HPD || BAB 26

Romance Completed 246547

BADAN Irsyad di betulkan supaya menghadapnya. Ibu jari si kecil masuk kedalam mulut, di isap perlahan seraya kaki bergerak lemah menendang angin. Nampak lebih aktif dari sebelumnya. Itu pun sudah cukup membuatkan Haura sedikit lega.

"Irsyad strong boy kan?" Dilagakan hidung si kecil sebelum dia memeluknya erat ke dada. Dia berharap, anak kecil ini sempat tumbuh besar dihadapannya. Dia sangat ingin melihat anak kecil itu menjadi remaja, menjadi dewasa dan punya keluarga sendiri. Tetapi harapannya punah. Mana mungkin anak kecil ini mampu bertahan.

Dia tahu...

Kerana itu dia berdoa, semoga Irsyad mampu bertahan beberapa tahun lagi supaya dapat mencipta kenangan sebanyak yang mungkin bersama anak kecilnya itu. Sudah terbayang didalam fikiran, bagaimana Irsyad ketawa, berbual dan bermain bersama. Alangkah bahagianya jika Tuhan menganugerahkan nikmat seindah itu.

Tapi sempatkah Tuhan?

Sempatkah dia tumbuh besar?

Bila tiba-tiba kereta yang dipandu Arsyad hampir masuk lorong lain, Haura segera membuang pandang pada Arsyad. Matanya hampir sahaja tertutup. "Arsyad?" Haura terus memegang stereng guna sebelah tangan bila dia nampak Arsyad seakan mahu pitam. "Arsyad." Haura menekan suara supaya menyedarkan Arsyad dari lamunan.

"Hmm..." Arsyad membuka kelopak mata. Dia kawal stereng masuk kelorong tengah semula. Pandangannya agak kabur dan denyutan dikepala menyukarkan lagi pemanduan.

"Awak okay tak ni? Kalau tak okay berhenti R&R dulu." Haura mula risau bila melihat wajah Arsyad yang memucat.

"Hm.." Itu sahaja jawapan yang Arsyad beri. Kelopak matanya sudah separa buka.

"Arsyad bangun!" Haura masih menahan stereng supaya tidak terbabas ke lorong lain.

Arsyad meraup wajah sebelah tangan. Sempat dia pitam beberapa saat sebelum terjaga semula. Dia terlalu risaukan tentang hubungan mereka. Tambah pula berita tentang kesihatan Irsyad. Demamnya semakin melarat.

"Maaf...abang..."

"Tak perlu terangkan. Cepat berhenti tepi jalan. Rehat disitu dulu." Haura cuba membantu Arsyad. Dia pusingkan stereng kekiri perlahan-lahan. Lorong disebelah kiri ketika ini kosong, jadi tidaklah membahayakan nyawa pemandu jalan raya yang lain walaupun tidak sempat memberi signal. Keadaan sekarang darurat. Arsyad seakan sedar tidak sedar sahaja sekarang.

Berhenti sahaja disana, Haura terus keluar dari tempat duduk. Dia buka pintu tempat pemandu dan turunkan kerusi supaya Arsyad dapat berbaring.

"Kalau dah tahu demam, kenapa tak berhenti rehat dulu! Kita bawa Irsyad awak lupa ke?!" Haura melepaskan amarahnya. Dia fikirkan tentang kesalamatan Irsyad. Jika berlaku kemalangan tadi, memang dia tidak akan memaafkan dirinya mahupun Arsyad! Irsyad kekuatannya. Tanpa Irsyad, mungkin dia tidak kuat untuk tersenyum lagi.

"Awak dengar tak ni?!" Haura pandang muka Arsyad dengan penuh kegeraman. Dia tahu Arsyad sedang tidak sihat tetapi dia tidak suka bila Arsyad tidak mengambil cakna tentang kesalamatan Irsyad ketika memandu tadi.

Arsyad cuba mengangguk kepala walaupun suara Haura hanya samar-samar kedengaran. Lengan kekarnya menutup wajah. Tidak mahu diganggu kerana kepalanya terasa sangat sakit. Denyutan di kepalanya seakan menyentak akar rambut. Dia hanya mahu rehat.

Haura mengeluh panjang. Dalam marah sebenarnya terselit rasa risau.

"Awak."

"Hmm..."

"Teruk sangat ke demamnya tu?" soal Haura selang beberapa keluhan.

"Kenapa tanya?" soalan dibalas dengan soalan. Haura tidak menjawab. Dia letak belakang tapak tangan pada dahi Arsyad. Panasnya!

Haura pandang wajah pucat Arsyad. "Kenapa tak bagitahu awal-awal yang awak demam?"

"Hmmmmm..." Panjang Arsyad menjawabnya. Dia sangatlah tidak larat untuk jawab segala pertanyaan dari Haura. Dia mahu tidur.

"Kalau tak larat pandu, biar saya je yang pandu."

"Bahaya malam-malam ni..." jawab Arsyad dengan lemah. Masih lagi menutup wajah dengan lengannya yang sebelah lagi. Dia tak mahu Haura memandu malam-malam begini. Bahaya.

"Tak apa. Cepatlah. Saya bawa awak ke klinik."

"Tak perlu, sayang..."

"Habis tak akan saya nak biar je?"

"Hmmm..."

Haura mengeluh panjang lagi. Dia buka pintu tempat duduk belakang. Cari baju atau apa-apa yang boleh dijadikan sebagai kain lap tapi tidak ada. Botol air berisi mineral yang terletak di poket tepi, dia ambil sebelum pergi ke pintu kereta tempat duduk pemandu semula.

Nak tak nak, terpaksalah dia guna kemeja yang tengah Arsyad pakai sebagai pengelap. Tak boleh dibiarkan begitu sahaja kalau suhu badan sedang meninggi.

Haura menundukkan kepala kedalam sedikit sementara jari-jemarinya membuka butang kemeja itu. Mujur Arsyad sudah tidur, tidaklah suaminya fikir yang bukan-bukan dengan apa yang sedang dia buat sekarang ni.  Satu persatu butang kemeja itu tertanggal. Bila sudah sampai kebutang terakhir, pandangan mata Haura jatuh pada anak mata Arsyad seraya telapak tangannya beralih menyentuh dahi itu.

"Arsyad."

"Hm?"

"Panasnya!" Haura baru perasan. Mungkin sebab itu juga Arsyad jadi lemah.

Tangan Arsyad merangkul pinggangnya dan menarik Haura ke dalam pelukannya. Jarak wajah mereka cuma beberapa inci sahaja sekarang ini. Biar hanya dia sahaja yang tahu bahawa dia sedang memastikan belahan jiwanya dalam keadaan selamat dibawah lindungannya.

"Sayang..." Nafas panas Arsyad menampar pipi mulusnya. "Tolong
jangan bagi abang harapan..." Pintanya lemah. masih lagi separa sedar.

Haura terkesima.

"Abang nampak sayang risaukan abang...tapi sayang masih tak nak batalkan tuntutan di mahkamah. Abang jadi keliru..."

Dia nampak halkum Arsyad turun dan naik selepas meluah. "Sayang masih cintakan abang?" Dia usap pipi Haura dengan tangan. Haura dapat rasa tangan panas itu mengusapnya dengan penuh kelembutan. Mata Arsyad nampak terdesak.

Haura menolak tangan Arsyad jauh dari pinggangnya. "Ni bukan harapan. Tapi berperikemanusiaan. Kalau dah longlai macam ni tak akan saya nak biarkan je? Dengan darah dekat kepala lagi. Awak bergaduh ke Arsyad Taqqi Mohammed?" Haura larikan pandangan dari bertentang mata dengan Arsyad.

Arsyad tidak menjawab pertanyaan Haura dan kekal diam. "Sekarang ni, boleh awak angkat badan? Saya nak guna kemeja awak untuk lap badan awak. Panas sangat ni. Sekali darah dekat kepala awak saya nak bantu bersihkan."

Arsyad angkat badan sedikit supaya memudahkan kerja Haura untuk membukanya.

"Dah berapa lama demam?" soalnya sambil menuang air pada kemeja. Arsyad tidak menjawab.

"Saya tanya ni Arsyad Taqqi Mohammed."

"Suka abang dengar sayang panggil nama panjang abang. Rasa macam baru bernikah." Haura terus mengeluh perlahan.

"Saya tanya awak betul-betul ni." Datar nadanya bertanya.

"Semalam, sayang..." Arsyad ambil tangan Haura. Dia letak pada pipinya. Mata terpejam. Dia usap pipinya pada tangan Haura.

Haura menarik tangannya dari genggaman Arsyad. "Cepat sembuh, persidangan tak lama lagi. Saya tak nak tertangguh."  Arsyad terdiam. Begitu benci Haura untuk berlama dengannya.

Bila dia nampak mata Arsyad merenungnya dengan senyuman nipis, Haura terus menekan kemeja basah itu pada luka Arsyad.

"Aww..."

"Untuk kali keberapa saya perlu ulang soalan? Awak bergaduh dengan siapa ni?"

Mata yang dari tadi pejam, kini dibuka semula. Arsyad dengar Irsyad merengek. Mungkin tak sedap badan. Sengaja mahu mengelak dari menjawab pertanyaan.

"Kenapanya?" soal Arsyad menghulur jari kepada Irsyad untuk digenggam. Bila tangan kecil Irsyad dapat menggenggam jari telunjuk ayahnya dan masukkan dalam mulut, terus sahaja dia diam. Rupanya dia tak suka baring sendiri. Dia takut. Dapat jari ayahnya saja sudah cukup membuatnya tenang dan merasakan kehadiran.

"Habislah jari ayah kena makan..." Masih lemah suaranya tetapi masih cuba kuat untuk membuat anaknya tertawa.

Habis air liur Irsyad mengalir.

Haura cuma perhati ketika Arsyad bermain tangan Irsyad dengan jari telunjuknya. Dia nampak macam mana bijaknya Arsyad dalam menenangkan anak kecil itu. Bila tersedar bibir sendiri  mengoyak senyuman, cepat-cepat dia padamkan.

"Dengar tak apa yang saya cakap?" Soal Haura dengan dingin.

Arsyad toleh kearah Haura semula. Jarinya dibiarkan saja digigit oleh Irsyad.

"Dengar, sayang..." Dia pandang mata Haura dengan sayu.

"My heart no longer felt as if it belonged to me. It now felt as if it had been stollen, torn from my chest by someone who wanted no part of it..." Tidak tahu kenapa. Malam ini, Haura tidak mampu untuk memarahi suaminya. Wajah sayu Arsyad buat hatinya lemah.

"Abang tahu abang terlalu memaksa sayang. Abang sangat terdesak. Maafkan abang sebab ikat talinya terlalu ketat, sampai abang tak perasan ikatan itu meninggalkan luka ditangan. Bukan hanya ditangan sayang tetapi ditangan abang juga." Arsyad mengukir senyuman untuk menyembunyikan kesedihan.

Haura menahan air matanya dari mengalir.

"Tak lama lagi, talinya akan abang lepaskan. Disaat itu pergilah, terbanglah semahu sayang. Sebagai hukuman, abang akan rawat luka sayang. Abang akan beri ruang selama mana yang sayang mahukan. Seribu tahun pun abang tak akan gentar. Abang nak sayang tahu, abang akan tunggu sampai sayang pulih dan terima abang semula." Arsyad mengambil lengan Haura dan dia lekapkan telapak tangan belahan jiwanya pada bahagian dada kanan.

Senyuman Arsyad terpadam ketika Haura menarik tangannya jauh.

"Saya tak faham. Saya ni, perempuan murahan je. Tubuh saya ni, kotor. Awak pun jijik dengan bekas lelaki yang dah sentuh saya kan?"

"Sayang di sentuh bukan atas kemahuan sayangkan? Sekarang, Abang dah tahu kebenaran. Sayang berharga. Lebih berharga dari sebuah berlian. Abang tak akan sia-siakan isteri abang buat kali kedua." Haura memandang wajah Arsyad. Berkerut keningnya menahan marah. Dia tidak suka bila Arsyad seakan-akan membuatnya serba salah.

"Maruah saya dah lama hilang."

"Biar abang pulihkannya semula. Biar abang rawat dan letakkannya dimartabat paling tertinggi." Pipi Haura di usap perlahan. Haura menepis tangan Arsyad.

"Apa lagi yang awak nak dari saya?"

"Cinta kita." Arsyad pandang Haura dengan penuh keikhlasan. "Abang nak cinta kita kembali. Abang akan tunggu sayang." Baru Arsyad dapat mengambil nafas semula. Dia melihat Haura dengan harapan.

    WALAUPUN dalam keadaan tergenting begini, tugasnya sebagai seorang doktor tidak boleh tidak dia ketepikan. Dengan beberapa operasi yang perlu dia jalankan, terpaksalah Arsyad datang ke hospital untuk bertugas.

Tubuh sahaja di tempat kerja padahal otaknya sudah terbang jauh! Fikirannya semakin runsing memikirkan tentang surat Dari mahkamah tentang gugatan Haura terhadapnya untuk mendapapatkan talak buat kali kedua.

Dokumen pesakit dibiarkan bertimbun diatas meja. Berselerakan. Hatinya gundah memikirkan bakal sehancur hatinya untuk kesana  pada tarikh yang telah mahkamah tetapkan.

Kalau tanya tentang amarahnya kepada keluarganya, memang sudah tidak tertahan. Tetapi Arsyad mahu fokus pada kerjanya dahulu sebelum membalas segala apa yang telah mereka lakukan terhadapnya bersama Haura!

Arsyad mengurut jinjang lehernya yang mula terasa tegang. Dia bersandar pada kerusi kerjanya.

Lepas je selesai tamatkan pembedahan pagi tadi, dia rasa taksedap badan. Mana tak nya, bulan ni dia tak cukup rehat kerana jadualnya yang padat. Ototnya rasa tegang.

Berusaha tenang padahal hatinya tidak bakal setenang itu.

Dia pandang sekeliling. Rakan sekerjanya yang lain sedang sebok menyelak dokumen penting. Ada yang tertidur. Ada juga yang sedang berbual antara satu sama lain.

Tiba-tiba pintu dihempas dengan kuat.

"I'm back guys!!!" teriak Kamal dengan membawa rakan sekumpulannya. Punya lah tahap meriah tu, sampai yang tertidur pun terus terjaga.

"Kamal! Awal sampai?" soal Qaish yang sedang fokus menaip pada komputer dihadapannya.

Kamal angkat tangan kanan. Senyum bangga.

"Ini Kamal lah! Petik jari je terus sampai!"

Terbahak-bahak rakan sekerja yang lain mendengarnya.

"Yolah! Lupa pula kau hero tamil. Hi hi hi!" sampuk Lina dengan ketawa halusnya. Dah macam pontianak pun ada.

Kamal telan liur.

"Stop Lina, enough..." Dia tutup telinga dengan riak muka dia yang main peranan. Memang ketawa terbahak-bahak lagilah diorang semua. Terpaling drama queen si Kamal ni.

Arsyad langsung tidak memberikan tumpuan pada kehadiran Kamal. Tangan kanan nya masih mengurut jinjang leher. Fikirannya sangat berserabai sekarang ini.

Pandangan Kamal tertumpu pada Arsyad.

"Ha! Aku lupa pula! Memandangkan operasi pembedahan jantung pesakit VVIP kita berjaya. So, bos belanja hot coffee ni untuk kita semua! Kita kena berterima kasih dengan doktor pakar kita! Dr. Arsyad kita! Hidup Arsyad! Hidup Arsyad!!!"  laung Kamal kuat-kuat. Rakan sekerja yang lain bersorak kuat. Tepuk tangan.

Kopi panas yang berbungkus-bungkus itu dia letak atas meja. Berebutlah rakan sekerja yang lain mengambil bahagian masing-masing.

"Hidup Dr. Arsyad!" Rakan sekerja yang lain mengangkat tangan dan laung beramai-ramai. Dah macam laungan kemerdekaan aje gayanya. Si Kamal ni lah punya pasal, lain kali ajak satu hospital laungkan sekali.

Arsyad mengurut pelipis. Sorakan mereka hanya membuatkan fikiran Arsyad semakin kusut.

"Hero gue!" teriak Kamal.

"Kau cuba bertenang sikit," kata Arsyad. Dia ketawa perlahan. Cuba sebaik mungkin untuk tidak mengguris hati Kamal kalau melayannya dengan emosi.

Kamal pegang bahu Arsyad. Bulat kan mata.

"How?! Kau hebat gile Syad. Aku tak mampu nak ikut jejak kau. Urgh..." puji Kamal.

"Sarah macam mana? Kau kata dia muntah-muntah semalam?" soal Arsyad. Memang saja dia nak lari topik sikit. Dia kurang minat bab bab bila di puji ni. Kadang rasa macam Naik muak pun ada.

Kamal mula tarik muka. Kenapa Arsyad mahu mengambil tahu tentang Sarah?

"Pregnant." Mendatar dia jawab.

Arsyad terdiam. Macam tak bahagia aje nada Kamal kali ini.

"Kau memang plan tak?" soal Arsyad.

Kamal angguk kepala.

"Plan..."

Arsyad angguk kepala perlahan sebelum berdehem beberapa kali untuk hilangkan kejanggalan diantara mereka.

"Kau dengan Haura...macam mana?"

Zas! Kali ni, hati Arsyad pula yang rasa terusik. Kenapa nak bagkitkan soal Haura pula?! Urgh! Arsyad mengeluh perlahan sebelum bersandar pada kerusi kerjanya semakin kebelakang.

"Masuk mahkamah syariah nanti."

"What?"

"Haura dah buat gugatan. Pasal aku...sebab dia nak tuntut cerai..."

Arsyad mengurut pelipis. Ah! Mahu tumpah lagi air matanya!

Kamal cepat-cepat menepuk belakang Arsyad.

"Kau nak aku teman kau?"

"Tak payah, jadual kau penuh. Aku pergi sorang."

Kamal angguk kepala lagi.

"Okay, habis je tugas. Kau cerita je kata aku apa yang kau rasa sedih. Aku ada untuk kau."

Arsyad tersenyum nipis.

"Nasib aku ada kau Kamal."

Share this novel

norsila
2024-02-17 17:30:26 

kesian3 gi mampus si kamal ni..hihihi....hai..lah bilo nk kantoi si kamal ni..huuu

Rohani Hussin
2024-02-17 14:02:45 

kesian Arsyad..dpt kwn mcm setan..depan lain belakang lain


NovelPlus Premium

The best ads free experience