HPD || BAB 60

Romance Completed 246547

"SYAD...strong..." Kata Irsyad ketika cecair di masukkan kedalam tubuh. Pedih. Panas. Sakit nya tidak mampu di ungkap dengan kata-kata. Cukup bagaimana kelopak mata Irsyad perlahan melayu ke bawah. Seakan menceritakan segala derita yang ditanggung.

"Strongboy...tak boleh...menangis." Dia menoleh kearah ibu dan ayahnya.

"Kan ibu...ayah?"

Iryana yang baru terjaga dari tidurnya memandang kearah Irsyad.

"Ayong!" Dia bangun dan peluk.

"Baby..." ucap Irsyad perlahan.

"Ayong, jom main bola cepak!" ajak Iryana. Irsyad geleng kepala.

"Tak boleh..."

Bibir bawah Iryana mula menggulung.

"Nape tak boleh!" Sedih apabila si abang tidak lagi melayan karenahnya seperti selalu.

"Yan, ayong tengah tak sihat." Haura mendukung Iryana. Dibawa jauh dari Irsyad.

"Yan nak main dengan ayong!" Iryana merengek. Begitu sedih melihat abangnya hanya terlentang diatas katil sana. Dia melirik kearah ayahnya pula. Ayahnya sedang berbual dengan seorang lelaki dewasa.

"Kalau ayong tengah tak sihat, Yan tak boleh ajak ayong main. Yan kena teman ayong sampai sembuh. Boleh?" soal Haura.

"Oleh!" Iryana turun dari dukungan ibunya. Dia kembali duduk disebelah Irsyad. Tangan kecil Iryana memeluk abangnya erat.

                           "SAYANG, makan sikit ni." Arsyad menghulur roti bakar yang di sapu pure butter kepada Haura. Setelah rawatan kimoterapi Irsyad kali pertama Irsyad selesai tadi, mereka ke dapur seketika untuk membuat sarapan pagi. Meninggalkan Iryana yang tekad mahu menemani abangnya didalam bilik sana.

Haura membuka mulut. Dia gigit roti bakar yang di suap Arsyad.

"Sedap..." Sayu nadanya ketika mengucapkan itu. Tidak ada perkara lain yang tertera di fikirannya kecuali Irsyad. Letih tetapi sudah menjadi lumrah sebagai ibu bapa akan merasa sedih melihat keadaan anak sendiri kesakitan. Haura perlahan-lahan mengangkat wajah. Dia nampak Arsyad juga sangat keletihan. Dia cuba untuk senyum. Dia ambil roti bakar dari tangan Arsyad dan menghulur.

"Abang kena makan juga...nanti masuk angin..." Pinta Haura.

Arsyad geleng kepala. Dia masih terasa mual kesan daripada alahan kandungan Haura.

"Tak apa sayang." Dia duduk bersebelahan dengan isterinya dan tersenyum sayu.

"Mana boleh macam tu, dari semalam abang tak makan apa-apa. Berjaga untuk Irsyad." Haura masih menghulur roti bakar untuk di suap keadalam mulut Arsyad.

"Hmm..." Tak sampai hati pula untuk menolak kali kedua. Akhirnya, dia gigit juga roti bakar itu. Kunyah walaupun perut mahu menolak.

"Sedapkan?" Haura tersenyum.

"Sedap, sayang." Arsyad merebahkan kepala diatas pangkuang Haura. Bibirnya mengelus benjolan pada perut isterinya itu. Dia mahu menenangkan fikiran dari terus memikirkan soal Irsyad buat seketika.

"Semua ni salah baby. Tengok ayah pula yang naik muntah-muntah." Arsyad tersenyum ketika mendengar tawa Haura. Masing-masing mahu menenangkan hati. Padahal, mereka tahu apa yang sedang melanda didalam jiwa. Sakit, pedih, perit mereka hadap bersama.

Haura mengeluh, "Haura rasa bersalah...sebabkan Haura...Irsyad sakit macam tu. Sepatutnya Haura yang sakit, Haura yang patut ma-" Arsyad terus mengelus bibir Haura. Tidak mahu belahan jiwanya terus menunding jari menyalahkan diri. Padahal, jauh sekali penyakit Irsyad asbab dari kesilapannya. Haura tiada pilihan ketika itu.

"Sayang, Irsyad, Iryana...korang semua jiwa abang. Abang akan cuba semampu abang supaya kita dapat terus hidup bersama sampai bila-bila, sayang. Kalau kita percaya dengan perancangan Allah, kita akan tenang. Setiap yang terjadi ada baik buruknya. Sama ada kita sedar ataupun tak. Mungkin semuanya nampak mustahil, tapi sebaliknya, Allah sudah tetapkan mana yang terbaik untuk anak kita. Kalau ada rezeki Irsyad untuk hidup lagi di dunia ni, alhamdulillah. Kalau Irsyad ditakdirkan untuk pergi pun kita kena ucap, terima kasih kepada Dia. Ya sayang, hmm?" Arsyad lantas mendaratkan ciuman di perut isterinya.

"Haura takut abang, tadi Haura dengar Yan menangis, Haura tak boleh abang, macam mana kalau Iryana tak dapat ikhlaskan abang dia pergi? Sakit sangat-sangat, abang. Mereka tu budak lagi, Allahu Akbar." Adu Haura. Dia jatuhkan pandangan kewajah suaminya.

Arsyad tidak berhenti mencium perut Haura dan telapak tangannya mengelus disitu. "Abang pun takut sangat-sangat sayang, tapi hidup ni takkan pernah lari dari perpisahan. Pisah di dunia, jumpa di syurga kan sayang? I love you sayang, abang janji abang ada dengan sayang selagi diizinkan Allah." Arsyad memandang mata haura dan mengucupnya serta mengusap rahim haura.

"Nanti Yan jadi kakak, Yan tu dahlah manja, jangan sampai Haura dah bersalin, Yan nak menyusu lagi." Haura tergelak dan memukul dada Arsyad perlahan. Arsyad tidak pernah gagal untuk membuatkannya senyum. Haura bersyukur kerana Allah masih memberi mereka peluang untuk hidup lagi dengan Arsyad setelah 4 tahun tiada seorang suami dan seorang bapa kepada anak-anaknya di sisi.

"Sayang ada mengidam nak makan apa-apa ke?" soal Arsyad. Semenjak Haura mengandungkan anak ketiga mereka, belum pernah lagi Arsyad dengar Haura mengidam apa-apa. Jadi dia mahu bertanya kalau-kalau dia terlepas pandang.

"Tak ada, abang." Laju Haura menjawab. Dia betul-betul tiada rasa mengidam apa-apa makanan. Mengandung kali ketiga ini lebih tenang tanpa alahan atau mengidam. Terbalik pula dengan Arsyad. Dia pula mengidam dan alahan kalah ibu mengandung.

"Abang mengidam apa-apa tak? Haura boleh masakkan."

Arsyad tersenyum sedikit. Macam tahu-tahu je isterinya ini. "Abang teringin nak makan kek batik." Haura angguk kepala. Nasib baik semua bahan-bahan untuk membuat kek batik ada.

"Sekejap, Haura masakkan untuk abang." Haura bangkit dari kerusi. Seperti biasa, Arsyad akan ikut melekat dibelakangnya. Peluk erat tidak mahu lepaskan. Baginya, kalau tidak mampu menolong, sekurang kurangnya dia mahu menemani.

Sedang Haura dan Arsyad berbual di dapur sambil membuat kek batik, Yan keluar dari bilik.

"Ibu..." Iryana berjalan kearah mereka.

"Iya, Yan?" Haura dan Arsyad menoleh serentak.

"Yan haus..." Dia garu perut buncitnya sambil mendongak keatas. Pandang ibu dan ayahnya dengan muka comel.

"Haus? Yan...nak susu ibu?" soal Arsyad.

Laju Iryana menggelek. "Tanak! Cucu ibu pahit!" Tertawa Arsyad mendengarnya. Nampaknya, rancangan dia untuk memisahkan Iryana dari susu badan isterinya telah berjaya.

Haura pula terkejut. "Yan nak minum apa kalau tak nak susu ibu?" Soalnya.

"Yan nak cucu tapi yan dah besha, aaaa yan kena minum air botol yang ni ke?" Dia panjat kerusi dan ambil botol susu bersisi air kosong. Sejujurnya dia rindu akan susu ibunya tetapi dia begitu trauma dengan kepahitan yang dia rasa beberapa bulan lepas ketika dia menyusu dengan ibunya.

"Yan crong girl, Yan minum air nilah." Dengan pelatnya, Yan membaca bismillah, sebab ayah dan ibu selalu pesan untuk membaca bismillah sebelum makan dan minum. Haura pula yang terkedu. Begitu terkejut dengan perubahan mendadak dari Iryana. Arsyad pula rasa bangga kerana Iryana mula menjadi matang.

"Ibu, ayong haus jugak!" Iryana turun dari kerusi. Dia tadah tangan.

"Ayong haus juga?" Soal Haura.

"Haah! Yan nak bawakan air untuk ayong!" Pinta Iryana lagi. Tangan masih di tadah.

"Kejap, ayah ambilkan." Arsyad ambil cawan plastik kecil. Dia tuang air kosong kedalamya. Hulur pada Iryana.

"Maceh ayah antu!" Iryana gigit puting botol. Kedua belah tangannya menggenggam cawan berisi air putih penuh. Berhati-hati dia berjalan agar tidak tumpah. Haura dan Arsyad memerhati Iryana dari dapur. Terharu dengan keperihatinan Iryana terhadap abangnya.

Selepas itu, Yan pergi ke bilik di mana Irsyad mendapat rawatan. Yan tersenyum gembira kerana nampak Ayongnya sedang duduk tersenyum sambil menulis sesuatu di atas kertas.

"Ayong!" Yan memanggil dan pergi ke arah Irsyad. Irsyad tersedar akan panggilan Yan.

"Hi baby, ayong." Irsyad senyum ke arah Yan sambil mengusap kepala Yan. Yan duduk di atas kerusi yang ada di sebelah katil walaupun kena berusaha keras untuk memanjat kerana tubuhnya yang kecil. Dia bagi cawan pada tangan Irsyad.

"Apa...ni?"

"Air! Yan bawa untuk ayong!" Termengah-mengah nafas berbau bayi itu.

"Untuk...ayong?" soal Irsyad. Dia mahu menggenggam cawan itu tetapi tidak larat. Iryana menyedarinya. Dia tolong tuang kan kedalam mulut Irsyad seperti yang dilakukan oleh ibu dan ayahnya. Sampai tumpah-tumpah. Irsyad geleng kepala dan terbatuk sedikit.

"Ayong dah cihat ke? Yan rindu ayong." Soal Iryana. Dia campak cawan kosong itu ke bawah katil. Dia baring menyiarap untuk melihat apa yang di tulis abangnya didalam kertas itu.

Irsyad pula ersenyum melihat Yan yang semangat menanyakan keadaanya. "Ayong sihat, ayong kan strong boy." Tutur Irsyad sambil mencuit hidung adik kesayangannya ini.

"Hihi, Yan pun crong girl, tadi Yan haus, Yan tak minum pun cucu ibu, Yan minum air utih je." Irsyad terhibur mendengar celoteh adiknya.

"Hebatnya, Yan memang strong girl, dan...kuat...tentut." Irsyad tertawa lemah sambil mencuit pipi iryana.

"Manada Yan tentutlah!" PROTTT, "Eh yan tertentutlah hihi." Irsyad dan Yan tertawa sambil memandang satu sama lain.

"Abang tulish apa tu!" Iryana merenung kertas.

"Abang...tulis...wasiat..." Irsyad mengatakannya dengan wajah polos. Dia ada dengar cikgu tadikanya cerita sebelum ini. Kalau orang nak mati, kena tulis wasiat dalam kertas. Wasiat tu boleh tulis apa-apa yang kita nak pesan pada orang yang tersayang. Jadi dia pun nak tinggalkan wasiat untuk ibu, ayah dan Yan.

"Waciat? Apa tu!" Iryana cuba memahaminya tetapi dia masih tidak pandai membaca.

Irsyad geleng kepala. Dia simpan kertas itu di bawah bantal, "Ayong sayang Yan tau, nanti Yan jaga adik baik-baik tau, Yan suka ada adik?"

"Yan cuke, Yan cuke, nnti kita boleh main-main dengan adik, yeayy!" Irsyad tersenyum hambar, dia takut jika dia tidak sempat untuk menunaikan hajat Iryana.

"Yan, sini peluk ayong." Irsyad mendepakan tangan dan Yan terus melompat ke arahnya.

"Yan cayang ayong!" Irsyad semakin lemah ketika mengusap belakang badan Iryana, "Ayong pun sayang Yan." Begitu erat hubungan adik beradik ini, sehinggakan umur tidak menjadikan alasan untuk mereka tidak betah mencurah kasih antara satu sama lain.

                              TERMASUK hari ini, Irsyad telah mendapatkan rawatan kimoterapi buat kali kesepuluh. Anak seperti dia mempunyai mental yang kuat. Keinginannya untuk terus hidup telah mengatasi batas waktu.

"Sayang...tak sangka kan?" Soalan
Arsyad menyedarkan Haura dari lamunannya. Perlahan-lahan dia menoleh kearah sang suami.

"Tak sangka abang, Syad masih ada dengan kita." Kening Haura sedikit terangkat mendengarnya. Dia tunduk seketika. Jatuh ke wajah Irsyad yang masih terbaring. Perubahan badan kecil itu, sangat menyayat hati.

Kukunya berubah menjadi gelap, kulit semakin memucat, rambut tidak kembali tumbuh, badan kurus, dan yang lebih sadis...

"Tak ada guna pun abang." Haura berpaling. Tiada harapan. Harapannya punah. Dia tidak nampak sinar untuk anak mereka lagi. Air mata mengalir ke pipi. Tiada guna untuk dia berharap lagi jika akhirnya jadi begini.

"Sayang, tak baik cakap macam tu. Macam mana kalau Syad dengar? Mesti dia sedih." Arsyad mengambil tangan Haura. Genggam perlahan.

Haura melirik kearah Irsyad seketika sebelum membuang pandang pada Arsyad semula. Semakin menggulung air hangat di pipi. "Haura tak nampak apa-apa perubahan pun. Haura cuma nampak, Syad makin terseksa. Sudah lah, abang...Haura dah tak nak berharap lagi...berharap buat Haura rasa sakit, abang..." ucapan Haura hanya menjatuhkan lagi harapan Arsyad. Dia tarik Haura kedalam pelukannya.

Arsyad dan Haura sentiasa berjaga untuk menenangkan rintihan anak kecil mereka.

Bagaimana Irsyad meraung kesakitan disetiap malam. Menjadi penyaksian buat pasangan itu. Kesakitan yang tidak tertanggung tetapi mereka harus kuat untuk Irsyad.

"Ayah...ayah..." Baru sahaja Haura dan Arsyad melelapkan diri, Irsyad sudah merintih kesakitan lagi. Tidak mengeluh. Penuh keikhlasan di wajah mereka berdua.

"Ya, sayangku?" Arsyad bangkit dari pembaringan. Dia genggam tangan anak kecilnya. Haura pula memisat kelopak mata yang sudah keletihan.

"Tak...tak boleh nafas..." Adunya sambil memegang leher. Dengar bagaimana nafas Irsyad tersekat-sekat.

Arsyad mengangkat kepala Irsyad. Letak diatas pangkuannya.

"Sayang, tolong ambilkan minyak angin boleh?" Pinta Arsyad kepada Haura.

Haura angguk kepala. Dia ambil botol minyak angin di atas katil. Dah habis. Setiap malam mereka gunakan minyak angin ini untuk mengurangkan sesak dada Irsyad. Sampai habis.

"Habis dah ni, abang. Haura ambil baru dekat bilik kita." Baru sahaja Haura mahu bangkit dari katil. Arsyad menahan tangannya. Dia geleng kepala.

"Sayang tu tengah bawa baby kita dalam perut." Tangan Arsyad mengusap perut Haura. Sudah ada benjolan kecil disitu.

"Tak apa abang, demi Syad. Haura sanggup."

Arsyad geleng kepala lagi.

"Sayang jaga Syad sekejap ya? Abang tolong ambilkan minyak angin dekat bilik kita." Arsyad perlahan-lahan nembaringkan kepala Irsyad diatas kepala Haura.

"Dekat dalam laci meja solek Haura tau abang." Pesan Haura. Arsyad angguk kepala. Dia keluar dengan wajah yang keletihan setelah berjaga malam selama tiga bulan berturur-turut.

Haura kembali memberikan tumpuan kepada anak kecilnya.

"Kalau sakit...kita kena cakap apa?" Lembut nada Haura bertanya. Telapak tangan mengurut dada Irsyad.

"Kita kena cakap...terima kasih...Allah..." ucap Irsyad lemah.

"Good boy, siapa good boy ibu ni?" Menitik air mata Haura melihat dada Irsyad yang berkocak kuat. Dia urut penuh kelembutan.

"Syad..." Irsyad mengangkat tangan. Haura terus mengucup tangan kecil itu. Lama dia membiarkan bibirnya disitu. Begitu gusar. Tak sanggup lagi dia melihat Irsyad menanggung kesakitan.

"Ibu..." Panggil Irsyad.

"Iya, saya?" Haura membalas tatapan Irsyad.

"Maafkan Syad...Syad selalu...buat ibu...menangis...Syad...jahat..." Haura geleng kepala. Dia genggam tangan Irsyad dan kucup lagi.

"Syad adalah anak yang paaaaling baik bagi ibu. Allah, hadirkan Syad sebagai pinjaman. Sebagai penawar kesunyian ibu. Syad baanyak buat ibu rasa bahagia. Syad tak pernah sekalipun menyusahkan ibu. Ibu sayaaaang Syad sangat-sangat." Bisik Haura seraya mengurut dada Irsyad.

Irsyad tersenyum. "Syad pun sayang...sangat dengan ibu." katanya perlahan.

"Kalau Syad sayang ibu, Syad kena sihat cepat tau. Ibu nak tengok Syad sihat. Nanti...kita boleh main bola sama-sama lagi." ucap Haura. Dia nampak Irsyad mengangguk lemah.

"Ibu...Allah sayang Syad?" soal Irsyad.

"Allah sayang Syad," jawab Haura.

"Kalau Allah sayang...Syad...kenapa Allah bagi Syad sakit?" Lagi menitik air mata Haura mendengar rintihan dari Irsyad.

"Syad nak tahu satu rahsia?" soal Haura. Irsyad mengangguk kepala lemah.

"Kesakitan adalah satu anugerah dari Allah. Allah letak rasa sakit tu sebab Allah nak sediakan istana dekat syurga untuk Syad. Kalau Syad mampu bersabar. Syad nak istana dekat Syurga?"

"Kalau...kalau..." Irsyad berfikir seketika.

"Kalau?" Haura mengusap pipi Irsyad.

"Kalau macam tu...ibu bawa Syad ke syurga boleh? Syad tak nak...tak nak sakit dah...sakit sangat dah ni...boleh ke ibu?" adu Irsyad lagi. Dia menghela nafas berat berulang kali kerana sesak didada.

Haura geleng kepala.

"Ibu tak nak bawa Syad ke syurga. Ibu nak Syad sihat. Ibu nak Syad main sama-sama dengan ibu, ayah, Yan. Syad kena sihat..." Haura ambil gelas diatas meja. Dia dudukkan Irsyad.

"Syad kena minum air banyak-banyak kalau nak sihat." kata Haura ketika melihat Irsyad teguk air perlahan-lahan.

"Syad...nak...main dengan ibu..." Dia senyum kecil.

"Minum lagi sayang..." Pinta Haura. Berharap Irsyad akan sembuh kepada sedia kala.

Bwuelk! Bwuelk! Irsyad memuntahkan kembali air yang di minumnya tadi pada baju Haura.

"Syad..." Haura mengusap belakangnya. Dia nampak muntah bercampur darah itu. Bagaimana Irsyad menangis ketika memuntahkan segala isi perut begitu mengayat hatinya sebagai seorang ibu.

Bila Arsyad masuk kedalam, Haura terus ikut menangis. "Abang, Syad bang...Syad muntah lagi..." Haura tidak dapat menahan tangisannya. Begitu pedih melihat anak mereka dalam keadaan begini.

Arsyad tidak banyak bertanya, dia angkat Irsyad ke tandas. Dia menepuk perlahan belakang Irsyad untuk meluakkan isi perut. Selepas itu, Arsyad memandikannnya.

Haura menekup mulutnya dengan telapak tangan. Menangis apabila mendengar Irsyad merintih dari dalam bilik mandi.

"Ibu...ayong..." Haura memeluk Iryana yang sudah terjaga kerana raungan Irsyad.

"Shhh...." Haura cuba menenangkan Iryana. Dia tahu Iryana juga merasakan keletihan yang sama.

"Ayong..."

                                HAURA dan Arsyad memandang sesama sendiri. Mereka masih ragu-ragu dengan keputusan akhir mereka untuk menidurkan Irsyad supaya dia tidak lagi menanggung derita.

"Kita...kita kuatkan abang?" Haura mengesat air matanya sendiri.

"Kita kuat..." Arsyad mengangguk kepala. Dia perlahan-lahan mencucuk ubat tidur kedalam kulit Irsyad.

Kemudian, mereka baring bersama-sama. Peluk Irsyad erat.

"Ibu..." panggil Irsyad perlahan.

"Ya, sayang..." Haura berpura kuat. Dia melakar senyuman dibibir.

"Ayah..." panggil Irsyad lemah.

"Ya, strong boy ayah..." Arsyad juga berpura kuat. Dia senyum dengan sangat melebar.

"Yan..."

"Ya, ayong!" Iryana ikut tersenyum. Tidak tahu apa yang akan terjadi pada abangnya sebentar lagi.

"Syad...sayang...sangat dengan ibu...ayah...Yan..." ucapnya perlahan ketika di peluk oleh mereka.

"Kami pun!" Mereka tertawa sayu. Hati yang jelas sedang berantakan dipaksa kuat menjadi satu.

Kelopak mata Irsyad semakin layu. Dia menguap beberapa kali. Dia tersenyum lemah kepada ibu, ayah dan Yan.

"Syad...mengantuk...ni..."

"Sleep well, strong boy..." ucap Haura dan Arsyad serentak. Mereka akhirnya dapat menamatkan kesakitan Irsyad.

"Tak...tahu...kenapa...Syad...rasa... mengantuk...sangat ni..." ucap Irsyad dengan kelopak mata yang semakin memberat. Ubat tidur mengalir dengan sangat cepat didalam tubuh.

"Tidurlah sayangku. Ibu, ayah, Yan, akan teman Syad. Pagi nanti, kitorang kejut Syad bangun." ucap Arsyad sambil mengucup dahi licin Irsyad. Kulitnya semakin memucat.

"Ayah...nyanyikan...lagu untuk...Syad boleh? Syad...nak tidur..." soal Irsyad. Kelopak mata yang hampir tertutup dipaksa untuk berjaga.

"Syad nak ayah nyanyi lagu apa?" soal Arsyad sambil membelai kepala Irsyad tanpa rambut itu.

"Lagu birthday..." Arsyad semakin sebak dengan permintaan terakhir Irsyad. Dia angguk kepala. Tekak terasa semakin sempit, perit tetapi dipaksa untuk menenangkan diri agar tidak tumpas dihadapan isteri dan anak-anaknya.

"Selamat ulang tahun sayang,
Kini kau bersayap pergilah terbang,
Rentaslah langit cita-cita mu,
Harap nanti kita kan bertemu..."

Lembut Arsyad mengalunkan perlahan sambil membelai kepala Irsyad. Haura dan Iryana turut tersenyum kearah Irsyad. Bersama sama mendengar nyanyian Arsyad.

"Selamat ulang tahun sayang,
Janganlah engkau tak terbang pulang,
Ku nanti penuh kerinduan,
Selamat tinggal selamat jalan..."

"Selamat ulang tahun sayang,
Kini kau bersayap pergilah terbang,
Rentaslah langit cita-cita mu,
Harap nanti kita kan bertemu..."

"Selamat ulang tahun sayang,
Janganlah engkau tak terbang pulang,
Ku nanti penuh kerinduan,
Selamat tinggal selamat jalan..."

Irsyad baru mahu terlelap tetapi alunan nyanyian ayahnya sudah habis. Dia genggam tangan ayah.

"Ayah..." Dia ucap lemah.

"Iya, sayang?"

"Sedapnya suara ayah..." Irsyad tertawa sayu. Mata masih terkatup. Melawan diri agar tidak tewas dan tertidur, "Syad...nak, ibu..nyanyi..lagu tadi...untuk...Syad...pula?" pintanya.

Haura angguk kepala. "Boleh..." Dia menepuk perlahan punggung Irsyad sambil mengalunkan lagu yang sama seperti Arsyad nyanyikan tadi.

Irsyad menguap sekali lagi apabila nyanyian Haura sudah selesai. Dia genggam tangan kedua ibu dan ayahnya. Iryana pula ikut menguap juga. Dia baring bersebelahan dengan Irsyad dan peluk.

"Ngantuk...ecok kita main sama-sama tau ayong...." Iryana tidak sempat mengucapkan apa-apa. Dia tidur terbelih dahulu.

"Syad tak tidur lagi?" soal Arsyad. Gelisah apabila Irsyad berdiam.

"Belum...tak mengantuk...lagi..." Nafi Irsyad. Padahal, matanya sudah sangat lelah.

"Syad tidurlah sayang, malam dah ni." Haura masih menepuk perlahan punggung Irsyad.

"Ayah...berbual...dengan...Syad...Syad tak...nak...tidur lagi...Syad...bosan.." Pintanya.

Arsyad angguk kepala.

"Nanti kalau Syad dah besar. Apa cita-cita Syad?" soal Arsyad.

Irsyad berfikir untuk seketika.

"Nanti...kalau...Syad...besar...Syad nak jadi...baik...untuk ibu...ayah Yan...Syad nak jadi baik...untuk semua...orang..." jawabnya perlahan.

"Syad tahu tak, yang...cita-cita Syad dah tercapai?" soal Arsyad.

"Tak..." Irsyad geleng kepala.

"Allah, sayangkan orang yang baik. Sebab tu, Allah nak ambil Syad. Allah nak hantar Syad ke syurga. Syad suka pergi syurga?" soal Arsyad.

"Suka..." Irsyad tersenyum.

"Syad kena tidur kalau nak ke Syurga..." kata Haura. Dia cuma mahu Irsyad berehat. Sudah terlalu lama malaikat kecil ini menanggung kesakitan.

"Kalau...macam...tu...ibu...ayah...kena tidur juga. Syad nak pergi syurga sama-sama...dengan ibu...ayah...Yan..." ucap Irsyad perlahan.

"Boleh, strong boy..." Haura dan Arsyad berpura-pura tidur.

"Nanti...Syad...tunggu...ibu, ayah, Yan dekat...syurga..." Irsyad menarik nafas perlahan.

"Janji." serentak Haura dan Arsyad menjawabnya.

"Izinkan...Syad...tido...dulu...tau?Sayaaang ayah, ibu dengan Yan sangat-sangat...Syad..nak..tidur ni...nanti..kita jumpa dekat...syurga..." Irsyad menguap kali yang terakhir.

"Sleep well, strong boy ayah."

"Tidurlah, malaikat kecil ibu..." Haura dan Arsyad mengucup jkedua belah pipi Irsyad. Menitik air mata mereka apabila genggaman Irsyad pada tangan mereka mulai longgar.

"Syad..." Panggil Arsyad.

Tiada sahutan.

"Syad...dah tidur?" Haura mengelus pipi Irsyad. Tiada sahutan lagi.

                                        PAGI itu, Iryana bangun daripada tidur. Seperti biasa, dia akan berbual dengan abangnya sebelum pergi kedapur untuk sarapan.

"Ayong." Iryana menggoncang lengan Irsyad. Tiada respon.

"Ayong, kita main bola nak!" Iryana turun dari katil. Terkedek-kedek dia mengambil bola sepak diatas rumput.

"Jom, ayong!" Iryana berjalan kekatil semula. Payah dia naik. Letak bola diatas perut abangnya.

"Ayong..." Iryana sengetkan kepala apabila Irsyad tidak memberikan sebarang respon. Dia turun daripada katil. Berjalan keluar dari bilik tidur Irsyad.

"Ibu! Ayah!" Terkedek-kedek Iryana berjalan keluar. Dia mahu bertanyakan tentang abangnya. Apabila dia melihat ibunya sedang membancuh susu di dapur, Iryana terus berpaut di kaki Haura.

"Ibu..." Iryana mengangkat tangan untuk di dukung.

"Ibu buat cucu untuk ciapa?" soalnya.

"Untuk ayong...." Haura membalas dengan suara sengau. Hidungnya tersumbat, mata pula naik membengkak. Masuk pagi ini sahaja sudah kali keberapa dia menangis keadaan Irsyad.

"Ayong minum cucu?"

"Iya, sayang." jawab Haura.

"Ayah..." Iryana nampak ayahnya pergi ke bilik abangnya dengan membawa tiub panjang. Dia menggoyangkan kaki kedepan dan kebelakang untuk di turunkan.

Apabila dia diturunkan, terkedek-kedek lagi kakinya berjalan ke bilik tersebut. Dia nampak bagaimana ayahnya mula memasukkan tiub kedalam hidung Irsyad. Bola diatas perut abangnya yang Iryana letak tadi, bergolek semula ke kakinya.

"Ayah, nape ayong tak bangun lagi?" Iryana mengangkat bola itu dan berjalan kekatil semula. Panjat. Dia letak bola disebelah abangnya semula.

"Ayong penat tu Yan, biar ayong tidur lama sikit ya?" jawab Arsyad. Tiub dimasukkan perlahan-lahan kedalam hidung Irsyad. Tubir matanya mahu bergelinang lagi. Bagaimana Iryana kebingungan dengan keadaan abangnya membuatkan Arsyad sedih untuk memberikan bermacam alasan.

"Ayong..." Iryana terus memeluk Irsyad.

"Ayong jangan tidur lama-lama tau!" Dia peluk abangnya sekuat mungkin. Apabila dia melihat ibunya membawa susu didalam kantung, Iryana menyengetkan kepalanya.

"Ibu, tu apa?" soalnya.

"Ni untuk ayong. Ayong kena minum." jawab Haura perlahan. Arsyad pula mengambil besi panjang dan gantung kantung berisis susu disitu sebelum disambungkan tiubnya kedalam hidung Irsyad.

"Ibu! Nape ayong tidur lama? Nape ayong tak minum cendiri?" soal Iryana lagi.

"Nanti ayong bangun, sayang." jawab Haura begitu sayu. Entah pengakhiran Irsyad bagaimana, Haura juga tidak pernah pasti.

"Tidur?" Iryana tersenyum lega. Dia pergi ke arah ibu dan genggam tangan Haura.

"Bila ayong nak bangun?" soal Iryana lagi, "Yan nak main bola dengan ayong." pintanya.

Haura dan Arsyad saling berpandangan. "Kita doa sama-sama untuk ayong okay?" Mereka jawab serentak sebelum menumpukan perhatian kepada Irsyad. Mereka perlu menjaga waktu makannya dengan teliti sepanjang dia di tidurkan seketika.

Tangan Arsyad memusing punat itu menurunkan susu melalui tiub kedalam rongga hidung Irsyad.

"Abang..." Haura sandarkan kepala pada bahu suaminya, "Abang ada, sentiasa untuk keluarga kita..." ucap Arsyad sambil menyandarkan dagunya pada kepala Haura. Mata mereka tertumpu pada Irsyad yang sedang tidur panjang.

Beberapa bulan kemudian,

                      "SAYANG, tak sakit ke?" Arsyad tahu soalannya agak bodoh dan kurang munasabah. Cuma nya, dia terkagum melihat bagaimana tenangnya Haura menahan kontraksi ketika menunggu pembukaan.

"Sakit sikit je ni, abang..." jawab Haura begitu tenang.

"Sikit je? Kuatnya dia." Arsyad tertawa kecil. Mengesat peluh sejuk di dahi isterinya sebelum ikatan pada rambut dibukakan. Arsyad sisir rambut panjang Haura menggunakan belahan jari-jemari.

"Haah, sebelum ni lagilah. Haura bersalin sendiri je. Tahan semua sorang-sorang. Hari ni, Haura ada abang. Jadi Haura tak rasa sakit dah." adu Haura sambil mendongak keatas ketika Arsyad menyisir rambutnya.

Tipulah kalau Arsyad tidak rasa terkilan selepas mendengarkan luahan dari Haura. Bukan terkilan dengan kata-kata itu, tetapi dia terkilan kerana tidak dapat menemani Haura sewaktu bersalinkan Iryana.

"Pandang bawah sekejap boleh, sayang?" Hidung Haura dia kucup seketika, "Abang tengah ikatkan rambut sayang ni." pinta Arsyad dengan lemah lembut.

"Okay!" Haura pandang kebawah semula.

Arsyad mengumpul rambut Haura pada satu genggaman. Dia ikatkan perlahan-lahan. Selepas itu, dia perkemaskan ikatan. Pemilihan hospital bersalin, Arsyad tempahkan untuk Haura hospital swasta dan lebih mesra wanita. Jadi tiada masalah untuk membuka tudung didalam wad peribadinya.

"Abang minta maaf, sebab selalu sakitkan sayang..." ucap Arsyad perlahan. Dia peluk tubuh isterinya walau agak sukar kerana perutnya yang sudah membulat penuh.

"Abang tak salah. Kita semua tak salah. Cuma keadaan yang menunding jari pada kita." Haura menutup mata ketika tangan Arsyad mengurutkan pinggangnya. Lega. Untuk seketika dia rasa kontraksi ini hanya bisa-bisa biasa. Hanya kerana kehadiran Arsyad disisinya. Dia rasa tenang.

Doktor dan jururawat mula mengeremuni Haura sebaik sahaja air ketubannya pecah. Arsyad masih disisinya. Membisikkan kata-kata semangat dan juga doa penenang di cuping telinga Haura.

Ketika doktor mengarah Haura untuk meneran. Haura akur dan meneran perutnya. Sakit. Menggigil pehanya apabila sakit yang tidak tertahan.

Arsyad terus membisikkan zikir agar dapat mengurangkan kesakitan. Dia berulang kali memanggil Haura dengan panggilan 'sayang' dan 'belahan jiwa' agar Haura terus memberi fokus ketika meneran.

Air matanya menitik melihat bagaimana Haura bertarung nyawa. Disaat tangisan bayi mula kedengaran, perkara pertama yang Arsyad lakukan adalah mengucup dahi Haura.

"Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab tak pernah putus asa untuk lahirkan anak-anak kita..." Lengannya berlingkar pada pinggang Haura. Berulang kali dia mengelus telapak tangannya disitu.

                             HAURA tertawa kecil melihat Arsyad yang sejak tadi tidak berhenti menangis.

"Abang...sudahlah tu..." ucapnya perlahan sambil menyusukan bayinya.

Arsyad geleng kepala. Dia mengesat air mata sendiri. Dengan begitu dramatik dia mengucup ubun-ubun isterinya.

"Abang tak nak dah tambah baby baru." ucapnya begitu trauma. Haura pula menahan diri untuk tidak mentertawakan Arsyad. Baru pertama kali tengok Haura bersalin sudah trauma, padahal Haura sudah menghadapinya sebanyak tiga kali.

"Kesian sayang..." Arsyad menangis lagi. Peluk isterinya ketat-ketat. Tak pasal-pasal Haura kena memujuk dua bayi hari ini. Satu bayinya yang baru lahir, satu lagi bayi tua.

"Abang tak nak dah sayang sakit macam tu."

Apabila pintu wad ditolak, Haura dan Arsyad membuang pandang kesana. Segera Arsyad berdehem dan mengesat air mata. Betulkan rambut dan mengubah ekspresi muka menjadi tenang. Malulah kantoi dengan jururawat bila nampak dia menangis. Haura pula tidak perlu risau, dia sudah memakai tudung. Bayi yang sedang menyusu pun terlindung dibaliknya.

"Assalamualaikum." Jururawat itu memberi salam ketika menolak masuk Irsyad menggunakan kerusi roda. Puas tadi dia membawa Irsyad dan Iryana berjalan diluar hospital sementara Arsyad menemani Haura didalam bilik bersalin beberapa jam yang lepas. Mujur Irsyad dan Iryana tak banyak karenah.

"Waalaikumsalam." Haura dan Arsyad menjawabnya serentak.

"Adik..." Irsyad tersenyum melihat bayi didalam dukungan ibunya. Jari telunjuknya menunding. Teruja mahu melihat adik lelaki barunya lebih dekat tetapi kakinya tiada kudrat.

"Aaaaa! Comeynya baby!" Iryana menggoncang tubuh sambil memperketatkan lagi genggaman pada leher jururawat tersebut.

"Syad nak tengok adik?" soal jururawat itu.

Irsyad angguk kepala perlahan. Senyumannya semakin melebar apabila jururawat menolak kerusi rodanya semakin dekat kearah ibu dan adik lelakinya.

"Adik..." ucap Irsyad perlahan. Dia genggam jari adik lelakinya. Pipi gebu itu di cubit lemah. Dia ikut tertawa apabila adik kecilnya tertawa. Entah apa yang sedang adik kecilnya bebelkan tetapi dia ikut gembira. Bagaimana lesung pipit di pipi bayi itu tenggelam dan timbul begitu comel. Sama seperti lesung pipit, dia, Yan dan ibunya.

"Syad nak pegang adik?" Soal Arsyad sambil melabuhkan punggung di sebelah Haura.

Irsyad angguk lemah.

"Kejap ya sayang?" Arsyad meminta izin untuk mengambil mereka dari dukungan Haura. Dengan penuh berhati-hati dia menahan leher lembut bayinya. Dia letak bayi itu diatas pangkuang Irsyad.

"Nama...adik?" Jari Irsyad mencubit hidung bayi dengan manja.

"Irsyah Harras." Haura menjawabkan.

"Irsyah...Harras?" Kening Irsyad berombak. Dia mengucup dahi adiknya perlahan, "Impian Syad tercapai..." ucapnya perlahan.

"Yan jadi kakak!" Bersemangat Iryana mengulangnya. Masih tidak mahu turun dari belakang jururawat itu.

"Assalamualaikum!" Pintu wad dibuka lagi, kali ini geng tiga orang mafia datang dengan ketuanya sekali. Begitu juga, Sarah dan Sean. Nathan juga turut serta, membawa Endra disisi.

"Waalaikumsalam." Serentak mereka menjawab.

"Oh my God! Comelnya budak ni!" Perkara pertama yang Alessandro berikan tumpuan adalah Iryana yang sedang berpaut pada belakang leher jururawat dihadapan mereka.

"Aaaaaa!" Iryana segera turun dari situ. Terkedek-kedek dia berlari apabila Alessandro mahu menangkapnya. Sampai tergolek dibuatnya kerana terlalu takut.

Fabio, Luiz, Sarah dan Sean pula memberikan tumpuan pada baby yang berada diatas pangkuan Irsyad.

"Sebiji muka ayah dia. Lesung pipit je ikut ibu." ucap Fabio. Jarinya menggenggam jari kecil Irsyah. Teriakan Iryana di endahkan sahaja apabila Alessandro tidak berputus asa untuk mengejarnya.

"Mi Amor, nanti kita pula kan?" soal Sean.

"Insya-Allah, love." Sarah membalasnya dengan perlahan. Malu jika ada yang mendengar. Setakat ini, mereka masih belum punya rezeki untuk menimang zuriat.

"Abang lanun, tengok tu baby! Nanti kita beli baby dekat hospital juga nak?" Endra menunding jari pada Irsyah. Semua disitu yang mendengarnya pecah tawa. Nathan pula tergaru belakang leher.

"Nanti kita beli baby..."

Arsyad tertawa kecil. Dia memaut bahu iterinya dan membenarkan kepala Haura untuk bersandar pada dadanya. Ketika semua orang sedang menumpukan perhatian pada bayi kecil itu, Arsyad memberikan tumpuan hanya kepada Haura. Mereka saling membalas senyuman.

"Pernah dengar Kun Fayakun?" soal Arsyad kepada Haura.

Haura angguk kepala. "Haura percaya dengan Kekuasaan Allah. Semua perkara yang nampak mustahil, sebenarnya tidak sama sekali apabila kita berhadapan dengan Kudrat-Nya." Mereka berdua memandang kearah Irsyad. Anak kecil itu mereka, telah berjaya bangun daripada tidur panjangnya. Sehingga kini, dia masih menerima rawatan kimoterapi.

Mereka juga tahu, bila-bila masa sahaja, Allah boleh mengambil Irsyad. Kalau bukan hari ini mungkin esok atau hari seterusnya.

"Urusan kita, berdoa, tawakkal dan percaya kepada-Nya. Insya-Allah, semua perkara akan baik-baik sahaja." ucap Arsyad sambil telapak tangan mengusap lengan Haura.

Peratusan penghidap kanser kanak-kanak untuk kekal hidup adalah sangat sedikut. Tetapi kerana Irsyad punya matlamat untuk terus hidup yang sangat kuat. Dia terpilih menjadi antara insan didalam peratusan sikit itu.

"Allah itu Maha Adil. Selepas Dia timpakan ujian dan kesedihan kepada kita. Dia bayar semula dengan rahmat-Nya. Dapat juga kita bersama semula. Abang sayangkan Haura dan anak-anak kita kerana Allah. Andai kita berpisah di dunia. Kita bertemu di syurga, sayang." Arsyad mengucup ubun-ubun Haura yang terlapik.

"Kalau macam tu, abang bimbing Haura dan anak-anak sampai ke syurga ya?" pinta Haura.

"Insya-Allah, itu memang kewajipan abang sebagai seorang ayah dan seorang suami. Abang akan bimbing sayang dan anak-anak sampai ke syurga." Pinggang Haura dirangkul erat.

"Nanti kalau kita jumpa dekat syurga abang jangan pilih bidadari cantik dan tinggalkan Haura pula. Nanti Haura cemburu." Haura mencebik.

Tercuit hati Arsyad mendengarnya.

"Kalau macam tu, Haura pun jangan pilih pemuda tampan dekat sana. Kita janji akan bercinta sampai ke syurga kan?" Arsyad menghulur jari kelingking.

Haura memaut jari kelingkingnya dengan jari kelingking Arsyad.

"Janji! Kita akan bercinta sampai ke syurga!"

✧─── ・ 。゚★: *.✦ .* :★. ───✧

TAMAT

Start: 13 Nov 2023
End: 18 March 2024

Dengan ini Her Perfect Doctor menutup tirai. Terima kasih kepada para pembaca yang tidak pernah berputus asa untuk menunggu HPD sehingga ke akhirnya.

Q&A: Her Perfect Doctor

••Adakah terdapat pengajaran sepanjang pembacaan Her Perfect Doctor?

••Berapa rate untuk Her Perfect Doctor?

••Scene yang paling melekat di hati pembaca?

••Ucapan untuk keluarga kecil Arsyad & Haura?

••Tag kawan-kawan jika Her Perfect Doctor layak untuk masuk ke list recommendation.

Kita berjumpa di Special chapter edisi Puasa dan Raya okay!

Terima kasih juga kepada nrqisfina yang banyak membantu dan memberi semangat kepada author sepanjang tempoh HPD di lengkapkan.

Maaf juga andai banyak kesilapan daripada author. Maaf juga banyak kekurangan atau cara penceritaan yang kurang menarik.

Boleh vote dan komen beramai-ramai ya selepas pembacaan. Sebarang editan video tentang Her Perfect Doctor di izinkan. Di minta untuk tag author untuk di notice ya.

Love korang, bye!

Share this novel

Mia Zara
2024-03-31 17:51:25 

tahniah sis.. ending yg menarik

norsila
2024-03-30 22:37:01 

tamat dah .wlpon impian syad trcapai smua nya...sakitnya tetap ada mnunggu saat pergi joo... bahagia ..


NovelPlus Premium

The best ads free experience