HPD || BAB 43

Romance Completed 246547

"SUDIKAH awak, menjadi isteri saya?"

Haura terkesima. Tubuhnya menjadi kaku. Apa semua ni? Bila dia dengar tetamu semua bersorak untuk mereka, Haura menjadi buntu. Wajah Irsyad dan Iryana sedang memandangnya dengan harapan.

Nathan masih berlutut di hadapannya. "Sudikah awak mengabulkan impian Irsyad?" Berat. Soalan itu sangat berat dan payah untuk Haura menolaknya. Sanggupkah dia menghampakan Irsyad? Sampai bila dia mahu melukakan hati anak-anaknya untuk mempertahankan cintanya bersama Arsyad?

Haura teragak-agak untuk mengambilnya. Masih berfikir, adakah dia patut untuk memungkiri janjinya? Arsyad pasti kecewa dengan keputusannya nanti.

"Ibu! Ibu! Ibu!" Irsyad dan Iryana bersorak keriangan disisi Nathan. Ya Allah, sakitnya. Sakit bila nampak anak-anaknya keriangan saat luka dihatinya kian rabak. Cukup, dia sudah tidak dapat menahan sakit yang dia hadap sekarang ini.

Kenapa susah untuk mereka faham bahawa hatinya masih bersama dengan Arsyad? Dia mencintai arwah suaminya dengan sepenuh jiwa dan raganya. Mustahil untuk dia menggantikan Nathan di tempat Arsyad.

"Damia...awak...sudi?" Semakin lama mereka menanti, semakin sesak dada Haura terasa. Tangannya masih teragak-agak untuk mengambil kotak cincin itu. Apabila hampir menyentuhnya, Haura membatalkan niat. Arsyad. Aku, aku milik dia. Aku milik Arsyad. Haura menarik tangannya dan letak disisi.

"Maafkan saya, encik. Boleh kita teruskan sesi potong kek?" Terus pudar harapan di mata Nathan ketika ini. Begitu juga Irsyad dan Iryana. Tetamu yang sejak tadi merakam detik-detik istimewa terus menurunkan telefon masing-masing. Seakan memahami bahawa lamaran Nathan ditolak.

"Ibu..." Irsyad nampak kecewa dengan keputusan ibunya.

"Ibu jahat! Ibu tanak uncle!" Iryana terus menangis dekat situ. Segera Sarah bantu untuk pujuk.

Haura tak dapat tahan air matanya lagi. Majlis Irsyad musnah kerana dia. Dia pentingkan diri sendiri. Dia terlalu meletakkan Arsyad di tempat paling tertinggi sehingga permintaan anak-anak mereka di tolak tanpa berfikir panjang. Tapi macam mana? Macam mana caranya untuk tidak memikirkan perasaan Arsyad? Walaupun dia sudah tiada, tapi janjinya harus di tepati.

Andai sahaja Irsyad dan Iryana tahu bahawa ayah mereka mati semata-mata untuk melindungi mereka, pasti mereka berdua juga akan melakukan perkara yang sama seperti Haura lakukan. Tapi Haura tidak akan memaksa mereka untuk faham. Mereka kecil lagi untuk memahami semua itu.

Nathan angguk kepala, kotak cincin tadi dia simpan didalam poket semula.

"Syad..." Haura mahu meraih tangan Irsyad tetapi Irsyad menapak jauh darinya. Berselindung di balik Nathan.

"Maafkan ibu ya?" Makin bergenang air matanya ke pipi.

"Ibu selalu abaikan permintaan Syad. Permintaan Yan. Kami nak ayah. Kami nak uncle jadi ayah kami." Tangan kecil itu berpaut pada seluar Nathan. Erat.

Nathan mula rasa bersalah. Di sebabkan dia ke Haura dan anak-anaknya bergaduh? Nathan tiada maksud untuk memaksa Haura untuk menerimanya. Dia juga tidak pernah meminta Irsyad atau Iryana berharap kepadanya sampai begini.

"Syad tolong dengar cakap ibu...ibu tak boleh terima uncle. Ibu tak cintakan uncle Nathan..." Pujukan Haura hanya di abaikan. Irsyad masih berpaut pada seluar Nathan. Seolah-olah, Nathanlah pelindungnya.

Selama ini, Arsyad yang melindunginya. Menjaganya dengan sepenuh jiwa. Berjurai air mata Haura. Rasa mahu berteriak sepuasnya tetapi tidak bisa.

"Syad...ibu nak peluk..." Haura mahu meraih Irsyad tetapi semakin jauh Irsyad bersembunyi.

"Awak tak apa, Irsyad tengah sedih lagi ni. Biar saya pujuk dia ya?" Nathan cuba membetulkan keadaan.

Haura mengesat air matanya. Terasa hatinya apabila melihat Irsyad membalas pelukan Nathan. Elok Irsyad mendengarkan pujukan dari lelaki yang dia anggap sebagai ayahnya tetapi bukan.

Haura tak dapat menahan lagi. Dia terpaksa duduk di meja tempat di mana Sarah berada. Dia tak mahu lukakan hati Irsyad. Dia juga tak mahu menyebabkan hatinya sakit dengan sikap Irsyad. Irsyad masih kecil. Pasti sahaja dia memerlukan seorang ayah. Tapi hatinya tidak boleh menerimanya. Masih belum sanggup mengggantikan Arsyad dengan yang lain.

Bagaimana Tuhan?

Adakah aku seharusnya berdoa agar Engkau melupuskan kenangan aku dan dia? Agar tiada lagi diantara kami yang bersedih?

Dia hanya melihat bagaimana Irsyad memeluk Nathan dari jauh.

"Jom kita potong kek. Jangan sedih okay?"

"Okay, uncle." Nathan memberikan Irsyad pisau plastik. Lepas habis sahaja nanyian hari jadi beramai-ramai, Irsyad dan Nathan potong kek bersama-sama. Haura cuma melihatnya dari sisi. Tempat yang sama dia berdiri tadi.

   

                       USAI, makan kek. Mereka ada sesi tangkap gambar pula. Nathan melihat figura Haura sedang duduk di sebuah meja bersama Sarah dan Sean. Nathan pun berjalan kearah mereka.

"Awak, anak-anak awak panggil tangkap gambar sekali." Nathan pula rasa janggal untuk berhadapan dengan Haura selepas lamarannya di tolak mentah-mentah tadi.

"Pergilah Haura. Anak-anak kau dah tunggu dekat booth." Sarah menepuk perlahan belakang Haura. Selepas dengar luahan Haura tadi, Sarah faham apa perasaan dia. Mesti dia rasa serba salah sebab gagal wujudkan permintaan anak-anak dia.

Haura bangun dari kerusi dan pergi ke booth. Nampak Irsyad dan Iryana sedang bermasam muka. Itu yang buat Haura lagi rasa sedih. Perlahan-perlahan dia berdiri diantara Iryana dan Irsyad.

"Saya pergi dulu, ya? Saya kena ke balai ni." Bila dengarkan itu, Irsyad dan Iryana terus berlari kearah Nathan.

"Uncle jangan pergi dulu, jom tangkap gambar dengan kami! Please! Please!" Irsyad pandang Haura. "Ibu, tolong bagi uncle tangkap gambar dengan kita..." Sekali lagi permintaan Irsyad terasa menghimpit ruangan dadanya. Tak akan dia sanggup mahu melukakan hati anak-anaknya lagi? Haura teragak-agak angguk kepala.

"Encik..." Haura panggil Nathan dengan terpaksa. Nathan pula menunggu apa yang Haura mahu katakan.

"Anak-anak saya nak awak ada sekali dalam gambar. Tak apa ke?"

Nathan tertunduk seketika. Dia tahu Haura buat semua ni untuk puaskan hati anak-anaknya sahaja. Nathan nampak jelas ketidakselesaan dan keterpaksaan di raut wajah Haura.

"Kalau itu kemahuan mereka, saya boleh aje." Nathan senyum nipis sebelum berdiri bersebelahan dengan Haura. Cukup lengkap seperti sepasang keluarga. Haura mendukung Iryana dan Nathan mendukung Irsyad.

"Okay, cukup saya kira sampai tiga. Semua cakap cheese." Arah juru gambar yang sedang memegang kamera kearah mereka berempat. Sempat Nathan melirik untuk melihat riak Haura. Memang betul, Haura nampak tak selesa. Haura siap mencipta jarak di antara mereka. Jadi Nathan juga tidak berganjak untuk merapat, dia menghormati keputusan Haura.

"Nanak!" Iryana sudah mula merengek. Dia kejungkan badan didalam dukungan ibunya.

"Yan, kenapa ni? Panas ke?" Haura mengesat peluh didahi Iryana. Risau pula kalau anak kecilnya naik rimas.

"Hmm..." Rengek Iryana lagi. Kakinya menendang udara.

"Kenapa ni, Yan?" Nathan mengambil Iryana dari pelukan Haura. Lepastu, dia alih Irsyad ke tangan Haura pula.

"Yan nantuuuk...." Iryana sudah menyembamkan wajah pada dada Nathan. Menangis juga disitu. Sudahnya, juru gambar tepuk dahi.

"Ibu...kesian Yan dah mengantuk." Irsyad pandang adiknya dengan wajah risau. Haura usap pipi Irsyad supaya menenangkannya. Irsyad memang sangat ambil berat tentang Iryana. Sedangkan tangan adiknya digigit semut sahaja dia sudah naik risau. Kadang, adiknya baik-baik sahaja tetapi Irsyad pula yang menangis sebab terlalu risau.

Haura pandang Iryana dengan kerisauan. "Encik, kita tangguh ambil gambar dululah. Kesian pula saya tengok Yan, penat sangat tu sejak tadi main..." pinta Haura. Padahal dia memang tidak mahu berdiri bersebelahan dengan Nathan lama-lama. Tidak selesa. Kalau boleh dia tak mahu ambil gambar bersama dengan Nathan juga. Bagi Haura, Nathan bukan sesiapa.

Nathan pandang Haura dengan senyuman tenang. "Boleh ni, sekejap. Bukan senang nak tangkap gambar sekali." Pandangannya dialih pada Iryana semula. Habis basah bajunya, penuh dengan air mata Iryana sahaja.

"It's okay, cutie. Lepas kita ambil gambar. Uncle janji, uncle belanja Yan new teddy bear. Nak?" Dengar sahaja dapat mainan baru, dari mata kuyu terus segar-bugar. Iryana angkat wajah dengan senyuman melebar.

"Promise, uncle?" Jari kelinking kecil itu diangkat. Tertawa kecil Nathan bila dia nampak wajah Iryana yang bersemangat. Meskipun, matanya masih terkedip-kedip menahan mengantuk. Tetapi sedaya upaya dia bulatkan mata demi sebuah teddy bear baharu. Comel. Dia sudah rasa ikatan mereka seperti anak dan ayah yang sebenar.

"Pinky promise, cutie." Jari kelingking Nathan memaut pada jari kelingking kecil Iryana. Janji. Bila dah nampak Iryana reda, juru gambar berdiri tegak semula, tangan memusing mata kamera untuk mendapatkan fokus.

"Ready?" Soalnya dengan ibu jari diangkat.

Nathan melirik kearah Haura, nampak mukanya begitu risaukan Iryana.

"1, 2, 3, Cheese!"

"Cheese!" Serentak Iryana, Irsyad dan Nathan menyebutnya penuh semangat. Tidak pula Haura yang hanya memaksa diri untuk tersenyum.

"One more time." kata juru gambar tadi. Segera tangan Haura membetulkan topi hari jadi Irsyad ke tengah semula. Baru nampak kemas.

"Terima kasih, ibu..." kata Irsyad, tangan kecil itu terus menggenggam tangan ibunya tanda berterima kasih.
Sejuk perut Haura bila mendengarnya dari mulut Irsyad. "Sama-sama strong boy..." Dia membetulkan topi Irsyad sekali lagi. Walaupun Irsyad banyak kali dikecewakan oleh ibunya, dia tidak pernah berlama bermasam muka. Dia tahu bagaimana menghormati keputusan ibunya.

Tertangkap didalam itu, Nathan dan Haura pandang tepat kearah kamera. Irsyad buat peace dengan senyuman kecilnya. Iryana pula buat jari satu. Kononnya nak buat peace juga tetapi yang jadi cumalah 'Allah Yang Satu'.

Habis sahaja sesi tangkap gambar, Sarah melambai tangan kearah Haura yang sedang mendodoikan Iryana. Iryana sudah tertidur diatas ribanya. Menangtuk benar. Macam dia yang buat kerja.

Irsyad pula berkepit dengan Nathan. Membuka hadiah-hadiah yang di berikan oleh tetamu.

"Haura, aku nak balik dah ni!" Sarah datang kearahnya dengan tangan mendepa ketepi. Haura bangun perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan Iryana dari lenanya.

"Sarah, nak balik dah?" Soal Haura dengan bibir muncung sedepa. Tangan sebelah dukung Iryana, sebelah lagi tangannya menyambut pelukan Sarah.

"Haah, sorrylah tak dapat nak berlama. Sean ada appointment. Dia minta aku temankan." Kata Sarah dengan senyuman memujuk. Dia tak nak lah buat Haura terasa hati.

"Appointment apa Sarah?" Soal Haura dengan wajah ingin tahu.

"Appointment buang tatu dekat dada dia." Terus tersenyum lebar Haura dengar. Alhamdulillah. Lepastu dia siku lengan Sarah.

"Kau paksa Sean buang ke?"

Ceh! Sarah mencebik. Muka aku ni memang kaki paksa orang ke apa? Lepastu dia siku balik lengan Haura.

"Sedapnya pitnah kite..." Kalau tadi Haura muncung sedepa, sekarang Sarah pula muncung dua depa. Haura tertawa kecil, cepat-cepat dia paut lengan Sarah. Goyangkan sikit dengan senyuman manja.

"Gurau jelah..." Sarah pula memang lemah kalau si Haura ni memujuk. Cair terus.

"Aku tahulah..." Dia senyum melebar semula.

"Kau suruh Sean tu cepat sikit halakkan kau. Tak elok tunang lama-lama. Keluar sana sini, tak manis." Pesan Haura sebagai seorang kawan. Dia tidak mahu apa-apa terjadi. Iyalah, dugaan bertunang ni berat. Boleh jadi terlanjur, nak nak bila selalu keluar berdua.

Sarah tersimpul malu mendengarkan itu. "Ni lah aku nak cakap dengan kau ni..." Sarah keluarkan kad jemputan perkahwinan dia bersama Sean kepada Haura.

"Sarah? Kau biar betul!" Teruja Haura apabila menerima kad jemputan tersebut.

"Betullah, takkan aku nak tipu kau pula. Minggu depan majlisnya. Sean ajak aku buat dekat Itali. Tiket semua dia yang belanja."

"Ya Allah, terujanya aku! Tahniah, Sarah!" Haura terus memeluk Sarah dengan sebelah tangannya.

"Jangan lupa tau, aku dah sediakan tiket sama tarikh dengan aku. First class lagi. Alang-alang tu kita boleh holiday dekat sana sekali." Haura angguk kepala dengan senyuman yang melebar.

"Balik dulu." Sean juga tersenyum mendengarkan perbualan Sarah dan Haura.

"Oh ni, Haura. Jangan lupa ajak Nathan sekali. Aku ada belikan tiket untuk dia. Diakan kawan kau." Sarah terus cabut lari bersama Sean selepas mengenyit mata kepada Haura. Tanda bahawa dia masih tidak berputus ada untuk menyatukan Nathan dan Haura.

"Awak, saya nak balik ni." Bila Nathan tiba-tiba menyapanya dari belakang, dia pusing ke arahnya.

"Nak balik dah?"

"Iya..." Haura cuma angguk kepala. Dia betulkan kedudukan Iryana didalam dakapannya agar tidak terlepas.

"Hati-hati pandu kereta."

"Baik..." Sebelum Nathan melepaskan tangan Irsyad, Nathan menoleh kearah Haura semula.

"Awak..."

"Hm?"

"Saya minta maaf kalau...kalau saya rosakkan majlis hari jadi anak awak."

Haura geleng kepala. "Tak adalah, tak ada siapa yang salah." Haura larikan pandangannya dari Nathan. Langsung tidak memberi Nathan peluang untuk menatap tepat kedalam anak matanya yang seharus menjadi tatapan Arsyad.

"Syad, sini dengan ibu. Uncle nak balik dah tu." Haura menghulur tangan kepada Irsyad. Irsyad angguk kepala dan menyambutnya.

"Bye, uncle!"

"Bye, kesayangan uncle." Nathan mengusap kepala Irsyad seketika.

"Oh iya, Sean ada beri kad jemputan ke hari perkahwinannya. Dia jemputan awak datang ke Itali. Mereka dah belikan tiket untuk kita ke sana minggu depan."

Nathan agak teruja mendengarkan mereka bakal kesana bersama.

"Kalau macam tu, saya tanya boss saya dulu. Boleh minta cuti ke tak. Saya dah lambat ni. Jaga diri ya, Damia." Nathan senyum nipis sebelum masuk kedalam perut kereta. Irsyad melambai tangan dari jauh. Haura pula hanya menumpukan perhatiannya pada Iryana yang sedang lena didalam dukungannya.

Nathan mengeluh perlahan. Begitu sukar untuk memetik hati bunga yang satu itu. Enjin di hidupkan sebelum memandu jauh dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience