HPD || BAB 35

Romance Completed 246547

SUDAH lima hari Haura tidak dapat tidur dengan lena. Fikirannya sarat dengan kerisauan. Arsyad masih sedang di dalam proses soal siasat.

Bagaimana agaknya keadaan Arsyad disana?

Dapatkah dia tidur dengan lena?

Kelopak mata yang terpejam, dia buka perlahan-lahan. Semestinya tidak, Arsyad tidak pernah selesa tidur ditempat keramaian. Apatah lagi apabila berada di dalam lokap.

Posisi dialih dari kanan kepada kiri. Telapak tangan dia letak pada dadanya yang sejak tadi berdegup dengan kencang. Deringan pada telefonnya dia biarkan sahaja, dia tahu deringan telefon itu adalah hasil dari panggilan para wartawan. Dia tidak mahu berjumpa dan bekerjasama dengan mereka.

Apa yang Arsyad makan disana?

Ah, risaunya dia kepada Arsyad. Dia tahu selama ini Arsyad tidak bersalah, tetapi kenapa dia terlalu ikutkan emosi tanpa memberinya peluang? Kalau dia mahu memberikan Arsyad peluang untuk bersama dengannya, adakah mereka akan sempat untuk bersama? Adakah dia sudah terlambat?

Haura meraup wajah perlahan. Memikirkan Arsyad pasti tiada selera dengan hidangan makanan disana, membuatkan Haura semakin tidak keruan.

Sekali lagi telefonnya berdering. Entah kenapa tangannya laju saja mengambil. Bila dia tengok pada skrin telefon, keningnya terangkat. Oh, pegawai polis. Mungkin mereka mahu memberitahu maklumat tentang suaminya.

"Assalamualaikum, puan. Saya Qayyum. Pegawai polis yang uruskan sesi soal siasat suami puan."

Ya Allah, jantungnya berdegup dengan sangat laju dari sebelum ni. Segera Haura mengetuk dadanya untuk menenangkan diri.

"Waalaikumsalam, iya saya. Ada apa ya, encik call saya ni?"

"Boleh puan datang kesini untuk membantu kami?"

Haura tak faham. Bantu? Dia tiada kena mengena dalam kes ni tapi kenapa dia kena membantu pula?

"Bantu? Untuk apa ya?"

"Kami ada menerima maklumat daripada mahkamah syariah, bahawa suami puan pernah terlibat dalam kes dera. Dan mangsanya adalah puan, betul kan?"

"I-iya..."

"Jadi saya harap puan boleh datang kesini segera untuk memudahkan kerja kami."

Haura terkesima. Dia terus memastikan panggilan. Tak. Tak mungkin mereka mahu jadikan dia sebagai saksi bahawa Arsyad pernah memukulinya sebelum ini. Kalau dia mengakuinya, dia yakin Arsyad tidak akan menang dalam persidangan di mahkamah nanti.

"Astaghfirullah..." Menitis air matanya memikirkan nasib Arsyad nanti. Dia mula menyalahkan dirinya sendiri. Kalaulah dia tidak membuat tuntutan cerai di mahkamah syariah beberapa minggu yang lepas, mungkin hukuman yang Arsyad akan terima tidak menjadi berat. Mungkin masih boleh di pertimbangkan lagi.

Cermin dari meja solek memberi refleksi pada tubuhnya yang masih duduk diatas katil. Dia nampak, lehernya, masih ada kesan bengkak. Iya, ini adalah kesan daripada dia dicekik oleh Arsyad beberapa minggu yang lalu. Haura bergegas pergi ke meja solek.

Kepalanya juga masih ada kesan benjolan, bibirnya, tangannya juga.

"Tak...tak...aku tak boleh pergi dalam keadaan macam ni." Tangan Haura segera membuka laci. Dia ambil bedak compact dan sapu pada kesan lebam. Dia cuba sebaik mungkin untuk menutupi kesan kecederaan itu. Dia mahu selamatkan suaminya dari dihukum.

   HAURA berjalan masuk kedalam lorong. Ada beberapa pegawai polis mengiringinya.

Tok. Tok. Tok. Seorang pegawai mengetuk pintu bilik soal siasat sebelum membukakan untuk Haura.

"Masuk, puan."

Haura cuma menganggukkan kepalanya. Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Jangan gelabah Haura, kau tak boleh ikutkan emosi. Kau kena tenang. Kakinya melangkah masuk kedalam. Apa yang membuatkan jantungnya luluh. Bila dia nampak keadaan Arsyad.

Tangan Arsyad digari. Matanya bengkak sebelah, bibirnya sedikit terkoyak dan kekeringan, lengannya ada beberapa kesan lebam yang kebiruan. Apa jadi? Arsyad kena pukul? Arsyad ketika ini hanya tertunduk. Masih tidak perasaan dengan kehadirannya disini.

Qayyum tersenyum bila dia nampak Haura masuk kedalam. Cantik. Dia lirik gadis itu dari atas sehingga kebawah.

"Jemput duduk, puan Haura." Pelawaan Qayyum menyentak Arsyad yang sejak tadi tertunduk. Haura? Haura datang? Dia angkat wajah.

Mata coklat pekatnya bertentangan dengan mata hitam Haura. Lama. Lama sangat. Seperti mereka berdua sedang saling berbicara padahal tidak.

"Puan, sila duduk." Haura terus geleng perlahan untuk tenangkan diri. Dengan segala kekuatan, dia duduk pada kerusi kosong yang berada bersebelahan dengan Arsyad.

"Baik, terima kasih atas kerjasama puan untuk datang kesini. Sekarang saya mahu puan berikan beberapa ulasan mengenai kes puan di mahkamah syariah."

Liur ditelan payah. Ulasan? Ulasan untuk apa? Untuk masukkan suaminya kedalam penjara? Haura cuba tahan air matanya dari terus mengalir. Dia tarik kerusi mendekati Arsyad. Dia mahu memberikan Arsyad kekuatan. Dia tahu, pasti sukar hidup Arsyad disini.

"Tuan, bos panggil sekejap."

Qayyum mengeluh perlahan sebelum meninggalkan mereka berdua disitu. Ada pegawai lain yang menjaga dari tingkap kaca besar dari luar bilik.

Arsyad tersenyum nipis melihat Haura mendekatinya. Terus dia ambil tangan Haura. Dia elus perlahan.

"Sayang datang?"

Ah, laju saja air mata Haura mengalir. Bahkan suara Arsyad pun sudah berubah menjadi kering dan serak berbanding suara asalnya.

Haura angguk kepala dan tersenyum.

"Haura datang." Dia tatap wajah Arsyad dengan air matanya yang mengalir.

Makin lebar senyuman Arsyad melihat Haura seakan sudah memaafkan khilafnya. Mungkin ada baiknya dia membunuh, kalau tidak, mungkin Haura masih lagi bermasam muka dengannya.

"Awak macam mana? Boleh tidur lena dekat sini?" Haura sangat risau dengan keadaan Arsyad ketika ini.

"Lena." Betul, kalini dia jawab dengan jujur. Lepastu dia angkat sedikit bajunya dan keluarkan dua keping gambar yang dia selit pada getah seluar. Dia tunjuk pada Haura.

"Sebab abang ada Haura dengan Irsyad sentiasa disisi abang."

Haura rasa menyesal. Sangat menyesal. Telapak tangannya terus mengelus pipi dan kelopak mata Arsyad yang lebam.

"Apa diorang buat pada awak? Kenapa sampai macam ni sekali?"

Arsyad cuma tersenyum. Dia tidak memberi sebarang jawapan. Dia tidak mahu Haura tahu betapa teruknya dia di pukul sepanjang sesi soal siasat dijalankan.

Matanya tertutup apabila merasakan jari-jemari lembut Haura mengelusnya. Rindunya. Rindu sangat dengan belaian Haura.

"Terima kasih sebab datang."

Haura makin susah untuk menahan air matanya. "Jangan berterima kasih pada saya. Saya datang kesini, sebab mereka minta saya untuk ulas perbuatan awak pada saya sebelum ni. Kehadiran saya hanya membuatkan hukuman awak semakin berat." Haura mengalih pandangan dari mata Arsyad yang tampak polos. Kenapa Arsyad begitu bodoh? Kenapa Arsyad sangat jujur? Tak bolehkah Arsyad menipu untuk selamatkan diri sendiri?

Pada mulanya, bila dia dengar pernyataan Haura, hatinya terasa luluh buat seketika.

"Tak kisah. Abang cuma bahagia dapat peluang untuk berjumpa dengan sayang." Dia tersenyum lagi. Lagipun, memang sudah terang bahawa dia membunuh ahli keluarganya. Arsyad tahu, dia sudah tiada peluang untuk menegakkan keadilan.

"Kenapa awak buat macam ni Arsyad?" Tak semena-mena tangan Haura memukuli dada Arsyad kegeraman tapi tidak kuat. Dia cuma tak suka dengan cara Arsyad bertindak.

"Sayang dah tak perlu risau. Sayang, Irsyad semua dah selamat. Hm? Abang pun dah dapat balasan setimpal sebab pukul sayang. Ni, lebam-lebam ni, sama macam yang abang buat pada sayang. Baru adil kan?"

Begitu kuat Arsyad sekarang ni, sampai Haura tak nampak emosi sedih sedikit pun pada raut wajahnya.

"Awak kata, awak nak saya beri awak peluang. Tapi kenapa awak tutup peluang tu sebelum saya sempat berfikir?" Haura masih mempersoalkan kesedihannya. Dia tatap anak mata coklat pekat milik Arsyad.

"Mana ada abang tutup, kan abang dah kata, abang akan tunggu sayang sampai akhir hayat abang. Jadi, kalau abang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, maksudnya, degupan terakhir abang hanya untuk sayang. Abang buat semua ni, sebab abang nak balas apa yang mereka buat pada kita. Tak adil kalau mereka berbahagia diatas tangisan kita."

"Arsyad−"

"Sayang, abang dah redha. Abang dah cakap pada sayang kan? Abang tak akan menyesal dengan pilihan abang. Kalau sayang boleh berkorban untuk abang, untuk Irsyad. Kenapa pula abang tak boleh?"

"Sebab ini soal hidup dan mati Arsyad!" Terus terhembur tangisan Haura disitu. Dia peluk Arsyad dengan erat. Dia menangis pada dada kekar suaminya. Tidak kisah. Walaupun dia dalam iddah. Dia mahu untuk memeluk Arsyad.

"Arsyad kita rujuk. Saya nak kita rujuk."

Arsyad terkedu. Permintaan Haura membuatkan hidup Arsyad terasa terang semula.

"Rujuk?"

Haura angguk kepala. Tangannya masih memeluk Arsyad erat. Tak mahu dia lepaskan.

"Ya, Arsyad. Kita rujuk ya? Haura nak beri peluang kedua untuk Arsyad." Bahu Haura terinjut-injut ketika mengatakan itu sambil tersedu.

"Sayang...dengar sini...abang ni, entah sempat ke tak...kalau kita rujuk sekali pun...abang tak boleh ikut sayang balik kerumah semula. Abang tak nak ikat sayang lagi. Okay?"

Haura geleng kepala.

"Haura tak kisah!"

"Kenapa pula?"

"Haura nak kita rujuk!"

"It's okay sayang...kalau kita tak dapat bersama disini, kita mungkin dapat bersama disyurga. Itu janji Allah, kita akan dibangkitkan dengan siapa yang kita cinta dekat padang Mahsyar nanti. Sayang percaya pada Allah? Sayang percaya hadith nabi Muhammad?" Haura masih menangis disitu. Tidak kisah. Dia tak kisah dengan semua janji tu. Dia cuma mahu Arsyad kembali dengannya.

"Abang jangan cakap macam tu! Abang jangan sesekali cakap macam tu! Persidangan pun belum mula lagi! Belum tentu abang kena tali gantung! Abang tak boleh doa yang bukan-bukan!" Air mata Haura, Arsyad kesat dengan ibu jari kasarnya.

"Sudahlah...sudah...memang abang bunuh mereka...jelas dah lepas ni abang akan kemana..." Begitu pasrah Arsyad ketika ini. Haura tak suka. Dia terus memukuli dada Arsyad dengan perlahan.

"Benci! Haura benci!" Dahi licin Haura, Arsyad kucup beberapa kali. Bukan senang mereka punya peluang keemasan seperti ini. Dia harap Qayyum akan pergi sedikit lama. Beri mereka masa untuk saling bermesraan sebelum sesi soal siasat ini habis. Malangnya, harapannya punah. Pintu bilik dikuak. Qayyum masuk semula. Segera Haura dan Arsyad menjarakkan diri.

Haura lap air matanya.

Begitu juga dengan Arsyad.

"Baik puan, ini laporan kes Arsyad sebelum ni. Saya baca semula. Arsyad Taqqi Mohammed, telah memukuli, mencaci maki, dan menghina puan tanpa alasan yang kukuh, betul?" Soalan Qayyum membuatkan Haura terdiam. Dia tak mahu mengakuinya.

"Sayang...it's okay..." Bisikan Arsyad semakin meluluhkan hati lembut Haura.

"Abang tak marah..." Arsyad membisikkannya lagi.

Haura pandang Qayyum dan Arsyad selang beberapa kali. Dengan nafas yang sedikit pasrah, Haura mengangguk kepala.

"Tapi tak teruk." Haura masih cuba untuk menafikannya. Arsyad juga ikut terkejut. Tak teruk? Tak teruk apa sampai bengkak?

Qayyum kemudian menyilang tangan.

"Boleh puan tunjukkan kawasan mana yang puan kena pukul? Sebabnya, kes ini pun baru-baru je berlaku. Jadi, mesti ada kesan lebam yang tertinggal. Kalau betul suami puan tak pukul dengan teruk, mesti tak ada kesan tu."

Tanpa melengahkan masa, Haura menunjukkan lengannya. Tiada kesan lebam yang sepatutnya ada disitu. Itu pun kerana dia sudah menutupinya dengan bedak.

"Tak ada. Saya dah kata. Suami saya bukan kaki pukul. Dia pukul saya pun perlahan, itu pun sebab dia kecewa dengan saya. Saya curang."

"Sayang−"

Haura terus pegang tangan Arsyad. Dia elus tangan Arsyad. Dia betul-betul mahu membantunya.

"Selama puan berkahwin dengan suami puan, dia ada cakap apa-apa ke tentang rancangannya untuk membunuh keluarganya sendiri?"

Haura menggeleng kepala.

"Tiada."

Qayyum menyandarkan kepalanya pada kerusi. Dia cuba memikirkan soalan apa lagi yang boleh dia ajukan. Tapi ada juga hati nakalnya untuk meratah gadis dihadapannya ini. Cantik pun cantik.

"Boleh saya tengok bahagian tubuh badan yang lain? Saya nak bukti."

Berkerut seribu dahi Arsyad.

"Tak perlu kot."

"Kau diam." Qayyum bangun dan memegang lengan Haura. Dia paksa Haura untuk bangun.

"Bangun puan, kita pergi cek di bilik lain." Arsyad tak cakap banyak, dia berdiri dan menghalang laluan.

"Kau boleh je kan minta medical check-up dari hospital?" Bukan dia tak tahu niat Qayyum ini untuk melihat tubuh isterinya. Tidak hairan kerana Haura punya figura yang sangat cantik. Kulitnya putih kemerah-merahan membuatkan ramai lelaki yang tertarik kepadanya. Sedang kan ayah Haura sendiri pernah mencabulinya. Apatah lagi lelaki lain.

"Langkah mayat aku dulu." Arsyad berkeras membuatkan Qayyum ketawa kegeraman.

"Kau ni, tak serik lagi dengan aku ya?" Qayyum baru sahaja mahu mengangkat tangannya keudara tetapi Haura tahan.

"Tuan, tolong jangan pukul suami saya. Kalau tuan nak saya buktikan. Baiklah, saya akan ikut tuan." Haura pasrah. Dia tak mahu Arsyad di pukul semata-mata untuk melindunginya lagi. Lagipun, maruahnya sudah tiada.

"Kau dengar apa yang isteri kau cakap?" Qayyum tersenyum sinis.

"Sayang tak payah dengar cakap orang gila macam ni!" Arsyad masih menahan jalan mereka.

Haura cuma tersenyum. "Saya tak nak awak sakit. Itu je." Dia kemudian ditarik keluar oleh Qayyum. Pegawai yang lain juga ada yang tersengih dari tepi. Iyalah, bukan semua pegawai boleh melawan senior. Jadi mereka cuma boleh membiarkan Qayyum dengan tindakannya.

"Sial!!!" Arsyad mahu mengejar Qayyum tetapi ditahan oleh pegawai lain.

"Lepaskan aku!!!!" Arsyad diseret kedalam dan didudukkan pada kerusi. "Bullshit!!!!" Kalau tadi tangannya di gari, kali ini kaki pula. Sampai tiada peluang lagi untuk dia bergerak.

Pegawai atasan cuma tersenyum. Ada segelintir dari mereka yang menjadi tali barut dalam kes Tan Sri ini. Mereka pernah membantu keluarga itu keluar dari kes mereka suatu ketika dahulu. Jadi, tidak pelik bila Arsyad di pukul tanpa sebab. Lebih-lebih lagi bila ketua mereka sudah mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience