HPD || BAB 38

Romance Completed 246547

SESAMPAI dirumah, laju kaki Haura melangkah ke dapur. Irsyad dia letak dalam baby carrier yang digendong pada bahu. Peti sejuk dibuka, kelam-kabut matanya meneliti setiap satu bahan yang perlu dia cari.

"Serai...." Dia ambil serai yang sudah siap dipotong dari dalam peti.

"Ayam...tak tak...Arsyad suka seafood..." Tangannya menggapai plastik putih. Didalamnya ada sotong dan udang.

"Daun...daun limau..." Haura menyelongkah semua bahan-bahan lain yang tiada kaitan dengan masakan Tomyam. Dalam otaknya sekarang cuma, dia mahu masakkan Tomyam yang paling sedap untuk suaminya. Dia perlu masak malam ini juga sebab dia takut esok, dia terlepas bangun di awal pagi. Arsyad akan ke tali gantung tepat pada pukul 9 pagi.

Bila Irsyad mula merengek Haura mula rasa sebak. "Shhh...sekejap ya sayang? Ibu nak masak untuk ayah ni. Esok ayah nak makan. Strong boy ibu kuatkan?" Haura kucup kepala kecil Irsyad beberapa kali seraya mengambil bahan-bahan dari dalam peti. Sedaya upaya, Haura menguatkan dirinya supaya tidak menangis. Padahal hatinya saja tahu betapa pedihnya kenyataan yang perlu dia terima. Teringatkan bahawa Arsyad akan ke tali gantung cukup membuatkan tubuh Haura menggigil kesedihan dan ketakutan.

Mana mungkin dia sanggup kehilangan lelaki yang dia cinta buat selama-lamanya. Marah macam mana sekalipun dia dengan perbuatan Arsyad sebelum ini, hatinya belum sanggup untuk berpisah selamanya. Macam mana kalau dia rindukan Arsyad? Macam mana itu, macam mana ini? Pelbagai persoalan yang berkacamuk didalam fikirannya.

Sepanjang tempoh Haura masak, Haura memasaknya dengan sangat teliti. Dia pastikan kuahnya pekat seperti yang Arsyad selalu inginkan. Dia pastikan makanan laut didalamnya lembut dan tidak terlebih masak.

Bila Irsyad mula menangis, tumpuan Haura jadi sangat kacau, "Sekejap sayang...please...untuk ibu..." Haura ambil bekas garam. Lepastu, dia buka penutup. Semakin kuat bunyi tangisan Irsyad, semakin sebak hati Haura dibuatnya. Tiba-tiba bekas garam terjatuh ke dalam periuk. Haura terus menangis. Dia angkat Irsyad dan letak di tempat duduk baby.

"Ibu dah cakap dengan Irsyad!! Sekejap!! Sabar!! Tengok Tomyam ayah dah jadi masin!!" Haura meraup wajah dan menangis teresak-esak. Dia sudah berusaha untuk buat yang terbaik. Dia sudah berjanji bahawa dia mahu menyediakan Tomyam yang paling sedap untuk suaminya esok. Bila di tempik oleh ibunya, hanya membuatkan tangisan Irsyad semakin nyaring.

Haura tersedar. Tidak sepatutnya dia memarahi Irsyad, "Ya Allah..." Haura mengusap dadanya supaya tenang. Kemudian, dia tutup api dan angkat Irsyad dari kerusi bayi.

"Ibu minta maaf..." Haura memeluk tubuh kecil anaknya.

"Ibu jadi tak keruan...ibu marah Irsyad...ibu cuma nak buat ayah gembira esok...tapi bila Irsyad menangis....garam tertumpah... ibu... ibu tak sengaja...ibu minta maaf tau... jangan bencikan ibu ya?" Pipi gebu Irsyad, Haura mengucupnya beberapa kali.

Mungkin, hatinya masih sedang gelisah. Dia belum solat Isya' lagi. Irsyad pun belum menyusu. Tidak hairan jika apa yang dia rancang semuanya jadi kelam-kabut.

Dia naik ketingkat atas dan uruskan semua yang perlu dia uruskan dulu. Mungkin bila dia sudah selesaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan hamba kepada Allah, semua urusannya akan dipermudahkan.

                     ARSYAD menyelongkah loker besinya dengan tergesa-gesa. Beberapa decitan dia lepaskan dengan kuat apabila barang yang dia cari tak jumpa.

"Cari apa?" soal Adli yang sejak tadi memerhati kelakuan Arsyad. Nampak macam tengah cari sesuatu, jadi Adli tanyalah. Mana tahu dia boleh bantu cari sekali.

Arsyad mengeluh perlahan. "Kertas dengan pen." jawabnya sambil meneruskan pencarian.

"Untuk?"

Terhenti tangannya dari terus menyelongkah. Dia berdiri tegak dan toleh ke arah Adli.

"Untuk isteri dan anak aku. Esok giliran aku untuk pergi, Li. Aku nak tulis surat panjang-panjang untuk mereka. Aku nak mereka baca setiap kali mereka rindukan pemergian aku." Bila Adli dengar jawapan dari Arsyad beserta mata coklat pekat itu yang memandangnya dengan segunung kesedihan yang tertera di wajah, terus bunga-bunga kemesraan di bibir Adli melayu dan tidak bercambah. Seakan turut merasakan kesedihan yang sama.

Haji mendengar sayup-sayup perbualan mereka berdua. "Arsyad, Adli, kita solat Isya' berjemaah jom." Arsyad dengan Adli mengangguk kepala perlahan sebelum mereka bersama-sama masuk kedalam barisan saf.

"Nanti, kalau aku dah tak ada, aku minta korang sedekahkan al-fatihah untuk aku ya? Biar aku tenang disana esok." Entah kenapa suasana menjadi sayu. Haji senyum sayu sebelum mengangkat takbir.

Selepas habis tunaikan solat Isya bersama, Arsyad lipat sejadah. Begitu juga dengan yang lain-lain.

"Haji..." Arsyad menghulur tangan untuk bersalaman. "Maafkan salah silap aku selama disini." Haji cuma tersenyum. Dia kemudian memandang Adli dan Mujahid.

"Tak ada, tak payah sedih-sedih!" Tiba-tiba sahaja lengan Arsyad di tarik mengikut mereka ke satu ruangan kecil yang ada meja bulat kecil. Yang membuatkan Arsyad terkejut bila nampak ada sepinggan nasi yang di bentuk menjadi kek. Dia atasnya ada sayur dan ayam yang dijadikan sebagai hiasan.

"Apa...ni?"

"Kitorang buat khas untuk kau!" Adli, Mujahid, Haji dan Thaqif tersenyum.

"Korang sanggup tak makan petang sebab nak buat kek ni untuk aku?" Rasa sebak. Matanya mula berair.

"Alah, tak payah nak fikir pasal kitorang. Setakat puasa makan petang, apalah sangat!" Mujahid tertawa kecil seraya menarik lengan Arsyad dan memintanya untuk duduk. Begitu juga yang lain.

"Nah pisau." Yang menggelikan hati, apabila Adli menghulur pisau mainan bewarna merah jambu kepada Arsyad.

"Mana kau dapat pisau mainan ni?"

"Arwah anak aku punya..." Senyuman Arsyad menjadi layu setelah mendengarkan serangkap ayat yang memilukan itu.

"Dah cepat, potong kek tu." Thaqif pula yang tak sabar nak tengok Arsyad potong kek yang mereka buat khas untuknya.

"Betul tu. Cepat." Haji dengan Adli pun ikut tak sabar. Mereka menepuk tangan, bersorak dengan keriangan.

"Okay..." Kek nasi itu pun dipotong perlahan. Selepas itu, Arsyad letak kedalam pinggan. Dia bagi pada Haji, Adli, Thaqif. Perasaan tadi yang menjadi sebak, terus membuatkan hatinya rasa senang. Senang bila diberikan sahabat baik seperti mereka. Walaupun hanya lima hari terkurung bersama mereka, Arsyad merasakan lima hari itu adalah hari yang paling membahagiakan.

Disaat dia merindukan isteri dan anaknya, mereka akan datang memujuk. Disaat dia ketakutan dan rasa seakan tiada harapan, mereka akan datang untuk memberi harapan dan sokongan.

Sepanjang mereka makan, mereka banyak ketawa dan berbual antara satu sama lain.

"Aku ada cadangan, jom kita main Truth or Dare. Nak?" Adli memberi cadangan. Yang lain bersetuju. Arsyad juga, dia tidak mahu ingat bahawa dia akan kehilangan nyawanya esok. Dia tak mahu. Dia mahu melupakan kesakitan itu buat seketika. Dia nak sembunyikan ketakutannya dengan gelak tawa. Seperti mana Adli, Thaqif dan Haji buat. Jika mereka kuat, kenapa tidak dia? Padahal, takdir mereka juga sama. Adli lagi empat hari akan ke tali gantung, Thaqif lagi lima hari dan Haji lagi dua hari.

"Aku pusing botol." Thaqif ambil botol plastik yang ada dekat lantai, dia letak atas meja bulat tu dan pusing.

Berhenti.

"Ha! Kau Adli. Pilih nak truth or dare?" soal Thaqif.

"Aku, aku nak truth." jawab Adli dengan senyuman tenang. Thaqif berfikir sejenak sebelum mengajukan soalan, "Apa perasaan kau lepas dapat bunuh saudara kau?" soalan ini, Adli langsung tidak ambil hati. Mereka pun banyak kali ulang soalan yang sama sahaja selama di kurung.

"Perasaan aku...aku rasa berdosa. Aku rasa berdosa sangat-sangat tapi aku tak menyesal. Saudara aku rogol Liya sampai mati. Anak aku tu, baru umur lima tahun. Anak pertama aku dengan arwah isteri aku. Aku rasa, itu pembalasan yang setimpal untuk saudara aku." Adli menjawabnya dengan nada yang sangat tenang. Arsyad terasa pilu. Nampaknya, bukan dia sahaja masuk disini untuk memberi pembalasan.

"Aku pusing lagi." Thaqif pusing botol lagi. Berhenti. Tepat pada Arsyad.

"Ha, kau pula?"

Arsyad fikir seketika. "Aku pilih truth juga." Kali ni, Haji pula mengangkat tangan untuk bertanya.

"Apa yang kau buat sampai kau masuk kesini?" soalan Haji sangat menyiat hatinya. Membuatkan dia terpaksa mengingat kembali selama kenangan pahit yang dia alami.

"Aku masuk kesini sebab bunuh ahli keluarga aku. Mereka bukan orang biasa, mereka jutawan ternama. Disebabkan mereka tidak restu perkahwinan aku dengan isteri aku. Mereka mengupah abang angkat isteri aku untuk rogol isteri aku masa aku bertugas di Itali. Aku balik Malaysia, masatu hari jadi aku. Aku nampak isteri aku dengan abang angkat dia tengah...tengah berasmara dekat atas katil kami. Tanpa aku tahu mereka paksa isteri aku. Ugut isteri aku untuk mengaku bahawa dia buat semua tu dengan rela sampai aku pun tertipu. Bila semua rahsia terbongkar, aku menyesal tapi semuanya dah terlambat, isteri aku dah tawar hati dengan aku. Akhirnya, aku buat keputusan untuk bunuh ahli keluarga aku supaya aku dapat lindungi isteri dan anak aku dari rancangan mereka." Panjang meleret Arsyad menjawabnya.

Sekarang, Haji, Adli dan Mujahid mula faham. Arsyad rupanya orang baik seperti mereka.

    

               PUAS Haura menepuk-nepuk punggung Irsyad, menunggu kelopak mata anak kecil itu lelap tetapi masih gagal. Irsyad sepertinya masih segar. Tak mahu lelap walaupun selepas penuh perut menyusu.

"Sayang...tidur...dah malam ni..." Lembut Haura berbisik seraya rambut halus anak kecil itu di usap perlahan. Jam tergantung pada dinding sudah menunjukkan pukul 12:00 malam. Mata Haura pun semakin mengantuk selepas banyak mengeluarkan air mata.

"Shhh...."

"Shhh...."

Ibu jarinya mengusap lembut kelopak mata Irsyad. Berusaha keras untuk menidurinya. Haura rasa penat sangat. Lepas susukan Irsyad, dia hampir terlelap.

"Irsyad sayang ayah?"

"Kalau Irsyad sayang ayah, Irsyad kena tidur...tau?" Selepas usap kelopak mata, Haura usap pada pipi gebu anak kecilnya pula. Yang mengejutkannya, Irsyad seperti memahami. Mulut kecilnya menguap dan matanya terlelap secara tiba-tiba selepas Haura menanyakan soalan itu. Dia pun angkat Irsyad dan perlahan-lahan membaringkannya didalam baby cot.

Buka lampu dapur, perkara pertama yang Haura buat. Haura pergi ke singki dan cuci mukanya yang di penuhi dengan air mata kering. Selepas itu, rambut panjangnya di ikat. Apron yang tergantung, dia ambil dan sarung.

"Abang...Haura cuba yang terbaik." Dia buka semula periuk. Sedih betul hatinya bila nampak segunung garam yang masih ada disitu. Mana taknya, satu balang tertumpah.

Haura mengeluh perlahan. Dia tak boleh terus menerus untuk menangis. Dia ambil periuk itu dan tuang kuahnya kedalam singki. Udang dan sotong didalamnya, dia tapis pada penapis besar. Basuh sampai bersih.

Dia mulakan daripada awal semula. Tumis bahan-bahan, letak air. Letak perencah Tomyam. Bila dia rasa kurang, dia buat semula sampai jadi. Dia ulang. Bila dia rasa kurang lagi, dia buat sampai rasa sedap sangat-sangat. Tutup api. Terbatuk. Dia pegang tekaknya yang mula gatal. Alahannya sangat teruk, walaupun hanya sekadar hirup kuah tanpa makan seafood, alahannya tetap akan terasa tetapi tidak seteruk jika dia makan.

Ubat alahannya dia telan. Duduk pada kerusi. Penat. Sakit. Sedih. Semuanya berkumpul menjadi satu didalam renungannya. Memikirkan bahawa Arsyad akan pergi meninggalkannya tak lama lagi membuatkan hatinya terobek keras. Perutnya yang masih kempis dia usap perlahan.

"Jangan risau...ibu kuat..." Dia tidak mahu kandungannya ikut terjejas dengan emosinya sekarang. Dia tarik nafas perlahan.

Haura ambil bekas Tupperware didalam kabinet. Dia masukkan Tomyam yang dia masak kedalamnya. Lepas tu, dia simpan kedalam peti. Jam pada dinding dia lirik lagi, sudah pukul dua pagi. Dua jam dia dapur, hanya untuk memastikan Tomyam yang dia masak untuk Arsyad menjadi sempurna.

 
                                  RENGEKAN Irsyad menyentak Haura dari tidur lenanya. Bila dia nampak matahari sudah naik dari tingkap, terus Haura bangkit dari katil.

"Ya Allah! Dah lambat!" Dia terlalu penat sangat sampai terlajak tidur. Jam pada dinding sudah pukul 8:00 pagi. Jantung Haura mengepam laju sampai rasa mahu pecah. Dia berlari masuk kedalam tandas, bilas badan, cuci muka dan berus gigi.

Lepastu, dia tukar lampin Irsyad dan mengambil beg bayinya. Dia angkat Irsyad. Berlari anak turun ke tingkat bawah. Teksi yang dia tempah sudah hon beberapa kali.

"Sekejap!" Kelam-kabut dia menyarung kasut. Berlari anak masuk kedalam perut teksi dan tutup. Bila teksi sudah bergerak. Haura menyandarkan kepalanya pada kerusi penumpang.

Tercungap-cungap. Dia menangkap nafas semula. Irsyad yang sudah merengek dia menepuk-nepuk perlahan.

"Encik, boleh pecut laju sikit? Saya dah lambat nak kesana." Haura menelan liurnya. Terasa payah. Inilah harinya. Ya Allah, jantungnya terasa mahu pecah. Sakit sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience