HPD || BAB 36

Romance Completed 246547

QAYYUM melirik bentuk tubuh Haura sejak tadi, dia tersenyum lebar kemenangan Mana tidak ya, hanya dia dan Haura sahaja yang berada di dalam bilik kecil ini. Hanya berduaan.

"Buka baju. Aku nak buat pemeriksaan," arahnya dengan pandangan nakal.

"Buka...baju?" Haura mengulangnya semula dengan mata yang tertutup. Ayat yang cukup membuatnya trauma. Lepas ayah, Fawaz, Arsyad, kini dengan orang asing yang langsung dia tidak kenali juga. Sakit. Cukup sakit.

Tangannya kekal disisi. Membatu. Mata masih terpejam erat. Tidak boleh. Traumanya mula menghantui dirinya semula.

"Puan dengar tak apa yang aku arahkan tadi?" Qayyum mula jalan mendekatinya. Boot berat itu mengetuk lantai dengan kuat sebelum tangan Qayyum bermain pada hujung selendang yang dipakai Haura. 

"Kalau puan tak dengar, biar aku je tolong buka kan," kata Qayyum dengan suara nakalnya, dia menyelak selendang gadis itu dan menampakkan bahagian zip depan. Tanpa berfikir panjang, dia terus menarik zip itu kebawah.

"I love your scent, lady." Bisiknya sambil menghidu jinjang leher Haura yang sudah terkaku.

"Macam ni rupanya kerja 'IO' kita handle case. Great job, Qayyum." Tersentak Qayyum ketika mendengar suara Inspektor Nathan, tangannya terhenti di situ. Tepukan tangan Nathan bergema satu bilik itu, laju anak mata Qayyum melihat sekeliling. Mencari batang hidung milik Nathan yang terdengar dari arah belakang.

"Inspektor." Qayyum kembali zip semula jubah Haura dan berdiri tegap. Beberapa kali dia teguk liur. Ketakutan dengan keberadaan Inspektor Nathan.

"Apa kau buat?"

"I-inspektor! A-aku hanya menjalankan tugas!" Qayyum memberi salute kepada Nathan dengan ketakutan. Habis banjir dahinya dengan peluh sendiri.

"Tugas?"

Laju Qayyum mengangguk kepala.

"Tugas apa? Setahu aku tugas seorang pegawai penyiasat bukan membuat pemeriksaan pada tubuh badan wanita. Siapa yang lepaskan kau buat kerja ni?"

"I-inspektor! J-jangan salah faham. Pemeriksaan ini hanya untuk memastikan pernyataannya kukuh. L-lagipun, staff perempuan semua tengah lunch, Inspektor." nafinya. Ada kalanya Qayyum melirik kearah Haura yang sudah tertunduk. Nampak gadis itu menggigil hebat. Tak tahu pula kenapa. Kalau takut, kenapa gadis itu tidak melawan? Qayyum tersenyum nakal lagi. Mungkin gadis itu menikmati belaiannya. Padahal, dia tidak tahu bahawa Haura punya trauma yang sangat teruk.

"Senyum?"

Lagi sekali senyuman Qayyum memudar, dia menggeleng kepala dengan laju lagi.

"Kau tahu apa yang buat aku naik meluat dengan polis macam kau?" Nathan datang kearah Qayyum. Riak wajahnya tegang. "Polis macam kau ni, suka tindas perempuan. Jangan ingat dengan pangkat (I0) kau tu, kau boleh dapat satu tiket untuk ambil kesempatan. Sekarang, kau keluar. Sambung buat kerja." Kelam-kabut Qayyum berlari keluar dari situ. Meninggalkan Nathan dan Haura sendiri.

"Puan?" Nathan menyentuh lengan Haura untuk menyedarkannya daripada lamunan. Namun perbuatannya terbatas ketika Haura tiba-tiba mencengkam uniform Nathan.

"J-jangan..." Nathan dapat merasai tubuh kecil Haura bergetar. Tangan runcing mencengkam baju ketakutan.
Disaat itu Nathan menyedari sesuatu, senyumannya segera memudar. Lantas dia undur beberapa langkah ke belakang. Tidak mahu memberikan tekanan kepada gadis dihadapannya ini.

"Puan, tolong bertenang. Saya disini akan membantu puan." Gadis ini nampaknya punya trauma yang hebat.

"Jangan sentuh!" Sekarang. Nathan terkaku. Melihat Haura menutup mata dengan berpeluk tubuh seakan melindungi diri. Dapat dia lihat keringat dingin membasahi dahi licin Haura.

"S-sakit...saya sakit! L-lepaskan!" Begitu sarat dengan perasaan takut, dia tercungap-cungap ketika lututnya gemalai mengucup lantai.

Melihat Haura dalam keadaan begini membuatkan hati Nathan hancur lebur. "Puan..." Nathan cuba menapak kedepan untuk menenangkannya lagi.

"Tak nak! Lepaskan!" Perlakuan Qayyum tadi mengingatkan Haura peristiwa lampau. Masih jelas kejadian itu, bagaimana Arsyad memaksanya untuk melakukan hubungan ranjang secara paksa. Begitu juga, Fawaz. Semuanya tersimpan tapi didalam ingatan dan mencipta trauma yang sangat hebat di dalam mindanya.

    SEPANJANG Arsyad berada di dalam lokap, dia hanya bersandar pada dinding. Teringatkan bagaimana Haura di tarik keluar dari bilik soal siasat tiga hari yang lepas membuatkan hatinya berantakan.

Kenapa hidupnya begitu sadis?

Kenapa dia gagal melindungi isterinya sendiri?

Dia sangat berharap, sekurang-kurangnya, buat kali terakhir dalam hidupnya. Dia dapat melindungi belahan jiwanya dari segala kekejaman tetapi dia tetap gagal dan terus gagal.

Mungkin aku ditakdirkan menjadi seorang yang gagal?

Pagar dibuka. "Arsyad Taqqi Mohammed." Sekali lagi namanya di panggil oleh pegawai polis. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan menuju kearahnya.

"Ya, tuan."

"Tangan." Kening Arsyad sedikit terangkat. Dia perlu kemana lagi? Tak mahu banyak bunyi, Arsyad cuma mengikut permintaan pegawai polis itu.

"Kita kena gerak. Aku sarankan kau tutup muka. Ramai wartawan dekat luar sana," arah Nathan ketika melihat rakan sekerjanya menggari pergelangan tangan Arsyad.

Kening Arsyad tertaut. "Korang nak bawa aku kemana ni?" Soalnya kepada Nathan. Walaupun dia tidak tahu siapakah pegawai polis tersebut, tetapi cara lelaki itu menatapnya, buat dia terasa nyaman.

"Kami akan bawa kau ke persidangan mahkamah. Siasatan telah lengkap, pegawai penyiasat (IO) dah dapat pengakuan dari kau dan bukti lengkap. Jadi, pendakwa raya bersetuju memberi kata putus untuk mengemukakan pendakwaan." Arsyad cuma mengangguk kepala setelah mendapatkan jawapan dari Nathan.

"Kau...tak takut?"

"Aku?"

Nathan angguk kepala. Kakinya ikut melangkah bersebelahan dengan Arsyad ketika rakan sekerjanya membawa Arsyad keluar dari lokap.

"Tak." Ringkas sahaja jawapan dari Arsyad.

Nathan dan Ilyas sedikit terpampang mendengarkan itu. Ketenangan yang terpapar pada riak wajah Arsyad membuatkan mereka sedikit terkesima.

"Tak? Kau...tak takut kena hukum mati?" Soalan Nathan membuatkan Arsyad tersenyum nipis.

"Semua orang takutkan mati. Tipulah kalau aku kata aku tak takut mati. But once, when I start redha for what happened, I trusted that Allah will replace those bad days with something I never expect." Dengan hati yang tenang, Arsyad mengatakan itu seraya belakangnya ditolak untuk berjalan menuju keluar dari lorong balai. Nathan masih mengikut langkahnya.

"Kau hebat." Nathan menepuk belakang Arsyad beberapa kali. Memberikan dia kekuatan. Dia sudah mendengarkan luahan dari isteri Arsyad tentang apa yang terjadi. Kesimpulan yang boleh dia ungkapkan adalah, suami isteri ini adalah pasangan yang paling hebat diuji oleh Allah. Apatah lagi terkagumnya dia kerana melihat kesabaran pasangan suami isteri ini.

"Membunuh, tak buat aku rasa hebat. Aku tenang juga bukan kerana dapat balas dendam tapi yang membuatkan aku rasa tenang, kerana aku tahu, lepas aku bunuh ahli keluarga aku. Anak dan isteri aku tak akan sakit lagi. Mereka juga tak perlu sakit dengan keberadaan aku. Aku nak lepaskan Haura untuk kebahagiaan dia. Aku sayang dia sangat-sangat. Benda terakhir nak tengok adalah senyuman dia."

Nathan menghulur mask kepada Arsyad sebelum mereka keluar dari pintu balai polis tetapi Arsyad menolak. "Tak perlu. Biar mereka tahu siapa aku." Sekelip mata, berjuta kelipan dan sinaran lampu kamera menyerang wajah mereka. Yang menjadi tumpuan utama kepada mereka adalah wajah Arsyad.

Ada beberapa wartawan mengajukan soalan tetapi di tolak oleh pegawai yang bertugas.

"Devil Doctor!"

"Devil Doctor!"

"End This Monster Life!"

Terdengar jeritan-jeritan orang awam yang ikut turut serta seraya mengangkat sepanduk di tangan masing-masing. Buat seketika hati Arsyad rasa terpukul, sekelip mata sahaja Allah boleh menarik nikmat yang telah dia capai suatu ketika dahulu. Yang mana, dia diagungkan dan menjadi Hero Masyarakat tetapi sekarang malah sebaliknya. Dia dilayan seperti seorang makhluk yang paling tidak guna dalam dunia ni.

Arsyad mula mempercayai pepatah yang sebelum ini dia anggap kolot, iaitu hidup ini bagaikan roda yang berputar. Andai hari ini kita berada diatas, suatu hari nanti kita akan berada dibawah juga.

Dan hari ini, dia sedang berada dititik paling terendah di dalam hidupnya.

"Masuk." Tubuhnya di tolak masuk ke dalam truck untuk para tahanan. Ketika pegawai mahu menutup pintu belakang, Nathan menahan.

"Aku turut serta, aku ada urusan ke mahkamah juga." Pegawai itu mengangguk kepala seraya membenarkan Nathan ikut masuk ke dalam.

Dia duduk bersebelahan dengan Arsyad. "Ready?" Soalan Nathan di balas dengan anggukan daripada Arsyad.

     PENDAKWA, Peguambela, jurubahasa mengambil tempat duduk masing-masing. Begitu juga dengan para hadirin yang mula memenuhi dewan persidangan.

Haura memeluk Irsyad dengan erat selama berada di dalam mahkamah. Degupan jantungnya tidak berhenti mengepam dengan sangat laju. Kepalanya menoleh kekiri dan kekanan, resah menunggu figura Arsyad untuk tiba.

Bila polis mula masuk mengiringi saksi dan tertuduh ke kandang, gari Arsyad di buka. Disaat ini, hati Haura sangat luluh tetapi jauh dari sudut hatinya masih berharap bahawa akan ada harapan yang menyinar.

"Peringatan kepada semua, sila matikan telefon bimbit atau pastikan gadget anda berada di dalam silent mood ketika prosiding mahkamah sedang berlangsung. Anda semua dikehendaki menjaga tingkah laku dan menghormati mahkamah. Jangan membuat bising dan dilarang untuk menyilang kaki. Duduk dengan elok dan sekiranya anda gagal untuk mematuhi larangan ini, tindakan menghina mahkamah boleh diambil ke atas kamu." Polis membuat pengumuman sebelum memulakan persidangan, majistret memberi isyarat masuk kedalam mahkamah.

"Bangun!!!" Arah polis bertugas kepada para tetamu yang hadir. Ketika itu, majistret melangkah masuk dan menoleh kearah jurubahasa.

"Jurubahasa, ada berapa kes hari ini?"

"Ada satu kes tangkap sebutan, Tuan."

"Teruskan..." Majistret duduk dan membetulkan mikrofon kecil dihadapannya. Apabila diberikan isyarat untuk memulakan perbicaraan, jurubahasa bangun dan mula membuka bicara.

"Di dalam Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Pendakwaraya melawan Arsyad Taqqi Mohammed bin Tan Sri Rayyan."

Peguambela bangun dan tunduk hormat ketika diperkenalkan oleh TPR Jurubahasa. Pendakwaraya memberi kertas pertuduhan untuk dibaca.

"Jurubahasa, bacakan pertuduhan," arah Majistret.

"Encik Arsyad Taqqi Mohammed bin Tan Sri Rayyan, betul?" soal Jurubahasa sambil berjalan kearah Arsyad.

"Iya, saya." Arsyad di minta berdiri seraya menjawabnya.

Jurubahasa mengangguk kepala dan melihat pada kertas tadi. "Baik, saya akan bacakan pertuduhan;
Bahawa kamu, Encik Arsyad Taqqi Mohammed, No kad pengenalan 8X0X9X−0X−0X pada 12/04/2024, Hari Sabtu, Jam lebih kurang 12:30 malam bertempat di kediaman keluarga anda, Damansara, Kuala Lumpur. Telah didapati mengugut pembantu rumah anda untuk meracuni ahli keluarga anda. Juga anda telah menikam pada bahagian dada mereka bulang kali dengan niat membunuh, oleh yang demikian anda telah melakukan kesalahan Seksyen 383 Kanun Keseksaan AKTA 578 Pemerasan, sekali gus, melakukan kesalahan Seksyen 302 Kanun Keseksaan AKTA 574 yang membawa hukuman gantung sampai mati." Jurubahasa mengambil nafas buat seketika sebelum menghadap kearah Arsyad.

"Adakah anda mengaku salah atau dibicarakan?" soalan yang di ajukan oleh Jurubahasa terasa sangat berat untuk Arsyad memikulnya. Seketika dia mengerling sekeliling tetamu untuk mencari keberadaan Haura.

"Saya..." Arsyad menumpukan pandangannya pada Jurubahasa semula, "Saya mengaku bersalah, Tuan." Ketika Arsyad mengaku bersalah, semua ahli keluarga Clara dan rakan sekerja Tan Sri semua dorong berdiri dan berteriak. Mereka memarahi tindakan Arsyad.

"Bertenang para hadirin!" Bila sudah dapat amaran daripada polis bertugas, mereka duduk di tempat masing-masing semula. Ketika ini, kelopak mata Haura terasa berat. Dia masih melihat sosok Arsyad dari jauh di dalam kandangnya.

Dia sungguh mahu memeluk sosok tubuh itu. Alat penguji kehamilan ditangannya, dia genggam erat. Dia mahu memberi hadiah ini kepada Arsyad.

"Adakah kamu faham atas kesalahan membunuh dengan niat ini kamu boleh di hukum gantung sampai mati jika disabitkan? Kamu juga tidak tidak akan dibicarakan dan tiada saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan dan kamu juga tidak boleh memasukkan pembelaan kamu?" soal Majistret untuk memastikan bahawa Arsyad memahami apakah yang akan terjadi sekiranya dia membuat pengakuan secara terangan.

Arsyad pandang Haura sekali lagi. Dia tersenyum nipis melihat Haura menggeleng kepala kepadanya. Bibirnya memberi isyarat jangan tetapi yang Arsyad balas, cuma lambaian kecil kepada Haura. Dia mahu mengatakan kepada Haura, bahawa dia bakal baik-baik sahaja.

"Ya Tuan, saya amat memahaminya."

Nathan masih memerhati, dia duduk disebelah Haura. Tisu dari dalam poket dia keluarkan. Hulur.

"Jangan menangis. Suami puan perlukan kekuatan dari puan," pesan Nathan. Haura terasa semakin sebak. Mahu saja dia berdiri dan meminta untuk persidangan ini di batalkan. Namun, dia tiada kuasa.

"Sini." Nathan menghulur tangan dan mengangkat Irsyad. Dia memberi peluang kepada Haura untuk tenangkan diri.

"Adakah anda faham bahawa pengakuan bersalah ini anda tidak boleh membuat rayuan ke atas sabitan kamu tetapi hanya boleh mengaku diatas hukuman yang di kenakan?" soal Majistret sekali lagi.

"Saya...saya faham Tuan..." Arsyad tertunduk disitu. Hampir pecah jantungnya menahan segala debaran. Beginikah rasanya bila nyawa berada dihujung tanduk? Beginikah rasanya bila kita tiada peluang untuk hidup lagi?

"Tuan Majistret, saya mohon kemukakan fakta kes dan dibacakan kepada tertuduh." pinta Pendakwa. Sebaik sahaja mendapat anggukan daripada Majistret, Pendakwa mengambil fakta kes daripada PP. Satu salinan diserahkan kepada Majistret. Satu salinan buat Peguambela. Satu salinan dibacakan kepada Arsyad.

Pendakwa mula membacanya dengan teliti sebelum mengajukan soalan kepada Arsyad, "Siasatan telah dijalankan dan hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati bahawa anda mengaku telah memeras ugut pembantu rumah anda untuk meracuni mangsa-mangsa dan telah membunuh mereka menggunakan pisau dengan berniat. Adakah anda faham fakta kes yang saya bacakan dan mengakuinya?"

Sekali lagi Arsyad mengangguk kepala. "Ya Tuan, saya memahaminya dengan sangat jelas." Pendakwa kemudiannya, menoleh kearah Majistret.

"Tuan Majistret, saya mohon untuk mengemukakan barang-barang kes."

"Di benarkan, sila teruskan."

"Baik, saya kemukakan barang-barang kes sepertimana yang berikut." Ada beberapa laporan report, beberapa kepingan gambar mangsa, darah-darah, tempat kejadian, alatan yang digunakan dan lain-lain lagi.

"Itu sahaja, Tuan." Jurubahasa angguk kepala kepada Pendakwa sebelum meneruskan bicara. "Menunjukan gambar-gambar dan barang kes kepada OKT...."

Majistret menarik nafas dalam-dalam sebelum menarik mikrofon kecil itu dekat pada bibirnya. "Arsyad Taqqi Mohammed Bin Tan Sri Rayyan." Di saat melihat Arsyad berdiri, bibir Haura mula bergetar. Dia tidak mahu mendengarkan keputusannya. Dia sangat takut. Ketakutannya membuatkan dia rasa ingin muntah.

"Mahkamah dengan ini mendapati kamu bersalah dan disabitkan di bawah Seksyen Kesalahan 302 Kanun Keseksaan AKTA 574 iaitu hukuman gantung sampai mati, pada tarikh 25/04/2024."

Tok. Tok. Tok. Tiga kali Majistret mengetuk sebelum menyambung bicara. "Dengan ini, mahkamah ditangguhkan."

Disaat itu juga, Haura jatuh pingsan dek terlalu sedih setelah mendengar hukuman yang telah dijatuhkan oleh Majistret kepada Arsyad sebentar tadi.

"Sayang!" Lutut Arsyad terasa lemah sebaik sahaja melihat Haura rebah jauh disana.

"Sayang!!!" Haura masih terlentang dan di keremuni para tetamu yang lain untuk membantu.

Ketika ini, Arsyad sangat ingin meraihnya tetapi kerana dikepung polis. Langkahnya terpasak sebelum dia dibawa keluar sebelum dimasukkan ke dalam truck bersama banduan akhir yang lain.

•••P/S: SIAPA YANG PERCAYAKAN AUTHOR BOLEH TERUSKAN PEMBACAAN SEBAB SEBENARNYA AKAN ADA PELANGI SELEPAS HUJAN. CUMANYA KENA TAHAN SAKIT DULULAH. ADA PLOT TWIST YANG MENANTI.

Share this novel

Rahamah SpWsA
2024-03-03 00:14:43 

dah nangis lebih dah ni... her perfect doctor tajukkan...

Rohani Hussin
2024-03-02 22:42:12 

sabar menanti

Rahmah
2024-03-02 16:55:21 

Harap2 itu cuma mimpi shj..ke nnt nathan suka dgn haura..


NovelPlus Premium

The best ads free experience