HPD || BAB 33

Romance Completed 246547

SESAMPAI sahaja di rumahnya, Arsyad segera menapak ke dapur. Sekarang ini, dia sangat sarat dengan emosi dan kekacauan. Yang jelas, hanya bunyi nafasnya berkoncak kuat kerana kemarahan. Bergema didalam ruangan.

Tangan yang menggigil hebat itu mula menyelongkah kabinet dapur. Dalam fikirannya cuma fikir satu, bunuh mereka demi Haura.

Dia mahu bunuh keluarganya untuk balas semula apa yang mereka buat kepada dia dan Haura. Parang dan pisau dapur, dia asah secepat yang mungkin sebelum memasukkannya ke dalam beg. Termasuk tali, dan beberapa cecair beracun yang dia gunakan didalam makmal buatannya.

Dia sudah tidak kisah.

Apa pun yang terjadi selepas ini.

Dia cuma mahukan keadilan untuk belahan jiwanya. Dia sanggup. Walaupun dia tahu, apakah akibat yang bakal dia dapat selepas itu.

     HAURA MENGETAP bawah bibir. Mana Sarah? Kenapa semua mesej dan panggilan yang dia buat, langsung tak di jawab oleh Sarah?

Buntu.

Dia mengeluh perlahan sebelum berbaring diatas katil empuk itu.

Ting! Bunyi notifikasi menyergah kesunyian malam. Haura segera melihat skrin telefon semula dan membatalkan niat untuk lelapkan mata.

"Arsyad?" Terbuntang mata Haura bila dia melihat mesej aneh yang baru di hantar oleh suaminya.

"Sayang, abang tak tahu apa yang abang tengah fikirkan sekarang ni. Yang abang tahu, abang rindukan sayang. Abang tengah buntu sayang. Please, balas mesej abang."
−Arsyad (10:09PM)

Haura masih merasakan kekecewaan. Dia terus tutup telefon itu tanpa membalasnya. Hatinya sudah sangat tawar. Dia mahu berhenti memikirkan tentang Arsyad.

Ting! Sekali lagi notifikasi berbunyi. Haura memejam erat sehingga menampakkan kerutan di matanya.

"Tahan, Haura. Cukup. Lupakan dia." Dia monolog sendiri sambil mengusap dadanya. Dia mahu kuat.

Tanpa dia tahu, apa maksud disebalik mesej Arsyad tersebut.

"Sayang?"
−Arsyad (10:11PM) 

"Sayang...betul ke apa yang abang buat ni? Answer me."
−Arsyad (10:12PM)

"Its okay, no matter what. I'll always loving you. I love you more than you know. Doakan untuk abang ya, sayang? Abang buat ni untuk sayang, untuk anak kita. Abang janji, abang tak akan menyesal atas pilihan abang."
−Arsyad (10:15PM)

   SEDANG Tan Sri Hazlina dan Tan Sri Rayyan sibuk berbual sakan dengan Airisy dan Clara dimeja makan, tiba-tiba mereka terdengar sebuah bunyi hentaman yang sangat kuat dari luar rumah.

BAM!

Airisy terus memeluk Alyssa yang sudah menangis terkejut kerana bunyi yang kuat itu.

"Mama! Bunyi apa tu?!" Clara terus memeluk Tan Sri Hazlina. Yang Tan Sri Hazlina pun sudah kecut perut. Bukan hanya sekali bunyi hentaman itu tetapi banyak kali!

"Zeyn! Check CCTV bahagian luar rumah!" arah Tan Sri Rayyan pada pengawal peribadinya. Tidak berani dia mahu terjah keluar. Kalau tiba-tiba dia kena serang macam mana? Sia-sia sahaja dia kumpul duit kalau masuk kubur hari ini.

"Baik tuan." Zeyn melangkah laju kedalam ruangan bilik CCTV yang berada ditingkat bawah. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat kereta Mercedes Benz bewarna hitam milik Arsyad yang sedang merempuh kereta Ferari milik Tan Sri Rayyan beberapa kali.

Mata helangnya memandang tajam. Minyak dan brek ditekan serentak lagi. Butang radio ditekan lalu dikuatkan pulas kekanan supaya kedengaran lebih kuat dan semangat.

Arsyad menekan pedal semakin kuat dan bergerak kehadapan. Apa yang dia bayangkan kereta dihadapannya sekarang ini seperti bayangan wajah mak bapak dia. Makin membuak-buak kemarahannya.

BAM!!!

Satu hentakan yang kuat dapat meremukkan bonet belakang kereta ferari milik Tan Sri Rayyan.

"That's was sick tapi belum cukup lagi." Arsyad toleh kebelakang. Satu tangan kawal stereng dan satu tangan lagi berpaut pada kerusi. Dia mengundurkan semula keretanya.

Semakin lama, semakin itulah Arsyad rancak merempuh. Dia memandu kehadapan semula. Bam!! Satu lagi hentakan yang kuat. Kalau tadi kereta ferari milik Tan Sri Rayyan, kali ini kereta Bugatti edisi terhad Tan Sri Hazlina pula. Habis hancur berkecai.

Dari cermin sisi, Arsyad nampak pengawal peribadi Tan Sri sengan berlari mengepung keretanya. Arsyad tidak gentar. Dia matikan enjin dan buka pintu. Keluar sahaja dari perut kereta, dia pandang tajam pada barisan pengawal itu. Dia rampas walkie talkie dari tangan salah seorang dari mereka. Tekan.

"Keluarlah pengecut." Berombak dada Arsyad ketika mengatakan itu. Kesabarannya sudah sampai ke penghujung. Kalau dulu dia berdiam dengan segala perbuatan keluarganya, sekarang tidak. Tak akan dia biarkan keluarganya hidup senang setelah memusnahkan mahligai cintanya bersama Haura. Arsyad tak akan biarkan mereka terlepas.

"Keluar!" Dia hentak walkie talkie itu pada kepala salah seorang dari pengawal yang berada disitu sampai hancur.

Que terus menahan Arsyad yang baru sahaja mahu menapak mendekati pintu rumah agam Tan Sri.

"Move away." Arsyad memberi amaran tetapi kerana Que berkeras menghalang jalan, satu tumbukan padu Arsyad hadiahkan pada perut Que sebelum sempat dia mengelak.

"Argh!" Senak. Que terus terjelopok menyembah tanah. Tak cukup dengan itu, Cheen mengambil sebatang kayu. Dia menghayun dari atas dan sasarkan pada kepala Arsyad tapi sempat tangan kekar itu menahan dan merampas senjata. Senjata bertukar tangan. Arsyad menghentak batang kayu itu pada leher Cheen sehingga terkehel.

Tangkas kakinya menyepak dada seorang lagi pengawal peribadi yang menyerang dari belakangnya.

"Urgh!" Tumpas lagi seorang.

BAM! Tersembam Arsyad pada tanah apabila kepalanya di hentak dengan batang besi golf oleh Zeyn. Pengawal peribadi terkuat Tan Sri. Darah pekat mengalir pada dahi.

"Tak guna!" Arsyad menahan batang golf yang mahu dihayun padanya sekali lagi. Dia menariknya sehingga Zeyn ikut tergolek ketanah. Berlaku pergelutan yang sangat dahsyat tetapi akhirnya, Arsyad menendang alat kelamin Zeyn. Senak! Terpekik Zeyn seperti cacing kepanasan disitu. Arsyad bangkit dengan keadaan terhuyung-hayang. Dia mengelak dari serangan dan berbusing sebelum menyepak tengkuk seorang lagi. Tumbang. Berbaki 3 orang lagi.

Darah pekat pada dahi, dia biarkan sahaja mengalir.

Tangan Arsyad menarik seorang lagi dan membuat sebagai pertahanan. Dua orang lagi pengawal terus tersepak pada perut pengawal yang dijadikan pertahanan. Salah sasaran! Arsyad senyum puas. Dia campak pertahanan yang sedang terpekik itu ketepi. Di kepalanya sekarang hanya mahu membalas perbuatan keluarganya pada Haura. Itu sahaja. Lagi dua orang yang tersisa.

Arsyad mengambil nafas yang hampir tersekat.

"Hiargh!!!" Kedua dari mereka menyerang serentak.

Gedebuk! Tapi keduanya tumbang dengan sekali pukulan menggunakan kayu golf Zeyn tadi.

Sekarang, semuanya sudah tumbang. Arsyad merempuh pintu dan masuk kedalam.

"Calm down Arsyad."

Pak! Satu tamparan hebat Asryad hadiahkan pada pipi kanan Tan Sri Rayyan.

"How dare you!"

PAK! Giliran Tan Sri Hazlina pula diberi tamparan hebat.

"Okay, Im sorry!" Airish dan Clara mengalah. Mereka berpelukan dalam ketakutan.

PAK! PAK! Tidak lari juga pipi Airisy dan Clara di tampar kuat.

"Bangga upah orang supaya rogol isteri aku?" Bederai air mata Arsyad ketika menyoal pada Tan Sri Rayyan dan Hazlina serentak.

"Bangga jadi perosak rumah tangga anak kau sendiri?" Arsyad menapak semakin rapat.

"Aku bersabar selama jadi anak korang berdua. Aku banyak bersabar tapi ini yang aku dapat?" Dia meraup wajah.

"Mama dengan papa tak buat apa-apa lah!!!"

"Layak ke kau berdua jadi mak bapak aku?"

"Ini semua salah faham!" Pak! Sekali lagi Arsyad menampar pipi ibunya yang cuba menegakkan benang yang sudah jelas basah.

"Siapa yang arahkan Fawaz untuk rogol Haura?" Masing-masing diam. Takut untuk mengaku.

"Aku tanya siapa?!"

"Bu-bukan k-kami!" Airisy tidak akan membongkarkan rahsia.

Arsyad terus tertawa sinis. Bukan mereka? Macamlah dia tidak tahu siapa. Dokumen rancangan mereka, semua dia sudah kaji sebelum kesini tadi. Cukup-cukuplah tu, sudah tiba masanya dia tamatkan riwayat iblis-iblis yang bertopengkan manusia dihadapannya ini.

Arsyad kemudiannya menukar riak wajahnya, daripada marah bertukar kepada serba salah. "Bukan korang semua?" Dia menyoal dengan muka polos.

Laju mereka berempat mengangguk kepala. Masing-masing tidak mahu mengaku.

"Maafkan I, I...terlalu ikutkan emosi. I salah faham dengan mama, papa, Clara and Airis. I tak sengaja." Kali ni, betul-betul dia serba salah. Dia terus peluk Tan Sri Hazlina dan Rayyan serentak. Dia menangis disitu.

"It's okay sayang, biasalah tu kalau dah penat sangat bekerja." Mereka berempat menghembus nafas lega. Clara dan Airis juga terus tersenyum melihat bagaimana Arsyad begitu mempercayai tipu helah mereka.

Setelah beberapa minit Arsyad menitiskan air mata, akhirnya dia mula tenang.

"Mama sediakan dinner?" soal Arsyad ketika Tan Sri Hazlina mengelapkan air mata yang membasahi pipinya.

"Iya, mama dah masak banyak untuk you. Let's eat." Dia menarik tangan Arsyad dan membawanya duduk di ruangan meja makan. Clara dan Airis juga duduk disana. Senyuman di bibir mereka semakin melebar bila dia nampak Arsyad bersemangat mengambil lauk pauk diatas meja.

Tan Sri Hazlina dan yang lain-lain juga turut mengambil lauk pauk dan isi pada pinggan masing-masing.

"Maid! Air mana?! Kenapa lembab sangat nak siap!" Tempik Tan Sri Hazlina dari meja makan, sambil kepalanya menoleh ke ruangan dapur yang berada dekat dengan ruangan meja makan mereka.

"Siap puan!" Terkedek-kedek pembantu rumah yang berusia tiga puluhan itu membawa dulang ke meja. Dia letak dulang diatas meja dan mula jug berisi jus apel ke dalam setiap gelas.

Selepas itu, dia menghidang kepada majikan mereka. Arsyad juga mengambil gelas tersebut.

"Mama, papa, Airis, dan Clara." Panggil Arsyad dengan suara serak basahnya sambil mengangkat gelas keatas.

"Cheers." katanya lagi dengan senyuman nipis.

"Cheers!" Jawab mereka seraya melagakan gelas-gelas mereka bersama. Setelah itu, mereka meneguk jus apel dengan rakus. Begitu juga dengan Arsyad.

"Sedap. Pandai maid buat," pujian Arsyad membuatkan maid itu tersenyum kegelisahan. Dia segera pergi kedapur dan mengemas para dapur.

Tan Sri Rayyan selepas menghabiskan segelas jus apel, dia letak semula diatas meja.

"So, kita dah boleh mula our celebration kan?" soal Airis dengan begitu teruja. Kek ditangan dia letak dihadapan Tan Sri Rayyan.

"Of course!"

Clara juga ikut gembira. Dia memasang lilin dan menghidupkan api disitu.

"Semperna kejayaan syarikat papa, so papa silakan tiup lilin." Kata Arsyad dengan silang tangan didada.

Tan Sri Rayyan rasa gembira sangat malam ni. Arsyad nampak bersemangat untuk sambut party business mereka. Kalau sebelum ini, setiap kali celebration, Arsyad akan memberi beribu alasan untuk tidak hadir. Kalau datang pun, nampak terpaksa je turut hadir.

"Papa tiup! Tiup!" pinta Clara dan Airis. Begitu semangat mereka menepuk tangan.

"Here we go!" Tan Sri Rayyan meniup lilin satu persatu, dan untuk lilin yang terakhir. Anak matanya tiba-tiba bertukar menjadi putih, mulutnya keluar buih-buih halus.

"Papa!" Segera Airis dan Clara menyambut Tan Sri Rayyan daripada terjatuh.

Tiba-tiba, giliran Tan Sri Hazlina. Dia rasa nafasnya tersekat. Dia tersungkur kelantai seraya mencekik kerongkongannya yang terasa sempit.

"Mama! Papa!" Kelam-kabut Airis dan Clara menyambut kedua-duanya. Tapi tidak sampai beberapa minit, giliran mereka pula yang berlutut. Merangkak kerana saluran pernafasan yang tersekat. Perut dan dada mereka kesakitan. Mulut mereka tidak berhenti mengeluarkan buih halus. Habis berceceran semuanya diatas lantai.

Maid tadi pun keluar dari dapur bila dia nampak Arsyad memanggilnya untuk keluar.

"Good job." Arsyad membisikkan kepadanya sebelum air jus didalam mulutnya, dia ludah ke lantai.

Maid itu tertunduk ketakutan. Dia takut dengan apa yang dia lakukan. Dia menggigil hebat ketika memegang botol kecil berisi cecair beracun didalam tangannya.

"This is your tip." Sampul coklat pekat yang tebal itu Arsyad letak diatas telapak tangan pembantu peribadinya.

Kemudiannya, Arsyad kembali membuka beg kerjanya. Setakat rasa tercekik dan hilang nafas sahaja belum cukup untuk membalas segala kesakitan yang dia dan Haura rasakan. Pisau tajam dia keluarkan segera.

TSK! TSK! Merecik darah kewajahnya apabila pisau itu dia tikam dua kali pada bahagian dada Tan Sri Hazlina.

TSK! TSK! TSK! Tiga kali pada dada Tan Sri Rayyan.

TSK! TSK! Sekali pada dada Airis dan Clara.

Habis terpancut-pancut segala darah keudara. Arsyad tersenyum puas, begitu juga air matanya yang mengalir kepipi. Air mata kepuasan. Puas dapat menamatkan riwayat mereka setelah apa yang mereka telah lakukan.

Isterinya di rogol oleh abang angkatnya.

Isterinya juga di fitnah.

Disebabkan perbuatan bodoh mereka, Irsyad jatuh sakit.

Hubungan mereka juga hancur.

Tidak adil jika keluarga Arsyad terus hidup dengan berbahagia setelah melakukan berjuta kekacauan. Arsyad tak akan biarkan mereka senang. Matilah. Mati bersama dosa.

Lutut Arsyad tersungkur ke lantai yang penuh dengan lumuran darah keluarganya. Selepas kehilangan Kamal, dia kehilangan keluarganya pula.

Selepas ini apa?

Dia pasrah.

Pisau ditangannya masih elok dalam genggaman.

Tuhan.

Aku lakukan ini untuk keadilan buat isteriku dan anakku. Kini, tiba masanya aku menerima hukuman yang setimpal kerana sanggup melukakan sekeping hati milik belahan jiwanya.

"Abang buat semua ni untuk sayang."

"Untuk anak kita." Dia monolog sendiri. Seketika dia ketawa, seketika dia menangis. Lama. Berjam-jam dia berlutut dihadapan mayat keluarganya. Sehingga bunyi siren yang mula kedengaran. Kuat dari luar.

"Tugas abang sudah selesai sayang. Berbahagialah."

Share this novel

norsila
2024-02-29 23:11:40 

yesss¡!! kan senang mati smuanya..tu bru betul bela isteri dn anak nya..wlaupon salah tapi bbaloi tiada lagi derita haura..huuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience