HPD || BAB 50

Romance Completed 246547

HAURA menunggu Arsyad kembali dari tandas dengan sabar. Matanya berulang-alik beralih daripada hidangan Tomyam yang baru sahaja mereka masak bersama tadi pada layar television. Apa yang membuatkan Haura semakin teruja apabila Arsyad menjanjikan untuk tengok filem Islamik Romantis bersama-sama. Haura pun masih tidak pasti tajuk filem yang Arsyad akan sebentar lagi.

Sempat Haura mencuri pandang kearah anak-anaknya diatas katil. Terus tersenyum bila nampak mereka berdua sudah tidur lena. Tak sabar rasanya nak berdating dengan abang!

Di hadapan sofa ada meja bulat. Saiznya sederhana besar. Diatasnya pula Haura sudah hidangkan semangkuk Tomyam Seafood. Nasi masih diasing didalam periuk. Tak mahu letak awal-awal nanti takut kembang. Aromanya sangat menggoda rongga hidung. Liurnya sudah kecur tetapi dia tahan diri menunggu Arsyad tiba supaya mereka boleh makan bersama.

Apabila anak matanya menangkap figura Arsyad dari jauh, Haura menjadi tersipu malu. Dia betulkan anak rambut dan selit ditelinga supaya terlihat kemas dimata suaminya. Bila nampak Arsyad mengorak langkah semakin dekat ke sofa, Haura membetulkan rambutnya lagi dan mengukir senyuman manis.

"Abang!" Ceria nadanya menyambut suami. Tangan di depa kesisi meminta sebuah pelukan hangat.

"Sayang..." Arsyad duduk di hadapan Haura dan tangannya mula melingkar disekeliling pinggang ramping isterinya itu. Dagu tajamnya mendarat diatas bahu. Sempat dia hadiahkan ciuman pada tepi leher.

"Wanginya isteri abang ni." Sengaja dia mahu memuji. Suka tengok pipi Haura naik tona merah.

"Wangi? Mana ada, bau Tomyam adalah. Tadi kan kita masak sama-sama..." Haura menepuk-nepuk perlahan belakang suaminya. Tak tahu kenapa bila berpelukan begini seoalah terapi bagi mereka.

"Bau Tomyam lagilah abang suka tau. Bau masam-masam manis." Sengaja lagi Arsyad menyakat. Dengan kenyitan mata dia berikan membuatkan Haura tidak senang duduk. Jantung berdegup kencang seolah-olah ada konsert didalamnya. Tidak teratur. Sekejap laju, sekejap perlahan. Lagi-lagi bila bibir suaminya terus menerus mengelus di tepi leher.

"Abang nak perli Haura eh?"

"Mana ada..."

"Haura busukkan?"

"Tak, sayang..."

"Ye lah tu...tadi abang cakap Haura bau masam-masam. Haaa, kalau Haura busuk abang jujur je. Haura janji tak marah."  Kedua kaki yang bersimpuh diatas sofa Haura angkat. Bersedia untuk turun.

"Sayang nak pergi mana?" Arsyad memaut lengan Haura.

"Pergi mandi, Haura bau busuk masam." Terlepas tawa Arsyad bila Haura menggelarkan dirinya busuk masam. Segera Arsyad tarik lengan Haura, membuatkan Haura terduduk diatas pangkuannya. Lepastu, dia memeluk pinggang ramping isterinya dari belakang.

"Nantilah kita mandi sama-sama. Abang nak Haura teman abang makan Tomyam dulu. Kita tengok tv sekali." Tak mahu lepas tangannya dari pinggang Haura.

"Hmmm..." Haura sembunyi senyuman meleretnya. Dia sangat suka bila Arsyad berpaut kepadanya begini.

"Kita nak tengok tv dulu ke, makan dulu?" Soal Arsyad. Dia mengangkat Haura dan membawanya ke hujung sana untuk menutup suiz lampu. Meninggalkan lampu tidur di bahagian katil sahaja. Lepastu, dia bawa Haura ke sofa semula.

"Nak makan sambil tengok tv lah!" Jawab Haura seraya memaut lengan kekar Arsyad. "Abang nak tengok movie apa?" Soalnya ingin tahu.

"Sayang tahu tak 172 Days?" Soal Arsyad.

Haura berfikir seketika sebelum menjawab, "Tak. Cerita apa tu?" Dia masih tertanya-tanya.

"Cerita tu tentang percintaan Islamik. Abang tak pasti sangat kesuluruhan ceritanya tentang apa. Yang abang tahu, suami dia mati tapi cinta mereka tetap hidup dalam hati isteri dia. Nak tengok?" Mata Arsyad tertumpu pada kelopak mata Haura yang tiba-tiba sahaja melorot kebawah.

"Kenapa ni sayang?"

"Tak ada apa..."

"Ceritalah dengan abang..."

"Haura takutlah nak tengok cerita tu." Haura peluk suaminya semula. Kisah 172Days itu mengingatkannya tentang bagaimana kesedihannya ketika Arsyad pergi.

"Takut? Sayang...cerita tu cerita romantik. Bukan cerita hantu." Batang hidung Haura dia cubit manja.

"Tapi sedih.."

"Okaylah, kalau sayang tak nak tengok cerita tu. Kita tengok cerita lain. Nak?" Kelopak mata Haura dia elus dengan penuh kelembutan.

"Tapi abang nak tengok cerita tu."

"Abang tak kisah. Abang ikut je sayang."

"Haura pun tak kisah." Arsyad tertawa lagi. Betullah orang kata, sifat wanita ini sangat complicated. Susah untuk lelaki fahami. Tapi bila berada ditangan yang tepat, semuanya terasa mudah untuk di atasi.

"Kalau macam tu kita cuba tengok dulu, kalau sayang tak suka. Kita stop. Nak?" Haura angguk kepala.

Terkelip-kelip kelopak mata mereka apabila cerita itu mula dimainkan.

Mangkuk berisi kuah Tomyam itu, Arsyad ambil dan menghirupnya menggunakan sudu.

"Abang...sedap ke?" Soal Haura bila nampak suaminya menghirup kuah Tomyam.

"Sedap. Pandai isteri abang ni masak." Pipi Haura dia cium beberapa kali sebelum sambung mengunyah sotong didam mulut.

"Nak rasa sikit boleh?"

Fokus Arsyad terganggu bila dia mendengar permintaan Haura.

"Sayang nak juga?"

"Nak!"

Arsyad memandang kedalam mangkuk. Didalam ini penuh dengan makanan laut. Dia terlupa untuk membeli ayam tadi.

"Tapi sayang, dalam ni semua makanan laut. Sayang okay?" Risau juga kalau tiba-tiba Haura rebah lepas makan.

"Tak apa, Haura nak rasa kuah je. Nak makan dengan abang." Arsyad angguk kepala. Dia sua sudu pada bibir Haura dan memasukkannya kedalam mulut.

"Hmmmm..." Haura menelan kuah Tomyam perlahan-lahan. Tanpa dia sedar air matanya mengalir ke pipi.

"Alaaa, kenapa sedih-sedih ni?" Air mata Haura dia kesat dengan ibu jari.

"Mana ada! Haura tak sedih!" Haura mengukir senyuman.

"Ni, air mata ni. Sayang menangis kan? Sayang sedih?" Haura geleng kepala lagi. Dia pandang Arsyad dengan senyuman manisnya.

"Haura cuma gembira!" Dia tertawa sambil menangis. Dalam hatinya tak berhenti mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepadanya ketika ini.

"Haura gembira dapat makan Tomyam sama-sama dengan abang. Haura ingat, Haura tak ada peluang lagi."

"Nampak? Allah bagi kita peluang kedua. Tandanya Allah nak kita bersyukur." Arsyad menarik Haura supaya duduk lebih dekat. Dia ambil mangkuk berisi Tomyam panas itu dan pandang Haura dengan senyuman manja. Haura pula tersipu malu dekat situ.

"Kenapa abang senyum macam tu?"

"Sayang, suapkan abang pula. Boleh?"

"Boleh!" Haura mengambil mangkuk itu dari tangan Arsyad. Kemudian, dia mengaut kuah dengan sudu. Dia tiupkan kuah Tomyam yang masih panas itu sebelum menyuap kedalam mulut Arsyad.

"Sedap?" Bibirnya mengoyak senyuman seraya melihat Arsyad angguk kepala. Dia buka mulut lagi, minta untuk disuapkan buat kali kedua.

"Nak lagi?"

"Nak..." Arsyad tatap wajah isterinya. Wajah yang tidak pernah dari ingatan. Wajah yang selalu dia rindui meskipun jarak memisahkan. Telapak tangan mengelus pipi gebu itu. Jarinya bermain pada lesung pipit milik belahan jiwa.

Sudu di sua pada mulut suaminya semula. "Aaaaa..." Haura meminta Arsyad untuk membuka mulut.

"Aaaaaa..." Ciuman ringan pula yang singgah di pipi Haura. Naik tona merah disitu.

"Abang ni, bila kita nak habis makan kalau asyik main cium cium?" Haura mencebik. Padahal dalam perutnya terasa ada rama-rama beterbangan. Dia terlalu rindukan saat-saat begini. Bermanja dengan suaminya bukanlah satu peluang yang mudah untuk dia raih. Setelah banyak dugaan dan ujian yang di lalui, baru sekarang dia dapat melalui fasa pelangi seperti ini.

"Alaaa, cium sikit je. Tu pun kedekut." Melihat Arsyad cemberut membuatkan Haura geli hati. Dia tertawa.

"Sejak bila abang kuat merajuk?"

"Sejak sayang tak ada dengan abang. Kenapa? Tak boleh ke?" Sudah muka cemberut, bibir muncung sedepa, tambah pula silang tangan pada dada. Sah, Iryana ikut perangai Arsyad juga.

"Mana ada tak boleh..."

"Habis tu? Sayang tanya-tanya abang tu...sebab apa?"

"Sebab abang comel sangat bila merajuk. Rasa nak cubit je pipi tu." Pipi suaminya dia cubit kuat-kuat. Geram sangat.

"Sakitlah sayang..."

"Tak kira. Nak cubit juga. Siapa suruh comel sangat." Makin kuat Arsyad mengaduh, lagi kuat Haura cubit.

"Oh, main kasar." Arsyad senyum nakal. Dia terus mengambil mangkuk itu dan letak di atas meja. Tubuh Haura dia angkat dan letak atas bahu sebelum membawanya ke katil. Dia baringkan Haura di situ.

"Haa..." Arsyad menggeletek pinggang Haura membuatkan tawanya pecah. Serentak mereka berdua tutup mulut dengan telapak tangan bila nampak Irsyad dan Iryana hampir terjaga.

"Ops..."

"Ops..." Bila sudah memastikan anak-anak mereka sambung tidur semula, terus Arsyad baring di sebelah Haura. Dia mengereng menghadap antara satu sama lain. Jari Arsyad menyelitkan rambut Haura ke telinga untuk melihat wajah penuhnya.

"Tak sangka kan?" Soalan Arsyad membuatkan perasaan sebak mula tumbuh di hati Haura.

"Haah, Haura pun tak sangka. Macam dalam mimpi." Dia ambil tangan Arsyad dan mengelusnya.

"Abang nak dengar cerita tak?"

"Nak. Sayang ceritalah. Abang suka dengar suara sayang." Arsyad menarik pinggang Haura supaya mendekat. Kepala Haura dia belai penuh kelembutan.

"Lepas abang kena tarik tu kan. Haura rasa macam dunia Haura sekelip mata je hilang. Haura rebah. Haura hampir keguguran. Haura rasa rindu sangat-sangat dengan abang." Arsyad turut merasa sebak. Dia terus mengelus perut Haura yang sudah datar.

"Kesiannya isteri abang ni..."

"Lepastu kan abang, masa Haura mengandungkan Iryana..Haura asyik mengidam nak makan Tomyam je. Haura jadi tertekan sebab setiap kali Haura nampak Tomyam, Haura rasa nak termuntah, Haura menangis. Padahal perut Haura nak teringin sangat nak makan."

"Kuatnya dia..." Pipi Haura dia cium beberapa kali.

"Ada lagi! Masa Haura bersalinkan! Haura rasa sedih sangat sebab Haura kena tahan sorang-sorang. Rasa sakit macam nak meletup je perut ni. Tapi bila Haura baca surat yang abang bagi, Haura rasa macam abang ada di sisi Haura. Bisikkan kata-kata semangat dekat Haura. Terus mudah je Haura teran tanpa abang." Bahagian ini yang paling sebak. Arsyad terus menarik Haura kedalam pelukan.

"Abang jahatkan?"

Rasa pedih hati Haura dengan soalan Arsyad yang mula menyalahkan diri sendiri.

"Abang jahat sangat, selalu tinggalkan sayang. Selalu buat sayang sakit sorang-sorang." Arsyad menangis didalam pelukannya. Dia betul-betul rasa serba salah kerana membuat Haura rasa sakit itu keseorangan.

"Mana adalah, abang tak jahat. sebab tu Haura cintakan abang." Haura memujuk tangisan suaminya. Dia tahu Arsyad rasa serba-salah kerana ini bukan kali pertama dia perlu menanggung kandungannya sendiri.

"Abang nak sangat ada dengan sayang tapi abang tak tahu macam mana nak berjumpa dengan sayang. Abang mampu berdoa je dari sini. Bila abang rindukan sayang. Abang doa dekat Allah supaya hantarkan malaikat yang dapat jaga sayang disana." Dia merebahkan wajahnya pada dada Haura. Degupan jantung isterinya sangat menenangkan.

"Haura pun!" Dia tersenyum.

"Abang nak tahu tak, Haurakan, Haura baca Yaasin untuk abang tiap-tiap hari sebab ingat abang mati betul-betul." Haura mahu menceriakan suasana semula. Arsyad pun tertawa dengan jenaka isterinya. Dia peluk Haura ketat-ketat.

"Mujur abang tak mati betul-betul kan. Boleh lah abang peluk sayang lama-lama." Haura angguk kepala. Dia pun rasa bersyukur yang tak terhingga.

"Haura rindu abang."

"Abang pun rindu sayang." Mereka saling berpelukan antara satu sama lain. Saling memberikan kehangatan. Saling menyembuhkan. Saling menemani. Saling membutuhkan. Malam ini sahaja yang paling terindah didalam hidup mereka.

       

                           IRYANA bangun dari tidurnya kerana terasa haus. Dia merangkak ke arah Arsyad yang dia sangkakan ibunya.

Tangan sudah siap mengangkat baju tapi dia jadi kecewa sebab tak ada nenen yang dia cari.

"Mana nenen?" Iryana mencari nenen di dada ayahnya. Bila tak jumpa dia merengek.

Membuatkan Irsyad terjaga dari lena bila dengar rengekannya. Perkara pertama yang Irsyad nampak adalah, ayah dan ibunya saling berpelukan. Lepastu, dia membuang pandangan ke arah Iryana pula yang sedang merengek di tengah-tengah ibu dan ayahnya.

"Yan cari apa?"

"Nenen..." Dia tunjuk jarinya ke dada ayahnya. Hampir terlepas tawa Irsyad.

"Itu ayahlah, ayah mana ada nenen." Iryana terkejut bila baru tersedar bahawa yang sedang dia pegang ini ada dada ayahnya. Bukan ibunya.

"Tanak momok...nak nenen ibu...." Dia menangis ketakutan.

"Yan, shhh..." Irsyad tarik Iryana dari situ supaya tidak mengganggu lena ibu ayah mereka. "Yan dah besarlah. Mana boleh minum nenen."

"Ada antu ayah...ada momok..." Iryana menangis lagi. Dia masih belum biasa dengan kehadiran ayah dia yang dianggap sudah mati. Lagi-lagi bila baru bangun tidur. Jadi lupa ingatan seketika yang ayahnya masih hidup.

Bila tangisan Iryana semakin kuat. Haura dan Arsyad terbangun. Mereka nampak Irsyad tengah peluk Iryana dan menepuk punggungnya supaya tidur semula.

"Yan...kenapa menangis?" Haura tukar posisi duduk. Dia ambil Iryana dan letak diatas pangkuan. Arsyad pula masih baring, tangan memisat mata. Mengantuk benar gayanya. Biasalah, tidur lewat malam tadi bersama isteri tercinta.

"Momok..." Iryana menunding jari pada ayahnya.

Arsyad membulatkan matanya.

"Momok? Ayah?" Dia bertanyakan itu kepada ayahnya semula.

Haura tertawa kecil bila nampak Arsyad tak boleh terima kenyataan bahawa Iryana memanggilnya momok.

"Itu ayahlah..." Haura memeluk Iryana semakin erat. Takut betul budak ni dengan ayahnya sendiri.

"Ayah antu..." Iryana takut sangat. Dengan mata mamainya menyorok di balik dada ibunya. Memang dia ingat ayahnya betul-betul hantu baru bangkit dari tanah kubur.

"Ayah, tadi Yan cari susu dekat dada ayah. Dia ingatkan tu ibu. Lepastu, terkejut bila dia perasan tu ayah." Irsyad mentertawakan adiknya setelah mengadukan itu kepada ayahnya. Haura dan Arsyad ikut ketawa sekali.

"Abang nampaknya, abang kena jadi beruanglah. Baru Yan tak takut."

"Tulah, kejap." Arsyad paksa diri untuk bangun. Walaupun dia dalam keadaan mengantuk. Dia tetap mahu melakukan yang terbaik untuk anaknya. Tidak mahu Iryana takut dengannya lagi.

Dia ambil mascot beruang dari dalam beg. Lepastu dia sarung pada tubuh. Kepala beruang tu pun dia pakai.

"Tada!" Arsyad melompat kedepan untuk menghiburkan Iryana. Bukan setakat Iryana, sekali Irsyad dan Haura ikut terhibur.

"Papa Teddy, Yan tu Papa Teddy!" Haura menurunkan Iryana dari katil. Sengaja dia tolak sikit kedepan.

"Papa Teddy..." Terus berhenti tangisannya. Dia suka betul dengan beruang. Dengan hingus meleleh, hidung merah, Iryana berlari terkedek-kedek ke ayahnya.

"Let's go! Let's dance with Papa Teddy!" Arsyad membuka YouTube siaran kanak-kanak. Dia pilih random sahaja lagu Didi & Friends.

"Mengantuk, mengantuk, nak tidur mana!" Gigih Arsyad mahu membuat Iryana ketawa. Sempat dia keluarkan skill shuffle-nya.

"Menantut! Menantut!" Iryana menyanyi sekali. Konon nak tiru ayahnya shuffle tapi yang jadi dah macam pocong. Terlompat-lompat. Haura dan Irsyad sampai berguling ketawa melihat situasi itu.

                      "ABANG tak boleh ikut sekali ke airport. Maafkan abang ya sayang?" Arsyad duduk bersimpuh sekali disisi Haura. Dia ikut bantu melipat pakaian anak-anak mereka dan masukkan kedalam beg bagasi.

"Tak apa abang. Kita dapat tidur sekali ni pun buat Haura rasa gembira." Ceria suara Haura menjawabnya. Dia membuang pandang kearah Arsyad.

"Suka Haura tengok abang layan anak-anak kita." Dia tertawa bila teringat suaminya menari dalam mascot beruang tadi.

"Amboi, sukanya dia gelakkan abang. Mentang-mentang abang kena buli dengan Yan tadi." Arsyad mencubit hidung Haura dengan manja. Malu tu adalah juga. Tak pernah-pernah dia menari di hadapan Haura selama ni. Tiba-tiba harini dia kena menari depan Haura dan anak-anak, lagilah dia rasa malu. Tapi dia sangat menikmati detik-detik menghiburkan itu.

"Pandai abang menari. Kalau Haura tahu, dah lama Haura minta abang menari untuk Haura." Sakatnya bila nampak pipi Arsyad naik tona merah. Kira seri lah kan? Semalam dia buat kita. Padan muka. Senyuman Haura memudar semula.

"Kenapa abang?" Dia elus pipi Arsyad seraya melihat perubahan di wajah itu. Sedih.

"Abang sedihlah nak berpisah lagi."

"Haura pun sedih." Dia letak pakaian ketepi. Dia peluk suaminya.

"Tapi abang jangan risau, Haura akan cuba buat rayuan ke Imigresen."

"Macam mana kalau tak lepas?"

"Nathan, dia ada kawan juga di sana. Nanti Haura pandai-pandailah pujuk dia. Abang doakan Haura dengan anak-anak lepas berpindah kesini tau. Haura nak tinggal disini dengan abang."

"Abang doakan semoga urusan kita dipermudahkan." Arsyad memeluk Haura semakin erat.

"Em...ab...abang..." Haura tak tahu sepatutnya atau tidak dia memberitahu perkara ini tetapi dia tak mahu merahsiakan dari pengetahuan Arsyad.

"Ya, sayang. Sayang ada nak cakap apa-apa?" Soalnya.

"Abang, kalau Haura cakap ni. Abang janji jangan marah tau? Haura cuma tak nak berahsia dengan abang."

"Janji."

Haura mengambil nafas dalam-dalam dan lepas. Dia tatap wajah suaminya.

"Sebenarnya, beberapa minggu lepas. Nathan ada melamar Haura." Raut wajah Arsyad terus berubah. Nampak urat di dahinya menegang.

"Sayang terima?"

Haura tersenyum manis.

"Mestilah tak."

Arsyad menarik nafas lega. Dia meleraikan pelukan dan ambil begnya.

"Abang nak kemana?" Soal Haura bila nampak Arsyad seperti nya mahu pergi.

"Sayang flight pukul berapa?"

"Pukul satu petang nanti." Arsyad angguk kepala.

"Abang nak jumpa seseorang sekejap. Nanti abang datang balik." Haura bangun dan salam tangan Arsyad.

"Abang nak jumpa siapa?"

Dahi Arsyad sedikit berkerut. Gerahamnya seperti menahan marah.

"Kawan abang. Sayang jaga anak-anak tau. Abang janji abang tak akan lambat datang sini sebelum sayang ke airport." Dahi licin Haura dia cium perlahan.

"I love you, abang."

"I love you more, sayang."

••P/S: Hye, maaf lambat update. Author tiba" ada urusan. Ni sempat sampai bab 50 je update dulu. Lagi 10 bab baru author update esok pagi tau. TQ. Semua sekali ada 60 Bab.

Hye, maaf lambat update. Author tiba" ada urusan. Ni sempat sampai bab 50 je update dulu. Lagi 10 bab baru author update esok pagi tau. TQ. Semua sekali ada 60 Bab.

Share this novel

Zai Zai
2024-03-22 14:11:15 

sambung lagi

norsila
2024-03-21 22:09:16 

update pless

Rohani Hussin
2024-03-21 16:36:21 

update pleasee


NovelPlus Premium

The best ads free experience