HPD || BAB 29

Romance Completed 246547

"KAU okay tak ni?" soal Eizkil ketika memandang kearah Kamal. Dia perasan Kamal tengah termenung jauh. Tak tahu apa yang sedang dia fikir.

Anak mata Kamal melirik sedikit. Memberi tanda bahawa dia sedang tidak baik-baik.

"Sarah, dia yang bocorkan rahsia." katanya dengan nada mendatar. Fikirannya bertambah serabut. Kalau Arsyad tahu tentang rancangan Tan Sri Hazlina, sudah semestinya Arsyad akan mula bertindak untuk mencari kesemua dalang-dalang yang terlibat.

Kalau Arsyad dapat tahu, habis rancangan dia nanti!

Eizkil terus menoleh. Terkejut jugalah bila dapat tahu isteri Kamal cuba merosakkan rancangan suaminya sendiri.

"Macam mana kau tahu?"

"Arsyad bagitahu aku haritu." Kamal menjeling kegeraman. Sebab ini jugalah dia naik angin dengan Sarah. Sarah tidak tahu betapa bahayanya jika dia terjebak dalam kes ni. Satu, rancangan Kamal untuk jatuhkan Arsyad bakal ketahuan. Dua, Tan Sri pasti akan mengarah Kamal dan Eizkil untuk menghentam Sarah punya.

Eizkil mengurut pelipis.

"Habis, kau nak buat apa sekarang?"

"Aku...aku buntu Eiz. Aku kena cepat-cepat hantar rekod gelap Arsyad pada pengarah sebelum semua agenda terbongkar tapi masalahnya aku tak dapat arahan dari Tan Sri lagi." Kamal meramas anak rambut kerana fikirannya semakin kusut.

"Kau ajarlah sikit bini kau tu. Jangan bagi dia kacau rancangan Tan Sri dan rancangan kau. Kau kata kalau kau kena guna kekerasan, kau akan guna kan?" Senang sahaja Eizkil memberikan idea yang tidak semenggah itu tanpa memekirkan tentang hukuman yang bakal mereka tanggung kerana menganiayai wanita yang tidak bersalah.

"Memanglah aku kata macam tu sebelum ni. Yang jadi masalahnya, aku baru tahu isteri aku mengandung. Dia tengah mengandungkan anak aku Eiz." Mood Kamal terus berubah. Iya, setelah mengetahui kewujudan penghuni pertama didalam rahim isterinya. Fikiran Kamal menjadi buntu. Dia risaukan kandungan isterinya. Dia tak kejam sampai nak bunuh anak sendiri.

Bagaimana jika Tan Sri Hazlina mengarahnya untuk membunuh Sarah kerana dia menjadi dalang rahsia mereka terbongkar?

Bagaimana jika dia tidak sempat menyambut anak pertama mereka setelah hampir dua tahun penantian?

Sebab itulah Kamal tidak pernah senang sebaik sahaja mengetahui Sarah mengandung. Hatinya jadi tidak tenang. Bila-bila masa sahaja dia akan diberi arahan untuk menamatkan riwayat isterinya.

Kalau tidak dia, pasti Eizkil!

Eizkil tersengih senget.

"Sayang bini rupanya..."

Kamal memandang tajam kearah Eizkil yang seakan-akan mengejek dirinya.

"Aku tak pernah cakap pun yang aku tak sayang." Kamal mengeluarkan sekotak rokok berjenama cigarette. Dia ambil sebatang daripadanya. Letak hujung mulut dan hidupkannya dengan pemetik api.

"Kau tahu berita pasal Arsyad serang Tan Sri beberapa minggu lepas?" soal Eizkil.

"Sebab aku tahulah, aku tengah tak senang duduk sekarang ni."

"Get ready, antara aku atau kau. Kau tahukan kalau berita isteri kau yang sebar rahsia ni pada Arsyad, Tan Sri tak akan diam." Eizkil memberi amaran. Terus menggelegak darah Kamal. Dia tahu itu tetapi dia tidak suka bagaimana cara Eizkil mengatakannya. Cara pandangan, cara senyuman sengetnya, seperti lelaki itu mahu melakukan lebih dari mengapa-apakan.

Sebatang cigarette yang baru sahaja masuk didalam mulut tadi, Kamal ludah ke lantai.

Leher Eizkil menjadi mangsa. Dia bangun dan terkam leher Eizkil sehingga kedua-duanya terjelopok ke bawah.

"Jangan. Usik. Isteri. Aku." Kamal memberi amaran. Dia sahaja tahu bagaimana caranya untuk mengajar isterinya. Hanya dia. Dia tidak mahu Eizkil mengusik isterinya. Tidak. Dia lebih sanggup melakukannya sendiri.

Niatnya berkomplot dengan Tan Sri pun hanya kerana hamu jatuhkan Arsyad. Tapi dia tidak sangkalah isterinya bakal terlibat sekali.

"Kalau bos beri arahan. Aku terpaksa ikut arahan bro." Sengaja Eizkil mahu memanaskan lagi keadaan. Dia lebih suka bermain dengan kemarahan Kamal begini. Lagipun, dia pernah merasakan yang lebih teruk. Eizkil pernah disuruh untuk membunuh isterinya yang sedang sarat mengandung kerana membuka bilik rahsianya dirumah. Didalam bilik rahsia itu, tersimpan rancangan-rancangan Tan Sri dan rekod gelap yang pernah keluarga itu lakukan.

Tan Sri. Pasangan suami isteri itu pernah membunuh lebih dari sepuluh orang untuk keuntungan mereka. Mereka jutawan tetapi hidup dalam melakukan jenayah. Mereka merasuah syarikat lain, peguam dan politik untuk meraih kejayaan tertinggi dalam dunia perniagaan sehingga ketahap international.

Maksudnya, sebelum Haura. Ramai lagi mangsa yang termasuk didalam perangkap mereka.

Eizkil sudah bekerja di bawah Tan Sri lebih dari sebelas tahun berbanding Kamal yang baru sahaja dua tahun mengikuti rancangan mereka. Bagi Eizkil, Kamal masih lagi mentah. Tersilap langkah jika dia masuk kesini tanpa memikirkan bakal apa yang terjadi pada keluarganya.

Eizkil sudah banyak menumpahkan darah.

Isteri, mahupun kawan baik sendiri.

Jadi dia sudah cukup baik memberi arahan kepada Kamal.

"Jangan berani-berani Eiz!" Buku lima diangkat, menunggu masa untuk menumbuk muka Eizkil sahaja.

"Aku memang berani."

"Eiz!"

Bam! Satu tumbukan padu dia landaskan dipipi Eizkil.

"Aku pernah rasa banyak kehilangan Kamal. Lagi banyak makan garam dari kau. Yang paling menyakitkan. Aku diarah untuk bunuh isteri aku yang sedang sarat mengandung. Tepat masa air ketuban isteri aku dah pecah. Mata dia...merayu...aku rasa nasib kau dan nasib aku sama sahaja." Eizkil cuba tahan air mata. Wajahnya bertukar dingin semula.

"Dan sekarang, giliran isteri kau kerana berani mati kacau rancangan Tan Sri." Tangan Eizkil menepis. Dia bangun semula.

"Aku dan kau tak akan pernah sama!"

Deringan telefon membuatkan kedua dari mereka tersentak. Segera Eizkil menolak Kamal ketepi sehingga terjelopok dia diatas lantai.

"Tuan." Mimisan darah yang keluar dari lubang hidung, Eizkil kesat dengan telapak tangan. Kamal pula mendengus kuat. Dia tahu itu panggilan dari Tan Sri. Kalau dah malam buta begini buat panggilan mesti ada sesuatu yang tidak kena. Makin tak sedap hati dia dibuatnya.

"Apa?!" Eizkil memandang Kamal dengan cuak. Apatah lagi reaksi Kamal yang tidak tahu apa-apa.

"Baik tuan. Baik!" Panggilan dimatikan.

"Kenapa?" soal Kamal.

Muka cuak Eizkil dapat dihidu oleh Kamal. Sah! Ada benda buruk yang sedang terjadi.

"Matilah Sarah. Mati!" Eikil terus memakai suit kembali. Kamal terus menerkam leher Eizkil yang sedang mengambil sepucuk pistol diatas meja.

"Apa maksud kau?! Apa yang mati?!" Menggigil tangannya mengepal kolar leher Eizkil.

"Kau tak reti jaga isteri ke?! Sarah sekarang ni dekat diam-diam masuk wad Fawaz! Tan Sri nampak dari CCTV hospital. Dia arah kita kesana. Sekarang!" Rasa mahu meletup jantung Kamal bila dia dengar berita tu. Segera dia lepaskan genggaman dan cuba membuat panggilan buat Sarah. Gagal! Dia cuba lagi dan gagal lagi!

"Sial!!!"

      SARAH berjalan laju sambil meneliti nombor pada setiap wad.

"200..." Dia melangkah lebih laju.

"201..." Sarah pegang dada. Semakin dekat dengan nombor yang dia cari, semakin gugup pula hati.

"202!" Tangannya segera menolak daun pintu.

Fawaz? Terbeliak mata Sarah melihat keadaan Fawaz dihadapan matanya sekarang ini. Dengan penuh wayar satu badan, tiub yang terjolok dalam mulut dan hidung membuatkan Sarah rasa ngeri. Kepalanya berjahit dan tubuhnya lumpuh sepenuhnya.

"Fawaz..." Sarah segera tutup pintu dan berjalan mendekati katil. Dia nampak anak mata Fawaz melirik kearahnya.

"Sa....Saaa..." Fawaz memanggil namanya. Sarah tahu. Dia tarik kerusi dan duduk disebelah Fawaz.

"Teruknya keadaan kau Fawaz." Sarah letak sejambak bunga disebelahnya. Kesian pula bila tengok keadaan Fawaz teruk sampai macam ni.

"Kau jangan risau, rahsia dah terbongkar. Arsyad dah tahu kebenaran. Aku tabik dengan kau Fawaz, kau akui kesilapan walaupun kau tahu nyawa kau dalam bahaya. Nama Haura dah bersih." Sarah tersenyum.

"Kau boleh rehat dengan tenang..."

Mendengarkannya, terus terukir senyuman nipis dibibir Fawaz. Betullah, dia boleh berehat dengan tenang. Tugasnya sudah selesai.

Bunyi monitor bergema didalam ruangan.

Tanpa membuang masa, Sarah terus mengeluarkan gambar Kamal dan tunjuk pada Fawaz.

"Kau...kenal suami aku?" soalnya dengan cemas. Berdebar dia mahu tahu kebenaran.

Mata Fawaz membulat. Takut.

"Kenal?" soalnya lagi untuk mendapatkan jawapan.

"Kalau kau kenal Kamal, kau kelip mata tiga kali."

Fawaz kelip mata tiga kali. Sarah dapat agak.

"Dia ada kena mengena dengan kemalangan kau tempoh hari?"

Fawaz kelip mata tiga kali lagi.

"Dia...tak nak kebenaran terungkap?"

Sekali lagi Fawaz kelip mata.

"Maksudnya Kamal-"

"Puas dah korek maklumat tentang Kamal?" Terkedu. Berdiri tegak bulu roma Sarah ketika suara seorang lelaki menyerbu dalam wad. Perlahan-lahan Sarah menoleh kebelakang. Eizkil dan Kamal. Pandangan Sarah tertumpu pada Kamal. Kecewa.

"Pegang dia." arah Eizkil.

Kamal menapak kedepan dengan wajah dingin.

"Biy?" Suara Sarah kedengaran hampa. Rupanya, suaminya sendiri yang memusnahkan hidup Haura. Sarah menapak kebelakang. "Apa semua ni?" Dia cuba menerima kenyataan tetapi gagal. Tangan Kamal menahan Sarah. Dia peluk Sarah dengan kasar dari belakang dan membuatnya menghadap kearah Fawaz yang masih terbaring.

Eizkil pergi kearah Fawaz. Sarung tangan getah segera dia pakai untuk menghilangkan jejak cap jari.

"Apa kau nak buat pada Fawaz!" Sarah berteriak tetapi mulutnya ditekup selepas itu dengan tangan Kamal.

Fawaz cuma tersenyum pasrah. Anak matanya tidak berhenti melirik pada Sarah. Dia mahu mengatakan pada Sarah bahawa dia sudah redha. Jika ajalnya sudah tiba, dia rela. Dosanya terhadap Haura sudah terlepas.

"Diam Sarah." Kamal memberi amaran.

Eizkil duduk disebelah Fawaz dan tersenyum senget.

"Hari ni, aku datang sebagai malaikat maut." Eizkil ketawa sinis. Jari-jemarinya bermain-main dengan tiub mesin ventilator yang berhubung dengan mulut Fawaz sebagai alat bantuan pernafasan.

Air mata Sarah mengalir. Dia cuba melepaskan diri dari genggaman Kamal tapi gagal.

"Kata-kata terakhir?" soal Kamal pada Fawaz.

Tapi soalan itu membuatkan Kamal dan Eizkil ketawa terbahak-bahak.

"Lupa pula dia lumpuh, tak boleh nak bercakap." Eizkil turun dari katil dan mendekat kearah mesin ventilator. Dia tersenyum sebelum menekan butang mati.

Fawaz mula mendengus kesesakan nafas.

"U-urgh...a-a-aarghh..." Sedaya upaya dia cuba mencari oksigen untuk terus hidup tetapi sulit kerana gangguan sistem saraf yang menyebabkan kelemahan otot pernapasan.

Depan mata Sarah, Fawaz perlahan-lahan pergi.

"Fawaz! Fawaz!" Sarah cuba menjerit tetapi mulutnya masih ditekup kuat oleh Kamal.

"Diam Sarah, kau nak orang lain dengar ke?" soal Kamal kegeraman.

Semakin lama, degupan jantung Fawaz lemah. Nafasnya tersekat-sekat. Warna kulitnya berubah pucat. Anak mata Fawaz seakan-akan merayu meminta pertolongan pada Sarah tetapi dia tidak mampu melepaskan diri dari genggaman suaminya.

"Fawaz bertahan!" Sarah mahu mengatakan itu pada Fawaz. Dia sangat mahu menenangkan Fawaz yang sedang ketakutan.

Bila kelopak mata Fawaz tertutup.

Titttt.......

Garisan pada monitor terus datar.

"Misi selesai." Eizkil jalan kearah Sarah. "Ikut kami kalau tak nak terima nasib yang sama macam Fawaz." Eizkil berjalan keluar bersama Kamal. Sarah dipaksa ikut. Bahunya dicengkam kuat supaya tidak terlepas.

Mentalnya sangat terganggu. Perutnya jadi mual setelah melihat bagaimana Fawaz dibunuh dihadapan matanya.

"Siap?" soal tiga pengawal peribadi yang sedang menjaga pintu dari luar.

"Settle." Eizkil senyum puas.

"CCTV under cover. Zeyn upah pengawal hospital untuk tutup. Jangan risau." kata Que sebelum mengiringi Eizkil, Kamal dan Sarah menjuju keluar dari hospital.

"Clean buat kerja." Eizkil ketawa perlahan. Seronok pula lepas habiskan misi.

"Macam tak biasa pula buat kerja dengan kami." Que juga ikut ketawa.

Sarah ditolak masuk kedalam perut kereta. Selama perjalanan, Sarah hanya menangisi pemergian Fawaz. Hatinya sangat kecewa dengan Kamal. Tidak sangka dia berkahwin dengan orang yang kejam. Tidak sangka suaminya sanggup musnahkan hidup Haura.

Fabio mengikut dari belakang. Kamera depan merakam nombor plate kereta Kamal.

"Obiettivo in vista, signore. (Sasaran dihadapan mata, tuan.)" Fabio memberi maklumat pada Luiz.

"Istruzioni? (Arahan?)" soal Fabio.

"Tre istruzioni. Seguire, preparare, attaccare. capire? (Tiga arahan. Ikut, bersedia dan serang. Faham?)" Luiz memberi arahan. Dia masih didalam jet peribadinya. Dalam perjalanan ke Malaysia.

"Si!" Fabio menutup panggilan dan menoleh seketika dibelakang. Alessandro dan Sean saling membalas pandangan. Mereka angguk kepala dan merenggangkan badan untuk pemanasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience