HPD || BAB 25

Romance Completed 246547

USAI HABIS SOLAT, Haura melipat sejadah dan sidai telekung pada penyangkut.

"Irsyad ni diam je dari tadi. Dah tidur ke?" Tersenyum Haura ketika merangkak ketengah katil. Tempat dimana Irsyad sedang berbaring. Hati Haura sentiasa rasa tenang setiap kali memandangnya.

Pelik. Irsyad belum tidur tapi tidak bergerak.

"Anak ibu tak nak berbual dengan ibu malam ni?" Haura mengelus pipi Irsyad. Panas.

"Demam ke?" Terus Haura duduk dan mendukung Irsyad dengan berhati-hati. Dia rasa gugup. Jarang Irsyad senyap macam ni. Selalunya Irsyad akan banyak bunyi tetapi sekarang dia diam. Berkelip mata tetapi tidak mengeluarkan sebarang suara.

Kerana terlalu ketakutan, Haura membuat panggilan kepada Arsyad. Marah macam mana pun dia dengan Arsyad, dia tetap akan meminta bantuan darinya kalau itu berkaitan dengan anak mereka. Haura mahu dia bertanggungjawab. Dia beritahu tentang keadaan Irsyad.

Tak sampai setengah jam, Arsyad sampai.

"Kenapa dengan Irsyad?" Arsyad terus memeriksa nadi Irsyad dengan dua jari.

Haura terus geleng kepala. Dia mahu menangis. Naluri keibuannya dapat menghidu sesuatu yang tidak baik-baik.

Arsyad membaringkan Irsyad didalam dakapan.

"Bacaan nadi Irsyad lambat dari biasa." Arsyad memejam mata seketika. Kepalanya berpusing. Mungkin sebab demamnya yang masih belum kebah tetapi segera dia membuka mata. Tidak mahu melayan sakit. Baginya Irsyad lebih penting.

"Siap-siap. Kita bawa Irsyad ke hospital."

Keputusan yang dilampirkan daripada doktor setelah membuat pemeriksaan terhadap kesihatan Irsyad membuatkan kedua dari mereka terkedu. Haura menutup mulutnya kerana terlalu terkejut. Manakala, Arsyad pula terduduk tidak tahu bagaimana untuk mengatakan apa-apa.

Dia rasa gagal untuk melindungi Haura dan anak kecilnya. Dia rasa sangat kecewa dengan dirinya sendiri sehingga matanya tidak mampu untuk membalas pandangan belahan jiwanya.

Mereka perlu menerima kenyataan bahawa kesihatan Irsyad terjejas kesan daripada ubat peransang yang Haura ambil sewaktu mengandungkan anak kecil itu. Kajian terperinci telah menunjukkan penyalahgunaan dadah semasa tempoh kehamilan boleh memudaratkan proses perkembangan janin.

Beberapa risiko utama akibat kemudaratan tersebut ialah fenomena yang dikenali sebagai kecacatan rupa paras pada fetus, pramatang dan tingkahlaku yang tidak normal. Penyalahgunaan dadah/peransang boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak akibat daripada kesan ke atas sistem saraf (neurologi) dan tingkahlaku.

"Irsyad sebenarnya seorang bayi yang sangat cekal."

"Kalau diikutkan logik, memang sepatutnya kandungan Haura sudah gugur selepas pengambilan ubat peransang itu. Lebih-lebih lagi pengambilannya diawal kehamilan. Tapi kuasa Tuhan, Irsyad masih mampu bertahan sampai sekarang." Doktor Huzair memberi rekod itu pada Arsyad.

"Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dan keadaan ini berpanjangan sepanjang tempoh alam kanak-kanak. Macam dalam rekod, saya dah catat. Berat badan Irsyad lebih ringan daripada berat bayi 3 bulan lain yang normal iaitu dalam lingkungan 2.5-3.3 kg. Tetapi berat badan Irsyad sekarang baru mencecah 2.1kg sahaja dan itu tidak normal." Rekod yang dihulur tadi, segera Arsyad ambil dan semak. Iya, Irsyad mempunyai sintom-sintom itu. Macam mana dia boleh terlepas pandang? Kepala Arsyad menggeleng perlahan. Kenapa hatinya berat sangat mahu terima kenyataan?

Haura masih lagi tergamam. Hatinya rasa sangat pedih. Adakah ini semua salahnya? Kalau dia tidak mengambil ubat peransang itu, pasti semua ini tak akan terjadi. Irsyad yang berada didalam dukungannya dia tenung lama. Menitis air mata Haura pada pipi Irsyad.

"Maafkan ibu..." Pipi mulus Irsyad dielus perlahan.

"Bukan itu sahaja, dalam keputusan pemeriksaan ada beberapa tanda bahawa sel-sel kanser dalam tubuh Irsyad mula aktif. Tapi itu hanyalah tanda-tanda awal, saya tidak boleh putuskan lagi sama ada Irsyad betul-betul penghidap barah ataupun tidak. Jadi, Irsyad perlu membuat appoiment medical checkup setiap bulan untuk memantau tahap kesihatannya." Doktor Huzair mengambil semula rekod tadi dari tangan Arsyad.

"Kalau tiada apa-apa, saya pergi dulu doktor Arsyad." Dia senyum hormat dan pamit.

Arsyad mengeluh perlahan. Kenapa ya? Kenapa ujian hidupnya menjadi seberat ini? Arsyad rasa tidak bermaya untuk mengahadapi ujian seberat ini. Ujilah dia, dia tidak kisah tetapi bila bahagian anaknya yang diuji rasa sakitnya berbeza. Rasa kecewa. Rasa lemah. Rasa seperti mahu mengambil tempat Irsyad sahaja. Kenapa bayi kecil itu perlu merasakan kesakitan? Bahkan bayi itu masih tidak berdosa.

Dia tidak mempersoalkan takdir Tuhan tapi hatinya rasa sakit. Haura dan Arsyad masih terduduk disitu.
Masih merenung kesalahan masing-masing. Masih merenung bakal sekuat apa lagi ujian mereka yang seterusnya. Kehilangan Irsyad? Haura dan Arsyad tak kuat. Mereka tidak sekuat itu untuk menerima kehilangan.

Sepanjang perjalanan, mereka berdua banyak termenung, diam tanpa sepatah kata-kata.

"Perkahwinan kita hanya satu kesilapan. Bukan?" Soalan Haura hanya merabakkan lagi luka parah di hati Arsyad. Dia terkilan. Sepanjang perkahwinan mereka sehingga sekarang, tidak pernah sedetik pun pada hati Arsyad untuk menyalahkan atau menyesal dengan perkahwinan mereka tetapi Haura? Haura menyesal.

Makin tidak tertahan air mata Arsyad. Stereng kereta digenggam kuat sehingga urat ditangannya tertimbul.

"Kalaulah saya dengar apa yang arwah opah nasihatkan pada saya. Mesti semua benda ni tak jadi. Mesti saya bahagia. Kan?" Wajah Haura kosong ketika mengatakan itu. Seperti bukan diri sendiri yang mengungkap tetapi hati. Hati yang sudah penat untuk berjuang. "Kita terlalu ikutkan kata cinta tanpa memikirkan apa akibatnya. Kita tak setaraf Arsyad. Perkahwinan kita tiada restu mama papa awak. Kita yang melanggar hukum. Semua ni..."

"Cukup sayang."

"Kalau saya tak kahwin dengan awak, mesti Irsyad tak akan sakit. Tak akan terseksa macam saya..."

"Cukup...Haura Damia..."

"Keputusan saya terima awak dalam hidup saya...benar-benar satu kesilapan yang besar. Sepanjang saya bersama awak. Rasa sakit itu lebih banyak berbanding bahagia."

"Kita sama-sama terseksa. Sakit sayang, sakit anak kita, sakit juga abang rasa."

"Awak tak pernah rasa apa yang saya rasa." Haura pandang tajam pada Arsyad. Dia rasa menyesal. Tidak tahu kenapa hatinya rasa sangat marah dengan kehadiran Arsyad didalam hidupnya. Kalau dia tak terima Arsyad dalam hidupnya, mesti semuanya akan baik-baik sahaja. Haura cuma terbawa emosi. Anak kedua yang sedang dia kandung hanya membuatkan Haura tidak dapat mengawal emosinya.

"Dan sayang tak pernah rasa apa yang abang rasa. Abang tak pernah minta sayang untuk rasa apa yang abang rasa cuma abang minta sangat-sangat. Abang merayu. Jangan pernah menyesal dengan perkahwinan kita. Sakit untuk abang terima perkataan tu, sayang."

"Saya menyesal Arsyad."

Semakin deras air mata Arsyad bergelinangan. Pengakuan Haura. Arsyad cuba fokus pada pemanduan tetapi kerana sangat terkilan. Arsyad berhenti di tepi jalan. Dia menangis. Tidak menghiraukan pandangan Haura seberapa lemahnya dia sekarang.

"Hidup saya sebelum kehadiran awak, semuanya bahagia."

"Bahagia?" Arsyad pandang Haura dengan hampa.

"Abang rawat trauma sayang, abang balut luka tu. Sayang lupa?"

Haura berpaling.

"Lelaki tetap lelaki. Hanya menggunakan wanita sebagai tempat lepasnya amarah dan nafsu."  Arsyad meraup wajah setelah mendengarkan itu.

"Abang tak sama dengan lelaki lain."

"Kenapa awak tak pernah bagitahu saya yang awak dah rujuk?"

"Sebab abang nak sayang rasa menyesal dengan silap sayang. Abang nak sayang rasa berdosa tetapi kecewa yang abang dapat. Abang nampak sayang lebih menyesal bersama dengan abang berbanding ketika sayang bersama Fawaz. Sebab tu abang marah. Sebab tu abang bercakap lancang. Rupanya, abang silap. Abang silap menghukum orang. Abang hukum orang yang salah." Arsyad memandang Haura dengan matanya yang sembap dan kemerahan.

"Kalau abang tahu sayang setia dengan abang, abang tak pernah rela dengan perbuatan abang."

Haura masih berpaling.

"Semuanya dah berlaku Arsyad. Hati saya pun dah tawar tak bergula."

"Sebab salah faham ni, sayang nak mengalah?"

Haura tersenyum hampa.

"Jangan persoalkan tentang mengalah. Awak tak pernah tahu seberapa lama saya berjuang sendiri." Dia menguatkan diri untuk membalas tatapan Arsyad.

"Abang betul-betul minta maaf. Semua yang abang buat tu sebab salah faham. Mereka tipu mata abang, sayang. Kalau apa yang abang nampak tu cuma sekeping gambar, abang tak akan senang-senang untuk percaya. Tapi sebab abang nampak depan mata, abang dengar dengan telinga semua pengakuan sayang. Macam mana caranya lagi untuk abang menidakkan bila sayang mengaku pada abang yang sayang buat semua tu."

Haura masih tersenyum hampa.

"Dan apa yang membuatkan permintaan maaf itu berbeza?"

"Sayang..." Arsyad sudah habis kata-kata.

"Salah faham..." Haura angguk kepala dengan kecewa. "Salah ke kalau saya ingat sampai bila-bila, macam mana awak layan saya macam perempuan tiada maruah? Awak hina saya, awak lempar dan gunakan saya sesuka hati awak. Layak ke saya terima semua tu? Saya cuba bertahan untuk awak. Saya bersabar, tapi hati saya dah terlalu lelah. Cinta kita semakin pudar dihati saya."

Haura pandang kearah Arsyad.

"Saya maafkan segala kesilapan awak bukan bermakna saya akan lupa. Sakit Arsyad. Sakit dekat sini." Haura mengetuk dadanya berkali-kali.

"I know...abang tahu macam mana sakit tu sayang...abang pun rasainya..." Arsyad cuba menggenggam tangan isterinya tetapi Haura menepis.

"Jangan sentuh saya!"

"Sayang...jangan buat abang macam ni..."

"Awak harap apa lagi Arsyad? Apa yang awak harapkan dari saya? Kita kembali dan hidup seperti biasa setelah apa yang terjadi diantara kita?"

"Bukan itu maksud abang..."

"Saya tak nak dengar apa-apa lagi!" Terkilan. Arsyad rasa sangat terkilan dengan sikap Haura tetapi dia tidak akan sesekali salahkannya.

"Sudahlah...kita letih kan?" Dia memegang stereng semula. "Abang rasa memang betul keputusan kita untuk berpisah." Arsyad meneruskan semula pemanduan. Dia memberi signal dan masuk kedalam jalan raya semula.

"Lepas ni, kita fokus pada kesihatan Irsyad. Kos rawatan, appoiment semua biar abang yang urus. Sayang cuma teman abang je untuk kekuatan. Abang tak minta lebih. Bencilah abang macam mana yang sayang nak. Sayang tak salah. Cuma abang minta jangan putuskan talian abang dengan Irsyad sebab abang ada hak terhadap anak kita." Arsyad mengatakannya dengan pasrah. Dia pun sudah letih. Tubuhnya tidak berapa sihat kerana banyak memikirkan.

Mata semakin kuyu.

"Sayang..." Dia betul-betul rasa tidak sihat.

"Apa lagi Arsyad?" Ketika suara dingin Haura yang menerpa, hati Arsyad seakan dirobek. Dia mengetap bibir dan memilih untuk berhenti bicara.

Okay ni je untuk harini. Bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience