HPD || BAB 51

Romance Completed 246547

ELOK Nathan sedang mencicip kopi panas disebuah kafe terdekat, tiba-tiba sahaja kerusi kosong bersebelahan dengannya ditarik. Duduk. Nathan melirik ketepi. Rupanya lelaki itu adalah Arsyad.

"Lama tak jumpa." Kata Arsyad. Gelas berisi kopi panas ditangan Nathan, dia ambil dan hirup.

"Tulah. Empat tahun kan? Kau pun dah nampak lain sekarang, Arsyad." Nathan tidak pasti apa niat Arsyad datang kesini. Cuma firasatnya rasa tidak begitu baik.

"Raez. Call me, Raez." Mata helangnya menikam anak mata Nathan. Dia bukan lagi Arsyad yang Nathan kenal.

"Oh, Raez? Kau okay dekat sini?"

Arsyad angguk kepala. Dia cicip lagi kopi panas Nathan. "So far so good. Macam biasa, rindukan anak isteri aku bertahun-tahun. Rasa sakit macam nak mati tapi tak boleh mati. Kau faham kan?" Soalnya dengan nada memerli.

"Aku faham rasa sakit tu." Nathan berdehem perlahan bila dia dengar Arsyad mentertawakannya.

"Kau faham? Sakit mana satu yang kau faham? Cuba cerita sikit dekat aku." Belakang badan bersandar pada kerusi. Kaki disilang dengan wajah selamba.

"Tak ada jawapan?" Dia mencantas lagi apabila Nathan memilih untuk tidak menjawab persoalannya. Arsyad menjilat sekeliling tempat mencicip cawan itu. Lepastu, dia letak cawan itu dihadapan Nathan semula.

"Sip it." Pinta Arsyad.

Nathan agak tersentak.

"Tak apa, aku boleh order baru. Kau minumlah." Nathan cuba menolak ke Arsyad semula tetapi Arsyad menahan.

"Come on, just take a sip of my saliva. My leftovers. You're really interested on what's mine, aren't you?" Arsyad menolak semula cawan itu. Nadanya sangat keras. Ada tawa di hujung katanya.

Nathan terkesima. Riak wajahnya tidak dapat bersembunyi dari menunjukkan emosinya. Memang betul apa kata Arsyad. Dia tahu apa yang Arsyad cuba sampaikan kepada dia.

"Aku...aku−"

"Macam nilah," Arsyad mencantas. Dia merapatkan kerusinya kepada Nathan. "Aku berterima kasih dekat kau sangat-sangat Nathan. Kau selamatkan aku, kau jagakan isteri dan anak-anak aku macam apa yang aku minta pada kau. Banyak jasa kau pada kami." Dia menggenggam buku lima. Sebaik mungkin menahan diri daripada tidak bertindak terburu-buru. Padahal, sakit dihatinya semakin bercambah tatkala teringat apa yang Haura katakan tentang lamaran Nathan kepadanya tadi.

"Tapi satu je aku nak pesan pada kau. Aku benci dengan orang yang pecah amanah. Aku benci dengan pengkhianat. Aku benci dengan orang yang gemar menjilat sisa aku. Hak aku."

Nathan tidak gentar bertentangan mata. Mereka saling menatap dengan tajam.

"Kau kena sedar, Raez. Kau yang tinggalkan mereka pada aku. Aku jadi penjaga mereka selama empat tahun. Selama empat tahun kau menghilang. Mana mungkin aku tak jatuh sayang pada merek−" Belum sempat Nathan habiskan bicara, bajunya digenggam dan direntap mendekat.

"Aku cakap jagakan mereka bukan rampas mereka dari aku sial!" Arsyad menghempas tubuh Nathan keatas meja. Semua mata pelanggan yang berada didalam kafe memandang kearah mereka berdua. Kepala Nathan dia tahan. Tidak beri dia peluang untuk bangun.

"Aku tak kisah apa alasan kau. Yang aku tahu kau pengkhianat. Mulai dari hari ni, Aku tak nak kau berjumpa dengan mereka lagi. Faham?"

"Jangan pentingkan diri sendiri, Raez. Kau lupa ke betapa susahnya aku nak selamatkan kau! Betapa terseksanya aku tahan perasaan aku selama ni! Aku yang jaga anak-anak kau! Temankan isteri kau bersalin! Besarkan mereka dengan sepenuh jiwa aku!" Semakin menggigil genggaman Arsyad mendengarkan jawapan dari Nathan.

"Kalau aku ada peluang tu, aku tak akan merayu pada kau untuk jaga merekalah!" Dia hentak kepala Nathan diatas meja sekali lagi.

"Kau tahu aku masih hidup! Kau tahu betapa sakitnya aku tahan diri aku dari berjumpa dengan mereka kerana terpaksa bersembunyi! Tapi kau sanggup buat mereka sayangkan kau lebih dari ayah mereka sendiri!!" Arsyad campak anak patung pemberian Nathan kepada Iryana sebelum ini.

"Anak patung ni, Yan campak dekat aku. Dia kata dia rindukan kau. Kau puas ke? Puas nampak anak-anak aku sayangkan kau? Pilih kau? Siapa yang pentingkan diri sendiri? Kau atau aku?" Satu tumbukan padu dia daratkan pada mata Nathan.

"Before calling me selfish, ask me how I give my best for everyone but always gets betrayed at the end. Macam kau buat pada aku, Kamal, mak bapak aku. Persetankan semuanyalah!" Dia tumbuk lagi sekali tetapi kali ini pada permukaan meja. Dia tidak begitu kejam. Dia cuma mahu memberi Nathan amaran supaya menjauh.

"Haura Damia tu isteri aku, aku bagi kepercayaan aku kepada kau untuk jaga dia sebab kau wira negara. Tapi khianat yang aku dapat? Kau lamar isteri aku Nathan? Kau memang bangsat! Kau tahu apa hukumnya kalau kau berkahwin dengan Haura sedangkan kau tahu aku masih hidupkan? Kau nak humban isteri aku dalam neraka sekali ke?" Arsyad tidak berhenti sampai disitu.

"You know what? Tugas kau dah selesai. Aku tak perlukan khidmat dari kau lagi. Aku boleh jaga isteri aku sendiri. Ingat? Jangan sesekali dekat dengan anak-anak dan isteri aku lagi. Stay away from my family. They're mine! Kau! Tak ada hak nak rampas mereka dari aku." Arsyad terus pergi dari situ dan meninggalkan Nathan yang masih terlentang diatas meja. Nathan tahu, dia sedar khilafnya kerana itu dia tidak melawan. Jika ikutkan kekuatan, dia juga punya pertahanan diri yang baik sebagai anggota polis.

"Apa kau dah buat ni Nathan?" Dia ambil anak patung pemberiannya kepada Iryana. Macam mana caranya untuk tidak menyayangi mereka? Andai sahaja perasaan ini boleh dibuang sekelip mata, pasti sahaja dia sudah berbuat sedemikian. Dia menyesal kerana terlanjur mencintai Haura dan menyayangi anak-anak Arsyad. Kepalanya tertunduk.

                       AIRPORT, Irsyad duduk elok bersebelahan dengan Haura. Di bibirnya penuh senyuman kerana mendapat sebuah pelukan daripada ayahnya sebelum bergerak ke sini tadi.

Sepertinya, permintaannya sebelum ini sudah termakbul. Rupanya begini perasaan bila di peluk oleh seorang ayah. Rasanya sangat menggembirakan. Lagi lebar senyumannya apabila situasi tadi di mainkan semula dalam fikiran.

Semasa di dapur tadi, Irsyad melihat ibu dan ayahnya sedang masak sarapan bersama. Buat pertama kalinya, Irsyad nampak ibunya tersenyum begitu girang dan bergelak ketawa. Dia tahu, ini mesti kerana kedatangan ayahnya. Ayah, punca ibu gembira. Irsyad pun turut gembira.

"Ayah..." Irsyad berjalan kearah ayahnya dan memeluk kakinya.

"Syad?" Arsyad melutut untuk menyamakan ketinggiannya dengan ketinggian anak kecilnya.

"Syad kenapa datang dapur? Sini panas, sekejap lagi sarapan siap ibu dengan ayah bawa ke meja makan." kata Haura dengan senyuman manisnya. Dia mengelus kepala Irsyad sebelum menggulung roti pada sosej.

"Haah, sini panas..." Arsyad pandang Irsyad lama-lama. Dia tahu Irsyad mahu berkata sesuatu kepadanya.

"Ayah..." Tangan kecil itu memaut lengan ayahnya.

"Iya, sayang?"

"Ayah...Syad nak peluk ayah boleh?" Permintaan Irsyad membuatkan Arsyad sedikit sebak. Semestinya dia tidak akan menolak permintaan secomel itu.

"Mestilah boleh..." Arsyad terus menarik anak kecilnya didalam pelukan. "Syad tak minta pun ayah boleh bagi tau." Belakang badan, dia elus perlahan.

Irsyad membalas pelukan ayahnya juga. "Dah lama sangat Syad nak peluk ayah tapi ayah asyik tak ada. Baru kali ni Syad dapat tahu macam mana rasanya... " Kata Irsyad dengan nada begitu ceria. Dia tak pernah rasa sebahagia ini. Dapat juga dia memeluk ayahnya sebelum dia benar-benar pergi.

Kelopak mata Arsyad menurun. Agak sakit kenyataan itu untuk dia telan.

"Syad rasa apa masa peluk ayah?" Dia memperketatkan pelukan setelah mengajukan pertanyaan.

"Rasa seronok sangat!" Wajah ceria itu hanya menambahkan lagi perasaan sesak dan sebak buat Arsyad. Dia rasa seperti, dia belum cukup menjadi ayah yang terbaik buat anak-anaknya. Dia adalah ayah yang paling teruk kerana membiarkan anak-anaknya dahagakan kasih sayangnya.

"Ayah minta maaf sebab tinggalkan Syad lama-lama..."

Irsyad geleng kepala.

"Syad tak marah dekat ayah. Syad cuma rindu. Setiap malam, bila Syad rindu ayah, Syad dapat tengok gambar ayah je, bercakap dengan gambar ayah..." Suasana menjadi hiba. Perbualan diantara anak dan suaminya sangat memakan dalam. Tetapi sebaik mungkin Haura cuba untuk memberi ruang. Tidak mahu dia mengganggu detik-detik istimewa diantara mereka berdua. Roti sosej yang sudah siap digulung, Haura susun satu persatu pada atas pinggan.

"Ayong!" Iryana berjalan masuk kedapur dengan anak patung baru di tangan. Serentak Arsyad dan Irsyad menoleh.

"Ayong pomise tadi, ayong nak main ngan Yan!" Dia menghentak-hentak kaki kecilnya diatas lantai. Marah kerana abangnya memungkiri janji. Mana taknya, dari tadi dia tunggu abangnya datang ke ruang tamu tapi tak kunjung tiba.

Irsyad tertawa kecil. Tangan masih memaut leher ayahnya. "Ayong terlupa. Ayong nak peluk ayah kita sebelum naik kapal terbang."

"Ayong tak cayang Yan! Ayong cayang momok!" Iryana membentak. Dia duduk diatas lantai dan mencampak anak patung kegemarannya sampai tepat dihadapan kaki Arsyad.

"Yan, kenapa buat macam tu dekat ayah? Yan tak sayang ayah ke? Nak ibu cubit tangan tu baru nak sayang ayah?" Haura menegaskan nadanya. Sejujurnya, dia agak kecewa dengan perbuatan Iryana. Dia tahu dia tiada keperluan untuk ambil hati dengan anak kecil seperti Iryana. Cuma setelah apa yang dia dan Arsyad lalui, dia tak mahu suaminya rasa sakit.

"Sayang, it's okay...Yan kecil lagi." Arsyad mengutip anak patung kesayangan Iryana. Perlahan-lahan dia berjalan kearah Iryana dan melutut.

"Here." Arsyad menghulur anak patung itu. Muka Iryana masih ketakutan. Entah sampai bila anak kecilnya ini mula terima kehadirannya, Arsyad juga tidak pasti.

"Comel patung ni, ibu yang belikan ke?" Soalnya. Iryana geleng kepala.

"Uncle Nathan. Yan cayang uncle Nathan. Uncle tu baik cangat! Yan tak cayang antu ayah. Antu ayah tak ada dengan kitorang." Kening Arsyad tertaut. Patung ditangannya digenggam kemas. Pandangannya dialih ke Haura dengan wajah kecewa.

"Ayah..." Irsyad genggam tangan ayahnya. "It's okay, nanti Syad pujuk Yan. Syad sayang ayah." Lamunan Irsyad terpadam apabila ibunya menepuk bahu.

"Syad, nampak uncle?" Soal Haura. Bukan apa, dia risau Nathan terlepas tiket penerbangan ke Malaysia. Lagi beberapa minit sahaja lagi pagar akan ditutup.

"Tak..." Irsyad geleng kepala.

"Tak apalah, kita masuk je dulu. Nanti uncle datanglah tu. Jom sayang." Haura menarik tangan Irsyad, Iryana pula genggam tangan Irsyad. Sebelah tangan Haura lagi menarik beg bagasi.

 

                 BEBERAPA minit selepas itu, Haura nampak Nathan masuk ke dalam pesawat. Dia ambil tempat duduk bersebelahan dengan Haura. Mengikut kedudukan kerusi yang di tetapkan.

"Encik kemana tadi? Risau saya ingatkan encik terlambat tadi."

"Tertinggal barang tadi." Tiga patah sahaja Nathan menjawabnya. Dia sandarkan badan pada kerusi selepas memakai tali pinggang keselamatan. Apa yang membuatkan Haura sedikit terkedu apabila melihat kesan lebam di mata kiri Nathan.

"Mata encik lebam tu..." Haura menunding jari pada kawasan lebam itu. Segera Nathan menutupnya dengan telapak tangan.

"Encik bergaduh?" Soalnya sedikit kerisauan. Dia bergaduh dengan siapa? Dengan Arsyad ke? Tapi sebelum dia pergi tadi, dia tak ada pula nampak muka Arsyad bengkak-bengkak.

"Jatuh." Jawapan dari Nathan hanya menambahkan rasa curiga di hatinya tetapi dia hanya angguk kepala. Bertindak seolah mempercayainya.

"Encik nak ubat surut bengkak?" Haura menyelongkah beg tangannya untuk mencari krim surut bengkak.

"Ni. Pakai ni. Nanti eloklah tu..."

"Thanks." Nathan mengambilnya tapi tidak pula dia pakai.

"Uncle! Uncle tenok ni! Yan colour tadi!" Iryana menunjukkan buku warnanya kepada Nathan seperti selalu yang dia akan buat.

"Nantilah Yan." Buku mewarna Iryana dia tolak ketepi. Dia pakai topi dan tutup bahagian matanya. Pelik. Haura rasa sesuatu yang aneh apabila Nathan tidak melayan anak-anaknya dengan baik. Selalunya, Nathan akan menjadi orang yang sangat teruja untuk melayan mereka. Tetapi hari ini Nathan nampak berbeza.

"Encik, tak nak layan Yan?"

Nathan tidak membalas pertanyaan. Dia angkat wajah sikit. "Damia, boleh kalau awak beri saya ruang nak berehat?" Tersentap. Haura berdehem sedikit sebelum mengangguk kepala perlahan.

"Maaf..." Haura membuang pandangannya ketingkap. Entah kenapa dia rasa sedih bila Nathan tiba-tiba berubah sikap.

Iryana masih menunggu Nathan melihat buku warnanya. "Uncle. Ni... Yan buat cantik!" Nathan tetap tidak melayaninya. Beberapa kali buku mewarna itu ditolak. Selepas beberapa jam didalam pesawat, Haura tidak dapat menahan sabarnya lagi dengan sikap Nathan. Dia masih boleh bertahan lagi jika Nathan memperlakukannya begitu. Tetapi dia tidak mampu menahan marahnya apabila Nathan melayan anak-anaknya acuh tak acuh.

"Uncle, Syad sakit kepala." Irsyad mahu meraih tangan Nathan tetapi Nathan menepisnya. Kuat. Sampai Irsyad menangis.

"Cukuplah encik!" Haura tarik Irsyad dan letak diatas pangkuannya. Dia tatap Nathan tajam.

"Dari tadi saya tahan sabar saya dengan sikap encik. Kenapa tiba-tiba encik layan anak-anak saya macam ni? Mana sikap baik hati awak, encik Nathan?" Nathan melepaskan keluhan. Memang ini sebenarnya yang dia mahu. Dia mahu Haura dan anak-anak Arsyad membencinya. Biar mereka tidak sedih ketika Nathan membuat keputusan untuk menjauh.

"Sebab saya bukan ayah mereka." Nathan membuka topi dari kepalanya.

"Apa yang awak harap sebenarnya? Nak saya layan mereka macam anak saya? Selama empat tahun saya jaga mereka, jaga awak, apa yang saya dapat?" Haura jeda. Dia belum pernah melihat sisi Nathan yang begini. Yang jelas, dia benci.

"Saya tak pernah paksa encik untuk jaga saya, jaga anak-anak saya."

"Habis?"

"Habis? Anak-anak saya tu dah sayang encik macam ayah diorang sendiri. Tolong jangan kecewakan mereka dengan layanan sebegitu."

"Saya tak ada masa lah, Damia. Dah tak larat nak layan perangai buruk anak-anak awak."

Haura hampir sahaja mahu menampar pipi Nathan tetapi dia tahan. "Kalau encik rasa mereka beban, menyusahkan. Saya rasa tiada keperluan lagi untuk kita berjumpa." Haura menoleh ketingkap dia menepuk belakang Irsyad. Memujuknya untuk berhenti Dari menangis. Selepas sahaja pesawat mendarat, dia bangun meninggalkan mereka tanpa ucapan selamat tinggal. Walaupun berat kakinya melangkah pergi ketika Iryana dan Irsyad memanggil namanya dari jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience