghhhhh...." Dia teran sekali lagi tapi kerana terlalu kegugupan, dia meneran dengan agak memaksa.

Sayang, abang nak pesan. Nanti, kalau sayang nak bersalin. Sayang kena tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan fikiran, tenangkan diri. Lepastu, sayang jangan teran kuat-kuat tau. Nanti koyak teruk. Jangan paksa baby untuk keluar.

Terbayang-bayang suara Arsyad memberi bisikan kepadanya. Segera Haura tenangkan diri dan menarik nafas perlahan-perlahan seperti yang arwah suaminya pesan. Haura cuba kuat tetapi dia tak mampu. Emosinya turun mendadak.

"Arsyad...Arsyad..." Haura sangat ketakutan, dan keletihan. Apa yang doktor Wardah sedang arahkan seakan tidak dapat dia dengari. Yang dia mahukan sekarang cumalah kehadiran Arsyad.

"Naz, suntik epidural. Sekarang," arah Wardah seraya memantau keadaan Haura.

Sayang teran perlahan-perlahan. Ikut apa yang doktor cakap. Kalau sayang rasa penat, sayang tarik nafas lagi.

Haura cuma ikut apa yang Arsyad pesan. Apa yang sedang dia dengar didalam kepalanya. Nafas di tarik perlahan-perlahan sebelum meneran dengan kuat dan juga berhati-hati. Kemudian, dia tarik nafas lagi.

"Good job. Kepala bayi dah mula keluar dari saluran kelahiran. One more time, Puan. You can do it." Wardah memegang hujung kepala bayi yang mula terlihat untuk menampungnya.

Sayang teran lagi. Jangan tekan diri. Sayang kuat! Abang tahu! Good luck, ibu.

Seakan punya kekuatan, Haura meneran lagi dan lagi sehingga kepala bayi, bahu dan keseluruhan badan menyusul keluar dari saluran. Tangisan bayi bergema didalam ruangan apabila doktor memotong tali pusat, memisahkan bayi dari plasentanya.

Air mata kelegaan Haura lepaskan.

"Haura berjaya...abang...anak kita... Haura kuat...sebab abang sentiasa disisi Haura." Dia memandang kearah bayi kecil yang sedang di angkat oleh doktor Wardah.

"Bayi perempuan, tahniah puan!"

   

                          MASA berlalu semakin pantas tetapi hati Haura masih tetap tertaut pada Arsyad. Dia mengusap batu nisan arwah suaminya selepas selesai menyedekahkan surah Yaasin buatnya.

"Ibu...don't cry...okay? Syad here. Nanti ayah nampak, ayah sedih." Irsyad mengesat air mata Haura dengan ibu jari kecilnya.

"Ic ocey, ibu. Ic ocey to cry. Yan tak cuka ibu tahan nanes." Iryana peluk ibunya kuat. Haura tersenyum setelah melihat usaha anak kecilnya memujuk hati.

"Ibu tak menangislah, ibu cuma. Ibu cuma rindukan ayah." Haura mengusap kepala Irsyad dan Iryana serentak.

"Ibu..." Irsyad menggenggam jari manis Haura.

"Syad pun rindukan ayah. Syad teringin sangat nak jumpa ayah." Terasa bagai dihiris sembilu hatinya mendengarkan luahan dari anak kecilnya.

"Yan pun cama!"

Haura mengeluh perlahan sebelum menarik kedua-dua mereka kedalam pelukan.

"Kalau kita rindukan ayah, ibu ajar buat apa?"

"Baca doa!" Serentak Irsyad dan Iryana menjawab.

"Sebab apa?"

Iryana mula berfikir. "Cebab...cebab nanti dapat cucu!" Irsyad tepuk dahi.

"Not again, baby." Dia mengucup pipi Iryana sebelum menjawab persoalan ibunya.

"Doa anak yang soleh boleh tambah pahala untuk ayah dalam kubur." Haura angguk kepala.

"Betul tu." Gerimis yang tiba-tiba datang membasahi mereka.

"Rain, jom balik ibu." Irsyad tarik tangan Haura dan memimpin jalan.

"Jom! Yan nak cucu!" jerit Iryana keriangan didalam dukungan ibunya.

"Yan, no more cucu!" Tergelak kecil Haura melihat Irsyad yang bertegas. Sungguh banyak persamaan Irsyad dengan Arsyad. Pelindung.

                 SILING putih ditenung lama, setelah pemergian Arsyad. Haura jadi kurang bersemangat. Lagi-lagi lepas menerima berita bahawa Irsyad telah sah sebagai penghidap kanser darah tahap satu sewaktu dia berusia tiga tahun. Kalau di tanya sekarang, pasti sahaja dia sudah sampai ke tahap tiga. Dalam perjalanan ke tahap empat. Umur Irsyad sudah mencecah empat tahun.

Pelbagai cara perubatan traditional Irsyad telah cuba. Ada yang menampakkan perubahan. Kansernya tidak berkembang dengan pesat. Semua itu, berkat dari kesungguhan Haura. Haura ingat pesanan arwah suaminya, yang bertegas untuk sembuhkan Irsyad tetapi bukan dengan cara chemotherapy. Dia tidak sanggup melihat Irsyad terseksa dengan kesan sampingan setelah itu.

Air mata sedaya upaya ditahan dibalik kelopak mata. Dia tidak dapat mengawal kesedihan kerana dia tahu, harinya bakal tiba. Gagal. Takungan air mata akhirnya bocor jua. Hatinya bagai ditusuk belati. Sudahlah luka pemergian Arsyad belum sempat pulih, Irsyad pula sedang menanggung sakit.

Bagaimana anak kecil ini tidak pernah mengeluh bahawa dia penat dengan kesakitan. Irsyad sangat kuat. Setiap kali sakitnya menyerang tubuh. Ayat yang dia akan sebut cumalah;

"Don't worry ibu, Syadkan strong boy. Strong boy won't cry."

Ayat itu membuatkan Haura rasa semakin ingin memeluk Irsyad lebih erat. Dia pernah meminta Irsyad untuk menangis kalau dia tidak dapat menahan sebarang kesakitan tetapi anak kecil itu hanya akan mengulangi ayat yang sama.

"Strong boy."

"Syadkan strong boy."

"No ibu, strong boy tak ponteng kan?"

"No need cry kan ibu? Syad strong."

Irsyad tidak pernah meminta untuk diuji sedemikian rupa tetapi anak kecil itu seakan-akan menerimanya dengan tenang. Sabar.

Terkadang, Haura belajar banyak perkara hanya dengan memerhati tindakan Irsyad. Walaupun umurnya masih kecil, tetapi fikirannya sudah cukup matang.

Terkadang lebih matang dari pemikirannya sendiri.

Irsyad dan Iryana lena berbaring dikedua belah sisinya. Haura mengetatkan pelukan untuk memberi keselesaan kepada anak-anak kecilnya.

Wajah Iryana, Haura tersenyum apabila melihat dirinya didalam Iryana. Wajah anak keduanya tidak lari jauh dari wajahnya. Bila dia pandang Irsyad pula, dia teringatkan Arsyad kerana persamaan mereka.

"Mmm..." Iryana merengek perlahan. Haura membetulkan posisi Iryana supaya lebih selesa disisinya. Berkerut dahi. Baru perasan Iryana sedang memeluk sekeping gambar. Ketat. Perlahan-lahan Haura mengambilnya dari pelukan Iryana.

Mata Haura tertumpu pada sekeping gambar itu. Rupanya, gambar arwah ayahnya. Mungkin Iryana ambil nya dari dalam album. Begitu rindunya Iryana terhadap ayahnya. Sampai tidur pun dia mahu ayahnya berada dekat.

Sebak betul hatinya sekarang. Dia terus mengucup dahi Iryana. Anak-anak mereka sangat kuat. Tidak pernah merengek atau mengeluh tanpa kasih sayang seorang ayah disisi mereka.

"Ibu..." Iryana merengek. Wajahnya dia sembamkan pada dada Haura. Dia rindu mahukan susu badan ibunya. Iya, Iryana memang sangat susah untuk ceraikan dengan susu badan. Lebih susah dari Irsyad.

"Kenapa Yan? Hm? Takut momok ke?" Haura mengesat air mata yang mengalir di pipi Iryana.

"Noooo...Yan not takut with momok..." Iryana memanjat dada ibunya. Dia Baring dan merengek disitu. Tayang muka sedih pada Haura.

"Habis Yan menangis. Bagitahu dengan ibu why?" Haura membetulkan rambut nipis Iryana yang berserabai selepas bangun tidur.

"Yan nak cucu..." Dia menangis lagi kuat.

Haura tersenyum. Dia ambil susu botol yang ada ditepi meja. Bersebelahan dengan katil.

"Noooo...nak cucu ibu...nak cucu niiiii..." Dia merengek lagi kuat sambil memegang dada Haura. Haura ubah posisi duduk dan menepuk punggung Iryana perlahan.

"Dah janji dengan ibukan, Yan nak jadi strong girl. Dalam botol ni pun susu ibu. Tak ada beza pun..." Iryana geleng kepala. Hidungnya naik merah kerana menangis.

"Nak cucu ni...tak nak otol cucu..."

"Yan tipu ibu eh..."

"Noooo..." Tangan kecilnya memeluk Haura dekat erat. "One more...Yan need more time je...pwease ibu..." Haura tertawa perlahan.

"Another one more time from Yan. Until?" Iryana memuncungkan bibir. Mula dah merajuk bila si ibu kata dia banyak kali ulang permintaan yang sama.

"Ibu not cayang Yan anymore. Yan tak cuka ibu."

"Yan come here..." Terkejut Haura bila Irsyad tiba-tiba menarik adiknya dan memeluk erat.

"Yan dah besar kan?"

"Hmmmm...noooo...Yan tecik..."

"Tecik? No no no...kita dah besar. Kita tak boleh melawan cakap ibu kalau nak masuk syurga." pujuk Irsyad sambil menepuk punggung adiknya. Bunyi pampes ditepuk membuatkan senyuman Haura melebar.

"Oh no..."

"Yup, oh no...Yan takut tak?"

"Yan tacut..." Irsyad memeluk adiknya semakin erat. "I'm here..."

"Ayong need to hug Yan. Yan tacut..."

Haura tertawa kecil bila dia nampak muka cuak Iryana ketika memeluk abangnya.

"Yan nak susu? Strong girl kena minum susu botol tau." Irsyad cuba memujuk Iryana lagi.

"Ocey...Yan no need cucu ibu..." Haura terus dukung Iryana.

"Apa? Yan don't need susu ibu anymore? How strong!" Haura mengangkat tangan.

"Hi five!"

"Yes, Yan crong gurlll...hi five!"

Pap! Telapak tangan kecil itu menepuk telapak tangan ibunya untuk membuat hi five.

Haura ambil Irsyad pula dan menggeletek perut nya. "And my strong boy!" Tawa Irsyad bergema satu bilik. Iryana pula terlompat keriangan. Dia membantu Haura untuk menggeletek ketiak Irsyad pula.

Mereka semua ketawa dengan keriangan. Lepas habis menggeletek dan tertawa. Mereka berdua baring diatas ibunya dan tersenyum dalam keletihan.

Haura dapat buktikan pada abang. Haura mampu jaga mereka dengan baik. Berkat kata-kata abang. Sayang dapat bertahan sampai sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience