HPD || BAB 30

Romance Completed 246547

LEPAS SEDAR SAHAJA DARI TIDUR, bajunya sudah ditukar tanpa sedar. Dari cuma bersarungkan baju t-shirt lengan panjang dan berseluar palazo, terus bertukar kepada blaus putih bercorak bunga dan kain plated bewarna putih juga.

Kepala Sarah masih bersandar pada tiang katil. Tangannya diikat disitu. Kalau dia menjerit pun tiada guna kerana rumah agam ini kebal dan terasing dari kejiranan. Fikirannya buntu. Entah kenapa dia dikurung dengan suami sendiri. Terasa bodoh kerana mempercayai lelaki itu hidup-hidup.

Perutnya sudah berkeroncong setelah lima jam dikurung disini sendiri.

KTAK!

Bunyi kunci pintu dibuka dari luar. Kamal menapak masuk kedalam dan melutut dihadapan Sarah sambil membuka ikatan.

"Kenapa tak kurung aku sampai mati je Kamal?" soalan Sarah membuatkan tangan Kamal terhenti. Dia mendongak dan merenung Sarah dengan wajah tidak berperasaan.

"Hilang dah, yayang biy?"

Sarah ketawa hampa.

"Kau masih berharap aku akan hormat pada kau?"

Kamal mengetap geraham sehingga bunyi nyaring terdengar kerana geseran.

"Aku buat semua ni bersebab."

Sarah pandang Kamal tepat dalam anak mata dia.

"Tak kisahlah sebab apa. Yang penting, aku dah tahu yang kau adalah punca kawan baik aku merana."

Kamal mengangguk kepala sebelum menyambung buka ikatan.

"Aku gunakan Haura sebab aku nak jatuhkan Arsyadlah."

"Kau sedar tak ni Kamal? Kau bekerjasama dengan Tan Sri untuk rogol Haura. Dalam masa yang sama kau jadi pembunuh. Aku tak akan pernah maafkan dengan apa yang kau dah buat pada kawan baik aku! Dia! Dia menangis macam nak mati! Dia terseksa sebabkan kau Kamal! Sebabkan dendam bodoh kau ni! Kau sanggup upah Fawaz untuk rogol Haura dan bunuh Fawaz lepas dia dah jadi anjing kau!" Sarah tidak dapat lagi menahan sabar. Dia sudah berjanji menjaga Haura tetapi dia baru sedar bahawa dialah punca Haura merana. Suami dia sendiri. Orang yang dia percaya!

Dia malu untuk berhadapan dengan kawan baik lepas ini.

"Ibu mengandung kena jaga mulut."

"Aku pun tak akan rela mengandungkan anak penjenayah macam kau!"

Pak! Pipinya ditampar kasar. Ditempat yang sama dia ditampar oleh Kamal tempoh hari.

"Aku ni punyalah gelisah! Fikirkan cara macam mana untuk selamatkan anak dalam kandungan kau! Tapi ini yang kau hembur pada aku sebagai balasan!"

"Gelisah sebab buat dosa Ahmad Kamal."

Pak! Kamal tampar pipi Sarah ditempat yang sama lagi sehingga berbirat.

"Jaga mulut kau!"

"Sempat lagi bertaubat."

Pak! Kali ni, mengalir darah dari hujung bibir Sarah kerana terkoyak. Air mata Sarah mengalir ke pipi.

"Bangun!" Kamal menarik lengan Sarah dengan kasar. Paksanya untuk berdiri bersama setelah ikatan pata tangan dibuka sepenuhnya.

Tubuh Sarah ditolak keluar dari bilik menuju ke bahagian ruang makan. Haruman bunga rose yang berteraburan diatas lantai terus menerobos kedalam rongga hidung. Candle light dinner terletak elok diatas meja beserta hidangan mewah. Sarah memerhati semuanya dengan wajah kosong.

Kamal menarik kerusi kebelakang.

"Duduk." Arahnya dengan nada tegang.

Sarah cuma mengikut tanpa membuat banyak bunyi. Dia sedang meneliti keadaan walaupun dalam senyapnya. Tangannya sudah siap memegang garfu yang terletak diatas meja. Dia pandang tajam Kamal yang sudah duduk berhadapan dengannya.

"Well, well...selamat datang ke candle light dinner Sarah..." Eizkil senyum senget. Dia tarik kerusi dan duduk di tengah meja.

"Hari ni, kita bawakan hidangan istimewa untuk kau."

Seorang wanita bertubuh lampai menatang dulang dengan tiga gelas kaca berisikan air bewarna merah gelap.

"Here we go..." Wanita itu tersenyum pada Eizkil ketika meletakkan ketiga-tiga gelas itu pada atas meja.

Kamal dan Eizkil mengambil gelas dihadapannya dan angkat keatas.

"Cheers?" soal Eizkil dengan kening yang terangkat memberi tanda kepada Sarah supaya melakukan perkara yang sama.

Sarah mengeluh perlahan sebelum mengenggam gelas dan mengangkatnya.

Ting! Ketiga-tiga gelas itu berlaga.

Dua daripada mereka terus meneguk dengan rakus. Sarah pula rasa ragu-ragu untuk mencicipnya. Bauannya sangat aneh. Seperti campuran arak dan bahan kimia yang tidak diketahui. Genggaman Sarah pada tangkai gelas mula lemah. Menggigil ketakutan.

"Minumlah, tunggu apa lagi?" soal Eizkil dengan nada mengugut.

Kamal pula sudah menggulung pasta untuk menjamu selera.

"Minum." Eizkil menekankan lagi arahannya.

"Minum jelah Sarah. Bukannya mati pun." Selamba Kamal mengatakannya sambil mengunyah pasta penuh didalam mulut.

Sarah memerhati sekeliling. Dia takut untuk melanggar arahan kerana disekelilingnya penuh dengan pengawal yang lain.

Gelas kaca itu didekatkan pada hujung bibir. Dicicipnya sedikit. Kelat anggur bercampur gas rasanya. Dia tidak dapat mengecam air apa yang sedang dia minum sekarang.

"Habiskan."

Terpaksa dia meneguknya sampai habis. Bila gelas sudah kosong. Sarah letak atas meja. Berdebar. Peluhnya mula menitis.

Kamal pandang Sarah seketika.

"Makan, nanti perut masuk angin. Bahaya untuk bayi." Katanya dengan dingin sebelum sambung mengunyah. Habis sahaja makan, Kamal bangkit dari kerusi dan berjalan kearah Sarah. Dia nampak Sarah masih tertunduk menjamu makan.

"Sudah, masuk tidur. Esok kita berlepas." Tangan Kamal memaut lengan Sarah dan cuba membuatnya berdiri tapi kepala Sarah pula tersembam pada dadanya.

"Sarah?" Kamal mengangkat dagu isterinya, pucat! Kenapa tiba-tiba ni?!

Terkedu bila dia nampak titisan darah yang mengalir pada lantai. Terus dia pandang Eizkil dengan marah.

"Ni bukan apa yang kita rancang tadi!"

Eizkil tertawa.

"Ya, betul. Tapi ni arahan Tan Sri. Hukuman kerana buat busuk pada rancangan Tan Sri."

"Tak guna!!!" Kamal sudah bersedia untuk menumbuk Eizkil tetapi kaki kanannya di tembak.

Bam! Bam! Dua das tembakan dilepaskan, satu pada kaki kanan. Satu pada lengan kiri. Kamal tersembam pada lantai. Wajah Eizkil dia tatap dengan penuh dendam.

"Kau bunuh anak aku Eiz!!!" Cubaan untuk bangun gagal.

"Kau tikam belakang aku!!!"

      FABIO memandang kearah seorang perempuan yang sedang berdiri tegak dengan berpakaian skirt pendek sendat dari dalam kereta. Wanita itu bersenjata. Nampaknya, dia dihantar sebagai penjaga pintu masuk.

"Vedi quella ragazza con la gonna corta. (Kau lihat gadis skirt pendek tu.)" arah Fabio kepada Alessandro. Cermin mata hitamnya ditanggalkan dan pandang tepat pada wanita yang Fabio tujukan kemudian Alessandro menganggukkan kepala.

"Meglio avere una moglie sexy così, i giorni sono allettanti. (Best juga dapat isteri seksi macam tu, hari-hari tergoda.)" kata Alessandro sambil membelai janggut yang tak kunjung tiba.

PAK! Belakang kepalanya dihempuk dengan Fabio.

"Dai! Essere ammalato! Perché vuoi darmi una pacca sulla testa? (Adoi! Sakitlah! Kenapa kau nak hempuk kepala aku?)" Alessandro mengadu kesakitan. Berdenyut-denyut kepala dibuatnya. Terus blur member bila tiba-tiba kena tibai.

"Ora non è il momento di trovare un compagno. La nostra missione è rovesciare questi ragazzi e catturare il traditore del figlio adottivo di Luiz. (Sekarang ni, bukan masa untuk cari jodoh. Misi kita tumbangkan budak-budak ni dan tangkap pengkhianat anak angkat Luiz.)"

Belakang kepala yang baru dihempuk tadi, Alessandro mengelus dengan perasaan geram.

"Le canne sono proprio davanti ai tuoi occhi. Why not? (Alang-alang dah ada dekat depan mata. Why not?)" Alessandro berdecit ketika melihat wajah Fabio yang sangat serious. Benda boleh buat dengan tenang kenapa perlu serious kan? Tak gitu?

"Information!" Suara Sean kedengaran dari alat penyambung suara.

"Hem, com'è? (Hem, macam mana?)" soal Fabio sambil menyambung suara untuk menjawab panggilan dari Sean. Sean dia sudah terlebih dahulu menyelinap masuk untuk memantau keadaan.

Alessandro mengerutkan dahi. Dia ambil alat penyambung suara yang tersumbat dari telinga Fabio dan sumbat dalam telinga dia pula.

"Uh!" Panas pula Fabio bila tengok muka Alessandro yang selamba sahaja macam tak buat dosa. Nak nak pula dengan yakinnya dia menerkup mulut murai Fabio yang mahu membebel kepadanya kerana mengacau.

"Eh, cos'è? informazioni veloci. (Ha, apa dia? Maklumat cepat.)" Siap silang kaki si budak Alessandro ni.

"In questo ci sono circa 10 persone, tra cui il figlio adottivo del traditore Luiz e sua moglie. (Dalam ni ada lebih kurang 10 orang, termasuk pengkhianat anak angkat Luiz dan isterinya.)" Sean memberi maklumat.

"Bene, occupatene tu prima. Esternalizziamo. (Bagus, kau urus dalam dulu. Kami urus luar.)" Suka hati betul dia be right arahan. Padahal itu kerja Fabio. Nak kerja senanglah katakan. Fabio gigit tangan Alessandro sampai terjerit budak tu.

"Auch!"

Fabio merampas alat penyambung suara dari telinga Alessandro dan sumbat dalam telinganya suara.

"Aspetta Sean! Non attaccare per primo! (Tunggu Sean! Jangan serang dulu!)" Panggilan putus. Tandanya, Sean sudah menerima arahan dan bergerak untuk menyerang.

"Tardi...(Terlambat...)" Alessandro garu kulit kepala sambil buat peace.

Kembang kecil sahaja dia memandang wajah Alessandro. Nasib dia sayang, kalau tak memang dah kena tembak dengan Fabio dekat situ juga. Nak tak nak, mereka kena mula bertindak. Kerana Sean pasti memerlukan backup untuk berlawan.

Fabio dan Alessandro perlu kerja kan penjaga dia kawasan luar rumah agam dahulu.

"Vuoi trovare un compagno? Ti do la possibilità di litigare con quella ragazza. Anche l'altra guardia del corpo è il mio cibo. (Kau nak cari jodoh kan? Aku bagi peluang dekat kau berlawan dengan perempuan tu. Bodyguard yang lain tu pula makanan aku...)" ucap Fabio lalu meninggalkan Alessandro terkebil-kebil dalam kereta.

"Inutile, oi! Perché giocare per me contro le donne! Le donne non sono il mio avversario! Wow, Fabio! Non è giusto! Ti ricordi che ero fiacco? Sono l'uomo migliore di Luiz!!! (Tak guna, oi! Apa main bagi aku lawan dengan perempuan! Perempuan bukan lawan aku! Woi, Fabio! Tak adil betul! Kau ingat aku ni lembik ke? Aku anak buah Luiz paling terhebat lah!!!)" Kepala Alessandro dongak keatas. Rasa nak hempuk sahaja kepala si Fabio ni. Suka sangat bagi dia lawan dengan perempuan. Apa dia ingat Alessandro tak kuat ke nak lawan lelaki? Ceh!

Dengan muka berlagak, Alessandro keluar dari kereta. Dia silang tangan sebelum menyapa wanita berkain senteng yang sedang menjaga pintu masuk.

"Ehi, dolce ragazza.
(Hey, gadis manis.)" Siap kenyit mata.

"Siapa kau?!" Wanita itu mengacu pistol.

Berkerut dahinya. Apa yang sedang wanita itu bebelkan? Walaupun dia tidak faham bahasa melayu, dia tetap terpikat dengan wanita dihadapannya ini. "Non essere feroce...(Janganlah garang-garang...)" Dia mengenyit mata lagi. Si budak Alessandro ni memang menggatal ya. Kalau di sunat empat kali pun tak mungkin boleh hilang sifat ulat bulunya ini.

"Penyelinap!" Teriak wanita itu membuatkan penjaga yang berada diluar kawasan sedar.

Alessandro terus menyepak pistol yang sedang diacu. Terlepas pistol itu dari tangan wanita tadi.

"Tak guna!" Wanita itu mula menyerang dengan memberikan tumbukan padu berselang kanan dan kiri secara berterusan. Alessandro dapat mengelak setiap serangan dengan kemas dan bergaya.

Huh, lemah!

Alessandro pula memandang sinis pada wanita tadi. Suitnya di kemaskan kerana rasa dirinya sudah cukup hebat. Wanita itu mula menyerang semula secara bertubi-tubi dan pura-pura terjatuh namun Alessandro dengan secepat mungkin mendakapnya.

"Dapat kau!!!" Wanita menjilat bibirnya sendiri untuk kelihatan seksi.

Ternganga Alessandro disitu. "Wow, do you want to be girlfriend signora..." Air liur pula meleleh dan mengenyit mata.

Ha, wanita itu apa lagi! Dia mengambil langkah dengan menyepak padu pada bahagian sulit Alessandro.

"Argh!!!" Alessandro sudah baring terkulat. Wanita itu menundukkan muka dan membelai pipi Alessandro.

Pui! wanita meludah pada muka Alessandro lalu melangkah saja tubuh dia.

Alessandro terlentang atas tanah dan berkata "Pensavo fosse un fiore, sembra un drago... (Ku fikir bunga, rupanya naga...)" Pandang atas langit dan tersenyum..."Wow, ci sono due lune...(Wah, bulan ada dua....)" Terus pitam disitu.

Fabio memakai semula jaket mahal miliknya selepas menumpaskan pihak lawan. Lalu dia segera berlari untuk menangkap wanita yang terlepas dari Alessandro tadi.

Namun ditahan oleh seorang lelaki tegap dan dilontarkan tubuh Fabio keudara lalu menghentakkannya pada tanah. Fabio tidak mengalah begitu saja. Lantas dia bangun dan menyerang di bahagian otot-otot lelaki itu sehingga lemah. Lengan lelaki itu di angkat dan dipusingkan.

PRAK!

"Argh!!!" Jeritnya dengan kuat. Fabio meneruskan serangannya dengan mengunci kepala lelaki itu menggunakan kekuatan otot kaki. Pusingan dilakukan dan prak! Leher lelaki itu pula yang terkehel lalu tidak sedarkan diri.

"Tak guna!!!" Julia tadi berlari kearah Fabio dengan secepat yang mungkin. Fabio pula datang ke arahnya dengan tenang. Tumbukan padu milik Julia senang sahaja untuk ditepis oleh Fabio.

Julia mulakan tektik kotornya. "Wow, wow... rileks..." Dia pusing kebelakang. Fabio hanya memerhatikan gerak gerinya. Dengan perlahan Julia menonggengkan punggungnya berharap Fabio akan terpikat.

Tetapi sayang, Fabio terus menyepak belakang badannya sehingga terjelopok ketanah.

"I will not be attracted to you." Fabio tidak meneruskan pukulannya.

"Give me the pin."

Julia menggigil ketakutan ketika melihat buku lima yang sedang lelaki Itali ini tuju tepat di wajah.

"Which pin?"

"That door!"

"Bastard!!!" Julia bangun semula dan melompat keatas Fabio. Kakinya mengunci pinggang dan jari jejarinya mencucuk pada anak mata Fabio. Sementara tangan kanannya menikam bahu lelaki itu. Julia ketawa besar saat melihat Fabio sudah tidak dapat mengawal diri. Darah memercik keseluruh badan.

PANG!!!! Mata Julia terus juling dan akhirnya jatuh ketanah semula. Benjol kepala akibat dihentuk dengan besi. Fabio terkejut lalu menoleh ke belakang. Alessandro memandang Fabio sinis.

"Nemmeno una donna riesce a cavarsela? Debole...(Handle perempuan pun tak boleh? Lemah...)" Lalu Alessandro angkat Julia dan letak atas bahu. Ibu jari Julia dia lekap pada pin pintu.

Access!

Pintu terbuka. Alessandro jatuhkan Julia keatas lantai sebelum memandang Fabio dengan muka berlagak. Fabio pula jeling tajam. Eleh, lawan dari belakang bolehlah. Cuba lawan depan-depan. Berlagak betul lah mamat ni.

        "KAU TIKAM BELAKANG AKU EIZ!" Eizkil cuma tertawa mendengarkan teriakan dari Kamal. Segera dia berlutut dan mengenggam rambutnya sampai terdongak keatas.

"Kau tu yang bodoh." Sebenarnya, sewaktu dia mendapatkan panggilan dari Tan Sri semasa Tan Sri diserang Arsyad tadi. Bukanlah panggilan kosong sahaja. Sempat Tan Sri titipkan arahannya untuk membunuh orang-orang yang telah merosakkan rancangan mereka. Termasuklah Fawaz dan Sarah.

Lepas sahaja Kamal memberitahu bahawa Sarah adalah orang yang membocorkan rahsia, Eizkil menghantar rakaman suara pengakuan dari Kamal itu tanpa pengetahuannya.

"Kau ingat aku akan duduk diam lepas dapat arahan? Aku dapat tahu tuan kena sumbat dalam lokap untuk beberapa hari tapi tu tak akan buat aku berhenti untuk taat."

"Kau tabur apa dalam air Sarah?!"

"Ubat gugur."

"Tak guna!!!" Mahu saja Kamal menumbuk wajah Eizkil sekarang tetapi lehernya pula dicekik dengan ketat.

"Kau nak langgar arahan tuan? Baik. Kau pula yang akan mati." Cengkaman pada leher Kamal semakin dia ketat kan. Sampai terbatuk-batuk Kamal cuba mencari udara.

"Mati!" Eizkil mencekik lebih ketat sehingga wajah Kamal naik biru.

"Argh!!!" Terbeliak biji mata Eizkil bila tepi lehernya di tikam garfu oleh Sarah.

"Jangan bunuh suami aku!" Sarah menikam hujung garfu lebih dalam sehingga memercik darah keluar. Cengkaman Eizkil pada leher Kamal terlepas.

Kamal terus mengambil nafas dalam keadaan yang hampir sahaja dia pitam.

"Sial kau!" Eizkil menarik tudung Sarah sehingga tertanggal.

Perut Sarah sangat kesakitan tetapi dia cuba untuk bertahan untuk menyelamatkan Kamal.

Mulut Eizkil mula batuk berdarah. Dia tarik garfu keluar dari lehernya.

"Kau memang cari maut!" Eizkil panjat tubuh Sarah yang sudah lemah. Garfu ditangan, dia angkat setinggi yang mungkin.

Segera Sarah menahan tangan Eizkil yang mahu menyerangnya. Dia tahu Eizkil mahu menikam lehernya juga.

"Eiz!" Kamal cuba untuk bangun. Dia hanya mampu menyeret tubuh yang penuh dengan darah pada atas lantai.

"Sarah bertahan! Sarah! Aku datang!" Mendengarkan suara Kamal, air mata Sarah mengalir. Dia cuba sekuat mungkin untuk menahan tangan Eizkil dari menikamnya tetapi nampaknya tubuhnya semakin lemah kerana keguguran.

BOOF! BOOF! BOOF! BOOF!

Sekelip mata Eizkil tumpas. Empat das tembakan tepat pada kepala. Tubuh Eizkil rebah diatas Sarah.

Kamal terus mengangkat wajah. Dia nampak seorang lelaki datang keatas Sarah. Lelaki itu nampak seperti warga asing.

"J-jangan b-bunuh Sarah!" Kamal cuba menyeret tubuhnya untuk mendakap Sarah tetapi dia terlalu lemah kerana kaki dan tangannya yang sudah ditembak oleh Eizkil tadi.

Seorang lelaki muda berambut perang mengacukan pisau kearah Sean yang baru sahaja mahu menyelamatkan Sarah dari jarak dekat. "You move I shoot you bastard!" ugutnya dengan keras. Namun, Sean tetap tersenyum. Dia tak gentar. Sebelum ini, dia pernah berlawan dengan sekumpulan yang lebih ganas di Itali.

"Shoot me then." Sean mengangkat kedua belah tangannya kemudian membuka baju kemejanya. Kini tubuh sasa Sean terserlah. Lelaki itu semakin dekat dan Sean terus menyerangnya menggunakan tektik eskrima.

Kemejanya digulung lalu melibas tangan lelaki muda itu sehingga senjata pada tangannya terlucut ke lantai. Lalu Sean menyangkut kemejanya pada leher lelaki muda itu dan menariknya datang mendekat. Pantas sahaja Sean mengunci tangan dan menghempas tubuh lelaki muda itu pada lantai.

"Argh!!!" Sean duduk diatas tubuhnya kemudian menggenggam buku lima.

"Please! Don't hurt me sir!" rayu lelaki muda itu. Sean terus sahaja menumbuk hidung lelaki itu. Satu pukulan sahaja Sean beri terus pengsan tak sedarkan diri. Sean kembali memakai kemajanya dengan penuh bergaya dan memandang sekeliling. Semua sudah tumpas.

Dia kembali pada Sarah yang sudah terbaring diatas lantai. Kainnya penuh darah.

"Signora, are you still awake?" Sean mengangkat kepala Sarah dan mendakapnya pada dada. Sarah pula memandang Sean dengan pandangan yang kabur sebelum pengsan.

"Jangan sentuh dia!" Sean pandang Kamal dengan muka dingin. Dia letak Sarah pada atas lantai semula.

"Shut up." BUK! Kepala Kamal dia hentak atas lantai sampai pitam. Lepastu, dia ikat tangan dan ikat kakinya.

"Fabio aiutami! (Fabio, tolong aku!)" teriak Alessandro apabila kedua lubang hidungnya dicucuk dengan jari seorang lagi perempuan jahat.

Fabio ketawa besar. Nampaknya, Alessandro terperdaya dengan godaan perempuan lagi. Semua orang dah tumpas. Tinggal wanita seksi berseluar ketat itu sahaja yang tinggal.

"Hey, let him go." ucap Fabio dengan lembut sambil mengambil tiga langkah kehadapan.

"Don't dare to come closer!!!" Cucukan pada lubang hidung Alessandro semakin dalam dan bukan itu sahaja. Perempuan itu menariknya sehingga terjengket ke atas. Argh! Rasa nak terkoyak pun ada. Alessandro menangis.

"Fabio!! Non avvicinarti!!! Provo dolore!!! (Fabio!!! Kau jangan dekat!!! Aku terseksa ni!!!)" teriak Alessandro dengan suaranya yang menjadi sengau akibat tersumbat dengan jari perempuan yang dia anggap cantik itu. Heish, Alessandro memang tak boleh jadi tentera. Habis nanti kalau nampak musuh wanita. Semua dia nak tergoda. Hashtag playboy detected. Uhuks!

"What if I say I want to be close?" Fabio sengaja makin mendekat. Dia suka tengok hidung Alessandro terseksa.

"I will tear off his big nose!!!" Perempuan itu menarik lubang hidung Alessandro semakin tinggi.

"Huwa! Cosa c'è che non va se il mio naso è nato così grande? (Huwa! Apa salah hidung aku dilahirkan sebesar ini?!!!)" Alessandro semakin menggila saat hidungnya ditarik semakin tinggi keatas. Fabio ketawa terbahak-bahak sehingga berguling diatas lantai.

"Woi, Aiutami! (Tolonglah aku!)" Alessandro mula rasa dihina. Aku doakan dia supaya hidungnya jadi lebih besar dari aku. Ha, habislah Fabio... doa orang teraniaya ni makbul tau.

"Sì, sì... se ti aiuto. Devi promettermi di comprarmi una moto che mi interessa. (Ok, ok kalau aku tolong kau. Kau kena janji belikan aku motor yang aku minat tu...)" menyempat lagi si Fabio ni. Alessandro membeliakkan biji matanya.

"Eh, eh, ho maledetto il mio bel naso. Allora ho il coraggio di chiedere una motocicletta costosa. (Eh, eh, dah lah kutuk hidung aku yang handsome ni. Lepastu ada hati nak minta motor mahal...)" Alessandro bermonolog sendiri. Fabio mengangkat keningnya.

"Che dici? (Apa kau cakap?)" sengaja dia ingin Alessandro mengulang kembali ayat itu walaupun sebenarnya dia sudah dengar.

"L'ho detto prima...è pazzesco! Cappotto da motociclista da 100k!!! (A-aku-aku cakap ni tadi... gila! 100k kot motor tu!!!)" teriak suara sumbang Alessandro. Fabio tertawa semakin rancak.

"Se non vuoi, va bene, andrò io per primo. Ciao! (Kalau tak nak tak apa, aku pergi dulu. Bye!)" Fabio terus berlari ke muka pintu.

"Oh!!! Sì, l'ho comprato!!! Per favore aiutami, il mio bellissimo e affascinante naso sta per lacerarsi!!! (Weh!!! Ye, aku belikan!!! Tolonglah aku, nak terkoyak dah hidung aku yang cantik dan menawan ni!!!)" ucap Alessandro sambil melambai kearah Fabio.

"SÌ! Esigo! (Yes!!! Aku tuntut!)" Fabio kembali semula dan mengambil Alessandro dari wanita itu.

"Argh!!! Sh*t you!!!" teriak wanita itu kepadanya. Fabio mengetap bibir.

"Auch! That's was hot!!! What your name?"

"Neeta!" ucapnya lalu menumbuk padu perut Fabio. Argh! Memang dia akui Neeta itu kuat. Fabio menahan senak.

"Hiargh!!!" Neeta menyerang lagi dengan mengepit kedua belah pehanya pada kepala Fabio.

"Argh!!!" Fabio menendang perut Julia dari belah atas. Neeta mengerang kesakitan.

Tidak sampai disitu sahaja, Fabio melempang pipi Neeta tetapi dia tetap tenang dan memberikan senyuman sinis. Fabio mengerutkan dahi.

Uish, psiko!

"Sh*t you!!!" Giliran Neeta pula melempang pipi Fabio. Aduh!!! Fabio terkedu. Kuat betul perempuan ni. Hidungnya berdarah.

"Oh bebeh, hidung you berdarah..." Dia memusing kebelakang dan melakukan back flip.

Mak ai!!!

Hampir sahaja kaki Neeta hendak menendangnya tiba-tiba...

PANG!!! Neeta terus pengsan. Ya, Sean telah menghentak periuk nasi yang dia ambil dari dapur tempat dia menyelinap tadi.

Fabio dan Alessandro ternganga. Sean pula mengangkat kepala. "Don't judge rice cooker by it's cover..." ucap Alessandro pada Neeta yang sudah terkulai di situ. Suka hati betul si Alessandro bust peribahasa sendiri.

"T-thats right....don't judge rice cooker by it's cover." Fabio dan Alessandro menepuk tangan yang gemuruh pada Sean. Memang hebat. Cukup hebat. Keseluruhannya, mereka hanya berseronok ketika berlawan dengan konco-konco Tan Sri.

"Già. Non giocare più. Prenditi cura di Kamal. Devo mandare questa donna all'ospedale. (Sudah. Jangan bermain lagi. Jaga Kamal. Aku perlu hantar wanita ini ke hospital.)" arah Sean sambil memeriksa keadaan Sarah. Dia angkat Sarah dengan muka yang cemas.

"Okay." Fabio dan Alessandro tabik hormat sebelum mengangkat Kamal dan mengikatnya diatas kerusi. Sekejap lagi Luiz akan tiba. Tak sabar pula mereka mahu mendengar teriakan mangsa dihadapannya ini. Muahaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience