HPD || BAB 18

Romance Completed 246547

Sebaik sahaja mematikan mesin pengepam susu, Arsyad menuangnya didalam botol kecil. Kemudian, dia berbaring disebelah Irsyad seperti biasa. Puting botol itu dia masukkan kedalam mulut Irsyad yang sudah menangis teresak-esak. Terus terdiam bila dia dapat makanannya yang seharusnya dia dapat pagi tadi.

"Shhh..." Tangannya menepuk-nepuk perlahan punggung Irsyad.

Mata Arsyad semakin lama semakin kuyu kerana keletihan tetapi berusaha keras dia mengawalnya supaya tidak tertutup. Bila Irsyad sudah menghabiskan susu sehingga kosong, Arsyad segera meletakkan sebelah tangannya pada bahagian punggung Irsyad bagi membolehkan dia bersandar pada lengannya. Secara perlahan-lahan, Arsyad alihkan kedudukan Irsyad dalam keadaan meniarap pada sebelah lagi lengannya.

Dia seimbangkan Irsyad supaya tidak terjatuh atau terkehel. Tangannya mula menepuk perlahan belakang Irsyad dengan perlahan sehingga membuatkan dia sendawa kecil. Terkoyak senyuman Arsyad mendengarkan sendawa yang keluar dari mulut Irsyad.

"Cutenya dia ni..." Arsyad cium pipi Irsyad sebelum membaringkannya semula. Dia menepuk pumggung Irsyad untuk menidurkannya selepas kenyang menyusu.

Tak lama kemudian, selepas memastikan Irsyad tidur. Tangannya meraih telefon bimbit. Rekod rakaman cctv yang dia simpan didalam file ditatal sehingga ke lapan bulan yang lalu. Berat jarinya mahu membuka rakaman yang memedihkan hatinya itu sekali lagi. Entah kenapa hatinya mahu memainkan kembali. Matanya dipejam buat seketika. Sakit. Diawal rakaman itu memperlihatkan Haura sedang mempelawa Fawaz masuk kedalam rumah mereka. Awal rakamannya sahaja sudah membuatkan hatinya terpukul. Bagaimana Haura sanggup bermain dibelakangnya ketika Haura sedang mengandungkan anak pertama mereka?

    
•Flashback•

"Abang..." Arsyad tersenyum ketika tangan Haura merangkul dari arah belakang ketika dia sedang menaip laporan pesakit didalam laptop. Dia dapat rasakan kehangatan yang tercipta diantara mereka. Haura menyandarkan kepalanya pada belakang Arsyad dan menyendeng disitu.

"Kenapa belahan jiwa abang?" Kepalanya ditoleh kebelakang. Hidungnya sengaja dilagakan dengan hidung Haura.

"Abang tengah buat apa?"

"Work sayang..." Haura memuncungkan bibirnya setelah mendengarkan jawapan dari Arsyad.

"Ala, abang stop work sekejap boleh? Haura nak tunjuk something." Huara cuba memujuk suaminya dengan muka comel. Dia tahu suaminya memang lemah kalau melihat mukanya yang comel. Jadi apa salahanya jika dia membodek Arsyad dengan cara begini.

Arsyad tergelak melihat celoteh isterinya. Kalau bab memujuk memang Hauralah pemenangnya.

"Sayang nak tunjuk apa?"

Haura tersenyum lebar ketika melihat Arsyad menutup laptop untuk melayan karenahnya. Tak boleh dinafikan, Arsyad adalah seorang suami yang sangat sibuk bekerja, selalu balik lewat kerana terpaksa bertugas menyelamatkan nyawa orang ramai tapi Arsyad tak pernah culas memberikan perhatian kepadanya.

Walau penat macam mana sekalipun dia akan memberi layanan yang sepatutnya Haura dapat. Tidak pernah sekalipun Haura mendengar Arsyad mengeluh. Setiap kali Arsyad pulang lewat, dia akan membelikan cokelat kegemaran Haura dan sejambak bunga untuk memujuk hati belahan jiwanya. Dia tidak pernah menengking Haura walaupun Haura banyak kali mengganggu waktu rehatnya.

Dia, seorang suami yang sangat sempurna bagi Haura.

Dan juga seorang doktor yang bertanggungjawab.

Dr. Arsyad Taqqi Mohammed Her perfect doctor kerana selalu mengubat dan merawat segala traumanya terhadap lelaki yang bergelar sebagai ayahnya sendiri.

"Mana boleh bagitahu, abang kena ikut Haura dulu!" Haura menarik tangan Arsyad supaya bangun dari duduk. Dia mahu Arsyad mengikutnya tetapi Arsyad mengeraskan tubuh.

"Wait, abang tak ada kudrat nak bangun after work. Can you sit on my laps to get a full charge for me, first?" Kalau tadi Haura yang buat muka comel, sekarang ini giliran Arsyad pula membuat muka comel. Ha, ambil kau!

"Mengadanya dia ni..."

"Only when Im with you sayang..." Tangannya menarik pinggang Haura sehingga membuatkan Haura terduduk diatas ribanya. Dia sandarkan dagunya pada bahu sambil itu bibirnya disembamkan pada leher Haura. Lama dia biarkan disitu.

"Dah?" soal Haura dengan pipinya yang sudah memerah.

Arsyad menggelengkan kepala.

"Baru 10% chargelah belahan jiwa abang, kena fully charge baru sayang boleh bangun." Tangannya melilit pinggang ramping Haura semakin ketat.

"Baru 10%?"

"Hmmm..."

"Kalau macam tu bila nak 100%?"

"Sampai bila-bila nak macam ni boleh tak sayang?"

Haura tergelak mendengarkan suara manja itu. Dia menoleh wajahnya kearah Arsyad dan mengucup pipinya.

"Cepatlah abang, Haura nak bagi surprise..." Dia cubit pipi suamninya ketika pelukan semakin erat. Bila nak habislah kalau asyik dipeluk begini. Lemah betul kalau suaminya dah mula tunjuk bahagian manjanya.

"Okay, fine. Should I just close my eyes or I must follow you?"

"Ikut Haura, jom!" Haura segera menarik tangan kekar Arsyad ke katil. Dia dudukkan Arsyad disitu.

"Cuba abang angkat bantal tu!" arah Haura dengan wajah yang penuh bersemangat.

Arsyad tergelak sekali lagi melihat kecomelan isterinya.

"Okay captain." Dia pun mengangkat bantal itu keatas seperti yang Haura arahkan. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat alat penguji kehamilan yang terletak elok dibalik bantal tadi. Dia pandang Haura dengan muka tidak percaya.

"Tengoklah..." Haura tersenyum.

Tangan Arsyad perlahan-lahan mengambil alat penguji kehamilan berjenama Clear Blue. Dia melihat perkataan yang tertulis disitu.

Pregant 2-3 weeks

Tubuh Haura segera dia peluk erat.

"We did it hun...Im so proud of you..." Semakin erat pelukannya. Air matanya bergelinang kerana keahagiaan.

"You gonna be the best mom ever for our little angle. Its okay kalau sayang rasa takut. Abang akan ada sentiasa untuk bantu sayang. Remember, jangan buat kerja rumah. Abang balik dari kerja nanti, biar abang yang buat semuanya. Understand sayang?" Hidung Haura dia cubit manja.

"Terima kasih abang, sebab sudi terima Haura dalam hidup abang..."

"No need...dengar sini..." Arsyad merapatkan bibirnya pada cuping telinga Haura.

"Semua orang layak untuk dicintai. Sayang dan abang, juga layak dicintai tetapi yang menjadikannya lebih istimewa adalah cinta abang hanya tercipta untuk sayang. Only you, belahan jiwa abang." Perut Haura yang masih mendatar itu dia usap dengan penuh kelembutan.

"I'd give my all to have you Haura. The love, the act of service, the quality time, the physical touch and receiving give. Semua layanan yang sayang tak pernah dapat di zaman kecil sayang abang akan bagi. Abang tak pernah kisah kalau sayang tak balas balik semua tu sebab bagi abang, mempunyai sayang dan anak kita dalam perut sayang ni..." Telapak tangan dia letak pada perut Haura dan diusap perlahan sebelum menyambung bicara, "Adalah anugerah terbaik yang pernah abang dapat seumur hidup abang."

Haura juga turut mengalirkan air mata kerana terharu dengan kata-kata Arsyad. Suaminya membuatkan dia tenang dan merasakan dia dihargai. Dia tidak pernah rasa sebahagia ini. Dia sangat bersyukur diberikan nikmat ini kepada Tuhan. Lelaki sempurna yang menghargai disetiap pengorbanannya.

Tiba-tiba sahaja dia mendapat sebuah panggilan.

"Kejap sayang." Dahi Haura dikucup lama sebelum menjawab panggilan. Setelah panggilan dimatikan, dia memandang kearah Haura dengan muka serba salah.

"Kenapa abang?" Muka Haura juga ikut takut ketika suaminya tiba-tiba mendapaknya kuat. Seperti pelukan ini, adalah pelukan kali terakhir buat mereka.

"Stay with me sayang..." Dagunya disandarkan pada kepala Haura. Mereka berpelukan dalam kehangatan. Bila dia sudah bersedia untuk memberitahu kepada Haura, dia mula membuka bicara.

"Boleh sayang tunggu abang balik?"

Haura memandang kearah Arsyad dengan linangan air mata.

"Again?"

Air mata Arsyad terus jatuh ke pipi.

"Please dont say that baby, sayang buat abang nampak jahat sebab terpaksa tinggalkan sayang..."

Haura mengesat air mata Arsyad dan tersenyum.

"Berapa lama abang kena bertugas?"

"3 weeks..."

Haura mengeluh perlahan. Tubuh Arsyad dia peluk erat. Tak apalah, Arsyad pelu jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor pakar bedah. Dia percayakan suaminya. Dia akan tunggu Arsyad dan kuat untuk anak mereka. Keesokannya, Haura salam tangan Arsyad sebelum dia berlepas.

Telapak tangan Arsyad diletakkan diatas kepala Haura ketika Haura sedang mengucup tangannya.

"Maafkan abang tak dapat nak temankan sayang check-up baby. Abang ada tanggungjawab yang lebih utama, abang tinggalkan Haura dalam jagaan Tuhan." katanya ketika mengucup kepala Haura dengan hati yang berat.

"Tak apa, abang. Haura boleh minta tolong Sarah temankan Haura check-up. Selamat berjuang wira negaraku..."

"I love you sayang."

"I love you more, my perfect doctor." Bibir Haura mendarat pada bibir Arsyad untuk memberinya semangat.

"And about our baby's name, Haura ingat kalau anak lelaki Haura nak letak Irsyad Taqqiyudin Mohammed bin Arsyad Taqqi Mohammed. Kalau anak perempuan, Hadrah Dayana binti Arsyad Taqqi Mohammed. Sedap ke?" sempat lagi Haura memesannya.

"All for you sayang."

Sudah tiga minggu dia tiba di hospital ternama di Itali, hari ini adalah operasi terakhirnya disini.
Arsyad menggosok Sabun buku pada singki dia ambil dan gosok pada tangan. Ratakan sehingga berbuih. Bilas. Dalam hatinya terlalu merindukan kehadiran Haura. Ada juga perasaan bahagia bila teringat sudah ada malaikat kecil didalam rahim isterinya.

"Amboi, senyum sorang-sorang ni teringat Haura lah tu." sapa Mark yang tiba-tiba serbu dari tepi.

"Tak sangka aku kau dah nak jadi ayah. So, apa yang kau rasa untuk pembedahan kali ni?" kata Kamal yang sedang buat persiapan untuk operasi pembedahan juga. Tangannya mencapai sabun buku dan gosok sehingga berbuih.

Arsyad tersenyum.

"Aku cuma nak selesaikan tugas aku Kamal, lepastu aku nak pulang. Aku nak dakap isteri aku."

Sebaik sahaja pembedahannya selesai, Arsyad mendapat sebuah mesej daripada Haura dan yang paling mengejutkannya adalah Haura meminta untuk diceraikan.

Mesej baharu. Tekan.

Ceraikan Haura. Haura dah bosan dengan alasan abang. Suami orang lain pun doktor juga! Tapi tak tinggalkan Isteri terkontang kanting macam anak dara lagi. Lepas ni abang tak payah nak risau dah, Haura dah jumpa cinta sejati yang Haura cari selama ni.
−Haura (5:22 AM)

Sebaik sahaja membaca mesej itu, Arsyad berlari ke lapangan terbang dan berlepas segera. Sepanjang perjalanan, Arsyad tidak berhenti menitiskan air matanya. Hatinya rasa seperti berantakan. Mesejnya dan panggilannya langsung Haura tidak jawab.

Bila dia sampai dihadapan rumah mereka, perkara pertama yang Arsyad nampak adalah kasut seorang lelaki yang tersusun elok disebelah kasut Haura. Arsyad pasti itu bukan kasutnya. Dengan tangan yang menggigil, dia membuka kunci rumah. Langkahnya terumbang-ambing seakan mahu terjatuh ketika menaiki tangga menuju kebilik tidur mereka. Semakin lama, semakin jelas...

Bunyi yang...

Arsyad memulas tombol pintu bilik. Lutut Arsyad terus lemah sehingga berlutut menyembah lantai. Langsung tiada kudrat untuk berdiri. Haura...dan Fawaz sedang melakukan hubungan terlarang diatas ranjang. Ditempat ternyaman Arsyad bersama Haura selama ini telah dicemarkan oleh isterinya sendiri.

Dengan gagah, Arsyad berdiri dan merentap Fawaz jauh dari tubuh Haura. Mereka berdua terangkap tanpa seutas benang. Itu yang menyakitkan lagi hati Arsyad. Tangan yang bergetar itu menumbuk wajah Fawaz sehingga hidungnya berdarah. Setiap tumbukannya dia teringatkan bagaimana cintanya dia terhadap Haura tetapi ini yang dia dapat sebagai balasan?

"Abang cukup!!! Jangan pukul Fawaz!!! Jangan!!!" Haura menarik Fawaz yang sudah terkulai.

Arsyad memandang kearah Haura dengan rasa tertikam dihati. Dia cuba meraih Haura dan memeluk tubuh isterinya dengan linangan air mata. Selimut yang ada diatas katil, Arsyad gapai dan membalut tubuh Haura.

"Sayang, cakap dengan abang...jujur...lelaki tak guna ni perkosa sayang kan? Tell me sayang, sayang tak rela kan?" Arsyad membelai wajah Haura dengan penuh teresak-esak. Tetapi Haura hanya membalas pandangannya dengan pandangan kosong. Pelukannya dileraikan oleh Haura.

"Abang dah bacakan mesej dari Haura. Semuanya Haura dah jelaskan. Haura buat semua ni sebab Haura cintakan abang Fawaz! Haura bosanlah abang, Haura naik muak asyik kena tinggal dengan abang!!!"

"Sayang...mengucap sayang..." Arsyad memeluk Haura dengan erat.

"Sayang....abang boleh berhenti dari kerja kalau abang tahu sayang penat tapi jangan buat abang sampai macam ni...abang cintakan sayang..."

"Lepaslah!!!"

Tuih!!

Wajah Arsyad diludah tetapi Arsyad langsung tidak goyah dan terus memeluk Haura.

"Tak...abang salah dengar...sayang kena paksa buat semua ni kan???"

"Eh lepaslah!!! Muka abang ni memang layak kena ludah!!! Tinggal isteri berminggu-minggu!!!"

"Abang boleh berhenti!!! Sayang!!! Kerja tu tak penting!!! Sayang nyawa abang!!! Abang boleh berhenti kalau sayang tak suka!!!" Arsyad sedaya upaya merayu. Jiwanya berantakan sudah seperti orang sakit jiwa melihat isterinya dalam kedaan begini. Hatinya sangat tertikam.

"Tak payah!!! Tak faham lagi ke?!! Haura dah jumpa lelaki pilihan Haura!! Fawaz pilihan Haura!!"

Pang!

Sebuah penampar dia hadiahkan buat Arsyad. Arsyad terdiam lama. Wajahnya bertukar merah dan dingin.

"Ini yang kau buat selama aku bertugas Haura?! Kenapa kau buat aku macam ni?! Kenapa?!"

"Ya, memang Haura selalu buat benda ni belakang abang!!! Ceraikan Haura!!!"

Arsyad mengalirkan air matanya. Dia rasa sungguh terkhianati.

"Kau nak sangat kan? Dengar sini baik-baik. Nur Haura Damia binti Fakrul Nizam, aku ceraikan kau dengan talak satu!"

Share this novel

melin2803
2024-02-13 17:11:08 

best2...tak sabar next chapter.huhu

malina jury
2024-02-13 11:53:53 

Aaaa hukhuk.. nak lgi

malina jury
2024-02-13 11:53:31 

???? nak lagi??


NovelPlus Premium

The best ads free experience