HPD || BAB 48

Romance Completed 246547

ARSYAD memegang tangan Haura. Dia berlutut dihadapan anak-anaknya, dia melambai kearah mereka.

"Anak-anak ayah! Ni ayah!" Arsyad menunding dadanya untuk memberitahu mereka bahawa dia adalah ayah mereka. Dia berharap anak-anaknya mengenalinya.

"Irsyad!" Arsyad melambai semakin bersemangat kearah Irsyad. Dia rasa sebak sangat bila nampak anak lelakinya ini sudah tumbuh besar tanpanya disisi. Arsyad pandang kearah anak perempuannya pula. Comel sangat. Rambut nipisnya diikat dua. Kecil lagi. Muka pula sebiji ikut Haura.

"Anak kedua kita, namanya siapa?" bisik Arsyad. Haura masih dalam sedunya. Dia tak lepas peluknya dari pinggang suaminya.

"Iryana."

"Comel, macam ibu dia." Semakin sebak Haura mendengarkannya. Dia tidak berhenti menatap wajah suaminya. Wajah yang dia nanti kan selepas empat tahun penantian. Dia berharap semua ini bukan sebuah mimpi, dia sangat mengharapkannya. Mata dibuka seluas yang dia mampu. Tidak ingin menutupnya atau terjaga dari lena seandainya ini hanya sebuah mimpi indah.

"Abang pun comel.." Haura meletakkan telapak tangannya pada pipi Arsyad. Dia cubit cubit pipi itu sambil menatap tepat kedalam anak mata coklat pekat milik suaminya. Sekejap dia menangis sekejap dia tersenyum.

Arsyad memegang telapak tangan Haura dan menutup mata. Pipinya mengikut belaian itu. Dia buka mata semula. "Sayang cantik, comel, manis, menawan, semua sayang punya." Haura tertawa kecil. Dia tunjuk kearah anak-anak mereka.

"Tengok tu, diorang terkejut."

Arsyad membuang pandangannya kearah Irsyad dan Iryana. "Sebiji muka sayang tadi, macam nampak hantu." Haura terus cubit manja pinggang Arsyad.

"Semua salah abanglah! Elok-elok dekat dalam kubur, tiba-tiba keluar balik. Mana tak terkejutnya kami! Sampai rasa macam nak meletup dah jantung Haura tau!" Arsyad tertawa lagi melihat reaksi Haura. Comel sangat bila dia marah.

"Haura ingat Haura dah gila!" Dia peluk suaminya. Kuat. Tak nak lepaskan. "Haura ingatkan Haura tengah bermimpi! Haura tak kisah! Kalau Haura betul-betul tengah bermimpi! Haura tak nak bangun! Haura nak bersama abang! Haura tak tahan dah buat semua sendiri! Sakit sangat dah hati Haura tunggu abang!" luahan Arsyad membuatkan hatinya juga turut merasakan kesakitan yang sama.

"Abang pun sakit. Abang tak tahu apa yang jadi dekat sayang disana. Abang tak kenal anak-anak abang. Abang tak pernah ada dengan isteri dan anak-anak abang. Abang tak suka tinggal di Itali. Abang nak balik dengan sayang ke Malaysia..abang nak kita bersama macam dulu.." Haura angguk kepala, mempersetujui luahan dari suaminya pula. Mereka sama-sama sakit.

"Dah? Jangan sedih-sedih." Arsyad mengesat air mata Haura lagi.

"Tapi Haura tak habis lagi!" Haura sambung menangis membuatkan Arsyad tertawa kecil. Geli hati bila Haura tidak berpuas hati.

"Nanti kita sambung gaduh." Arsyad memicit hidung Haura. "Sekarang ni, abang teringin sangat nak peluk anak-anak kita." Arsyad kembali menoleh kearah Irsyad dan Iryana yang masih berdiri disana.

"Syad! Ini ayah...Syad kenal ayah? Ayah rindukan Syad!" Irsyad tergamam. Dia tengok ayahnya dari jauh sedang melambai kearah nya.

"Sini, ayah nak peluk." Arsyad memanggilnya.

Kaki kecilnya ingin melangkah kehadapan. "Peluk...peluk ayah... Syad nak..." Ini adalah keinginannya selama ini. Tetapi hatinya penuh keraguan. Bukankah ayahnya sudah meninggal dunia? Benarkah dihadapamnya sekarang ini adalah ayahnya?

"Syad, ni ayah...Syad dah lama nak jumpa ayahkan? Sini peluk ayah, peluk suami ibu." Haura ikut memanggil Irsyad yang masih terpasak bersama Iryana. Mereka nampak kebingungan. Sama seperti reaksi Haura sebelum ini. 

"Ayah!" Irsyad tersenyum penuh kegembiraan apabila si ibu sudah berjaya meyakinkannya. Hatinya terlalu teruja. Sebelum Irsyad mengatur langkah, dia toleh ke belakang. Dia nampak Iryana hampir menangis.

"Yan, jom ikut ayong. Kita dah jumpa ayah!" Irsyad mengatakannya sambil kakinya terjungkit-jungkit kerana terlalu bahagia. Dia sudah lama menunggu saat ini. Dia mahukan ayah, dia rindukan ayahnya. Dia mahu Iryana juga merasakan kebahagiaan yang sama dengannya.

Iryana mahu menangis kebingungan. Dia geleng kepala.

"Tanak!" Kakinya di keraskan bila abangnya cuba untuk menariknya bersama. Arsyad dan Haura rasa begitu terharu melihat kesungguhan Irsyad untuk memujuk adiknya.

"Tu ayah, Yan. Ayah kita!" Irsyad terlompat kecil. Dia tak boleh sembunyikan lagi perasaan teruja didalam hatinya. Wajahnya penuh dengan keceriaan.

"Antu...antu...momok..." Dia mengeraskan tangannya pula. Tak pasal-pasal, Iryana menangis. Dia takut kerana ingatkan ayahnya adalah mayat yang bangkit dari kubur macam dalam cerita hantu.

Irsyad tertawa bila dengar Iryana menggelarkan ayah mereka hantu. Jadi dia memeluk perut buncit adiknya. "Mana ada hantu! Hantu tak boleh pakai baju beruang. Tu kan papa teddy. Yan suka papa teddy kan? Papa teddy tu ayah kita!" Masih dalam percubaan untuk memujuk.

"Papa Teddy ayah kita?"

"Iya! Yan suka kan?"

"Cuka! Yan cuka cangaaaat!" Iryana ikut melompat bila nampak abangnya melompat sambil memegang tangannya.

Arsyad mendepa tangannya. Bersiap sedia untuk memeluk anak-anaknya yang sedang berlari kearahnya. Bunyi tawa Iryana dan Irsyad ketika berlari bersama, sangat menggembirakan hati Arsyad.

"Ayah!"

"Ayah!" Irsyad dan Iryana serentak memeluk ayah mereka. Sampai tergolek ke atas rumput bersama-sama. Entah kali keberapa air mata Haura menitis. Dia tumpang bahagia untuk anak-anak dan suaminya. Akhirnya, mereka dapat bertemu jua. Bersatu hasil dari penantian.

"Sayang!" Arsyad depa tangan pada Haura juga.

"Abang!" Haura ikut menghempap atas badan Arsyad bersama anak-anaknya. Irsyad tatap wajah ayah dia. Jari telunjuknya tekan pipi ayahnya.

"Macam Syad..." Dia tekan batang hidung ayahnya pula. Matanya menatap wajah ayahnya tanpa jemu. Dia mahu melihat wajah itu selama yang dia mampu.

Iryana pula sekejap nak peluk dan sekejap takut. "Antu! Antu ayah! Antu papa teddy!" Haura peluk Arsyad dihadapan Iryana untuk meyakinkannya. Mereka masih terbaring bersama-sama di atas rumput nipis taman bunga ini.

"Tengok ibu peluk ayah. Kalau Yan takut, Yan rugi..."

"Aaaaaa, nak peyuk ayah!" Tak boleh jadi, dia juga mahu memeluk ayahnya setelah melihat ibunya berbuat demikian. Dia duduk dan lompat atas perut kekar itu sebelum memeluknya. Irsyad pun ikut apa yang Iryana buat.

Arsyad memeluk isteri dan anak-anaknya erat. Sinar bahagia mengerlip di matanya. Kuntum kegembiraan mengembang di hatinya sekaligus menghalau kesedihan yang sudah lama bertapa di hatinya. Degupan jantung mereka berdegup kencang, seriang kicauan burung-burung yang membelah cuaca pagi.

"Ayah rindu korang..."

"Syad pun!"

"Yan pun!" Mereka memandang kearah Haura dengan senyuman melebar. Menunggunya untuk mengatakan yang sama juga seperti mereka.

"Haura pun rindukan abang!" Serentak mereka tertawa sambil memeluk erat antara satu sama lain. Arsyad berharap, putik-putik kemesraan ini akan dapat menebarkan keharuman kasih sayang yang mampu mengubat luka-luka di hati mereka selama beberapa tahun yang tersulit ini.

"That's my girl..."

 

                     
               NATHAN masih menunggu di meja tadi, majlis persandingan Sarah pun dah nak habis tetapi figura Haura dan anak-anaknya masih belum muncul. Dia memegang jari-jemari kerana kerisauan.

"Mana pula mereka pergi ni?" Matanya melilau sekeliling dewan, tiada pula nampak batang hidung Haura. Tak boleh jadi, Nathan bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan dewan.

"Haura!" Setapak demi setapak Nathan mencari keberadaannya. Mesej dan panggilannya langsung tidak di jawab oleh Haura. Dia takut kalau ada perkara buruk terjadi kepada gadis itu. Hatinya jadi gemuruh.

"Yan! Syad!" Dia panggil nama-nama anak Haura pula. Lorong kecil yang sedang di jejaki ini adalah lorong menuju ke taman bunga. Sesampai sahaja disana, dia nampak Arsyad, Iryana, Irsyad dan Haura sedang tertawa sambil berpelukan diatas rumput nipis bersama. Segera Nathan bersembunyi di sebalik semak.

"Kita tak perlukan uncle Nathan lagi! Kita ada ayah!" Ayat yang keluar dari bibir Irsyad tanpa sengaja menikam hati Nathan. Dia menelan kata-kata itu dengan payah. Nathan tahu hari ini pasti akan tiba. Hari dimana, tugasnya untuk menjaga Haura dan anak-anaknya akan selesai seperti yang Arsyad amanahkan kepadanya sebelum Arsyad di bawa lari ke Itali.

••••Flasback••••

"KITA mulakan sekarang, di mulai dengan tutup mukanya." Serkup hitam mula menutup kepalanya.

"Allah..."

"Ya Allah..." ucapnya dengan penuh ketakutan. Di dalam ini gelap. Sangat gelap. Hatinya terasa punah harapan. Kakinya mula longlai tetapi segera ditahan oleh polis yang berada dikelilingnya.

Tali diturunkan dari atas, polis yang menjaga menyambut tali tersebut dan melingkarinya pada leher Arsyad.

"Haura...Haura ada...Haura ada dengan abang..." Arsyad cuba menenangkan dirinya, membayangkan Haura tetap berada disisinya. Gambar perkahwinan mereka di genggam erat didalam telapak tangan.

"Naik!"

"Abang sayang Haura." ucapnya sebelum terangkat keatas. Kakinya ternaik keatas. Terasa bagaimana tidak menjejaki tanah. Lehernya terasa ketat dan semakin ketat.

"Asyhadu...Allaha...Ilahail...Allah..." Air matanya mengalir. Tersekat nafasnya ketika mengucap dua kalimah syahadah.

"Waasyhadu...Anna...Muhammad... Rasulullah..." Kakinya bergoyang kuat keudara. "Allah...sakitnya...Ya Allah... sakit..." Gambar perkahwinan mereka jatuh ke bawah.

Arsyad terus menggeleng kepala. Membayangkannya sahaja membuatkan dia kegugupan. Dia sangat ketakutan.

"Sedia?" soal penjaga penjara tersebut. Arsyad menoleh kepintu pelawat tadi seketika.

"Sekejap, Tuan." Arsyad menggenggam buku lima. Dia masih menanti kehadiran Haura.

"Lagi satu minit." Serkup bewarna hitam berada didalam genggaman pegawai polis. Bersedia untuk menerkup kepala Arsyad apabila minitnya habis.

"Sayang...abang tunggu ni..." Arsyad masih menumpukan pandangannya disitu. Tempat dimana Haura dan dia bertemu.

"Abang tunggu..." Tetapi apakan saya, Haura masih tak kunjung tiba. Arsyad di bawa masuk kedalam pagar hitam menuju ke bilik tali gantung.

"Abang!!!" Degupan jantung Arsyad terhenti bila dia dengar suara Haura memanggilnya dari kejauhan.

"Abang!!!" Haura berlari lagi sehingga sampai ke penghujung lorong. Dia nampak Arsyad sudah di bawa jauh dari situ. Ada palang-palang hitam menjadi penghalang. Irsyad terjaga dari lena dan mula menangis dI dalam career baby bahagian dada ibunya.

"Abang!!!! Jangan tinggalkan Haura!!!!" Tangannya menggenggam palang hitam itu dan menggegarkannya.

"Abang!!!" Langkah Arsyad terhenti. Sempat dia pusing seketika setelah mendengarkan raungan isterinya dari belakang.

"Sayang..." Arsyad memberikan senyuman terakhirnya sebelum ditarik keluar dari situ.

"Abang!!!!! Haura dah bawa Tomyam tu!!! Abang!!!!" Bergema suara Haura berteriak. Membuatkan langkah Arsyad semakin longlai. Air matanya mengalir. Dia juga tidak mahu berpisah tetapi dia tidak mampu untuk melawan.

Sesampai di satu sudut, Ameer yang menjaganya berhenti menapak. Tiba-tiba Arsyad nampak Nathan datang kearahnya dengan seorang lelaki yang kepalanya sudah di tutup dengan serkup hitam.

Nathan angguk kepala. Begitu juga dengan Ameer. Mereka bertukar tangan. Ameer mengambil lelaki yang kepalanya sudah di tutup tadi, manakala Nathan pula mengambil Arsyad. Dia masuk ke lorong kecil menuju ke pintu keluar.

"Ikut sini." Arah Nathan. Arsyad dalam keadaan yang kebingungan hanya mengikut sahaja kemana Nathan mahu membawanya. Sebelum mereka sempat keluar, Nathan meminta Arsyad untuk ganti pakaian. Gari ditangannya juga di buka. Mereka tak perlu risau, Luiz sudah bekerjasama dengan penjaga penjara mengikut caranya. Dia mafia, dia tahu caranya untuk menyelamatkan keadaan. Dia cuma menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.

Sesampai di satu padang besar, ada sebuah pesawat peribadi sedang menunggu.

"Pergi Arsyad!" Nathan menolak Arsyad ke depan. Dia perlu bertindak segera sebelum pegawai lain melihatnya.

Tetapi apa yang membuatkan Arsyad berat hati untuk pergi bila teringatkan Haura. Air matanya masih mengalir.

"I-isteri aku...anak-anak aku..." Arsyad toleh ke arah Nathan.

"Kau jagakan mereka untuk aku. Tolong ya?"

Nathan angguk kepala. "Aku  akan jagakan mereka untuk kau. Pergilah dengan tenang, Arsyad!" Dia mahu meyakinkannya bahawa Haura dan anak-anaknya akan selamat dibawah jagaannya.

"Faster!" Luiz menarik tangan Arsyad dan memasukkannya kedalam.

••••End Flashback••••

Sejak dari hari itu, Nathan menjaga Haura dengan sepenuh hatinya. Jatuh bangun Haura, dia sentiasa ada disisinya.

Dia juga yang menyambut kelahiran Iryana, dia mengazakannya, menemani Haura disaat gadis itu sangat kesunyian.

Dia memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak Haura seiring dengan waktu yang berjalan.

Sampaikan dia lupa, bahawa Arsyad masih hidup. Yang Haura dan anak-anaknya ini cumalah amanah yang di berikan Arsyad kepadanya untuk menjaga mereka.

Dia membuat kesilapan yang besar kerana menyayangi anak-anak Arsyad dengan sepenuh jiwanya. Dia juga membuat kesalahan yang besar kerana mencintai Haura dengan setulusnya. Sudah masanya untuk mengalah. Nathan mengambil langkah kebelakang. Hatinya rasa sangat kesakitan apabila kehadirannya tidak di perlukan lagi.

'Sudah Nathan.' Dia geleng kepala sebelum menapak jauh dari situ dan masuk kedalam dewan semula. Tangannya menggeletar memegang telefon bimbit.

'Adakah aku sudah tidak penting lagi di mata Yan dan Syad? Macam mana dengan diri aku, bila Haura kembali bersama dengan Arsyad?' Nathan cuba sebaik mungkin untuk tidak mengalirkan air matanya.

'Macam mana kalau Haura dan anak-anaknya lebih bahagia bersama dengan Arsyad?' Dia tak dapat menahan lagi rasa sakit yang dia rasa. Bila dia nampak Haura kembali dengan Irsyad dan Iryana, hatinya semakin hancur. Dia teringat kata-kata Irsyad tadi bahawa anak kecil itu sudah tidak perlukan dirinya. Jadi dia jauhkan diri.

"Uncle!" Irsyad tersenyum lebar kepadanya tetapi reaksi Nathan membuatkan Irsyad sedikit kebingungan.

Nathan hanya senyum nipis. Tak memberikan perhatiannya pada Irsyad dan sambung bermain telefon.

"Sorry lambat sikit, Syad dengan Yan sakit perut tadi." Bohong Haura kepada Nathan. Itu yang membuatkan Nathan terasa lebih pedih.

"Tak apalah, saya tak tunggu..." Nathan berdiri, bersedia untuk pergi.

"Uncle nak pegi mana?" Iryana genggam tangan Nathan.

"Uncle nak balik Vila dulu. Sakit kepala." Nathan melepaskan tangan Iryana dari terus menggenggamnya. Kemudian, dia pergi dari situ.

"Encik?" Haura rasa tidak sedap hati dengan kelakuan Nathan. Selalunya, dia akan memeluk Irsyad dan Iryana setiap kali mereka bertemu. Riak wajah lelaki itu sangat kesedihan. Ada apa ke yang dia pendamkan?

"Ibu...nape uncle?"

"Uncle sakit kepala tu..." Haura cuba memujuk anak-anaknya supaya tidak kecil hati.

"Ibu, nanti kita jumpa ayah lagi?" soal Irsyad. Terus tersenyum lebar bibir Haura. Dia angguk kepala.

"Tapi tak boleh sekarang, ayah kata, ayah kena balik. Takut nanti ada yang nampak. Ni rahsia antara kita je." Haura mengelus rambut Irsyad dan Iryana. Mereka berdua angguk kepala.

"Shhhh..." Iryana menutup mulutnya.

"Shhh..." Begitu juga dengan Irsyad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience