HPD || BAB 16

Romance Completed 246547

"Haura Damia!!! Swallow!!!"

Kali ini, Haura melawan. Haura enggan menelannya. Dia mengeluarkan semula ubat dari dalam mulutnya. Dia terlalu penat.

Bolehkah dia berehat hanya untuk seketika?

Telapak tangan Arsyad menadah ubat yang Haura muntahkan.

"Jangan jadi macam budak-budak Haura! Kau tahu apa akan jadi kalau kau muntahkan ubat ni semula!" Arsyad membuka kemejanya, kemudian dia mengelap mulut Haura. Lantaklah apa pandangan pemandu jalan raya yang lain ketika melihatnya begini. Dia mahu selamatkan Haura.

"Tak...nak..." Haura menepis tangan Arsyad jauh dari mulutnya. Dia menoleh kearah lain dan hanya menutup matanya. Hatinya membengkak bila teringat bagaimana galaknya Arsyad dan Clara di restoran tadi.

"Kau nak aku berkasar baru kau nak makan ke?!" Tangan Arsyad merentap dagu Haura untuk memandang kearah nya semula. Dengusan Haura dapat didengar oleh Arsyad. Botol berisi ubat alahan, Arsyad tuang semula pada telapak tangannya dan mengeluarkan dia biji baharu. Mulut Haura dia buka dan letak kedalamnya.

"Pergi lah..." Sekali lagi air botol Arsyad bantu dongakkan untuk menuangnya masuk.

"Telan Haura!" Sekali lagi Haura memuntahkannya keluar lagi. Dia tidak mahu. Biarlah. Hatinya sudah penat untuk hadap semua benda. Biarlah dia menghilang buat seketika.

Kerongkongan Haura semakin rasa terhimpit. Nafasnya mengah. Batuk pula kedengaran semakin lemah. Alahannya memang boleh membawa maut kerana saluran pernafasannya pasti akan membengkak jika tersalah makan.

"Telan ubat ni!" Menggigil tangannya menadah ubat yang Haura muntahkan semula. Kelopak Mata Haura semakin lama, semakin tertutup.

"Haura..." Mata Arsyad tidak berkelip. Dia menggoncang dagu Haura dengan berjuta emosi.

"Haura kau dengar aku kan?" Segera Arsyad memeluk tubuh Haura dan menyandarkan kepala Haura pada dada kekarnya.

"Haura..."

Pelukannya semakin erat. Kalau dengan pesakitnya yang lain, memang laju saja otaknya berfikir apa yang perlu dia lakukan seterusnya, tetapi lain halnya jika itu Haura. Otaknya jadi tepu. Jadi kaku.

Haura menyandarkan wajahnya pada dada kekar Arsyad dengan lemah. Bunyi degupan jantung Arsyad membuatkan hatinya semakin pedih. Kenapa hatinya tenang ketika mendengarkan itu? Kenapa dia tidak mampu membenci Arsyad? Menitis air matanya ketika berada dipelukan hangat Arsyad.

"Lepaskan saya..." rayu Haura. Kali ini tangannya memukul-mukul dada bidang Arsyad. Walaupun dia tahu Arsyad tidak bakal goyah dengan pukulan lemahnya. Dia mahu Arsyad melepaskannya. Dia sudah penat.

"No...Haura telan ubat ni. Kau boleh mati Haura!"

"Saya layak mati kan?" Pandangan Haura menjadi semakin kabur. Dia tersenyum nipis sebelum semuanya menjadi gelap. "Pendosa macam saya...memang tak layak bahagia..." Akhirnya, dia dapat berehat dan melupakan segala kesakitan walau hanya seketika. Itu pun dia sudah cukup bersyukur.

•••

Sarah termenung menghadap siling ketika berbaring diatas katil. Fikirannya masih memikirkan tentang Haura.

Fikirannya sangat serabut.

Mana Haura?

Apa yang jadi dekat dia?

Kenapa Haura tak jawab call?

Kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa. Emosinya semenjak dua menjak ini sangat terganggu. Selagi dia tidak tahu keberadaan Haura dimana, hatinya tidak akan pernah tenang.

Bila teringatkan Fawaz pula. Hatinya rasa marah yang teramat sangat. Haura sudah menceritakan semuanya. Sarah tahu. Tetapi Haura tidak mahu Arsyad tahu tentang ini kerana Haura yakin bahawa Arsyad tak akan pernah percaya.

Patutkah dia beritahu saja pada Arsyad? Nanti kalau Haura marah bagaimana? Sarah menggigit kulit bibir keringnya. Gugup. Keputusan mana yang perlu dia ambil?

Badannya mengiring kekanan pula. Sakit kepala memikirkan perihal kawan baiknya.

"Ha, mula lah tu. Mula." Kamal mencubit peha Sarah. Bukan dia tidak tahu isteri nya ini kalau ditinggalkan sendiri, mula lah fikirannya memesong jauh. Pergi sana termenung, pergi sini termenung. Dah macam perempuan hilang laki.

Sarah tersentak. Terkejut bila pehanya dicubit manja oleh Kamal.

"Biy, cuba bagi yayang tenang sekejap. Bagi yayang rehat. Penatlah kalau biy asyik ganggu waktu rehat yayang..." Sarah mencebik dengan bibirnya yang menucung kalah itik.

Pantang nampak bibir isteri memuncung, laju saja dia mendaratkan bibirnya juga disana tapi sekejap sahajalah. Takut kena cubitan ketam lagi! Sakit wo! Sakit!

"Masalahnya, rehat you tu macam tengah berperang dengan fikiran sendiri. Dengan termenung tak kira masa dan tempat. Berkerut-kerut muka tu tak pernah lekang. Apa yang yayang fikir sebenarnya ni?" soal Kamal sambil berbaring disebelah Sarah. Dia berbaring mengiring menghadap wajah Sarah.

"Cuba cakap dengan biy." Bibir Sarah dielus dengan ibu jarinya.

"Tak nak. Nanti biy cakap yayang yang banyak fikiran sangat. Macamlah yayang tak tahu! Ceh!" rungutnya dengan muka sebal. Bibir Kamal dia cubit dengan kuat. Gatal sangatkan!

"Eh, siapa?"

"Biy lah!"

"Siapa tanya..." Sengaja dia mengusik Sarah lagi. Pelik juga dengan perangai Sarah yang terlalu emo sepanjang masa. Kalau tersilap cakap sikit sudah melenting.

"Ish! Menyampah betullah layan dia ni!" Bantal peluknya dia hempuk saja pada wajah Kamal. Geram. Orang tanya betul-betul. Dia jawab main-main. Kan dah kena setepek!

Kamal ketawa terbahak-bahak. Tak terasa hati pun bila Sarah memukulinya dengan bantal empuk itu.

"Eleh, sombong sekarang. Suami sendiri nak bergurau pun tak boleh. Ini tak boleh, itu tak boleh." Kamal menghabiskan sisa tawanya yang tidak terhenti sejak tadi.

"Bukan sombong tapi biy tu yang selalu gurau tak kena masa." Sarah menjeling tajam. Geram je dengan perangai suaminya yang suka bergurau waktu dia tiada mood mahu ketawa.

Kamal mencubit hidung Sarah dengan manja.

"Eh, eh, sedapnya kata orang. Habis yayang asyik marah biy dua puluh empat je tak kena masa, tak salah pula?" Dia gomol-gomol pipi gebu Sarah kegeraman.

"Biy nak salahkan yayang lah ni?!" Air mata Sarah mula meleleh tiba-tiba. Apakah? Kenapa dengan perubahan emosi Sarah baru-baru ini? Kamal terus memeluk Sarah untuk memujuknya.

"No baby...mana ada biy marah. No. Never my betepol wifey." Sempat lagi dia menyakat. Memang hinggap cubitan ketam pada pinggangnyalah jawab nya.

"Aduh! Aduh!" adu Kamal tapi tangannya masih memeluk erat Sarah.

"Apa ni dosa tau pukul suami."

"Tak kira! Biy salahkan yayang!" Makin lebat air matanya mengalir. Entah apa yang sedih sangat pun dia tidak tahu. Yang dia tahu, dia rasa sedih. Nak melalak kuat-kuat dekat telinga suami dia.

"Ala, jangan lah nangis macam ni..." pujuk Kamal lagi sambil mengusap rambut isterinya dengan perlahan.

"Nak jeruk pak ali..." rengek Sarah membuat Kamal terkejut. Dia pegangn pipi Sarah dan dia gomol-gomol.

"Sejak bila yayang makan jeruk ni?!" Bukan main terkejut Kamal sampai terbuntang biji matanya. Selalunya bila Kamal beli jeruk, mesti Sarah membuat muka tidak suka. Tapi tiba-tiba malam ni terbalik pula? Pelik. Pelik.

Sarah memeluk tubuhnya sendiri. Merajuk seperti anak kecil yang tidak dapat mainan baharu.

"Please...nak jeruk pak ali! Nak sekarang! Kalau tak yayang terjun balkoni!" Tersedu-sedu Sarah ketika meminta itu. Dia nak makan juga. Tak kira. Perutnya betul-betul mahukan jeruk!

"Ya, tahu. Cuba tenang dulu apa-apa pun." Kamal turun dari katil. Tangannya menarik tangan Sarah supaya bangkit segera. Dia membawa Sarah pergi kedapur untuk mencari jeruk pak ali kalau kalau ada.

Kamal menundukkan kepala ketika membuka peti sejuk. Tangannya sedang mencari.

"Jumpa tak?"

Kamal keluarkan kepala dari peti sejuk.

"Biy baru berapa saat selongkah peti sejuk, yayang dah tanya biy dah jumpa ke belum? Bertuahnya isteri biy ni..." Kamal tertawa kecil sambil tangannya sambung menyelongkah.

"Jumpa!" Kamal terus mengambil satu balang kecil yang berisi jeruk pak ali.

"Jumpa?!" Terlompat riang Sarah bila mendengarkan itu. Ah, rasanya senang sekali! Balang kecil itu Sarah ambilnya dari tangan Kamal. Dia duduk dan makan jeruk itu dengan  sangat bahagia.

Gila...

Ini gila...

Siapa entah yang merasuk tubuh isterinya ketika ini. Pelik semacam!

•••

Sedar sahaja, dia sudah terbaring di atas timbunan bunga-bungaan. Bauannya harum.

"Dekat mana ni?" soalnya kebingungan. Setahu dia, dia ada didalam kereta sebelum semua nya menjadi gelap gelita. Badannya masih keletihan tapi dia gagahkan diri untuk bangun dari pembaringan.

Sepertinya dia berada ditaman bunga. Yang menjadi persoalannya, bagaimana dia boleh berada disini?

"Arsyad..." Panggilnya dengan nada sayu. Kemana lelaki ini membawanya pergi. Kenapa lelaki itu membiarkannya disini sendiri?

Kakinya perlahan-lahan membawa diri. Bunga-bunga yang menghalang laluannya, dia menolaknya sahaja untuk melihat jalan. Kemana haluannya sekarang?

"Irsyad..." Kali ini, nama Irsyad pula dia panggil. Dia mahu mendakap anak kecilnya. Dia mahukan kekuatan dari Irsyad. Kerana selemah apa pun dia, jika melihat wajah anak kecilnya pasti sahaja dia terus mendapat kan sumber kekuatan.

"Cucu opah..."

Kepala Haura menoleh kekiri. Suara opah! Suara yang paling Haura rindui!

"Opah!" Haura berlari kearah opah dan memeluk tubuh itu dengan sekuat hati.

"Kenapa opah tinggalkan Haura...Haura rindukan opah..." Air matanya menitis ke pipi ketika tangan kedut opah membelai kepalanya seperti dahulu. Belaian yang paling Haura nantikan.

"Cucu opah ni kuatkan?" Pelukan opah semakin kuat. Dia juga merindukan cucu kesayangannya.

"Haura tak kuat..." Dia menangis teresak-esak. Sejak kematian opah, kekuatannya semakin memudar. Hidup nya terasa kosong.

"Haura kuat, opah tahu." Opah mengusap pipi Haura yang sudah dibanjiri air matanya.

"Opah bangga dengan Haura. Haura adalah wanita yang paling kuat opah pernah jumpa. Haura bangunlah. Jangan berlama disini." Opah menepuk perlahan bahu Haura dengan senyumannya.

"Haura nak tinggal disini..."

"Ini bukan dunia kamu Haura."

Haura memeluk opah sekali lagi.

"Haura nak minta maaf sebab...Haura tak dengar kata opah. Sepatutnya, Haura kena sedar diri. Haura tak patut terima Arsyad dalam hidup Haura kan?" Haura menatap wajah berseri opah dengan mata sembapnya.

"Haura jangan cakap macam tu. Berdosa kalau kita menyalahkan takdir Tuhan." Sekali lagi kepalanya di elus lembut.

"Setiap pertemuan pasti ada kebaikannya. Kalau bukan untuk menjadi peneman hidup, pasti ia akan menjadi pelajaran hidup. Jadi sekarang, Haura kena kuat untuk Irsyad..."

Haura mengangguk kepala.

"Untuk Irsyad..."

Matanya terbuka perlahan, tersedar dari mimpi indahnya. Bunyi monitor bergema didalam ruangan. Pandangannya masih kabur tetapi dia dapat mengagak dimanakah dia berada.

Haura dapat rasa tangannya digenggam kuat. Sudah pasti ia adalah genggaman Arsyad. Haura memejamkan mata semula kerana terasa lelah. Sakit ketika dia mahu menarik nafas.

"Haura, wake up..." Tangannya dikucup beberapa kali oleh bibir hangat milik Arsyad.

Haura masih lagi memejamkan matanya. Kenapa Tuhan tidak mengambil saja nyawanya? Kenapa dia masih disini? Kenapa dia tidak boleh bersama opah sampai bila-bila?

Liurnya ditelan payah. Bila teringatkan Irsyad, Haura menggagahkan diri untuk membuka kelopak mata. Dia tidak boleh tinggalkan Irsyad sendiri.

"Haura?" Arsyad terus berdiri.

Dua jari Arsyad membuka kelopak mata Haura dan menyuluh lampu suluh kecil untuk memeriksa keadaan.

"Haura, do you hear me?" Rambut Haura Arsyad elus dengan lembut.

Haura menoleh kearah lain. Mengelak dari kepalanya disentuh.

"Mana Irsyad?" soal Haura dengan lemah tanpa menoleh. Dia hanya mengiring mengahadap dinding.

Arsyad mengeluh perlahan.

"Pandai pandailah aku jaga dia. Sekarang ni aku nak kau rehat." Rambut Haura dia elus lagi.

"Saya nak Irsyad." Haura menegaskan lagi kata-katanya. Dia mahu memeluk Irsyad sahaja di waktu terlemahnya ini. Dia mahu mendakap sumber kekuatannya.

Arsyad mengerutkan dahi.

"Kau tahu tak disebabkan kedegilan kau ni, Irsyad hampir kehilangan ibu dia? Sekarang masih nak berdegil? Rehat cukup-cukup sebelum discharge."

Haura menepis lagi tangan Arsyad ketika tangan kekar itu mengelus rambutnya.

"Haura!"

Haura memandang kearah Arsyad.

"Kenapa? Nak marah saya lagi? Nak pukul saya?" soalnya perlahan.

Arsyad tediam ketika melihat wajah pucat Haura ketika ini.

"Kau tak layak persoalkan apa yang aku buat." Arsyad masih menjunjung ego.

"Sebab saya perempuan simpanan awak kan? Sebab tu awak boleh buat sesuka hati awak. Kenapa tak biar saya mati je? Baru terbalas setimpal kan dengan dosa yang saya pernah buat?" Haura tersenyum ketika mengatakan itu. Padahal hatinya saja tahu betapa sakitnya ketika mebgungkapkan kata-kata ini.

"Soalan bodoh apa kau tanya ni Haura? Kau ibu kepada anak aku. Irsyad perlukan kau."

Haura tertawa lemah.

"Jadi saya dibiarkan hidup hanya untuk keperluan orang lain? Bukan kerana saya layak untuk hidup?"

Arsyad memegang tangan Haura.

"Berhenti cakap benda yang mengarut dan tidur. Kau perlukan rehat yang cukup. Lepas ni susukan Irsyad."

Haura memandang wajah Arsyad.

"Saya cuma nak awak lepaskan saya Arsyad."

"Shut up! Haura! Aku cakap tidur!"

Berdesing telinga Haura ketika ditempik sedemikian rupa. Mahu tidak mahu, dia menutup matanya semula. Tangannya mengesat air mata yang sudah mengalir kepipi.

Arsyad meraup wajah, berselang dengan dengusan beberapa kali.

"Aku tak bermaksud untuk berkasar dengan kau Haura. Aku risau dekat kau." Tangan Haura dia gapai semula.

"Jangan risau tentang Irsyad, aku dah tukar lampin dia semua. Rehat secukupnya untuk kebaikan kau." Dahi Haura dia kucup perlahan. Pipi Haura dia elus dengan tangannya.

Haura hanya menutup matanya. Tidak menjawab mahupun memberi sebarang reaksi.

Arsyad kemudian bangun dan berbaring disebelah Irsyad yang sudah tidur di atas sofa. Lama-lama matanya juga terlelap setelah berjaga sepanjang malam.

Eleh Arsyad, gelabahlah tu hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience