HPD || BAB 55

Romance Completed 246547

"AAAAAA!" Iryana berlari keluar dari bilik mandi sebelum Haura sempat mengeringkan badannya.

"Yan! Ya Allah anak aku bogel!" Haura ikut berlari keluar dengan tuala ditangan. Kelam kabut dia berkejaran di luar. Bunyi tawa Iryana bergema, menggeletek hati Haura ketika mengejarnya.

"Tak oleh!" Dia goyangkan punggung kecilnya dihadapan ibu. Dengan badan yang masih belum di keringkan. Risau si ibu mengenangkan anaknya bakal terjatuh.

"Yan! Basah tu!" Haura cuba menangkap. Sempat pula Iryana merangkak untuk mengelak dari di peluk. Begitu riuh celoteh si anak dan ibu di bahagian luar.

Sedangkan bahagian ayah dan anak lelakinya pula tenang-setenangnya. Raez mengangkat Irsyad dan letak di tepi singki. Shampoo di tuang pada telapak tangan. Rambut nipis Irsyad dia gosok perlahan.

"Ayah, nak shampoo..." Irsyad menghulur telapak tangan.

"Hm? Syad nak buat apa? Ayah kan tengah shampoo kan ni." Raez masih menggosok rambut anak kecilnya.

"Alaa, nak shampoo untuk ayah. Boleh ke ayah?" Raez tertawa kecil.

"Syad nak shampoo untuk ayah?"

Irsyad angguk kepala. "Syad nak buat macam ayah buat. Boleh ke ayah?" Telapak tangan masih di hulur.

"Boleh, sayang..." Shampoo di tekan. Keluar pada telapak tangan kecil itu.

"Syad kena gosok-gosok dulu bagi buih dia keluar." Irsyad angguk kepala sambil menggosok shampoo dalam tapak tangan mengikut arahan dari ayahnya.

"Dah!" Kata Irsyad dengan bersemangat. Segera Raez menundukkan kepalanya. Memberi ruang kepada Irsyad melakukan apa yang dia mahu kepada rambunya.

"Rambut ayah memang dah wangi lah..." Katanya sambil menggosok shampoo pada rambut lebat ayahnya.

"Yelah, tiap-tiap pagi ibu yang shampoo kan untuk ayah. Sweet kan ibu?" Sengaja Raez mahu membuat anak kecilnya cemburu. Padahal Irsyad langsung tidak terusik. Malah dia lagi suka.

"Ibu memang sweet. Syad pun nak jadi sweet macam ibu lah. Nanti ayah gembira." Katanya ketika membentuk rambut ayahnya seperti puting beliung. Raez yang melihatnya dari refleksi cermin tertawa.

"Syad buat apa dekat rambut ayah ni sayang?" Raez calit buih pada hidung Irsyad.

Hacuuuh! Berteraburan buih itu keudara. Membuatkan kedua-kedua mereka membalas tawa.

"Syad buat tornado!"

"Tutup mata cepat, ayah nak cuci shampoo." Raez mengambil paip dan menghulur kearah kepala Irsyad.

"Haip! Haip! Captain!" Irsyad menutup mata rapat-rapat. Bila dia rasa pancuran air mengalir dari kepalanya, dia menggigil. Kepala disandar pada dada kekar ayahnya untuk mendapatkan kehangatan.

"Seronoknya dapat peluk ayah..." Dia adu perlahan. Bukan main gembira bila rambut dibilas oleh ayahnya.

"Seronok?"

"Seronok! Syad rasa tak lepas dah. Syad nak peluk ayah sampai bila-bila boleh ke?" Pintanya sambil menatap wajah ayahnya. Raez cuba menahan rasa sebak di hatinya ketika mendengarkan permintaan Irsyad. Dia tahu kemampuan anaknya, dia yakin Irsyad akan bertahan semampunya.

Raez memeluk Irsyad. "Mestilah boleh. Anak ayahkan strong boy. You can do it." Dia memberikan kata-kata semangat kepada anak kecilnya. Dia berharap, semoga dengan sokongan yang dia berikan Irsyad akan bertahan lebih lama. Selepas mandi, Raez menggulung tuala pada badan Irsyad.

"Sebelum tidur kita kena buat apa?" Irsyad berfikir seketika sebelum menjawab pertanyaan ayah.

"Gosok gigi!"

"Good boy." Raez mengelus kepala Irsyad. Dia tahu anaknya pintar. Tidak perlu di pesan berulang kali. Pasti Irsyad akan mengingatinya dengan sangat baik sekali.

"Syad punya power ranger!" Irsyad menunding jari pada berus-berus gigi di dalam gelas kaca tepi singki. Di dalamnya ada berus gigi kanak-kanak bercorak barbie dan power rangers. Dua lagi pula bersaiz dewasa, satu bewarna biru dan satu bewarna merah jambu.

"Nah." Raez ambil berus gigi Irsyad dan menghulur kepadanya.

"Baiknya ayah Syad. Terima kasih ayah." Sempat dia memuji sebelum mengambil berus gigi dari tangan ayahnya. Dia tengok wajah Raez ketika Raez memicit ubat gigi pada berus gigi miliknya.

"Ayah tak gosok gigi?" Soalnya dengan wajah comel.

"Ayah gosok gigi dengan ibu nanti. Syad gosok gigi dulu okay?" Naik merona merah pipi Raez ketika menjawabnya. Iyalah, tiap-tiap hari dia dapat bersama dengan Haura seperti yang selalu dia impikan.

Selama lima tahun perkahwinan, terlalu banyak dugaan yang sepertinya mahu memisahkan mereka. Akhirnya, mereka dapat merasai kebahagiaan yang seutuhnya.

Firman Allah itu benar, Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuannya. Setelah diuji, siapa yang bersabar akan peroleh ganjaran. Sama ada di balas di dunia, mahupun di akhirat. Seperti sekarang, Allah sudah memberikan ganjaran kepada mereka di dunia. Dengan menyatukan mereka semula.

Terima kasih, Tuhan. Raez panjatkan penuh kesyukuran atas segala pemberian.

"Ayah, nak komor..." Raez angguk kepala. Dia tuang air kedalam mulut Irsyad. Komor-komor. Buang.

"Tengok gigi sikit..." Raez menarik pipi Irsyad dari sisi kesisi. Putih. Gigi Irsyad sangat sihat.

"Okay, good job." Irsyad di angkat. Turunkan dari singki. Tangannya menggenggam kaki ayahnya. Mengikut keluar dari tandas.

Raez tersenyum melihat Haura sedang bergelut dengan Iryana di atas katil ketika mahu memakaikan pampers. Setiap malam, Iryana akan terkencing kalau tidak pakai. Jadi, Haura akan memastikan Iryana memakainya sebelum tidur.

"Kenapa tu sayang?" Raez duduk disebelah Haura.

"Abang tengoklah anak abang ni, dia tak nak pakai pampers." Adu Haura. Sempat tangannya mencubit perut buncit Iryana. Geram. Degil betul budak kentut seorang ini.

"Tanak! Yan dah beca!" Haura menjeling manja.

"Yelah tu, besarlah sangat." Dia mencebik. Raez pula genggam pinggang Haura dan alih dia ke sisi. Terkejut juga Haura di buatnya. Ringan sangat ke aku? Macam tu je Raez alihkan badan aku ke sisi? Raez duduk di tempat Haura. Berhadapan dengan Iryana.

"Ayah..." Iryana geleng kepala.

"Hm?" Raez mengambil pampers. Kedua kaki Iryana dia genggam erat dan mengangkatnya keatas. Pampers tadi dia letak bawah punggung anak kecilnya.

"Tanak!" Iryana merengek.

"Yan kena pakai pampers, nanti kencing macam mana?" Raez mengambil bedak dan menuangnya sedikit. Haura pula ambil minyak cap yuyi dan letak pada perut Iryana. Iryana cepat masuk angin, jadi mereka perlu meletak minyak untuk mengatasinya.

"Yan tak tencing dah." Iryana muncung sedepa. Merajuk bila ayahnya mula memakaikan pampers kepadanya.

"Yan nak jadi good girl tak?"

"Nak!" Laju Iryana mengangguk.

"Kalau nak jadi good girl kena buat apa?" Soal Raez ketika membuka gam di kedua sisi pampers tersebut.

"Kena ikut cakap ayah!" Raez geleng kepala.

"Salah." Iryana berfikir lagi ketika ayahnya mengatakan bahawa jawapannya salah.

"Abish tu?" Gaun tidur bercorak beruang, Raez mengambilnya dan sarungkan perlahan-lahan.

"Yan kalau nak jadi good girl, Yan kena dengar cakap ibu dulu. Ayah yang kedua..." Tangan kecil Iryana, dia tarik masuk kedalam bahagian lengan.

"Cebab apa ayah?" Iryana duduk. Dia genggam jari kaki. Sedaya upaya menumpukan perhatian pada si ayah.

Rambut halus Iryana di sikat.

"Sebab, tanpa ibu. Yan tak ada dekat sini. Ayah pun tak mampu nak wujudkan Yan tanpa ibu. Ibu, adalah syurga dunia Yan." Kata-kata Raez menyentuh hati Haura. Dia cuma membalas dengan senyuman ketika mendengar perbualan comel diantara anak perempuan dan suaminya.

"Syurga Yan?" Iryana pandang Haura dengan senyuman manis.

"Yan cuka pegi Syurga!" Iryana terus memeluk ibunya. Haura pula tertawa sambil membalas pelukan kecil itu.

Raez mengenyit mata. "Upah nanti bagi tau." Bisiknya perlahan. Haura balas dengan cubitan padu pada pinggangnya. Ambik. Menggatal sangatkan.

Irsyad pula naik diatas katil selepas memakai baju. Dia bawa buku diarinya. Tunjuk dihadapan ibu dan ayahnya.

"Ibu! Ayah! Syad ada tulis ni!" Dia menyiarap. Ambil pensil dan buka diarinya.

Tumpuan Haura dan Raez beralih pada Irsyad pula. "Sini! Sini!" Tangan kecil Irsyad menarik ibu ayahnya untuk meniarap sekali. Raez angguk kepala kepada Haura. Mereka ikut baring bersama.

"Aduh!" Iryana tertawa ketika mendengar adu ayahnya. Suka pula dia menghimpap ayahnya dari belakang.

"Syad tulis apa ni?" Haura bertanya. Dia memerhari tulisan Irsyad satu persatu. Comel sangat. Walaupun Irsyad baru berusia empat tahun setengah, dia sudah bijak menulis. Tulisannya agak comot tetapi kemas mengikut jalur.

"Syad tulis ni!"

Syad Diari;
-Makan ubat √
-Gembirakan ibu √
-Peluk ayah √
-Main dengan ibu ayah √
-Dodoikan Yan dengan ibu √
-Mandi sama sama √
-Jalan-jalan dengan keluarga - Belum
-Main bola dengan ayah - Belum
-Tengok cerita sama sama - Belum
-Cerita dengan ayah - Belum
-Dapat adik lelaki baru - Belum
-Tidur - Belum

"Ada lagi enam belum buat!" Kata Irsyad dengan penuh bersemangat. Raez pandang Haura. Dia genggam tangan isterinya supaya mengawal emosinya di hadapan Irsyad.

Haura menunding jari pada perkataan tidur. "Ni apa maksudnya Syad? Syad...tak tidur ke?" Irsyad pandang ibunya dan tertawa kecil.

"Tak tahu. Syad cuma tulis je." Irsyad membalasnya dengan muka polos. Haura dan Raez saling membalas pandangan.

                           "TAK tidur lagi?" Haura menoleh. Memandang Raez yang baru sahaja masuk kedalam bilik setelah menidurkan anak-anak mereka tadi. Dia sekadar menggeleng kepala. Pandangan di buang keluar semula. Memejam mata, menikmati belaian angin malam. Hampir setengah jam juga dia berdiri di balkoni ini. Memikirkan sesuatu yang membuatkan hatinya gundah.

"Haura belum mengantuk lagi." Matanya masih terpaku pada kerdipan bintang-bintang. Khusyuk dia mengira gugusan demi gugusan. Tidak mahu melayan emosi sendiri.

"Tak nak share dengan abang ke sayang?" Soalnya seraya merapatkan diri pada belakang Haura. Seperti biasa, bahagian kegemarannya adalah merangkul pinggang isterinya dari bahagian belakang. Dagu pula di tongkat atas kepala Haura. Di biarkan disitu agak lama.

"Share apa abang?" Haura tersenyum manis, menidakkan segala perasaan sedih yang bertalu-talu menindas diri.

"Abang tahu apa yang sayang tengah fikir. Cuma abang nak sayang share dengan abang. Supaya sayang tak pendam perasaan tu sendiri." Rangkulan semakin di perketat. Ada juga dia usap perlahan untuk menenangkan fikiran isterinya.

"Haura tak bermaksud nak pendam sendiri." Dia memusing badan. Wajah di dongak keatas untuk menghadap wajah tampan suaminya.

"Sayang fikirkan tentang Irsyad kan?"

Haura Damia menelan liurnya. Terasa begitu payah, sakit dan pedih. Sukar untuk dia ungkapkan apa yang sedang terbuku di hati.

"Sampai bila kita nak berpura?" Ajunya. Menimbulkan tanda tanya pada Raez.

"Maksudnya?" Muncul kerutan pada kening rapi Raez.

"Tentang Irsyad. Kita...kita tahu keadaan dia semakin tidak baik. Sampai bila kita nak berpura yang dia sihat abang? Kita kena bawa dia ke hospital sebelum terlambat. Haura risau. Hati Haura jadi sakit. Haura tak boleh nak berpura lagi." Dia menyandarkan dahi pada dada kekar itu. Sungguh dia sudah tidak mampu berpura lagi.

Jari-jemari Raez memaut bahu Haura. Menggenggam lembut seraya mengusap untuk menenangkan.

"Dah tak sempat." Apa yang Raez katakan hanya menambah kesakitan di hati Haura. Silapnya kerana terlalu berharap ada keajaiban buat anak kecilnya. Silapnya kerana mengiyakan segala kata-kata Irsyad bahawa dia baik-baik sahaja. Kenapa anak sekecil dia, mampu bertindak biasa? Seperti tidak menanggung sebarang kesakitan? Setelah bertemu dengan Raez, baru Haura tahu bahawa tahap kesihatan Irsyad sebenarnya benar-benar merosot.

"Tapi kita masih ada jalan. Abang berusaha semampu abang untuk cari ubat yang terbaik. Abang tahu, Irsyad tak akan kuat untuk tanggung risiko Chemotherapy. Abang akan cuba semampu abang sayang." Dia mengelus pipi Haura pula. Air mata isterinya mengalir perlahan.

"Selagi ada kesempatan, abang akan buat Irsyad tersenyum. Abang akan tunaikan semua hajat dia. Jangan menyerah sayang." Belakang Haura dia tepuk perlahan untuk menenangkan.

"Abang, macam mana kal-" Raez mengucup bibir isterinya perlahan. Dia tak mahu Haura berkata apa-apa lagi. Nanti hanya membuatkan hati Haura kesakitan.

"Abang dah tempah cruise. Esok kita pergi dengan anak-anak. Apa lagi ya diari Irsyad tadi, jalan-jalan, main bola, tengok cerita, dapat adik lelaki..." Raez menguis pinggang Haura untuk mengusikynya. Sengaja dia tekankan suara di akhir katanya.

"Ish, abang ni. Haura serious tau." Tak pasal-pasal isterinya melepaskan tangisan di situ.

"Tak nak lah menangis sayang." Raez mengeluh perlahan. Dia mengelus belakang Haura lagi. Kalau ikutkan hati, dia juga ingin menangis. Tapi bila di fikirkan semula, siapa yang akan memujuk Haura jika kedua-kedua dari mereka menangis? Raez memilih untuk kuatkan diri. Tidak mengikut emosi.

"Eh, sayang...nak kemana?" Raez menggenggam tangan Haura ketika dia mahu pergi. Ketika itu pandangan mereka tertaut.

"Haura nak tidur dengan anak-anak malam ni. Tak apa kan abang?" Soalnya dengan wajah sayu.

"Abang macam mana?" Genggaman tangan Raez semakin erat. Tak mahu dia lepaskan.

"Abang ikut Haura tidur dengan anak-anak boleh?" soal Haura. Ada juga perasaan serba salah di hatinya bila melihat wajah Raez yang sedikit mencuka.

"Hm, kena puasalah malam ni." Dia mencebik manja. Sengaja mahu membuatkan isterinya berbelah bahagi sama ada memilih dia atau anak-anak.

"Esok Haura ganti ya? Abang tak marah kan?" Bibir Raez terus tertarik sehingga ketelinga. Senyumannya bukan main melebar.

"Kalau macam tu abang setuju. Jom sayang." Laju dia ambil bantalnya dan bantal isterinya. Tangan Haura dia tarik menuju ke bilik anak-anak mereka.

Sesampai sahaja di sana, Haura baring di sebelah Iryana, Raez pula berbaring bersebelahan dengan Irsyad. Mereka biarkan anak-anak mereka menjadi perantaraan.

Raez mengiringkan badannya. Kepala ditongkat dengan tangan. Dia perhati isterinya dari tepi. Baru sekejap berjauhan dia sudah rindu.

"Sayang..."

"Shhh..." Haura mencubit bibir Raez untuk menutup mulut. Tidak mahu anak-anak mereka terjaga dari tidur. Raez tertawa di dalam hati. Dia tarik tangan Haura dan mengucupnya beberapa kali.

"Derhaka tangan ni." Dia gigit pula hujung jari isterinya.

"Abang!" Haura terjerit kecil. Membuatkan Iryana terjaga dari tidurnya. Dengan muka mamainya dia duduk.

"Abang, tengok tu Yan dah terjaga." Haura mencebik. Dia tarik Iryana untuk baring semula.

"Abang tak sengaja." Raez garu belakang leher. Manalah dia tahu Haura akan menjerit. Dia gigit jari Haura perlahan je. Eh. Kuat sikitlah. Sikit je tak banyak pun.

"Banyaklah abang punya tak sengaja." Haura menepuk-nepuk punggung Iryana yang sudah merengek. Di dalam lenanya.

Raez mengerut dahi bila nampak Iryana mencari-cari sesuatu pada dada isterinya.

"Eh, tu ayah punyalah." Raez menarik baju Iryana untuk menjauh dari dada Haura.

"Nak neneen!" Iryana merengek. Dia merangkak ke arah ibunya semula tetapi gagal kerana bajunya masih di genggam oleh ayahnya.

"Ey, Yan dah besarlah. Tu ayah punya. Yan tak boleh ambik. Ayah pun puasa malam ni tau. Kalau ayah puasa, Yan pun kena puasa." Naik merah pipi Haura mendengarnya. Dia pula yang malu. Berhentilah bergaduh sebab nenen nya!

"Ibu!" Iryana menjerit.

"Sayang! Tu abang punya je!" Raez semakin galak menggenggam baju Iryana.

                        RAEZ terjaga dari lena, dia melihat Iryana sedang menyusu pada isterinya. Dia jeling mata. Menyampah.

"Sayang." Dia duduk.

"Hm?" Haura jawab perlahan sambil menepuk-nepuk punggung Iryana.

"Sampai bila nak biar dia menyusu badan. Dia dah besarlah." Katanya dengan nada merajuk. Haura mengeluh perlahan.

"Haura pun ingat nak berhentikan Yan. Tapi bila tengok muka Yan, dengar pula dia merengek, Haura tak sampai hati." Haura tergelak kecil bila nampak muka Raez mencuka. Merajuklah tu kena puasa.

"Sayang kena ajar Yan tu."

Haura mengerutkan dahi. "Macam mana?" Raez menguap seketika. Dia bangun dari katil.

"Sayang ada bawa peria dari Malaysia kan hari tu?" Haura angguk kepala.

"Bagus. Sekejap sayang, tunggu tau."

Haura cuma melihat Raez keluar dari bilik. Sambil itu dia menepuk-nepuk punggung Iryana supaya tidak terjaga. Tak sampai beberapa minit, Raez berlari anak kearahnya dengan sehelai potongan peria.

"Nah, sapu dekat situ." Raez hulur pada Haura ketika dia melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Ni?"

"Haah."

"Ni kan pahit..." Haura tak sampai hati. Dia pandang wajah Iryana yang sedang menyusu.

"Sayang boleh. Semangat sayang." Raez memberikan semangat kepada isterinya. Haura pula angguk kepala. Dia mula sapu. Perlahan-lahan Haura tarik Iryana ke belah yang sudah di sapu peria.

"Aaaa..." Iryana tarik bibirnya jauh-jauh. Cepat-cepat Haura sapu di belah lain juga. Bila Iryana mencuba nasib ke tempat asal, dia menangis lagi bila terasa pahit.

"Good job, sayang." Raez mengelus rambut Haura.

"Hm." Haura pandang muka Iryana. Tak sanggup betul bila tengok muka kecewa anak kecilnya. Dia peluk Iryana untuk memujuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience